27 December 2012

Kena inject ke belum? (Si Genius)


Assalamualaikum


Bila dah kena inject,dah terasa wide awake.Tak la rasa lembik setiap hari.Lengan dah pun rasa kebas.Mungkin kena inject setiap hari baru rasa "fresh"..

Korang dah kena inject  HPV free belum?Kalau  lelaki yang kata dah,sah korang tipu.Jangan tipu!Kaum hawa sahaja yang dikenakan injection untuk prevent cervical cancer MAINLY for future mothers.Free injection for 18 years old female~.So Cik Aqilah,INJECT jerla :D



Last week..
Alhamdulillah.We had finished our last class with madam Sadrina for Religion In Malaysia.So Far,RIM looks easy when we heard it,hard when we look at the different terms use in different religion but much  harder to understand the concept of each religion.Trying to understanding is a quite difficult task,but after we understand Insya-Allah,we can achieve great satisfaction because we can easily answer Paper RIM next week.He3.

Physics (Si Genius)

WOW.Tak percaya Ema dapat markah kuiz paling low dalam kelas.Walaupun madam dah bantu kitorang sewaktu jawab kuiz.Tapi simptom cuai Ema terkeluar .Ema mimpi last night dapat 19/20, rupanya teruk lagi.Tak apa,esok last kuiz.Better make up for the mistake i done.
Classmate Ema namanya Hasnin.She's the GENIUS in our physic class.Last mid term she score 80/80!Kuiz pun paling rendah 19/20.I envy her but at the same time,I take her as a close role model.She's a hardworking person.Roomate dia pun share,dia selalu tidur lewat tapi  bangun awal.Sebelum tidur,dia tengok Hasnin still studying,after wake up.Hasnin masih lagi study.Berapa jam agaknya dia tidur sehari eh?
Dia selalu duduk kat depan sekali,betul-betul depan meja madam.Dan kerap bertanya sewaktu kelas fizik.Paling Ema rasa rendah dirinya,dia pelajar 1 tahun dan course biosc macam Ema.Dan dia score sangat cemerlang(orang kata 4 flat) for last sem...terasa kecik pulak ema.
But Hasnin is a genius for study hard.Study smart?Maybe.Belum lagi discover how she study smart.Mungkin ema tak akan nampak.Tadi pun dalam kelas,Ema dan Aqilah dapat jawapan sama(salah punya).Tapi Hasnin terangkan kenapa jawapan kitorang salah.Betapa kitorang kagumnya dengan Hasnin~

Ema rasa ema banyak sangat puji Hasnin.Betul ker?
Nie baru CFSIIUM,mungkin dekat Universiti lain,lagi berlambak orang macam Hasnin kan kan kan kan ^_^ *wink2*



22 December 2012

Out of the rain



Assalamualaikum


Firstly,minta maaf dengan blog sebab panggil sarang nangka.Walaupun ema tak tahu kenapa nak panggil blog nie macam tu,tapi,rasanya,blog ni berhak dipanggil seperti itu buat masa ini..


Wah.Tak percaya ema short sem nie terbang begitu sahaja.Secondly,tak percaya jugak kelmarin lepas result pmr (yang mana tak tahu langsung hari tu).thirdly,tak percaya yang junior2 sekolahku dulu dah jadi macam ema.Dah jadi EXXXXX.Tak percaya jugak SPM dah tamat..lepas ni diorang akan rasa apa orang lain rasa..
>tension nak ambil lesen kereta - naik bukit tak lepas2,takut stereng,nak kena jaga rumah 6 bulan - kena duduk sorang rumah lagi tu.kesian,lepas tu bangun tidur buat kerja sama (selalu) setiap hari selama 6 bulan dan jugak kekonfiusan nak masuk U apa langsung tak terlintas ..sampailah saat gilang gemilang ambil result SPM........

Panjang lebar Ema mengarut.Sebab lama sangat tak menulis.macam inilah jadinya..
Apapun.Short Sem akan tamat dalam masa..14 hari lagi.Insya-Allah,final last2 week nanti.malam,terus balik!
Sebenarnya anak2 ganu uia berada dalam kekalutan aka cacing kepanasan.
Dulu,kalau nak balik, tak usah pergi putra beli tiket.Tapi kita yang tunggu tiket sampai ke tangan ..
Dulu,tak payah pergi Putra naik bas,tapi bas yang tunggu kita dekat CFSIIUM. Semuanya terima kasih kepada GATE yang menolong anak-anak ganu kita..



