Budu itu probiotik? Misunderstanding of fermented food and probiotic

January 25, 2021

Assalamualaikum
and Happy Monday Morning



Pengunaan istilah probiotik memang selalu dipakai dan kadang-kadang disalahpakai (psstt ᵖʳᵒᵇᶦᵒᵗᶦᶜ ᵐᵃᵗᵗʳᵉˢˢ ). Ema jumpa satu Tweet yang tak terjawab. Tapi Ema sendiri tak ada twitter, Ema  cuba jawab disini sekadar kemampuan Ema secara ringkas. 








Budu itu probiotik?


Budu itu bukan probiotik. Probiotik ialah mikroorganisma yang mampu memberi faedah kesihatan jika diberikan dalam kuantiti yang mencukupi. Probiotik mikroorganisma = yis dan bakteria.

Budu mengandungi probiotik? Ok, sekarang boleh kita bincang. 




Fermented food dan probiotik


Budu ialah ikan bilis yang diperam (fermented). Fermented food selalu dikaitkan dengan probiotik. Ini kerana contoh sumber bakteria terbaik dan probiotik yang paling klasik ialah makanan yang diperam (1).

Ada beberapa kekangan untuk mengklasifikasikan budu, cencalok, tempeh dan makan fermented lain sebagai makanan mengandungi probiotik. Contohnya, bakteria apa yang ada dalam makanan? Berapa banyak? 

Disebabkan berlaku kekeliruan (fermented food vs probiotik), baru-baru ini barisan pakar dari The International Scientific Association for Probiotics and Prebiotics (ISAPP) telah menerbitkan satu kenyataan untuk membezakan probiotik, fermented food dan fermented food yang mengandungi probiotik.

Menurut laporan tersebut (2), fermented food boleh dilabel "mengandungi probiotik" jika; 
    ✔ Ada mikrob hidup yang terbukti mempunyai manfaat kesihatan.
    ✔ Komposisi mikrob dikenalpasti.




Kajian probiotik TERHADAP budu, CENCALOK, TEMPEH...

Tempeh. Sedapnya..SOURCE: frommybowl.com


Kajian menunjukkan memang terdapat bakteria dan yis dalam budu, cencalok, tempeh dan pekasam. (1, 2, 3).


Tapi, setelah dikaji, tidak semua strain tersebut mempunyai ciri-ciri probiotik yang bagus in vitro aka dalam test tube

“The live organisms present in these products are there for one main reason – to perform the fermentation. These cultures do not necessarily have any probiotic functions. By definition, probiotics must ‘confer a health benefit’. That means the probiotic must have been characterized and have clinical evidence of a health benefit. Cultures are not probiotic unless they have met this requirement."

Robert Hutkins, Professor of Food Sciences at the University of Nebraska-Lincoln, 2017

In short, untuk membuktikan strain ini memang mempunyai manfaat kesihatan, harus diuji sehingga ke ujian klinikal. Bukan berhenti setakat dalam tabung uji.

So, andai kata budu cap ABC itu mempunyai probiotik. Boleh namakan tak strain bakteria apa dalam budu itu? Berapa banyak? Adakah terdapat bukti yang menunjukkan bakteria tersebut boleh mengurangkan masalah jerawat?


keypoint of these research papers:
Kajian yang Ema selitkan di atas telah mengenal pasti potensi budu, cencalok, tempeh dll sebagai SUMBER PROBIOTIK, bukan makanan yang kaya dengan probiotik.  

Jangan hanya kerana ada perkataan "Probiotik" pada tajuk research paper with a positive result, terus kata makanan itu probiotik. 

Lagi satu, jikalau tempeh dan pekasam dah digoreng (fully-cooked) pada suhu (max) 232 celsius, agak-agak hidup tak bakteria dalam tu?




CONCLUSION

Istilah fermented food dan probiotik tidak sama. Fermented food mengandungi bakteria/yis yang baik, tetapi tidak semestinya mereka ialah probiotik. Melainkan ada kajian yang membuktikannya. Kalau nak dapatkan manfaat probiotik, boleh ambil susu kultur yang berlabel "probiotik" seperti Vitagen, Yakult atau probiotik suplemen berdaftar di bawah KKM dengan nasihat ahli farmasi. 



DISCLAIMER: This post is not sponsored.  

4 comments:

Saya komen

Powered by Blogger.