Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kuantan


Assalamualaikum

SELAMAT DATANG KE UIA (Kuantan)




UIA mempunyai kampus di;
  1. Kuantan -Kulliyyah Medic, Pharmacy, Science, Allied Health Sciences, Nursing dan Dentistry.
  2. Gombak - Main campus. Kulliyyah selain di Kuantan  dan Johor.
  3. Gambang - Program asasi 
  4. Pagoh, Johor - Kulliyyah of Language and Management 

Post kali ini untuk mebantu bakal pelajar yang akan menetap di Universiti Islam Antabangsa (UIA) khususnya di kampus Kuantan sebab Ema penghuni di sini ⁽²⁰¹³⁻²⁰¹⁷⁾ ✌.

Untuk maklumat dan pengalaman Ema di minggu Taaruf, boleh rujuk di sini < Taaruf Week>. 


Sebelum itu, Ema akan berkongsi kadar yuran pengajian di UIA since ada yang bertanya.



Yᴜʀᴀɴ

Yuran kemasukan


Yuran semester

Tapi, jadual di atas tidak update. Ema sertakan contoh financial statement Ema.


My Financial Statement 

Yuran di atas sama bagi pelajar local kecuali untuk yuran tuition and academic. Setiap semester, Ema kena bayar yuran (Science Programme) RM1352.50, with the exception of first sem, which includes entrance fee of RM310. 



Mᴀʜᴀʟʟᴀʜ


Alhamdulillah. Mahallah (Hostel) baru telah siap dibina di UIA kuantan pada 2014.  Salah satu kelebihan menjadi pelajar UIA Kuantan ialah semua pelajar, tidak kira pelajar undergrad atau postgrad, dapat menetap di dalam kampus. 


Kawasan Mahallah terbahagi kepada 3 zon; 
  • Zone 1 - Mahallah Khalid Al-Walid KW ( Brothers)
  • Zone 2 - Mahallah Fatimah Az-Zahra FZ (Sisters, semester system)
  • Zone 3 - Mahallah Umi Kalthum UK (Sisters, block system)

Alamat Mahallah untuk kiriman barang/pos

(Nama pengirim)
Mahallah (Fatimah/ Umi/ Khalid)
Jalan Sultan Ahmad Shah,
Bandar indera Makhota,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur, MALAYSIA.


Every Mahallah has its own main building. The layouts are the same.

  1. cafeteria ( 5 different stalls)
  2. laundry room
  3. kiosk
  4. Guest lounge
  5. Mahallah Office
  6. Gym
  7. Library
  8. Musolla
  9. photocopy shop..

There is a sewing room at FZ, but I don't know about the other two Mahallah.




Cafe Fatimah Az-Zahra ada 5 gerai;
Gerai 1 - Masakan Arab 
Gerai 2 - Masakan panas
Gerai 3 - Mee/bihun sup/kari. Roti canai. Chicken Chop 
Gerai 4 - Air
Gerai 5 - Kedai nasi and lauk pauk. 


Stall makanan goreng/ burger/ ice blended pun ada. Yang nie untuk FZ SAHAJA. However, this may have change throughout semester. Vendors come and go.






View dari bilik Ema dulu


Kuliyyah Science depan Mahallah Baru ^_^



Mᴀʜᴀʟʟᴀʜ Aᴄᴛɪᴠɪᴛʏ Cᴇɴᴛᴇʀ (MAC)

Mahallah Activity Centre (MAC) ialah bangunan untuk menjalankan kegiatan/aktiviti pelajar, mahallah seperti ceramah, aktiviti kelab, pesta jualan, upacara perasmian etc. MAC 1 terletak di bulatan pintu masuk Mahallah manakala satu lagi di dalam kawasan zon Umi Kalthum.  




Pᴀʀᴋɪɴɢ

Parking di dalam kawasan Mahallah sangat terhad dan hanya untuk pelajar yang layak dan mempunyai sticker. Denda RM100 dikenakan untuk mereka yang tidak ada sticker.



Mᴀʜᴀʟʟᴀʜ Bʟᴏᴄᴋ

Mahallah KW ada 4 blok, FZ ada 4 blok dan UK 3 block (kalau tak silap). Mahallah ni berada di atas bukit dengan pemandangan indah Indera Makhota. ketinggian mahallah sekitar 4 hingga 10 tingkat (dan lower ground). Jangan risau, semua blok ada 2 lif per block. 