Out of nutshell,Ema dan geng2 dah berjaya merampas tiket bas sani kat Putra tadi.Horey!!!!!Akibat lari dari plan asal(sepatutnya terus balik UIA,tapi melencong ke lain..),kami belari ke CFSIIUM di bawah hujan lebat.Tapi nasib baik ema bawak satu payung untuk dikongsi dengan 3 orang yang lain..




21 December 2012

liesazemi first giveaway



Assalamualaikum




HO3!First giveaway setelah sekian lama.Join jerla untuk update sarang nangka nie 

tag ...piqa pikachu la pulak

p/s:Sebab lain jugak nak hadiah :p

12 November 2012

Majlis Tunang



Assalamualaikum


HO3.kelas dah stat tadi.30 minit jer daripada 3 jam sepatutnya.Nak buat macam mana,1st class for physic.16 orang jer yang datanG...kehadiran full.Madam ingatkan datang separuh jer,almaklum,ada orang nak buat cuti sendiri  minggu nie..

Sebelum tu,ema nak share majlis ema >__<.HIK3.Bukanlah,my big bro punyer la.Kita tukang angkut barang jer.

Alhamdulillah,majlis pertunangan selamat diadakan dekat Dungun,Sabtu lepas secara sederhana..Ema excited sebab first time dalam family adakan majlis sebegini.Walaupun ringkas,akan terpahat dan terukir dalam kepala dan kelopak mata.
Sebab lain ialah..........Ema tak pernah jumpa Kak Shima aka tunang abang >.<..Walaupun  pernah tengok gambar jerr...sabtu lepas dapat tengok Full View secara live..Comel lagi lawa!Tapi bila pakai Makeup dah nampak lain sket,tak ada makeup pun still putih bak tepung gandum.
Tapi part tak bestnya,Ema tak ambil gambar pun dengan bakal kakak ipar.T.T.Tak ada pulak kenangan.



Nielah Kak Shima.Entah masa bila pulak mak ema boleh pakat pakai baju warna sama dengan kak Shima..

Karat lagi doodle ema..Tak cantik macam tuan asal..

9 November 2012

Cincin


Assalamualaikum



Walaupun doodle ema dah karat.Harap korang fahamlah maksudnya. Ringkasnya.Esok ada event penting bagiku,cewaah.he3.Antaranya ialah balik semula ke UIA untuk semester 2.Hak3.Paginya jugak ada event penting lain.*wink2*

Untuk kawan2 ku yang berhempas pulak menduduki MUET hari ni dan esok.Ku doakan berjaya dan sukses.Ema insyaAllah ambik Julai nanti.Boleh jugak fokus ke final exam last sem next year kan.~

p/s:Untuk adik2 junior SPM!SELAMAT BERJAYA!fighting!!


23 October 2012

Sayang tapi...


Assalamualaikum



SELAMAT PAGI TERENGGANU!

Alhamdulillah.Musim tamat sem 1 dah start.Kelmarin dah selamat menjawab biology I dengan cepumasnya.HE3.Walaupun apapun keputusannnya.Redha jerla yer.Habis biologi,terus kelas ema pergi Wendy's dengan lecturers untuk "lunch party",sekadar isi perut kosong dan berbual2 dan ber"galok2" dengan madam2.Malamnya pulak terus naik bas untuk balik ganu.Dan Alhamdulillah,sampai jugak kat rumah nie...Tapi sedih betul la sebab terpaksa tinggalkan bilik yang macam rumah sendiri.Lepas bilik jenis apa pulakla ema dapat...Tak lupa jugak roomate yang kusayang yer..*siapa rasa dia roomate mama senyum2 la yer*

Last biology class at library

With my beloved chemistry lect..She's soo young.

OH.this one is also my chem lect.But for practical class only.


