Probiotik 101

 

Assalamualaikum






Siapakah peminat Vitagen atau Yakult di sini?

Satu survey telah dijalankan oleh pensyarah UTAR ke atas 395 responden di Malaysia. Kajian tersebut mendapati pengguna Malaysia membeli produk probiotik kerana percaya ia sihat untuk tubuh badan walaupun tahap pengetahuan terhadap probiotik rendah. 

Jadi, apakah itu probiotik? Adakah semua bakteria dikira probiotik? Apa kaitan probiotik dengan usus manusia? Adakah probiotik hanya untuk kesihatan usus?  Selamatkah untuk makan probiotik 



Apakah itu probiotik?

Apakah yang dimaksudkan dengan "probiotik"?

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), probiotik merupakan "..mikroorganisma hidup yang apabila diberikan dalam jumlah yang mencukupi, akan memberikan manfaat kesihatan" 


Probiotik merujuk kepada mikroorganisma hidup. Ia memberi kebaikkan kepada kesihatan jika dimakan secukupnya



Jenis-jenis probiotik

Imej mikroskop yis dan bakteria

Probiotik adalah mikroorganisma, sama ada bakteria ataupun yis. 

Jenis-jenis bakteria yang selalu dikaitkan dengan probiotik dikenali sebagai kumpulan laktik asid bakteria (LAB). Bakteria LAB membantu proses pengampaian makanan dan menghasilkan laktik asid, justeru menjadikan makanan yang diperam berasa masam. 

Spesies LAB yang banyak dikaji sebagai probiotik ialah  Lactobacillus spesiesWalaupun begitu, terdapat spesies bukan LAB yang agak terkenal iaitu  Bifidobacterium spesiesManakala contoh yis ialah Saccharomyces spesies.


Probiotik ialah bakteria atau yis. Terdapat banyak jenis probiotik, yang paling biasa dijumpai ialah Lactobacillus dan Bifidobacterium


Sumber probiotik


Probiotik dalam supplemen, susu kultur dan makanan yang diperam

Bakteria baik dapat ditemui secara semulajadi dalam makanan yang diperam. Contoh makanan tempatan seperti tapai, tempeh mentah, tempoyak, cili boh, belacan atau taucuMakanan lain ialah kimchi, yogurt, saurkraut (fermented cabbage), kefir dan kombucha etc. 

Namun begitu terdapat beberapa kekurangan untuk mengatakan makanan tersebut mengandungi "Probiotik". Persoalan yang wujud contohnya, bakteria spesies apakah yang ada? Dalam berapa kuantiti? Bolehkah bakteria ini hidup dalam badan? 

Selain daripada makanan peram (homemade), probiotik ditemui di dalam produk seperti susu kultur (Vitagen, Yakult, Bitagen etc.) dan juga dalam bentuk supplemen. Produk ini mengandungi spesies bakteria yang khusus dalam kuantiti yang diinginkan.   


Bakteria baik terdapat dalam makan yang diperam, produk susu yang dikultur dan supplemen.



Probiotik dan bakteria dalam usus 

Gut feelings: what happens when your microflora is out of balance? – Eczema  Life
Bakteria "baik" dan "jahat" dalam usus manusia

Takut untuk makan bakteria? Bila ingat perut, mesti ingat ada cacing sahaja. 
Tahukah anda, bilangan sel bakteria dan sel manusia dalam badan dianggarkan hampir sama (1.3 : 1) dengan jumlah berat 0.2 kg (1). 

Terdapat berbillion unit sel bakteria dalam organ penghadaman manusia, terutamanya usus. Ada bakteria "baik" dan "jahat". Mereka wujud dalam kuantiti yang seimbang (~ 85% bakteria baik dan 15% bakteria jahat).

  1. Sistem imuniti 
  2. Menguraia makanan yang tidak dapat dihadam oleh manusia seperti serat.
  3. Menghasilkan vitamin K dan B12
  4. Melawan patogen

Namun, apabila bakteria jahat memonopoli, akan berlaku ketidakseimbangan. Keadaan ini dipanggil "Disbiosis".  Antara kesan disbiosis ialah sakit perut, cirit-birit, perubahan bowel habit (kekerapan ke tandas, kosintensi najis) dan sembelit. Justeru, pengambilan probiotik adalah salah satu cara untuk mengembalikan keseimbangan bakteria. 


