23 August 2014

Biskut lidah kucing



Assalamualaikum


Akhirnya dapat juga menghasilkan biskut "Lidah Kucing" ni walaupun hajatnya nak buat untuk dimakan pada Hari Raya, tapi sayangnya loyang tak ada. Budak-budak suka biskut nie sebab  rangup, warna-warni , mungkin manis sikit. Adik Ema nak sangat makan, so Ema nak jugakla buat, tapi terbantut hasrat sebab Loyang tak dijumpai.

Kebetulan Ahad lepas pergi jalan dekat Dataran Austin, Gong Badak KT untuk cari farmasi. Sini susah sangat nak cari produk Himalaya T.T. Alhamdulillah, jumpa jugak Himalaya dan jugak Loyang.









Ada 2 kedai pembekal bahan kek n kuih etc kat sana yang baru dibuka. Jumpa juga Loyang berbentuk Hati, bulat dan leper "lidah kucing". Tak mahal. Harganya dalam RM16 untuk 32 keping biskut 1 tray. Tak kira pulak berapa inchi.


Resepi

  1. 250gm mentega
  2. 175gm gula kastor
  3. 100ml putih telur (lebih kurang dari 3 biji telur, sila sukat ye)
  4. 200gm tepung gandum
  5. 50gm tepung jagung
  6. 1/4sk emplex
  7. Pewarna ikut suka~ 5/6 warna 

Cara-cara

  1. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit sehingga sebati. 
  3. Masukkan tepung. Kaup balikkan dengan spatula sehingga rata
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian yang anda suka
  5. Masukkan adunan dalam piping bag.
  6. Dan kemudian sila pipe kan seperti gambar di bawah.
  7. Panaskan oven 160 darjah dan bakar selama 15 minit. 







Kali pertama buat. lembik.. T.T. Terpaksa masak sekali lagi. Nak sedih lagi, loyang lidah kucing tu besor T.T, tak muat nak tutup pintu oven.. Nasib baik naik molek. Rangup + manis sikit. Ema pakai gula perang sebab gula kastor tu dah habis. Dapat dalm 100 biji. Dah habis separuh dimakan adik-beradik yang lain.


16 August 2014

Blueberry Cheese Tart


Assalamualaikum


Dapat ilham nak buat blueberry cheese tart bila meratah cheese tart waktu bulan puasa yang lepas. Dah lama tak baham dessert nie. Kenapa pilih blueberry tart? 

Sebab ada cheese!! And kena buat before masuk balik Universiti awal Sept depan.

Thanks to Kak Azlita sebab tunjukkan step by step nak buat Cheese Tart nie ^_^




Lenguh deh nak buat benda nie. Ema ambik masa 1 minit nak siapkan 1-2 biji tart. Hari tu ada jumpa 24 biji sahaja acuan tart T.T. Memang la tak cukup untuk 1 tray penuh dalam oven. Terpaksalah menunggu masak, sejuk lepas tu bentukkan balik.


Ada lebihan tart sebab Cheese Krim tu cukup untuk dua adunan doh tart (80 biji). Ada lebihan tu mak kata nak buat Fruit Tart.. Yum yum yum. Strawberi, Blueberry, kiwi, peach...



Sempat jugak buat "special tart" sebab esok nak sambut befday adik bongsu, tapi kelmarin dah makan kek hari jadi~ Kek for befday Ema, kakak ipar dan dia sekali. Kiranya "jama' taqdim" la kata ayah Ema..


14 August 2014

11 August 2014

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Kuantan


Assalamualaikum



Ema dah publish post pasal Taaruf Week Ema . Just Click < Taaruf Week>.


Untuk siapa yang tak tahu. Kampus UIA ada di;


  1. Kuantan - Fakulti Medic, Pharmacy, Science, Allied Health Sciences, Nursing dan dentistry
  2. Gombak - main campus dan ada fakulti selain di Kuantan
  3. Petaling Jaya dan Gambang - Program asasi 

Tapi Ema nak celoteh pasal UIA kuantan since Ema penghuni sini  
Tapi sebelum tu jom tengok yuran UIA sebab ada yang curious pasal yuran UIA. 