Mintak maaf la banyak2 kepada blog yang ku sayang nie.Sayang,tapi..sibukla pulak.Nak tulis post , banyak idea cuma tak tertekan "create post".Usahkan nak tekan create post,nak bukak blog pun payah.Jadi mintak maaflah kepada orang awam dan blogger2 lain yang tinggalkan mesej pertanyaan kat shoutbox  dan comment entry.Tak terbalas ema.Insya-allah,cuti 2 minggu nie,Ema try la jawab apa yang patut,tulis post setiap hari jika tangan lembut bak softlan..

Insya-allah,Ema cuti 2 minggu sahaja sebelum continue dengan short sem selama 2 bulan kat UIA.Ema ambik Subjek Physic 1 dan religion in Malaysia untuk tempoh yang singkat.Tapi,mungkin tak rush macam normal sem nie.Buat yang terbaik untuk short sem,sem 1 rasanya macam tak mantap mana sangat.T.T



7 September 2012

1 tahun bukan main-main


Assalamualaikum


Suram betul bl0g nie.Sori!Tak tahu dah nak kata apa.Tapi,Insya-Allah.Tulis jerla apa yang bermain di fikiran  semenjak Cik Fakhy sangat "kecewa" dengan cik Ema yang tak update cerita di UIA nie.Hik2.Tak kecewa kan??

UIA

Alhamdulillah.Sebelum raya lagi warga CFSIIUM dah tamat menjalani ujian mid sem dengan aman dan damai(walaupun hati meronta-ronta nak balik raya).Apa pun,semuanya dah berlalu.Mari sini ema cerita dari sudut Ema iaitu, sebagai pelajar 1 tahun UIA.



Bila korang tahu korang akan dapat masuk 1 tahun program sahaja,mesti korang syok kan sebab tahu ada possibility akan habis awal.It's not a confirmation korang akan keluar dengan pointer yang ditetapkan.Since Ema juga selalu dengar orang 1 tahun nie akan fighting pagi sampai malam untuk catch up dengan lecturer dan subjek yang banyak dalam 1 sem + time constrain.
Berbeza dengan orang 2 tahun.Macam roomate Ema,semuanya 2 tahun dan max core course adalah 2 subjek.Ema ambil  5 subjek penting.Walaupun diorang ambil max 2 core course,masih ada lagi Language Subject ikut English Placement dan Arabic Placement level yang korang tak lulus masa minggu taaruf.
Sudah nasib badan ema kena take 5 test dalam 4 hari.Pendek betul kan?Memang confirm ema tak berguling atas katil dengan selesa.Ema ingat test pertama Ema ambil masa tu ialah ICT.Al-maklum,tak tahu menahu pasal format periksa ICT,jadi terpaksa memerah otak memikirkan jawapan walaupun Ema sendiri meminati ICT hampir setaraf dengan bio n kim.

Lesson #1 : Know your paper format
lesson  #2 : Jangan malas-malas!
lesson  #3 : Fikir masak-masak nak ambil ke tak program 1 tahun atau 2 tahun
lesson  #4 : Jangan tangguh study (study last minute - especially 1 tahun)

Perkembangan cerita:
Semua result dah dapat.My classmates 97% ambil critical course - medic,phrmcy,dentist,nursing.3 orang termasuk Ema sahaja yang ambil Bio Science.Pointer Ema perlu dapat 2.5.Tapi bagi classmates lain ialah 3.9..
3.9 > itulah pointer untuk mereka graduate CFSIIUM.kalau korang memang malas sangat nak study smart n hard tu,tok say la ambik asasi UIA..
Akhirnya,some of my classmates went to consult with their respective academic advisors to drop one or more subjects(credit hour must more than 12 hours)!Meaning,they will extend  for 1 more sems.Alhamdulillah,Insya-Allah markah mid sem ema cukupla untuk Ema lepas pointer 2.5 tu..Syukur syukur walaupun markah tak gempak.

lesson #5 : Don't play-play with mid sem
lesson #6 : rajin2 la jumpa Academic Advisor untuk minta pendapat


