28 June 2011

Selamat Hari Jadi MPP

SELAMAT HARI JADI MPP!!

kepada  MPP iaitu 

Aqilah Mat Amin
  • Selamat hari jadi yang ke - 17
  • Semoga anda sentiasa diberkati dan dirahmati Allah selalu
  • Moga-moga sentiasa di bawah payung perlindungan Allah
  • Saya doakan qilah dapat meneruskan dan menjadi lebih cemerlang dari peperiksaan OTI - 1 baru2 nie.Biar  boleh 11A+.Tak apa..Qilah ada harapan yang cerah bersinar macam matahari nak dapat straight A+
  • dan....er.....apa lagi eh nak ucap..
  • OH YER!terima kasih sebab menjadi rakan saya.Saya memang dari dulu lagi nak kenal Qilah lebih rapat.Entah kenapa.Tapi,qilah ni macam ada tarikan magnet yang tersendiri..WoW.
  • Qilah dear,you are so special.Like a shiny gold in a dark ocean.So beautiful.Seriously,there is something special about you that make me like you..I can't figure it out for a long long long time.But,after a while...I found it!THERE ARE SOoo MANYY THINGS I LIKE ABOUT QILAH.I can't tell you.But i know a few reasons..Still,it's the most happy and precious moment to be with Qilah.And i'm so lucky to be your friend.You make me a lucky person...
p/s:And for my "Catalyst" !! I LOVE YOU 1000X MORE!!!!!!!..do you love me?

27 June 2011

Letihnya =_= -- hilang


Assalamualaikum...


My head is still spinning...0_0
Aish.Ramai pulak la yang tak berapa sihat sejak belakangan nie...Cuaca pulak tak menentu.Tadi pulak hujan lebat lepas habis kelas.Dahla tak call mak lagi.Berbasah la call kat bawah phone booth sekolah.Yang hairannya,tak ada sorang pun beratur kat phone booth yang terpacak kat depan tempat nunggu,berderet beratur kat public phone ter"tampal" kat makmal ict tu.Ema faham.sebab tak nak kene hujan..Nasib baik la  ema tak beratur panjang.Ingatkan phone booth rosak.Ok jer.Budak2 kechik takut basah kalu gune phone booth tu..AISH.SABO JERLA.tak basah kuyup nyer,molek jer call.tak basahla deh..

*wow...esei 1 perengggan pasal nak complain penggunaan booth telephone jer..bagus nie.Alangkah baiknya, jika kebolehan ini ditransferkan ke dalam exam BM - alamak,karangan BM tak buat lagi.EH CIK KIMAH!kertas Karangan BM tu nak kene buat apa.dah 2 hari nak tanya,asyik lupe2 jer..*

- 7:45 p.m. Mencari adik yang hilang -

Kakak : Mana syahir?
Me : Ha?tak jumpa lagi ker...ce cari.takut kene kurung kat beranda luor..
Kakak : jangan gitu..
SYAHIR SYAHIR!!!SYAHIR!
Me    : Ce cari lam bilik mimi

Kakak : *buka lampu bilik mimi yang gelap*
Tu die!Adik tido....la...
Me : Tidur?Masa nie?biar betul syahir.Biasanya,yer tidur lambat kali..

Check kepala,check badan,ambik termometer..Susah betul nak masukkan termometer lam mulut budak tidur nie.Dia keluarkan balik termometer tu..

Me : Syahir..bukan mulut.letak bawah lidah..
Syahir : *muntahkan balik*
Me : =__='...Syahir,masuk ni lam mulut,letak bawah lidah.Nak tengok demam tak.Kalu demam,tak payah pergi sekolah(he3)..
Dengan pantasnya syahir masukkannya dalam mulut

tup tup..dapat suhu 38.1 celcius..
Demam pulak daa syahir ku nie..
HUK3..masa ema ambik suhu syahir,ema nak masuk termometer tu bawah lidah.Terdengar bunyi kerok kerok..
Bila buka mulut syahir..OHHHHHHHHHHHHHHH
1 batang gigi syahir di depan dah nak cabut 
:D

HEI!bukan ema buat eh!Takkanla ema masukkan termometer lam mulut adik sampai cabut gigi adik..
aish..namun,nampaknya ada 2 orang budak yang kurang sihat..yang pasti,adik ema kene pergi sekolah sebab kakak ema tu dapat kerja part time job kat sabasun start...tadi..Nak isi cuti sems,syok la dia boleh keje part time.Dengar kata,kat bahagian alat tulis..UUUUUUUUU
(Ada diskaun tak kalu ema beli alat tulis kat sabasun :P)