Setiap blok dibahagikan mengikut program. Sebagai contoh, untuk pelajar sister Kulliyyah Sains, kami menetap di blok 7 Mahallah FZ.


Rᴏᴏᴍ (Uɴᴅᴇʀɢʀᴀᴅᴜᴀᴛᴇ)

Setiap Mahallah mempunyai layout yang sama (kecuali Mahallah untuk postgraduate). 1 bilik boleh didiami oleh 4 pelajar. Terdapat dua jenis bilik di setiap Mahallah.
  1. Bilik International
  2. Bilik biasa

Pelajar tempatan boleh menetap di bilik International. Perbezaannya ialah bilik International lagi besar berbanding bilik biasa. 

1 bilik mempunyai 4 compartment – A, B, C dan D. Anggaran saiz 1 compartment ialah 3m x 2m. Kecil bunyinya. Di tengah-tengah bilik ialah ruang santai/lepak.

Setiap compartment mempunyai;
  1. Katil besi dan meja belajar
  2. Pinboard beserta lampu belajar
  3. Rak buku
  4. Locker (hanger dan 1 drawer di bawah). 



4 compartment satu bilik



ERR.....locker waktu first time pindah masuk mahallah baru



Study desk




Rᴏᴏᴍ (Pᴏsᴛɢʀᴀᴅᴜᴀᴛᴇ)

Untuk pelajar postgraduate (Master dan PhD), mereka akan menetap di Mahallah  yang berasingan. Untuk Mahallah FZ ialah blok 8. Kelebihan Mahallah PG ialah status bilik single. 

Untuk semester akhir Ema, Ema dapat menetap di bilik PG sebab Mahallah Ema terlebih muatan. Jadi pelajar senior kena bagi laluan kepada para junior. 







Bilik PG lagi besar dan senyap. 



Uᴛɪʟɪᴛɪᴇs

Setiap Mahallah menyediakan kelengkapan;
1. Bilik menggosok (setiap level)
2. Pantri untuk makan, basuh dan lepak-lepak
3. Usrah room (setiap level). Kebiasaannya pelajar akan study, buat bisnes atau discussion.
4. TV room di tingkat 1 (Suprisingly..tak ada TV)
5. Ampaian (diluar bilik)
6. Rak kasut
7. Tandas (4 bilik mandi dan 4 tandas)
8. 2 tempat ambil wudhu’ dan tempat membasuh baju





Drying yard. 2 room compartments menghadap panaromic outdoor view, 2 room compartments lagi menghadap koridor. 



Ablution area


Washing area *PG block has 2 pipes only*


The toilets and showering area *PG block has 2 toilet + 2 shower*




Pantry (sorry, no fridge. Just sink)

Ironing area


Sᴘᴏʀᴛs Gʀᴏᴜɴᴅ

Ada court untuk basketball, netball,  badminton and exercising equipment di setiap zon.


FZ's courts



Kᴜʟʟɪʏʏᴀʜ

Basically, we have; 

  1. Kulliyyah Of Medicine (KOM)
  2. Kulliyyah of Dentistry (KOD)
  3. Kulliyyah Of Allied Health Science (KAHS)
  4. Kulliyyah of Pharmacy (KOP) 
  5. Kulliyyah of Sciense (KOS)
  6. Kulliyyah of Nursing (KON)



Kulliyyah Of Medicine


Dalam KOM ada Bank Muamalat and Pos Laju. Kelas Tilawah buat kat sini sebab ada CELPAD office.



Kulliyyah Of Dentistry



Poliklinik. Kalau nak check, cabut, tampal atau cuci gigi silalah datang sini. Pelajar UIA tidak dikenakan bayaran [kes biasa]. Bagi kes tertentu seperti tampal, cuci gigi atau rawatan akar,  pesakit berkemungkinan akan dikendalikan oleh pelajar di bawah penyeliaan Pensyarah. Melainkan case itu rumit dan urgent. Jika berminat, boleh buat appointment dahulu



Kulliyyah of Pharmacy





Kulliyyah of Allied Health Sciences





Kulliyyah of Sciences


Kuliyyah yang jauh dari 4 kuliyyah yang lain. KOS.


Luaran nampak lama, tapi Kuliyyah Sains mempunyai tapak keluasan yang paling besar dalam kampus. Jadi, kena jalan banyak sikit from main building, to the lab or to the Physical building. I published a separate post for my experience as a Biotechnology student HERE



Kulliyyah Of Nursing

KON building is located outside campus, in Kuantan city. But currently, NEW kulliyyah nursing building is under construction at the main front gate!