Struggle
Ema kena hentam di kepala gara-gara tak study smart dan etc.Assignment bio yang terpaksa diubah dan dihantar pada hari itu jugak.Petang tu ada kuiz bio mengejut(ema tahu sehari sebelum tu..sedih betul).Konfem markah kuiz tak mesra-mesra.Nak buat macam mana.Makan lemang banyak sangat nie.
Phone pula mati!!Tak sedar langsung.Bila baca tadi mesej,baru ku tahu - anakku Aimie is on the way to Jordan at KLIA dengan Cik Fakhy.Insya-Allah,akan melanjutka pelajaran di sana.(proud of her).Aqilah MPP pula ajak teman g mid valley to shopping supply.Serba bersalah Ema dibuatnya..Apa punya kawanlah Ema nie kan.......

Lesson keseluruhannya : Pastikan check handphone  anda untuk memastikan ia tak mati + marilah masuk UIA!!!!!(hik3)

p/s:Insya-Allah.Ema akan post pasal Ujian APT dan EPT UIA dan kisah lanjutnya mengenai program 2 tahun dan 1 tahun nanti untuk pengetahuan ramai

25 August 2012

Eid Fitri 2012


Assalamualaikum

Ke hadapan blogku tersayang.Dah berapa kerat post yang ema hantar sejak masuk u eh?Tak la selaju dahulu jugak yer.Today nak post sikit2 la pasal RAYA!Taknak tulis banyak-banyak.Biar gambar sahaja yang bercerita..

Duit raya tak dapat lagi tu



Hj Wan Nik is my moyang







Rumah tok kat Perlis.Amacam,cantik tak pink tu?

Alang-alang dah sampai Perlis.Marilah kita singgah ke Pulau Bebas Cukai yer



Cahaya keimanan kuat sangat tu

Semenjak sampai hingga balik ke Perlis semula,tak nampak langsung kelibat burung gergasi  Helang

Motif utama p Langkawi.1 jam tunggu tu beratur sahaja!


Dah nak terbang ema dibuatnya kat atas nie




Kabel khas untuk "orang" tertentu






14 August 2012

Watashi no tanjōbi


Assalamualaikum



Sebelum tu.Nak ucap Selamat Hari Jadi buat diri sendiri yang dah masuk 18 tahun!wee!.Alhamdulillah.Tapi lenguh betul la hari ni,ema baru selamat pulang ke Terengganu dari Petaling Jaya sahur tadi.Memang susah betul nak tidur dalam bas,bas tu lompat macam dalam kartun.Tapi,Alhamdulillah.Selamat juga sampai rumah.Kebetulan pulak balik waktu befday~lagila hepi.Tapi sedih jugak sebab tinggalkan UIA PJ.Tapi hati ni lupa betapa syoknya duduk kat rumah>.<.Bila sampai rumah,terus nak bergolek atas katil.Sejukkk~

Mid Sem Exam baru tamat tengahari kelmarin.Biologi.Boleh jugak la jawab.Ada sujek yang tough.Baru ema tahu maksudnya bila siapa yang dapat 1 tahun nie kena struggle habis-habisan.Lepas habis cuti,masuk final exam.Nak kena pulak lecture week 5 minggu sahaja sebelum final exam.5 minggu untuk 5 subjek.Tak boleh bergolek banyak-banyakla atas katil bilik tu.

Tapi nie kan hari raya~kena sambut jugak~lega tak ada periksa lepas raya.Macam SPM pulak bunyinya.Tak perasan tengok cermin, muka nie dah berkerut-kerut + tua ..hohoho.Tak pasal2 jadi andartu.Hak2,ke situ pulak da ema nie.

Kepada semua sahabat handai dan rakan-rakan kat UIA atau smkatj,happy eid  fitri dan selamat mengimarahkan 10 malam terakhir di bulan Ramadhan..
Jika ada jodoh,dapat la kita berjumpa lagi




1 August 2012

Bila balik raya nie




Assalamualaikum!

Dan Salam Ramadhan..

Soalan cepumas kepada pelaajar-pelajar universiti.Dah beli tiket balik ke belum?!!.HIK3..Cepat-cepat la beli sebelum terlambat yer.Tapi , dalam hal balik nie.konfem korang alert ngan tiket bas nie kan..cuma malasa jer nak pergi beli.Tapi Alhamdulillah,kat UIA semua dah terurus dan tersedia.Nak balik Timur,ke Utara ker,Selatan ker,korang perlu tulis nama,bayar tiket dekat persatuan negeri masing2 dan siap!

