"Testing" masak biskut viral ala Famous Amos
Assalamualaikum
Esok Ema nak balik Selangor untuk settlekan urusan penyerahan tesis dan borang graduasi. Lama tak nampak anak saudara, jadi Ema nak bawa bekalan makanan - biskut chocolate chip.
Dulu-dulu ada viral kisah seorang pelanggan yang "tertipu" oleh pekerja kedai Famous Amos. Dia dikenakan bayaran +RM100 untuk resepi rahsia biskut Famous Amos yang tidak pernah diminta olehnya. Nak balas dendam, dia pun sharelah resepi tersebut online. Google balik kisah dia tu, tak terjumpa dah.... kenapa???
Sebab ada viral "biskut Famous Amos" yang baru..
Viral bukan sebab itu resepi rahsia Famous Amos. Resepi tersebut telah dikongsi melebihi 266 000 kali di Facebook. Oleh sebab Ema tak ada FB, rupanya kisah ni sudah terkenal sejak bulan puasa lagi. Ema lambat pick up.
Inilah resepi biskut viral ala Famous Amos oleh Baizura Muhammad.
Bila tengok resepi, nampak simple tanpa menggunakan mesin pengisar. Sekadar menggunakan spatula dan kekuatan tangan untuk mengaup balik adunan.
Ema apa lagi..nak try la cuba. Since Ema dulu suka buat biskut chocolate chip, Ema decide untuk mengubah sedikit resepi tersebut ikut rasa yang Ema nak.
Bahan-bahan yang telah diubah dari resepi Kak Baizura, Ema "italicized"kan;
Bahan A
🍪250 gram butter (250 gm butter)
🍪250 gram butter (250 gm butter)
🍪1/4 cawan gula kastor (1/4 cup granulated sugar)
🍪 1 cawan gula merah (1 cup of muscovado sugar)
🍪1 sudu kecil vanila esen (1 tsp of vanilla essence)
🍪1 biji telur (1 egg)
Bahan B
🍪2 1/2 cawan tepung gandum ( 2 1/2 cups all purpose flour)
🍪1/2 cawan tepung jagung (1/2 cup of corn starch)
🍪1 sudu kecil baking powder (1 tsp of baking powder)
🍪1 sudu kecil soda bikarbonat (1 tsp of sodium bicarbonate aka baking soda)
🍪6 sudu besar minyak jagung (6 tbsp of corn oil or any other vegetable oil)
🍪2 cawan coklat cip (2 cups of chocolate chip)
🍪badam hancur/oat/Rolled oat (Optional)
🍪2 cawan coklat cip (2 cups of chocolate chip)
🍪badam hancur/oat/Rolled oat (Optional)
Baking time:
160 celsius - 15-20 minit.
Ok. Ema cheat. Kak Baizura kata tak perlu guna mixer. Untuk bahan A, Ema kisarkan butter dengan gula sekadar sebati. Because I am a weakling. Telur tu, Ema kacau dulu dalam mangkuk lain.
Bahan B. Ema ayak bahan kering bersama, dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan bahan A. Coklat cip dan oat tu..Ema letak ikut suka rasa dan mata 👁👄👁
🍴🥼 Food Science time | Jᴇɴɪs ɢᴜʟᴀ
Kenapa banyak sangat jenis gula? Kenapa Ema guna gula merah bukan gula perang?
Gula dihasilkan dari pemprosesan tebu atau sugar beet. Complete refining proces of sugar menghasilkan gula pasir yang keputihan. Gula yang kita biasa letak dalam minuman, masakan harian dan sebagainya.
Dalam proses menghasilkan pure gula putih, terhasil juga by-product yang dinamakan molasses. Molasses nampak gelap, pekat dan sangat manis.
Contoh molasses yang diekstrak keluar |
Bagaimanakah gula perang terjadi? Terdapat dua jenis gula perang (brown sugar) - light brown sugar dan dark brown sugar. Ia berbeza bergantung kepada kandunan molasses yang dicampur ke dalam gula putih untuk menghasilkan gula perang. Semakin tinggi kandungan molasses, semakin perang warna gula.
Ema menggunakan gula merah atau Englishnya, Muscavado sugar. Gula merah tidak sama dengan gula perang. Gula merah mengandungi kandungan molasses yang asal. Jadi, flavour profile lagi tinggi, rasa karamel lagi sedap.
Banyak lagi jenis gula seperti gula aising, gula kaster, gula nisan dan sebagainya. Ia bergantung pada cara pemprosesan dan sumber asal ekstrak. Boleh dapatkan lagi maklumat tentang jenis gula di laman web sugar.org atau siraplimau.com.
Jenis gula memainkan peranan dalam tekstur dan rasa biskut. So, jangan main campak-campak gula sesuka hati. Begitu juga bahan lain dalam resepi seperti jenis tepung dan jenis minyak yang dipakai. Ema kongsikan video dari Tasty YT channel untuk tunjukkan apa terjadi kalau kita gantikan bahan lain ke dalam biskut.
Ok sekian. Ema pun masih belajar pasal makanan.
No comments:
Saya komen