Usus manusia mengandungi berbillion bakteria baik yang membantu sistem penghadaman dan sistem imun manusia. Ketidakseimbangan bakteria dalam usus menyebabkan "Disbiosis". 

Note: Please don't self diagnose your symptom online. Do consult a doctor for clarification. 




Kebaikkan probiotik

Banyak kajian yang telah menunjukkan kesan positif pengambilan probiotik kepada masalah usus;
  1. Simptom Irritable Bowel Syndrome (IBS)
  2. Simptom Inflammatory Bowel Diseases (IBD) (Crohn’s atau ulcerative colitis)
  3. Simptom sembelit  
  4. Masalah cirit birit (antibiotic-associated diarrhea, Traveller's diarhea)
  5. Ulser (yang disebabkan oleh Helicobacter pylori) dan lain-lain


Saintis juga berminat untuk mengkaji kesan probiotik ke atas masalah selain kesihatan usus. Sebagai contoh, probiotik berpotensi untuk membantu;

Namun, kajian masih diperingkat awal dan lebih banyak kajian saintifik yang perlu dilaksanakan untuk memperoleh maklumat yang secukupnya.

Probiotik baik untuk kesihatan usus. Probiotik juga berpotensi memberi manfaat kepada kesihatan selain sistem penghadaman.


Tidak semua probiotik adalah sama!





Beberapa kebaikkan pengambilan probiotik telah disenaraikan di atas, namun tidak semua bakteria mampu memberikan kesan positif yang sama. Keunikkan probiotik terletak pada jenis probiotik strain yang digunakan. Ini dipanggil "strain specificity".  Dalam ranking taxonomy, strain berada di bawah species.


Contoh nama probiotik iaitu Lactobacillus casei Shirota yang terdapat dalam Yakult.

Kepentingan mengetahui jenis strain membolehkan kita terutamanya pakar untuk mengenal pasti kesan pengambilan bakteria strain mengikut laporan saintifik dalam Jurnal.

Sebagai contoh, Yakult mengandungi Lactobacillus casei strain "Shirota" dan Vitagen mempunyai Lactobacillus casei strain "01". Spesies yang sama tapi strain yang berbeza. Pengambilan Yakult (L. casei Shirota) menunjukkan delay onset bagi simptom stress dalam kalangan pelajar perubatan. Kita tidak boleh mengatakan Vitagen mampu memberikan kesan yang sama berikutan tiada kajian Lactobacillus casei 01 berkaitan masalah ini. 

Untuk mengetahui strain yang digunakan, ia tertera pada label ramuan, melainkan produk tersebut tidak mendapat kelulusan KKM (bagi supplemen).






Nama probiotik dalam supplemen dan susu kultur

Probiotik tidak sama dan kesan pengambilan probiotik bergantung kepada strain yang digunakan 




Probiotik membawa kesan sampingan?

Probiotik, secara umumnya adalah selamat untuk dimakan. Untuk golongan individu yang sihat dan tidak berpenyakit kronik, mungkin akan ada kesan sampingan sementara seperti perut masuk angin dan rasa perut tidak selesa.

Pengambilan probiotik tidak digalakkan untuk mereka yang mempunyai masalah kronik seperti sistem imun yang lemah (AIDS,HIV, kanser), pesakit ICU dan kanak-kanak yang sakit. Terdapat beberapa kajian mendapati mereka adalah golongan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan kuman di dalam saluran darah (Bacterimia) dan saluran darah ke usus tersumbat (Gastrointestinal ischaemia).


Probiotik selamat untuk digunakan. Berkemungkinan akan ada kesan sampingan ringan. Probiotik tidak sesuai untuk golongan yang mempunyai masalah kesihatan yang teruk.




Continue in Part 2 >> Soon



[Disclaimer: This post is not sponsored. I am not a doctor, dietician nor a nutritionist. All information in this post are for informational purpose. Do consult professional for medical advices, diagnosis and treatment]



10 comments:

Saya komen

Powered by Blogger.