Insya-Allah ema akan balik 13/8 malam tu.Sepatutnya,ema kena balik 14 malam sebab tak dapat pun mesej "undangan" dari persatuan nak balik ke awal ke tak,tapi roomate dapat mesej..kita pun join la!!Kata roomate,nama ema yang ke beratus2.Nak buat macam mana,lambat tempah tiket.=_=.

Mid Sem Ema insya-Allah starting next friday.Sampaila 13 haribulan.~..Cakap pasal haribulan nie.Alhamdulillah!Orang dah stat beratur panjang kat ATM tu!Bukan syukur sebab dapat beratur panjang.Syukur sebab dapat tekan punat"pengeluaran" kat bank muamalat tu.Elaun pelajar tahun pertama UIA kesemuanya dah masuk.Lambat betulkan UIA nie.Semua Uni lain dah dapat belaka.Kita jugak lama menunggu.Tapi berbaloi jugak,dapat awal nanti berboros pulak kan.Tapi dapat sekarang pun tak sure lagi sebab kat kat Hall tu ada sale baju,perhiasan  n ict.Bila dapat duit , terus masuk hall. ..pergi borong...

Group consists of these people..Half from DQ,so banyakla kakak lam group ema(tua 1 tahun),yang brothers semuanya  from DQ jugak






22 July 2012

Iftar UIA


Assalamualaikum



Alhamdulillah.Dah masuk hari ke-2 umat islam berpuasa.2 hari terbaru ema berpuasa jauh-jauh-jauh dari rumah(selain rumah tok kat perlis)..

Biasa-biasa jer,sementara tunggu azan maghrib,kitorang sebilik berpot-pet pot-pet lu.Adalah luahan rindu nak makan makanan rumahnya tu.Kita setakat nie okk lagi puasa kat sini.Al-maklum,tengah sibuk preparation untuk exam minggu last puasa.Nak kata banyak kena chapter kena cover,tak pun.Cuma ada bab kurang faham dan perlukan penerangan lagi dari friends or lecturer.Tpi,rumate ambik 1 paper jer mid sem.Ema 5 papers.So,it's a challenge ^_^

Nie jerlah juadah sahur / iftar kita kat sini<UIA>



apa yang wajib!MILO!bekalan macam dah nak habis jer.Kena g mid valley pulok doh hujung minggu nie + bayar broadband lagi.Tapi,sebelum bayar broadband...kena make sure elaun masuk dulu.HIK3.Elaun mana nie lambat masuk kat UIA.Nasib baikla belanja bulan puasa tak tinggi-tinggi.tapi...esok stat bazar ramadhan dekat padang CFS IIUM.Kena mangga la beg dompet nie..



20 July 2012

Hari-hari berlalu



Assalamualaikum

Sebelum itu,ema nak ucapkan takziah dan ingin sedekahkan Al-Fatihah buat allahyarhamah Cg Rohaya - bekas guru kaunseling SMKA Tok Jiring yang telah kembali ke rahmatullah pagi selasa lepas.Moga-moga arwah tergolong dalam kalangan orang beriman.Kehilangan arwah sangat terasa kepada warga SMKA Tok Jiring kerana arwah memilik sifat-sifat keibuan dalam memberi bimbingan dan kaunseling membuatkan pelajar tak kekok untuk berjumpa dengan arwah..Sememangnya jasa arwah akan Ema kenang selalu.


***

WIII!!Alhamdulillah.Dah lepas 3 Quiz serentak minggu nie.Boleh jugak jawab dengan tenang,tak macam Quiz 1 yang blur sekali.Tapi quiz akan datang menyusul dua minggu lagi,lepas tu.MID SEM1.lepas tu,BALIK RAYA!HOHO!ni syok  nak balik raya nie.Al-maklum,duduk jauh2 nie jadi semakin syok nak BALIK KAMPUNG nya~lagu raya pun dah download banyak(hak3,padahal puasa belum stat lagi).Cakap pasal puasa,esok stat puasa.Tak percaya pulak,sibuk dengan hal duniawi sampai tak terasa keseronokan menyambut bulan Ramadhan.Subhanallah.