Lɪʙʀᴀʀʏ

Library UIA adalah tempat yang sangat kondusif untuk belajar...dan terlelap seketika. Selesa, luas, banyak kerusi dan meja, banyak pilihan buku, banyak kemudahan bilik untuk discussion dan private study room dan teratur. Kemudahan Wifi di sini pun sangat laju. Kafe kecil ada di luar.

Bagi pelajar new intake, boleh gunakan kad matrik asasi dahulu untuk urusan pinjaman. Buku yang dicadangkan lecturer boleh dipinjam di sini (tapi bukan semua ada). Boleh check the book availability DISINI dahulu sebelum hendak pinjam. Dulu-dulu selepas kelas, classmate selalu berkejar ke library untuk dapatkan buku teks. But now, students are cheeky enough to obtain cheep or free PDF textbook 👀.















Oᴛʜᴇʀ ꜰᴀᴄɪʟɪᴛɪᴇs ᴏɴ UIA Kᴜᴀɴᴛᴀɴ ᴄᴀᴍᴘᴜs

ATM Machines

Bank Muamalat - At Kulliyyah of Medicine
Bank Islam -  IIUM main gate and at One-Stop Student Center


Wifi

Salah satu kemudahan yang patut disyukuri..Nak daftar Wifi kat UIA kuantan sangat senang dan cara yang sama waktu korang daftar kat PJ.  Most tempat boleh akses Wifi. Sebelum Ema graduate, Wifi Mahallah sedang diupgrade sebab selalu tak dapat coverage walaupun router tak jauh dari bilik. Sekarang Allahualam. 


Transportation

Shuttle Bus akan bermula dari Mahallah Fatimah Az-Zahra ke Mahallah Umi Kalthum dan ke destinasi yang korang minta. Usually sister yang monopoli naik bas ke kelas. Disebabkan bas tak masuk Mahallah Khalid, brothers yang pulang dari kelas akan drop di bulatan entrance Mahallah atau stair hill KAW. Bas ke Sport Complex bermula kol 5-7 petang. Waktu Ema, Bus is unpredictable dan tidak mengikut jadual.


First year boleh bawa motor. Kereta hanya dibenarkan untuk pelajar tahun ke-3 dan ke atas.


Tapi yang penting ialah khidmat Delivery. Penghantaran oleh senior or kawan-kawan. Charge ikut tempat. Tambang ke bandar biasanya RM7-RM8/way untuk 1 kereta. So bawakla partner ramai-ramai. Nak sewa pun bagus. Rata-ratanya RM6/jam. Nanti during taaruf week, boleh la tanya comittee taaruf siapa yang ada buat khidmat delievery.

1st yr boleh bawa motosikal, 3rd year boleh bawak kereta dalam kawasan kampus. Jika tidak ada atau tidak pamerkan sticker, IIUM security akan clamp or denda tanpa clamp. 




Sport Complex


Nak main bola, berlari, berenang, tennis dan etc, bolehla ke Sport Complex.



Gelanggang Skuasy




Masjid Sultan Ahmad Shah




Masjid UIA terbuka untuk orang ramai terutama untuk Solat Jumaat. Khutbah Solat Jumaat di baca dalam BM, BI and Arabic. Kat sini biasa buat usrah, atau mass lecturer untuk study circle etc.



Office Of Campus Director

Bangunan pertama yang korang nampak bila masuk kawasan IIUM kuantan. 


Dekat sini ada Grand Hall mainly for grand event. Antara facility dan office penting disini ialah;
  • Information Technology - tempat handle masalah WiFi
  • Counselling
  • Student and Academic affairs
  • Student Development etc

One Stop Centre (OSC)

Di sebelah kiri OCD, ada OSC. This the suppose to be the main spot for student to hangout, but... Jauh T.T.. Sangat lengang. Hanya mereka yang ada urusan di pejabat OSC or kawasan berhampiran sahaja yang rajin datang. Ema pun kadang-kadang datang, untuk settlekan urusan finance...



Di sini ada kafe, Exam Hall, Kioks, Kedai Photocopy, Kedai eletronik, and banyak lagi department..


Eɴᴠɪʀᴏɴᴍᴇɴᴛ

Nak adapt dekat iium Kuantan ? senang sahaja. Embrace the nature. Sini bukan macam Gombak atau PJ. Tidak jauh beza dengan Gambang.