OK!
Ema baru tahu tadi pasal guru muda Add Math punyer.Yang senarai nama GM add math yang baru.Ema tersesat kat lam tu ngan fakhriah.Alhamdulillah.Bolehla mengajar kat kelas yang sama ngan fakhy~.Yang bestnya,anak murid ema 3 orang jer~
tadi ngajar syahirah sorang~2 orang lagi pergi lawatan.Tapi,ada banyak kumpulan lam sebuah kelas,Jadi..memang pakat tanya-menanya la sesama manusia yang ada kat lam kelas tu.Memang bestla jugak.Thanks for syahirah sebab sudi jadi kawan muda ku.Dan,maaf sebab kalu ada yang tak faham.Ema nie tak suka sikit nak ngajar add math.Sebab add math ada yang complicated.But,teaching is my favourite profession.As long as i teach someone,i'm ok with it.TAPI KALU NGAJAR SUBJEK KOMPLIKATED!.........harap2 tak adalah.Lagipun,apa subjek yang komplikated eh?
Ema nak ngajar BIO!seriously,tahan jerla nafsu nak pergi depan ngajar kawan2 kelmarin..T.T.Nadiah kater pagi tadi..

Nadiah : Salma,cikgu kate,kalu saya tak mari suruh lantik sorang penolong untuk ganti.Saya suruh awok eh jadi penolong saya...


Sampai kapan lagi harus ku menunggu untuk cik Nadiah tak datang sekolah.Orang bijak2 cam nadiah nie mari sokmo kelas....


p/s:Birthday MPP esok~kui3~

26 June 2011

Soo many things happen la...


Assalamualaikum..


SO_O many things happen la..mungkin sebab tu ema dah tak lama update diari ema..Lagipun,tak tahu nak susun ayat guane....Tak apalah..sekarang nie pun tak ada plan nak susun n nak citer apa,nescaya,menulis adalah lebih baik daripada berkhayal.^_^

Ok.Nie baru..1 jam balik dari sekolah.CAM BIASE!kelas tambahan la..Kelas guru muda BIO start hari nie..Nadiah jadi guru muda ema~Ingat nak buli bnyak2 tadi,tapi..keadaan n kesihatan kurang sempurna.Lain kali la buli Nadiah ngan Qilah...Rindu pulak nak ngajar kawan2 kat depan cam f3(walaupun pahit.huk3),dahla kaum hawa jer tadi.Lagi bez!Tapi,tahan jerla..Tengok nadiah ngan qilah ngajor depan,waser nak join sekali.Tapi,jadi "tukang buli" pun,tak per jer.Ilmu dapat jugak~

TERIMA KASIH CEKGU2!!
Syukran jazilan untuk bag teddy bear yang come2 tu..Macam tahu jer ema suke bear.Nasib baik bear tak ada kat dalam beg tu,kalau tak meloncat la ema kat lam dewan tadi.Tahniah jugak untuk kawan2 lain yang cemerlang TOV ngan OTI-1.Trial 8.8.11 nie,Rasanya,dah ramai yang sudah SEDAR DIRI lepas mid year exam result punya.Harap2,trial baru2 nie lebih excellent dari mid year.Kalu tak,tak bleh la ema makan makanan free anjuran sekolah  kat Hotel..KUI3~

KORANG NAK TAHU!!!!
KELAS KELMARIN DAPAT MAKANAN PERCUMA :p
KORANG NAK TAHU!!!!
RAMAI YANG TAK AMBIK NASI LEMAK PERCUMA!!

ORAL BM 
oral BM.Pass.Kumpulan Ema first dulu.Minggu lepas start.Kitorang buat forum remaja pasal - Internet.Keseluruhannya,alhamdulillah.Ema tak kena buat balik oral sebab markah ema melepasi had minimum untuk..untuk...berada dalam zon selesa (? - tak pandai nak buat ayat).Sesiapa yang under 30/40 kena buat semula la deh oral tu..