Cakap pasal sambut Ramadhan.Dekat Al-Malik Faisal Hall ada jualan MEGA dengan jualan  jubahnya,baju muslimah + t-shirt,tudung lawa-lawa,gadget murah-murah,perhiasan wanita ..dan asam.Tapi lambat la elaun masuk T.T.Orang yang bermula huruf "A" dah masuk pun elaun diorang.Nama Ema juga stat huruf "S".Tak apa,nanti bulan pose ni ada lagi Bazaar Ramadhan dekat padang CFS IIUM.Bukan jual makanan jer,adalah gadget,buku,pakaian etc..

HOHO!!Bestnya duduk sini^_^.Tapi rumah takkan ku lupa.Ema dah jadi perantau.Tak nak dengar lagu "Dendang Perantau",pasang lagu "Balik Kampung" dalam bilik - sing along la dengan roomates~


p/s:Semalam Mahallah Khadijah buat Mega Taaruf.Setiap level kena buat special event untuk sambut fellow and principal di setiap level~Level Ema buat Pyjama Night.Kerja ema n orang lain - Tidur di level's lobi





14 July 2012

Dah dapat anak baru


Assalamualaikum


Alhamdulillah.Minggu nie dapat keluar ambik angin setelah angin ribut dalam kelas melanda.he3.tak la ribut taufan pun.KL pun dah hujan 2 - 3 hari nie.Tapi today is fine bright day.So,me and my roomies go outing to -PC Fair.PC fair at KL convention centre.Betapa susahnya nak cari venue sampai policeman pun suka bila kita tanya mana PC fair tu.KLCC tu besar,bukan nye sebesar TTC.


roomies- L-Kema(Ajil),R-Syam(Melaka)




Alhamdulillah.Jumpa jugak kamu cik PC Fair.Memang havoc betul masuk PC Fair kat KL,tak seperti kat terengganu.Harga pun murah tapi tahulah original ke tak kan.Tapi tujuan kitorang p sana cuma satu.Tapi tak jumpa-jumpa pun booth yang dicari-cari sehinggalah nak masuk pintu exit,barulah kami jumpa.Bukan 1,tapi 4 sekaligus pengeluar broadband terbaik di Malaysia."terbaik ker??".Hajat yang satu iaitu nak pilih Celcom jer sebab famili lain pakai celcom,roomate pakai celcom pun nampak okk tapi ada masa juga line selow betul.

Tapi sempat kami ditarik oleh Salesmen dari mana  entah.Baru first time ema dengar nama pengeluar broadband tu.Dia bukan main semangat cerita dan yakinkan kitorang.Tapi surelah nak survey yang lain2 dulu.


Dah siap semuanya.Perlu balik sebelum solat Asar.Tapi kitorang sesat lam Suria.Hak2.Tersalah masuk jalan nak p Aquaria.Memang jalan macam belangkas nak kejar Rapid KL takut tak sempat nanti lambat pulak balik =_=.


nie jugak yang dipilih.Laju jugak.

Selamat jugak sampai lam bilik.Insya-Allah,lepas nie bolehla update awak En. Blog dengan anak baru kita nie.Syukur2~


p/s:Wireless IIUM kat 1 bulan tunggu for register,bila dah register,tak boleh pula connect.HUK3.Tak apa,anak mama yang baru akan mengubat kekecewaan.Lepas nie nak buat money planner pulak



1 July 2012

Befday - study -



Assalamualaikum


Esok dah masuk minggu ke-3 masuk keluar kelas UIA.Alhamdulillah,semua berjalan lancar walaupun airnya tak selancar mana.2 hari dah rasanya tak ada air,terpaksalah bergolek dari blok D ke block A.Tahan jerla.Pagi esok kena bangun awal,kelas stat kol 9.This semester insya-allah ema ambil subjek BIO I,KIM I,MATH I,Basic Theme of Al-Quran dan Computer class.Nampak sikit tapi  tak boleh pandang ringan.Tak macam SPM dulu.bio dah pecut masuk bab 4.First Quizz next week - bio,math,kim n ICT insya-Allah.Doa yang terbaik biar pointer 4,dapatlah pergi UIA Kuantan cepat kan~dapat jugak graduate uia pj dengan kakak senior lain...