YURAN(FEE)




Yuran kemasukan
Yuran semester
Tapi kannn, rasanya jadual tu macam something wrong somewhere. Tak up to date.


My Financial Statement 



Contohnya, Ema (ex-CFS- Kuliyyah Science) kena bayar rm310  waktu pendaftaran. Untuk yuran Semester, Ema kena bayar RM1352.50 setiap semester.





Mahallah 


Alhamdulillah. International Islamic University Malaysia Kuantan Campus has officially opened up  new Mahallah. They are three Zone. 

  • Zone 1 - Mahallah Khalid Al-Walid KW ( Brothers)
  • Zone 2 - Mahallah Fatimah Az-Zahra FZ ( Sisters, semester system)
  • Zone 3 - Mahallah Umi Kalthum UK (sisters, Block system)

Alamat surat menyurat mahallah:

(nama penerima)
Mahallah (Fatimah/ Umi/ Khalid)
Jalan Sultan Ahmad Shah,
Bandar indera Makhota,
25200 Kuantan,
Pahang Darul Makmur, MALAYSIA.


Google Map UIA Kuantan




Every Mahallah has its own main building. The layouts are the same.

  1. cafeteria ( 5 different stalls)
  2. laundry room
  3. kiosk
  4. Guest lounge
  5. Mahallah Office
  6. Gym
  7. Library
  8. Musolla
  9. photocopy shop..



There is a sewing room at FZ, but i don't know about the other two Mahallah.






(In Malay)

Cafe Fatimah Az-Zahra ada 5 gerai;
Gerai 1 - Masakan Arab 
Gerai 2 - Masakan panas
Gerai 3 - Mee/bihun sup/kari. Roti canai. Chicken Chop 
Gerai 4 - Air
Gerai 5 - Kedai nasi and lauk pauk. 


Stall makanan goreng/ burger/ ice blended pun ada. Yang nie untuk FZ SAHAJA. Kadang-kadang setiap semester Food Vendor akan berubah.






View dari bilik Ema dulu


Kuliyyah Science depan Mahallah Baru ^_^



Mahallah Activity Center (MAC)

Mahallah Activity center 1 located at the roundabout before passing the security guard into the Mahallah ground. Students can conduct activities here. Another one is at UK. 




Parking

The parking allocated (inside Mahallah) is limited. Parking for those who have stickers. If not, goodbye RM100. For motorcyclist, wear helmets and have your sticker ready.



Mahallah Block

KW has 4 blocks FZ has 4 and UK has 3  - if i not mistaken - . All on top of the hill with the great view around Bandar Indera Makhota. The range is from 4th floor until 10th floor - even lower ground. Don't worry. There are two lifts provided for each block.

I think all of you are curious about the rooms and the facilities inside right.




Room (Undergraduate)

There are two types of rooms. 

  1. International student room 
  2. "ordinary" student room.

Local students can accommodate international student room (you need to pay more). The difference is, it is wider! bigger! and spacious compare to local students'. 


4 compartments each room. The compartment "A,B,C,D" is not allocated at first, until we found out it is written behind the chair and on our mattress...... The compartment size is approximately 3m x 2m (I know, it's small)


There are; 
  1. metal bed and study table
  2. pinboard, study lamp
  3. bookshelf
  4. locker WITH ONLY hanger and one drawer at the bottom. You might want to find a shelf etc if you need to arrange your clothes neatly..





4 compartment satu bilik 




ERR.....locker waktu first time pindah masuk mahallah baru


Study desk




Room (Postgraduate)

I got to accommodate the PG Room at Block 8 Mahallah FZ for my final semester, simply because my old block was overflowed and we need to make way for new February intakes..





It's bigger and quiet.