ORAL BI
PASS!passing with flying colours~~hohohoho~

ORAL PQS
yup!yang nie pressure sket..
ada 4 halangan yang harus ditempuhi
  1. tilawah Al-Quran
  2. Hafaz surah As-sajdah
  3. Hafaz surah Yasiin
  4. Ingat baris hadis F4 n F5
ALa...usah banyak songehla.Dapat hafaz Al-Quran pun satu nikmat.Bukan bebanan pun.Ema tak start oral apa2 lagi.1 halangan pun masih belum dilepasi..Ada sebhagian besar dah start oral dengan tilawah AQ.Insya-Allah,kalau ada peluang.Ema nak tilawah,hafaz surah sajdah ngan hadis sekaligus minggu nie.Minggu depan yasiin.Pastu relax.....OPSS.ada 1 lagi oral

ORAL BA
tenggelam tenggelam tenggelam.Tak timbul2.Kelas lain dah start oral ba  masing2 .Ustaz Khairul tak bunyi lagi nak start oral BA bile.kekgi,ada la suruh ngafal  teks untuk oral kekgi.Bersedia jerla..



p/s:Aduh...Ema gaduh lagi ngan fakhriah masa bio tadi.Kitorang bertegeang leher dan memijak kaki tentang pendapat budaya yang berbeza..Kata orang Melayu,batuk tu tandanya orang sebut nama kita.Kata orang negara lain,Bersin itulah tandanya orang sebut nama kita..Apa pendapat orang lain.(psstt...sekadar kata2 kepercayaan orang dulu2 shj sahaja)


24 June 2011

Halusinasi?

Assalamualaikum

Pernah anda terfikir kenangan masa kechik2 dulu?
Pernah?

Pernah anda rasa anda me"rasai" dan melalui satu memori yang membayangi hidup anda sehingga sekarang..

Kenangan masa kechik2 memang samar.
Tapi,kalau memori tu penting,sangat penting dan bermakna (macam sejarah T1 pulak..betulla tu..)
anda tak akan lupakan..
sehingga sekarang..

Ema halusinasi ke masa kechik?
melihat perkara yang....pelik....AHHHHH!!!!!!!!!!!!!!



sampai sekarang cebisan memori tu masih lagi  membayangi hidup ema..
apa yang ema lihat..
betul ke apa yang ema lihat..
atau,ema tak sihat ..atau mungkin sedang bermimpi..
tapi,sukar untuk percaya yang ema mimpi..sebab ema rasa bukan mimpi..


secret is meant to be kept...............


22 June 2011

Selamat Tinggal hari-hari yang aman...

SELAMAT TINGGAL HARI-HARI EMA YANG AMAN...

ANDA MEMANG BERTUAH!
sebab duduk kat sini...

sangat bertuah sampai bila-bila......

Bersabar sahajalah..

Yang pasti..
EMA!selamat tinggal hari2 yang aman...
bersedialah dengan suaramu dan hatimu..


17 June 2011

Kawanku di perantau..apa khabar?





kawan : Sal mesti gi jugak lawatan eh...nak kena teman fakhriah..
ema : ^_^

assalamualaikum...

APA KHABAR SEMUA!
genki-desu?
harap tak keletihan macam ema yang kena siapkan kerja BM yang bertimbun dari cg raina.Tahniah untuk cik kimah yang dah siapkan kerja rumah dia 1 pagi tadi..
Jeles ema~karangan tak siapkan lagi..

APA KHABAR KAWAN EMA DI SEBERANG KAT BARAT TU!
katanya dah sampai melaka..nanti nak p jalan2 sekitar melaka pulak.esok nak p shopping kat johor..hai..Kelmarin  dah pergi ICT ngan KISAS..

fakhy sedar tak?rasa macam lawatan kita mase form 2 ngan last year bergabung dalam lawatan nie..
Eh,fakhy tak adalah....=_____=
I'm crazy..
tak betul ema asyik call fakhy,macam anak hilang ibu..-____-"
Kesian fakhriah,kena layan karenah ema..
Buat cik Piqa yang tak abih2 rindu..
Pergi I-CT,rindu ke tu(huk3) n geng2 bas pergi putrajaya yang lain.. 
tengok citer kak limah,rindu ke awok2 nully secondus..
(apa yang telah nully secondus lakukan sampai menjadikan kitorang macam nie..huk3)

Esok pulang~WIPEE~~
ema pulak tersuka lebih.AL-MAKLUMLA,anak2 semua berjauhan dari mama..
macam2 cerita la awok yer pot pet pot pet kekgi...
tadah telingala ema..tak pun wak stone..
Tak apa,itu kan ema..macam bunyi nak kene diperbodohkan..............

OK!
tamat cerita..
tata..
kerja BM
hafaz surah ngan hadis




p/s:Ada sorang tak mengaku dia sudah jadi mok cik~~


16 June 2011

Saya nak ke pawagam...Boleh tak?



Ema : "Wahh....nak tengok jugakla movie tu.."
Sepupu (29 thn) : "Mana boleh,budak agama tak leh tengok pawagam..haram..*suke2*


-------------------------------
Assalamualaikum...