Thanks jugakla ke kak2 Senior sebab bantu ema lam study.Math la nyer.konfius kita nak jawab walaupun simple..

***

Sebelum terlambat,ema nak wish la befday budak-budak nie yang sambut befday last month.

Kaklang - sabtu nie balik Malaysia.Nanti kita pergi la KLIA ambil die tu,lepas tu kita balik terengganu sama2 neh ^_^.ho3.befday ..err..21 TAHUN!

Abang - Untuk pok cik jugak.dah wish jugak befday baru-baru nie.TQ la sebab belanja makan waktu sambut befday pok cik hari itu..jimat duit kita

Qilah - Untuk Aqilah Amin yang duk kat Zainab Al-Jahsy UIA,jauh jugak tu dari Khadijah.Tapi apa pun,selamat hari jagi yang ke 18 tahun!Tak dapat pun kita outing sama-sama walaupun satu Uni.T.T


my roomates except kat kanan sekali - friends' roomate from UM

macam nak tunggu b*rs*h jer ..ha3







21 June 2012

Happy life in IIUM



Assalamualaikum


Apa khabar blog.Asif @minta maaf la banyak2 sebab dah biarkan blog ema bersarang.Kalau ikutkan hati,dah memang bermacam perkara nak tulis dalam diari blog.From starting first day kat IIUM sampai la last night.Memang banyak perkara happening,dari roomate yang gempak n spoting kepada frightening situation(thief)..

Alhamdulillah.Dapat roomate yang teganu gok!Mek Kema memang happening.Cepat mesra duduk ngan mek kema sebab dia senang mesra+ riuh2.Sorang lagi orang orang Perak.Thanks to her,kitorang lagi rasa sayang dengan bilik nie.KUI3.Syukran Jazilan to her,Azwa.She's from Convent in Perak.And Lastly,si ayu tapi berani berbicara,Cik Syamira aka Syam.Dia from MRSM Melaka.


Sangat best duduk kat sini.Siapa yang homesick tu,terpaksalah tahan.Kalau tak homesick memang la enjoy duk sini.Alhamdulillah,ema dapat program 1 tahun.Ada 3 sem.Sem 1 nie ema ambil bio 1,kim 1,math 1,computer and basic theme of al-Quran.Sepatutnya ikut study plan,ema kena ambil Fizik,bukan math.Alhamdulillah,dapat jugak ganti dengan math atas sebab-sebab tertentu.


Sekarang nie pun pakai broadband azwa.TQ la azwa.Wifi nak register pun susah bangat.Entah bila boleh laptop dapat register wifi ...Tapi,tak ada connection sekurang0kurangnya less time depan laptop kan.hik3.Study biologi pun masuk bab 1 dah pusing kepala dengan process dan nama yang pelik-pelik.Tapi specialnya biology UIA,kitorang akan belajar mengenai "Origin of life" di mana topik in ada membincangkan mengenai islamic and secular perpective about earlier life..


Duduk kat mana-mana tak selamat.Jadi hal keselamatan mesti diutamakan.Macam-macam langkah keselamatan kitorang ambil semenjak bilik depan bilik ema dirompak pagi buta.Syukur bilik ema selamat walaupun dah hampir 1 minggu call technician tak sampai-sampai pun untuk pasang lock pintu,bathroom jugakla diorang nak pergi setiap hari.Malam tidur beralaskan laptop.:).Tak adalah.sahla laptop ema hancur.




Stop di sini sahaja untuk memberikan khabar.Duit elaun lambat masu ni.HIK3.barang elektrik tak bayar lagi.Tak apa.2 minggu tempoh daftar.Fun thing in class are..we get young lecturers(HA3),A sudan boy born in malaysia and bla bla bla..
okk.sampai di sini sahaja.





