Mini Chocolate Tart rapuh

September 18, 2021

 

Assalamualaikum



Resepi ni Ema ambil dah gubah dari Anna Olson dan YT Channel Chocolate Cacao チョコレートカカオ




CHOCOLATE TART
  • 115 g mentega
  • 65 g gula aising (diayak)
  • 3 biji telur kuning
  • 30 g serbuk badam
  • 130 g tepung gandum
  • 30 g serbuk koko
  • 15 g tepung jagung
  • 3 g garam

CHOCOLATE GANACHE
  • 180 g coklat masakan/ dark chocolate bar/ chocolate coins
  • 125 gm whipping cream
  • 15 g madu
  • 20 g mentega

CHOCOLATE MIRROR GLAZE
  • 30 g air
  • 35 g whipping cream
  • 50 g gula kastor
  • 20 g serbuk koko
  • 3 g serbuk gelatin/gelatin sheet






CHOCOLATE TART

  1. Pukul mentega dengan gula sehingga lembut meggunakan mesin pengadun.
  2. Masukkan telur kuning dan pukul rata.
  3. Ayak serbuk koko, tepung gandum, tepung jagung, serbuk badam dan garam. Masukkan bahan kering ke dalam mesin pengadun.
  4. Sejukkan doh di dalam peti dalam 30 minit sebelum digunakan dan ditekan dalam acuan tart.
  5. Cucuk doh menggunakan garfu.
  6. Masak di dalam oven bersuhu 170 celsius selama 18-20 minit.


CHOCOLATE GANACHE
  1. Panaskan madu + whipping cream sehingga mendidih.
  2. Tuangkan ke dalam bekas berisi coklat.
  3. Setelah suhu hampir suam, masukkan mentega.
  4. Tuangkan chocolate ganache ke dalam acuan tart.

CHOCOLATE MIRROR GLAZE
  1. Untuk serbuk gelatin, campurkan bersama dengan 10 g air. Bagi gelatin sheet, rendamkannya dalam air sejuk sehingga lembut (5- 10 minit).
  2. Gaulkan serbuk koko dan gula sehingga sama rata. 
  3. Panaskan air bersama dengan whipping cream.
  4. Sebaik sahaja mendidih, alihkan dari dapur dan masukkan serbuk koko + gula ke dalam campuran whipping cream. Gaul sehinga rata sebelum dipanaskan balik dia atas dapur sehingga mendidih.
  5. Alihkan dari dapur. Masukkan gelatin dan gaul sehingga gelatin cair. Tapiskan campuran sebelum dituang sebagai paling lapisan atas. 






2 comments:

  1. Nampak sedap. Dari haritu nak beli acuan tart tu kat shopee tapi tak terbeli-beli sbb bukan reti guna oven pun hahahah

    ReplyDelete

Saya komen

Powered by Blogger.