Utilities
There are;

  1. ironing room.
  2. Pantry for washing dishes, eating or lepak-lepak.
  3. Usrah room at every level. Usually students used it as study, business area and discussion room
  4. TV room at level 1 (no TV, the real TV room is at main building)
  5. Drying yard
  6. Shoes rack
  7. Toilets. 4 shower rooms and 4 toilet stalls.
  8. Two ablution spaces and washing area



Drying yard. 2 compartments menghadap outdoor view, 2 compartments lagi menghadap koridor



Ablution area


Washing area *PG block has 2 pipes only*


The toilets and showering area *PG block has 2 toilet + 2 shower*


Pantry


Ironing area


Sports Ground
There are courts for basketball, netball,  badminton, exercising equipment at each zone.


FZ's courts



Kuliyyah

Basically we have 

  1. Kuliyyah Of Medicine (KOM)
  2. Kuliyyah of Dentistry (KOD)
  3. Kuliyyah Of Allied Health Science (KAHS)
  4. Kuliyyah of Pharmacy (KOP) 
  5. Kuliyyah of Sciense (KOS)
  6. Kuliyyah of Nursing (KON)



Kuliyyah Of Medicine









Dalam KOM ada Bank Muamalat and Pos Laju. Kafetaria ada, tapi mahal sikit la  kena bayar. Kelas Tilawah buat kat sini sebab ada CELPAD office.



Kuliyyah Of Dentistry



This is the newest Kuliyyah building. Cantik jugak.


Poliklinik. Kalau nak check, cabut, tampal atau cuci gigi silalah datang sini. Student punya free~ Lagi best bila jadi patient practical student.  Appointment lu yer. Ni nak promote Dentistry nie.


Kuliyyah of Pharmacy


Another new building. 


Kuliyyah of Allied Health Sciences




Kuliyyah of Sciences

Kuliyyah yang jauh dari 4 kuliyyah yang lain. KOS.




Nampak jer antik, tapi Kuliyyah nie paling besar walaupun pendek. So, kena jalan banyak sikit from main building , to the lab, to the physical building.




Kuliyyah Of Nursing


Kuliyyah nie kat luar. So, faham2 la..
But currently, NEW kuliyyah nursing building is under construction at the main front gate!


Library


Library mungkin akan jadi tempat yang wajib disinggah untuk study,...dan terlelap seketika. Almost all the building dekat IIUM kuantan baru siap dibina dalam 2010-2011, so it looks new. Sebab UTAMA kenapa perlu pergi Library selain kena pinjam buku and because of the SUPER FAST WiFi. Oh!. 


New students boleh pakai Kad Matric Asasi dahulu. Sem 1 orang slow sikit nak pinjam buku teks, tapi bila masuk Sem 2, bila dah dapat course outline, malam tu dah boleh lesap buku teks sebab semuanya dipinjam...(Tapi sekarang buku teks softcopy jer kan)


















Facilities

ATM Machines

Bank Muamalat - Dekat KOM
Bank Islam - Gerbang IIUM dan One Stop Student Center


Wifi

Salah satu kemudahan yang patut disyukuri..Nak daftar Wifi kat UIA kuantan sangat senang dan cara yang sama waktu korang daftar kat PJ.  Most tempat boleh akses Wifi EXCEPT dekat Mahallah.  Wifi Mahallah ada certain tempat sahaja boleh dapat


Transportation

Shuttle Bus akan bermula dari Mahallah Fatimah Az-Zahra ke Kalthum and ke destinasi ynag korang minta. Usually sister yang monopoli naik bas ke kelas. Disebabkan bas tak masuk Khalid, so brother yang balik kelas, diorang akan drop jer kat gate or stair hill KAW. Bas ke Sport Complex bermula kol 5-7 petang. Bus is unpredictable bila diorang akan ada menunggu..



First year bawak motor, kalau ada kereta tu sebab diorang pandai ejas beli sticker IIUM .


Tapi yang penting ialah khidmat Delivery. Penghantaran oleh senior or kawan-kawan. Charge ikut tempat. Tambang ke bandar biasanya RM7-RM8/way untuk 1 kereta. So bawakla partner ramai-ramai. Nak sewa pun bagus. Rata-ratanya RM6/jam. Nanti during taaruf week, boleh la tanya comittee taaruf siapa yang ada buat khidmat delievery.

