27 July 2014

Mahramku


Assalamualaikum


Selamat pagi semua! Menjelang raya nanti mesti semua dah balik Kampung kan. Korag mesti duduk satu rumah dengan saudara-mara yang lain, sepupu sepapat n adik beradik mak/ayah yang lain. Bila tiba saat nak sambut Hari Raya , wajib ada sesi salam bersalaman pulak. Tapi korang jangan lupa untuk jaga aurat dengan saudara-mara ahli keluarga lain dan dengan siapa korang tak boleh bersalaman sebenarnya ..









26 July 2014

Peringatan sebelum Raya


Assalamualaikum



Esok dah nak raya ! Selamat jalan Bulan Ramadhan, Ema berdoa supaya Ema dan sekeluarga dapat bertemu Ramadhan lagi tahun depan. Insha-Allah. 

Segala ibadat khusus dan ammah yang kita lakukan pada bulan Ramadhan harap-harap dapat dikekalkan lagi pada bulan yang seterusnya. 

Kalau dah rajin bersedekah, teruskan amalan bersedekah. 

Bila dah rajin buat solat sunat, teruskan mengerjakan solat sunat. 

Amalah bertadarus dan bertadabbur Al-Quran sebelum dan selepas solat, janganlah ditinggal-tinggalkan. Tak baca Al-Quran 1 hari diibarat tak baca 1 minggu, 1 minggu tak baca umpama 1 bulan. 1 bulan pulak..1 tahun. Rindulah pulak Al-Quran nak dengar suara kita menyebut Kalam Allah yang suci.








24 July 2014

Malam 27 Ramadhan


Assalamualaikum





Alhamdulillah, malam ni dah masuk malam 27 Ramadhan. Malam ganjil dan berkemungkinan malam lailatul Qadar. Allahualam, jika diberi keizinan oleh Allah, nanti our own biological clock boleh gerakkan kita bangun pagi-pagi buta dan beribadat pada Allah. Takleh biological, mechanical clock pun tak apa. Jangan sekali lepaskan peluang malam nie yerp! Dan juga malam-malam lain di bulan Ramadhan nie!!!!



Insha-Allah, Ema akan bertolak..OoOo Balik Kampung! Ke Perlis. Dah dua tahun tak balik sana sejak raya 2012, rasa macam cepat jer. Tahun ni bawak balik sekali kakak ipar nak tunjukkan kpd ahli keluarga yang lain bersama dengan bakal baby boy aka my first ever nephew >.<.



Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...