Pernah kawan rasa nak tengok citer bez2 kat pawagam berhampiran,tapi was-was nak pergi?sebab..anda fikir tengok wayang berdosa?dan haram?

Nak tahu pandangan ustaz?


Q
Ada rakan saya berkata kepada saya bahawa hukum menonton wayang di pawagam adalah haram kerana banyak kemungkaran di dalamnya. Adakah ini benar? Selain itu , adakah berkaraoke di tempat karaoke juga haram? Harap ustaz dapat membantu dalam hal ini.

AAssalamualaikum Warahmatullah.

Adapun hukum menonton wayang atau menonton televisyen itu pada asalnya adalah harus/dibolehkan. Namun padanya kemungkinan di sana terdapat perkara-perkara yang menyalahi syariat (seperti pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan, filem yang ditayangkan terdapat unsur-unsur seks dan seumpamanya) menyebabkan ia boleh terjatuh pada bahagian haram (li qoiri) kerana ada unsur-unsur lain padanya.
Oleh itu, jikalau menonton wayang tanpa ada perkara-perkara yang menyalahi syariat Islam maka ia adalah diharuskan. Tetapi jika terdapat perkara-perkara yang menyalahi syariat maka ia tidak dibolehkan.
Begitu jugalah dengan karaoke. Adakah lagu yang didendangkan itu menyalahi syarak? Adakah berlaku pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan. Adakah dengan karaoke itu akan menyebabkan seseorang itu meninggalkan solat?  Jika jawapan kepada persoalan-persoalan ini semuanya tidak menyalahi syarak, maka tiada masalah untuk berkaraoke.
Walaubagaimanapun, pilihan paling bijak ialah dengan meninggalkan segala perbuatan yang sia-sia atau tidak mendatangkan manfaat. Banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dan dapat pula memdatangkan manfaat kepada diri dan orang lain.
Wallahualam.

******

Yang ini adalah link kepada forum dan pandangan orang lain > klik sini ke iluvislam

*******

Jadi,bagi Ema..kalau nak tengok cerita kat pawagam tu,kalau berkaitan islamik..tak apalah.bukan hiburan semata-mata..tak apalah.Kalau nak tengok cerita - cerita lain....SABO JERLA.tunggula kuar tv ke , kuar DVD ker.Tengok kat u tube sudah yer.Tak payah menggatal2 nak p pawagam.Senang cerita,tak usah tengokla movie yang pelik2..=.='
Ema pun suka movie ..tengok HBO ngan TV Jer,kalau kakak baik hati,dia bagi tengok cerita2 DVD dia beli punya (dulu2 jer,masa besar gajah nie,dah tak bagi dah..)


p/s:Ema sebenarnya nak tengok HP movie last sekali.Kena tengok.Part 1 tak tengok lagi ni..Dari kecik g minat,kalau cuti penggal sekolah,mesti ada cerita HP,tapi,sekarang dah tak ada.
Ema pilih Harry Potter dari Twilight> tak sedap >.< YES!Sorry twihard fan.Got to say this..i'm not twilight fan!face it!! Go HARRY!
he3~~

pp/s:Fakhy pun baruuuu jer nak minat tengok Detective conan live action punya.Kan rumit cara nak selesai kes...kan fakhhy?

15 June 2011

Accident T.T

Assalamulaikum

Huk3..Rasanya,ema boleh officially cakap benda sebab ramai orang dah tahu especially orang asrama...

GET WELL SOON!



Kepada Hanif ngan Mahyuddin yang accident malam kelmarin..
0_0

Ema baru tahu selepas solat zohor tadi.Terkezut Ema..

Si penceritanya kate..
Hanif n Mahyuddin balik rumah malam kelmarin selepas solat Maghrib(orang asrama)..Hanif nak pergi jumpa parents dia ngan ambik brg2 naper 2 sebelum nak pergi lawatan KL,Mlka,johor,N9 petang tadi.
Malang tak berbau,accident....
HUHUHUHUHUHUHH T.T

Dengar cerita,motor yang remuk tu,motor Syamsul.(Jangan marah Ema kalau ema salah!)Apala,ema tak layan motor tu.Yang layan penunggang motor nya.
Dengar pulak masuk ICU!?p##$@

YA AMPUN!!


NANTI DULU!

tanya fakhriah,dia pergi lawatan tadi.Setelah disiasat dan bertanya kepada ustazah dan kawan2 lain..
SAHIH.memang hanif ngan mahyuddin accident.
Kat pulau rusa ker..entahla la kat mana..