Persekitaran yang sangat berbeza dari UIA PJ ⁽⁻²⁰¹⁷ ᴿᴵᴾ⁾ dari segi lokasinya, struktur pembangunan sebab semua bangunan berada dalam jarak yang jauh antara satu sama lain. 


Eating Spot:   Nasi Kukus Mama (HOT SPOT), Qaseh Adinda,  Jungle, Casper, Pantai Teluk Cempedak etc.

Shopping Spot: 
Dalam bandar - East Cost Mall, Kuantan Parade, Berjaya Mall, Mydin or Giant.

Luar bandar - Tunas Manja Group Mart depan Sri Manja Hotel (200m) dari main front gate or Pasaraya Tunas Manja Group IM 16 di terminal (5 km). 





International students tak ramai sebenarnya if we compare to Gombak. Kadang-kadang tu kita boleh ingat muka Intl Students. Diorang mungkin ada masalah nak adapt dengan environment kita , so take a chance to approach them. Bantulah diorang..



Security..
Jaga barang-barang dalam bilik anda dengan selamat. Kunci pintu bilik bila keluar. 



Sᴛᴜᴅᴇɴᴛ Aᴄᴛɪᴠɪᴛɪᴇs

Students memang digalakkan untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan, sebagai perserta atau komiti. Merit boleh disemak di Student Portal bahagian Curricular. Semua  penglibatan kita akan dimasuk ke dalam sistem Universiti setelah dokumen peserta dihantar oleh komiti kepada bahagian UIA, tidak pakai buku. 

Mahallah, Student Representative Council, Kuliyyah and Clubs etc memang aktif mengadakan aktiviti setiap minggu. Sign up jika berkelapangan. Tapi, jangan lupa libatkan diri dalam aktiviti walaupun sekali sahaja pun tak mengapa.


Any Inquiry? Email: AskEma1994@gmail.com


[☡Disclaimer: Some of this information could be outdated as it was based upon my experience as a student in 2013-2017]

15 comments:

  1. Salam dik,terima kasih infonya.Sangat bermanfaat.Akak nak main squasy,tapi ada x squash court for ladies.Akak ex-iium.so dah lama x pergi sana.hehe

    ReplyDelete
  2. @Aisyah
    TQ. Akak tak sure pasal squash court tu sebab akak tak tengok lagi.
    Akak belum graduate lagik IIUM. Akak baru masuk 2nd year. He3

    ReplyDelete
  3. Macam ade miscommunication je kat dua komen di atas hahaha. Btw, good info. thank you ;)

    ReplyDelete
  4. now elite room for female students?

    ReplyDelete
  5. @Anonymous

    Now the elite room is for female students only?
    I didn't know that

    No elite room for female students?
    Let us be fair n square, i hope not..

    ReplyDelete
  6. Salam. Nice blog post. Nak mintak tolong share no fon delivery/ prebet sapu yg boleh bawak dari iium ke terminal sentral kuantan? Thank you very much ema. Kalau tak boleh piblish sini boleh email saya -- ami.fatin@gmail dot com

    Thank you.

    ReplyDelete
  7. @amee rhah
    wasalam..
    nak pakai sekarang ker or bukak sem baru nanti bulan 9?
    sbb org yg buat delievry ramai tgh cuti smpai bln 9

    ReplyDelete
  8. Kalau nk main squash ada time utk female. Hari isnin n jumaat

    ReplyDelete
  9. Salam sis. Kalo ade, bleh mintak tolong share no fon delivery x? Emel hanae.kaze@gmail.com ade senarnye, tp last year, tkut x valid da...
    Thank you beri mucos!

    ReplyDelete
  10. @Unknown

    Boleh tahu Mahallah dan Couse mana sebab senang nak bagi no del yang available....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahallah fatimah, kos audiology

      Delete
    2. court yg ade dinding wrna hijau kt sblh court tnnis kt kwsn blkg sport com tu utk squash bkn? yg tu ade hari jgk ke bro/sis?

      Delete
  11. salam, nk tnya..court squash tu sbnrnya kt mna ye?sy bru msuk, jd xthu sgt..^^" trima ksihh:)

    ReplyDelete
  12. Salam. Boleh share no phone delivery x? email sy efaridah88@gmail.com
    terima kasih. =)

    ReplyDelete
  13. Crita lh psl medic hehe 😊

    ReplyDelete

Saya komen

Powered by Blogger.