1st yr boleh bawa motosikal, 3rd year boleh bawak kereta dalam kawasan kampus. Bahaya kalau tak ada sticker sebab IIUM security akan LOCK tayar or baik sikit, kena denda. Kena pandai dapatkan sticker if desperate sangat. 




Sport Complex


Nak main bola, berlari, berenang, tennis dan etc, bolehla ke Sport Complex.



Gelanggang Skuasy




Masjid Sultan Ahmad Shah




Masjid UIA terbuka untuk orang ramai terutama untuk Solat Jumaat. Khutbah Solat Jumaat di baca dalam BM, BI and Arabic. Kat sini biasa buat usrah, atau mass lecturer untuk study circle etc.


Office Of Campus Director

Bangunan pertama yang korang nampak bila masuk kawasan IIUM kuantan. 


Dekat sini ada grand Hall mainly for grand event. Dekat sini ada:
  • Information Technology - famous untuk handle WiFi
  • Finance Department
  • Counselling
  • Student and Academic affairs
  • Student Developement etc
One Stop Centre (OSC)

Di sebelah kiri OCD, ada OSC. This the suppose to be the main spot for student to hangout, but... Jauh T.T.. Sangat lengang. Hanya mereka yang ada urusan di pejabat OSC or kawasan berhampiran sahaja yang rajin datang. Ema pun kadang-kadang datang, untuk settle finance...


Di sini ada kafe, Exam Hall, Kioks, Kedai Photocopy, Kedai eletronik, and banyak lagi department..


Environment

Nak adapt dekat iium Kuantan ? senang sahaja. Embrace the nature. Sini bukan macam Gombak atau PJ. 

Persekitaran yang sangat berbeza dari UIA PJ dari segi lokasinya, struktur pembangunan sebab semua bangunan jauh kot. Nak jalan ke Sport Complex? Jangan bermimpi melakar peta, jarak bangunan memang jauh antara satu sama lain, that's why naik shuttle bus UIA sangat penting~ Pinjam basikal pun tak apa. 


Favourite spot untuk makan - Nasi Kukus Mama, Qaseh Adinda, Casper etc.
Kalau tak nak masuk bandar pergi East Cost Mall, Kuantan Parade, Berjaya Mall, Mydin or Giant, boleh pergi dekat Tunas Manja Group depan Sri Manja Hotel (200m) dari main front gate or at terminal. 





International tak ramai sebenarnya if we compare to Gombak. Kadang-kadang tu kita boleh ingat muka Intl Students tu! Diorang mungkin ada masalah nak adapt dengan environment kita , so take a chance to approach them. Bantulah diorang..

Lecturers. Fuh, memang Mantop la lecturers Intl ! Cara, Gaya, style, method, penyampaian memang lain dari lain. Ada yang scary, tapi at the end, we treasure them. Lecturer local pun apa kurangnya kan, boleh speak malay tanpa segan silu sokmo~


Security..
Jaga barang-barang dalam bilik anda dengan selamat. Kunci pintu bilik bila keluar. 



Student Activities

Students memang digalakkan untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan, bukan sebagai peserta sahaja , tapi also as komiti. Memang berat sikit kerja jadi komiti. Tapi berbaloi ada experience ditambah lagi dengan merit.Boleh check kat Student Portal bahagian Curricular untuk check penglibatan kita dalam aktiviti sebab semua penglibatan kita akan dimasuk dalam sistem Universiti. 

Mahallah, Student Representative Council, Kuliyyah and Clubs etc memang aktif buat aktiviti setiap minggu! Sign up la kalau mampu. Tapi, jangan lupa libatkan diri dalam aktiviti nie walaupun sekali sahaja pun tak mengapa.



* Kalau ada permintaan nak suruh Ema tulis post pasal UIA dengan detail , insha-Allah, Ema usahakan. Etc: nak suruh cerita detail degree programme Ema (Biotechnology)

Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...