Macam2 kisah ada.Yang pasti,kisah dari Ustazah Sabar..
Hanif tu,dah boleh balik kelmarin..tapi,ayah dia suruh duduk lu kat hospital ..Hari ni baru balikl.Mahyuddin tak serius sangat.Yang risau budak sorang tu la..
Haish..
Dengar2,Hanif la semangat kali nak pergi lawatan nie.Sekali,tidak diizinkan oleh Allah...

Moga-moga..Hanif dan Mahyuddin lekas sembuh dan balik ke sekolah macam biasa.Pasal lawtan tu,hanif janganlah sedih yer sebab tak leh pergi...
Syafakallah Hanif,Syafakallah Mahyuddin...


p/s:Baru dapat mesej dari fakhy 7:17p.m.
"Hanif ada kat hospital lagi..teruk gokla sposen..." - macam tu lah bunyinya

14 June 2011

Semangat !!

Assalamualaikum

SeBEeLUm eMa tuLis tOday eVeNT yAnG hAPpEnIng.eMA bARu TeRINgAt PeRIStIWa MEnDe DaN aYt ApA Nak TULiS Lam PosT MaRiNG..

THANK YOU!!
kepada saudara faiz hatim yang bawa balik buah tangan dari Mekah ke kitorang.Kurma,coklat,aprikot n yang favourite ema,Gajus.Gajus tu best.Terima kasih banyak kerana bermurah hati bagi ke kami.

Dan.Untuk mak cik sorang nie.yAng perasan awet muda tu..saper lagi.Kakak ema yang duduk kat Mesir tulah..
Hak2..
Selamat Hari jadi yang ke 1..erm..20!!
Selamat Hari Jadi yang Ke-20...pada hari Ahad lepas.
Lambat ucap,ambe tak ingat la nak post =.=',nangis pulak kan..

*****

Hari nie persekolahan macam biasa.Tiada cuti.Sebab Cuti Terengganu Hari Ahad depan!!!!!!!!Dan tiada cuti berganda..>.<

Masa PQS tadi,ustazah dah inform awal2 nak buat ujian hafazan,tilawah semua2 tu minggu depan.2 minggu sahaja untuk ujian lisan nie.
Debar eMA,Ayat As-sajdah  nak kena hafal semula.Susunan dia.Ketor2 lagi.Surah Yassin.Tunggang langgang.Campur sekali.Baris hadis tu,insya-allah la.
Nak fokus ke Surah As-sajdah,tilawah n hadis lu round pertama.Round ke-2 surah Yassin..
YuP!

Tadi ustaz Khairul sebut bil elektrik ustaz..Sebut satu persatu tariff yer.Ha2..Nak kata bil elektrik naik la..
Ye per..boleh dikatakan naik 1x..Kesianla prasarana2 yang gunakan banyak elektrik.
Nanti,kalau bil rumah ema naik..Ayah mesti sound.Tutup nie tutup tu..jangan bazir elektrik..Nampaknya kenela kita jadi warga yang lebih prihatin.Itulah good effects nyer,yang bad nyer..terpaksalah bayar banyak untuk first round smenjak harga baru elektrik diperkenalkan


sELaMaT jALAN Fakhriah,Aimie dan Piqa (DAN JUGA E-SYA) ke Melaka,KL,Johor dan  N9 esok..
Enjoy2 yourself..Janganlah over ecited ngat boleh g jalan2 sampai kering poket    - termasuklah Kisas tu ;-) -
Belilah souveneir ke orang yang duduk sorang kat sekolah nie yer~Kalau rajin~
Guna duit sendiri.. THANK YOU..
OKk..ambe nak tengok sambungan boboiboy ep 3..
Malam tadi  sudahlah tak ada elektrik masa ema duk lam tandas.Gelap gelita.Dahla ada lipas besar pulak tu..Berlari ema keluar tandas takut Lipas naik atas kaki,yang teruk...Ema pijak lipas...errrrkkkk....




p/s:Ema tertengok tajuk post nie.Sebenarnya,ema nak tulis benda lain berdasarkan tajuk post nie.tapi,benda lain pulakyang ditulis.Lari dari kehendak tajuk dah nie...tak apa..

13 June 2011

Memo..

Assalamualaikum~

Diringkaskan cerita..
Cuti2 kemenangan Ganu tak dengar lagi beritanya.hu2..
Ema nak juga cuti.Ngantok betul lam kelas tadi.Nasib baik ramai cikgu tak masuk,sah ema landing paler atas meja..

BIO!!
Thank you teacher.Alhamdulillah.Dapat jugak A Bio~ A- jerla..
C+ pulak se sesat.Adush..kenapa ema.