10 June 2012

Minggu Taaruf CFS IIUM : Registration Day



Assalamualaikum


Insya-Allah.Catatan pertama mengenai Minggu Taaruf aka Minggu Orientasi di Center of Foundation Studies IIUM Petaling Jaya..

Pendaftaran  Ema bermula pada hari kedua.




Pendaftaran

Al-malik faisal hall lengkap dengan air-cond.

Pendaftaran di CFS IIUM mengikut kursus yang ditawarkan, berbeza untuk lelaki dan perempuan. Perempuan biasanya di Al-Malik Faisal Hall (AMF) selaku Main Hall di campus manakala lelaki pula di Mahallah(hostel) Umar Al-Khattab aka UKC. Ema mendaftar pada sesi  pagi pada pukul 8.30. Tetapi dinasihatkan supaya datang la awal yer. Dalam pukul 7 am, orang ramai dah mula serbu CFS. Insya-Allah,jika ada tempat kosong, parents boleh parking di dalam. Jika tidak, parents kena parking di kawasan lapang yang ditetapkan di luar CFS. Agak jauh sedikit perjalanan masuk ke CFS.



Setelah sampai di CFS, anda akan disambut oleh ahli komiti yang mesra berbaju batik. Mereka akan tunjukkan jalan. Insya-Allah,tak sesat. Sebelum korang mendaftar dan bermula waktu pendaftaran, kitorang akan ambil nombor dan menunggu di bawah kanopi dilengkapi kipas cool ^_^.Sebaik sahaja nombor dipanggil in arabic,malay and english, bolehla kita masuk dewan dan masuk ke check point pertama iaitu untuk memastikan barang-barang lengkap. Sisters werw fully speaking in English. Kami diberikan temporary matric card. Wajib pakai bermula saat anda mendapatnya. Maka bermulalah adventure ke checkpoint-checkpoint yang ditetapkan. Waktu tu, X-Ray tak perlu dibawa untuk registration. X-ray diperlukan untuk medical check up lepas program taaruf.



Kunci bilik di berikan secara rawak..Stesen tu tak jauh. Dalam dewan sahaja ya. Kecuali, sesetengah course yang memerlukan sesi smart photography. Mereka perlu ke tempat lain pula. Tapi ema ambil gambar kad matrik pada hari lain. Sekejap sahaja. Ambil Taaruf Kit dan terus masuk ke mahallah masing-masing. Jika tak tahu kat mana,sis and bros comittee boleh tunjukkan. Ema mendapat Mahallah Khadijah(KC) iaitu satu-satunya mahallah berlif sebab mempunyai 9 tingkat. Ema dapat tingkat 2. Ema selaku pelajar biological Science (have no connection at all w medic) - room 245 sudah mendaftar~~




Selepas pendaftaran

Kami dibenarkan untuk bersiar-siar bersama famili sebelum 6pm. Oleh sebab famili Ema kena balik awal,jadi tak sempat nak berjalan-jalan.Angkut barang dalam hostel lepas tu terus pulang.


APT/EPT briefing

Malam itu kitorang ada briefing mengenai English Placement Test dan Arabic Placement Test. Nak tahu susah tak?lain kali Ema cerita semula. Kami diberi imbasan dan info mengenai semua test yang akan diambil sama ada EPT,APT dan Tilawah Entrance Test (TENT).Markah dan band yang diperlukan untuk diexempted dari mengambil course tambahan nanti akan diberitahu kelak.Tapi sampai pukul 11pm juga briefing ini. Akhir sekali ialah bacaan beramai-ramai surah Al-Mulk. Malam nak tidur tu faham-fahamla. First time tidur kat asrama asing,bergolek-golek atas katil.



IMPORTANT NOTES
  •  We Call male and female students as brothers and sisters
  •  We must follow the dress code for taaruf program and no exceptional 
  • Female : White taaruf tudung/tudung 60/tudung bulat SAHAJA dan berbaju kurung dan kasut BERTUTUP warna GELAP dan matric card [Tertakluk pada perederan masa] 
  •  Male : White collar t-shirt,black pants,tie,kasut tutup gelap dan matric card


i will continue with the next post...


21/1/2013<LINK>.Ema dah siapkan satu post pasal CFS IIUM.feel free to look



Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...