Resepi Choux au Craquelin (Crispy Cream puff)

June 08, 2023


Resepi diambil dan digubah dari Nino's home YT Channel.




Anggaran

5cm diameter |  Kuantiti: 25-30 biji
3cm diameter |  Kuantiti 35 biji


KRIM VANILA

  • 2 biji telur kuning
  • 60 g gula
  • 25 g tepung jagung
  • 240 ml susu UHT
  • 180 g whipping cream

CRAQUELIN (COOKIE CRUST)

  • 60 g butter
  • 50 g gula kastor
  • 60 g tepung gandum

PASTRY CHOUX

  • 130 ml air
  • 50 g butter
  • 70 g tepung gandum
  • 3 biji telur






KRIM VANILA

  1. Campurkan telur kuning dengan gula.
  2. Gaulkan dengan tepung jagung sehingga sebati.
  3. Panaskan susu di atas api sederhana. 
  4. Tuangkan susu panas ke dalam adunan telur.
  5. Masak adunan di atas api kecil sehingga pekat.
  6. Simpan di dalam peti sejuk.
  7. Pukul whipping cream sehingga kental.
  8. Campurkan bersama kastard dan simpan balik di dalam peti sekurangnya 1 jam.

CRAQUELIN (COOKIE CRUST)

  1. Campurkan butter dengan gula. Masukkan tepung gandum dan gaul sehingga sebati menggunakan spatula.
  2. Canai doh setebal 2 mm - 3 mm. (senipisnya)
  3. Simpan di dalam freezer sekurangnya 15 minit.

PASTRY CHOUX

  1. Cairkan butter bersama dengan air sehingga mendidih (pakai periuk stainless steel). Alihkan dari atas dapur. 
  2. Masukkan tepung gandum. Gaul sehingga sebati.
  3. Masak doh balik di atas api sederhana sehingga terbentuk lapisan kerak di bahagian base periuk.
  4. Matikan api dan sejukkan doh (75-80c). Boleh sejukkan cepatkan dengan putarkan doh menggunakan mixer.
  5. Masukan telur yang dipukul manja, sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh seperti di bawah*.
  6. Sediakan dulang beralaskan parchment paper.
  7. Keluarkan craquelin dari freezer dan tekap dengan acuan bulat (4 cm diameter). 
  8. Masukkan doh di dalam piping bag dengan nozzle bulat. Pipe acuan doh lebih kecil dari saiz biskut craquelin.
  9. Letakkan craquelin di atas adunan pastry. 
  10. Bakar dalam oven bersuhu 190 celsius selama 20-25 minit.
  11. Sejukkan cream puff sebelum isikan dengan krim menggunakan piping bag.
 


SOURCE: Spatula desserts. Ema tak ada gambar nak tunjuk cara letakkan craquelin atas doh. 







NOTA

Resepi asal 2 biji telur. Tapi doh kering. Kena tambah lagi telur sehingga doh pastry mendapat konsistensi seperti di bawah (16). When the padle is lifted out, the dough should create a V shape. 


SOURCE: Emmaduckworthbakes


No comments:

Saya komen

Powered by Blogger.