Rabu nie pakat2 g lawatan belaka deh..
PRS ngan MPP F5 nak p lawatan.Tempat menarik2 belaka dah tu.Ema tak pergi la meneman fakhy ku sorang nie.hu3.Selamat jalan fakhriah.Ambe duk sorang jerla lam kelas kekgi.Tak apa.Ahad depa  mai koloh neh~

aND.sORrY La ke cik Fizah kita tu.Cian cik fizah.Berbelit2 sekali pasal cuti2 nie.
Walaupun memang tiada officially kabo cuti 2 hari..Kata2 ema cuma doa sahaja ^_^

Dan..
Hai cik P.Takkan sebab Cg kata pergi kisas nak pergi terus lawatan >.<" ..Ha3..Pelik2 sokmo budak nie nie..

dan..tiada apa special today..atau ada?
Ema tak ingat ?

HO!Cik Kimah!Ema baru jer tengok Boboiboy ep 1 - 2 kat u tube.Boleh la tahan citer yer.Ema suka Boboiboy~!!terbaik punyer!!


12 June 2011

Selamat Kembali

Selamat kembali ke sekolah.....

untuk sesiapa yang tidak tengok bola dan  berdedikasi untuk datang ke sekolah seperti biasa..Selamat pulang ~

Alkisah awalnya..
Sebagaimana yang semua tahu(ema baru tahu masa naik van tadi =.='),TERENGGANU menjadi juara Piala FA.Tahniah!......Dan majoritinya atau antaranya yang tengok bola adalah pelajar sekolah.
Memberi kata-kata semangat kepada pasukan Terengganu menjadi juara,Supaya,pelajar sekolah pun mendapat habuannya.Iaitu dapat CUTI hari ini.Termasuklah guru sekolah.Kawan Ema siap tunggu pengumuman Sa'id nak cuti2 tak dapat jugakla..hak2..Ema pun debar jugak naik van tadi,
"Eh..terengganu menang ker maring?Cuti ke hari nie?"

Alapadan.Kena ulang balik rumah la kalu cuti.huk3..Namun,ternyata ia hanyalah angan2 semata-mata..
Ada yang tak datang sebab fikirkan hari nie cuti..Telefon2,kata tak leh mari.Sebab tak mandi lagi.Ada yang lebih baik,mari jugakla sekolah hari nie.Yang kurang menyenangkan,MAJORITI mari lambat sekolah.Pukul 8.00 pagi,berderun pelajar masuk dewan..Terkejut ema tengok,tak pernah pulak tengok  ramai pelajar ber'group'2 masuk lambat dewan..Menyakitkan mata dan hati betul tengok.Macam tak hormat majlis ..(tahniah buat Qari tadi sebab dapat menghafaz AQ dengan lancar tadi,walaupun sebenarnya ada sekat tadi..tapi bagus..Rasanya,tak der orang yang pun inform dia kene baca AQ..hafazla apa yang ingat..bagus2)

Yang satu lagi kejadian memalukan kat dalam dewan masa pengumuman pertukaran cg baru.2 orang.Ustazah sorang dan seorang lagi cg laki..Ema nie dahle rabun dengan spek calar2,nampak cg laki tu muda lagi.Tiba2 dengar suara budak perempuan semakin bising..
Aiseh...Ema harap sangat apa yang ema fikir akan berlaku tak akan berlaku..
Tapi,out of my hand.Pelajar perempuan pun start buat bingit..Tak hormat pengetua cakap depan.Taula cg tu nampak handsome ke,macho ke,muda ker,(nampak cg tu tunduk hormat..bagus) - beradab,tahan2 jerla..
Yang lain,ucapan pengetua banyak mengisahkan kedukacitaan tuan pengetua terhadap apa yang berlaku sebelum2 nie..

***
Dalam kelas..BAT sambung belajar "adad dan ma'dud" - bilang.(nGAaNtoK)
BM...YA AMPUN!!LUPE!!Bm tak hantar lagi tadi semua latihan!Pagi bute esok kena hantar awal2 nie..Tak jadik nie..
AMM buat graph..
PQS..dapat kertas periksa.Bersyukur.
BIO.Alkisah masuk lambat sebab  hantar poster.Semua dapat paper.Tengok paper Ema yang rendah - 68
"Salma..Awok nie biar betul.Markah kertas 1 rendah nie.tak percaya cikgu tengok"

Hak2..Percayalah.Ema tak study bio F5 objektif.Masa tengah check jawapan ngan cg - paper 2..soalan first2 yang tanyer pasal makna tissue n organ ( 4 markah)..Was2,nak tanye cg kenapa salah 2 markah.
Cikgu tengok..
"Eh..betulla ni..betul2.."
"YESS!!!" -dengan muka yang tak malunya ema bersorak gembira..+ 2 Markah
malangnya.Dari gembira jadi risau.
Cg kata,kalu naik markah dapat 69 jer.
Alamak.Cg nie..nak buat camner nie..hu3
"tak apa,mai cikgu check dulu kertas 2 kalau ada boleh tambah markah....Eh..awak ambik lu..kekgi ada kelas Bio pulak kan.."
Selepas kelas tambahan bio,masih belum jumpa lagi nak tambah markah.Ada yang rasa boleh,tapi tak yakin nak tanya.rasa macam betul dah salah tu.Akhirnya,bagi jerla ke cg bawak balik nak check..

Yang tu Ema tak risau,yang risaunya kalu markah dah bagi JPN masuk komp.tak boleh tukar.Pagi tadi cg dah bagi kertas suruh semak markah...T.T
Tak boleh ke tunggu 1 hari 2,baru buka sekolah nie..Aish..

Oh yer.Izan Aqil 10 1B.B bi.65 kalu  tak silap.Bila kire2,izan kata dia dapat 70.
Suka izan..
kimah pulak yang kata..cg azlina dah masuk markah..T.T

Apakah nasib markah bio Ema?


p/s:Terengganu cuti 2 hari ! Piala FA sutir,SUKMA KL se lagi?

10 June 2011

Pesta Buku

aAssamualaikum

SCORE!!!!

dapat pergi pesta buku kali ke-2 cuti nie~
Kali nie,free sikit.Boleh melencong sini sana macam lipas kudung nak cari buku

Pagi tadi PSS pergi Pesa Buku kat TTC ngan Van sekolah.Tak ramai pon g.Majoriti ataupun nak kata..semuanya perempuan,sorang laki - anak Cg Siti

SERANGZ!!!!!!!!!
T.T
sedisnya,gerai PTS TAK ADA!
tapi,jumpa buku PTS kat tempat lain.Tak apalah.Asalkan boleh beli sudahla..
Yang pasti,buku cerita mestilah banyak,buku akademik.....1 JER~

ni buku yang Ema beli


Ema perlukan seorang "putera makhota" sebab tulah beli buku nie~~hak3..saje jer..Ema single sokmo!~

Ambik!!Buku Sherlock Holmes lagi!
Tapi series ah,berbaloi beli buku nie daripada beli yang terbitan pts.
Yang PTS tu ada 4 kes(bab),130+ muka surat  harganya RM 17.
Yang nie ada kat 30 - 40 kes,1000+ muka surat.BI pulak tu.Nak tahu harganya?
selepas diskaun 10%  = RM26.90

Cinderella oh rapunzel oh sleeping beauty..kenapa salma?
Takder kisah lain ko nak beli..Takkan sebab kulit pink?
cover come mungkin antara sebabnya,sebab lain....dah ema nak beli..^_^


dan sebuah buku Kimia..revision visual.Penerangan bergambar.Hati terbelah dua nak beli subjek kimia atau fizik (mahal jugak harganya,nak simpan duit nak belik buku mak suruh)..last2,ambik buku kimia




p/s: Nak basuh tangan pulak deh.Taip laptop nie dengan tangan kotor disebabkan krayon nie..Terlebih efektif krayon bancho ni sampai lekat tangan.Tak habis lagi kaler poster kepenggnuaan nie.Comot pulak..T.T

8 June 2011

Full Result


Assalamualaikum


APA KHABAR KAWAN-KAWANKU KELAS 5 IKHLAS!!
Anda sudah tune in e-pantau?
Pasti dah ramai check e-pantau sebab..

Semua RESULT DAH ADA!!

dan overall bagi ema..
i'm down...again..
down dari TOV.Bio B+ - 68..PSI,memang dah tahu kan..58.Tak pernah Ema dapat B psi,tibe2 jer melonjak turun ke C.hak3..Catat sejarah betulla.Tahun lepas dapat c PQS pun turun tangga molek2..A,pastu pergi B baru pergi C~~Tukar pulak dengan PSI.
tapi tak apa..
lepas nie percubaan pulak deh..
Chaiyok Ema..

^_^


p/s:Tahniah mardi boleh straight A~~
CLEARING A RUMOUR.
Mardhi just "complain",bukan mardhiah yang bleh 99 PQS tu,tapi madihah,ingat deh~


7 June 2011

Apabila rasa DOWN..

Assalamualaikum


Apabila rasa DOWN...WAAYYYYY DOWN!!!

Ema kena chill and put a smile n  a "little bit" of laughs...or lots to make me feel better again
SO,ema selalu tengok 
The Ellen Show

Kat u tube la~
tengok clips yang humour.Sebab telatah ellen memang buat ema ketawa lebih..Macam tadi.And I'm feeling a lot better~

Yang nie video yang ema tengok tadi~





Ok deh~chow lu..Have a happy hollidays and even how DOWN u feel,don't forget to pray for Allah..


p/s:Hey...Ellen not Oprah.Oprah pun dah tamat rancangannya setelah hampir 5000 episode dirakamkan..

6 June 2011

Lagi MELETUP!

WOWW!!

Assalamualaikum

Ema sebenarnya nak tengok markah fizik dia,sebab markah fizik paper 2 kawan Ema nie dapat markah yang paling tinggi lam kelas.Nasib baik dia antara list yang ema tahu ic nya~kui3~

Sekali,terkejut sebab tengok markah lain pulak dah..


Baguih!SYABAS KAWANKU!!!

Anda memang hebat!

Dan tahulah,anda sentiasa hebat cuma anda perlu rasa anda hebat untuk jadi terhebat




p/s: Ema nie mengacau n memprovoke orang punyer Markah pulak dah..HAK3,Sorry kawan~

P.P Contest

Assalamualaikum~

P.P CONTEST

Ema ditagged oleh cik Fizah kite untuk join satu kontest pada cuti musim panas nie.(macam la duk kat overseas..)..takpe,kat overseas pun dah nak start musim cuti panas - bulan depan la start..=.='.~

P.P Contest aka Post Pone Contest

Ema nak fikir panjang2 lu nak tulis entry contest nie,lagipun,ema tak tahu lagi nak edit gambar ema dengan benda "itu"..kui3 (jangkit ngan piqa dah nie..=.=)

Nanti ema tulis la yer entry khas contest nie.Lambat pun tak apa kan.1 julai nanti tamat.Sabo jerla~


p/s:Markah Fizik dah dapat~horeey~Ema ada pembetulan markah..Tolak markah nie.Cikgu terima tak lambat2?

5 June 2011

Hollidays Alert


Assalamualaikum

Sahaja nak haba' buat kawan2 ku SPM sekalian.Yang asyik2 sokmo2 on9 tu.Dan buat siapa yang tak pernah se"syok"  online  seperti cuti nie,rajin2 la "check" markah secara on9

YUP!markah SPM mid-year anda..

Entah kenapa,ema tibe2 jer nak bukak e-pantau.Mana tahu,kot2 dah ada markah ..EISH,sah dah ada markah.Markah terbaru yang kitorang tak tahu.Kawan2 ikhlas dah bukak belaka dah e-pantau?Mesti dah tahu markah PQS kan?

Alhamdulillah.Markah korang memang gempak la PQS!!
(ramai orang tak "puas hati" sebab ema ada sebilangan besar IC diorang~~senangla nak check markah kawan2 lain~)



WOW!nie bukan markah Ema yer.Baguih tak kawan ema nie.
Kejut tengok Markah yer..Bagus2!keep it up!

PQS jer ada baru.Kelas lain ada yang kosong lagi.Cikgu dia tak insert markah lagi tu.
So,korang kena la rajin tengok e-pantau tu yer~~



Apa khabar iman?

Assalamualaikum

Selamat Pagi Cinta???
Ha3.Takla.
Bukakan mata,segarkan minda,tanyalah diri~


Apa khabar Imanku hari ni
Adakah imanku lebih baik dari hari kelmarin?
Imanku nak buat apa hari ni?
Apa khabar iman kawan-kawanku sekalian
harap2 sihat2 belaka...tak ada penyakit serius kan?
Nak jumpa doktor ker?
Moga2 iman sekalian semakin bertambah hari nie

Iman,kuatkanlah diri mu yer.Hari ni dugaan banyak akan menimpa .Allahualam.Siapa yang tahu?The Devil tak akan berhenti mengacau anda wahai imanku..Kuatkanlah iman,kalau ada penyakit serius tu,sentiasalah "berjumpa dengan doktor"..bukan doktor hospital HSNZ,kubang kerian dan lubuk ikan..

sentiasa meminta perlindungan dari Allah.
Tiada siapa yang lebih berhak untuk  meminta perlindungan selain daripada-Nya

Iman,moga2 kau bertambah hari nie yer~
selamat maju jaya iman~


Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...