28 February 2017

Final Year Project #9 Progress Presentation




Assalamualaikum


Selepas satu bulan, alhamdulillah Ema baru dapat momentum.. Hasil eksperimen dah keluar. Walaupun ada yang ke laut, itu topik lain. Disebabkan tadi nak kena present progress report, ada sikit risau. Bila dah dapat result, bolehla tarik nafas sekejap. Tapi tak nak terburu-buru buat eksperimen takut result invalid. 


Dulu waktu dapat title FYP, macam -macam Ema cakap dekat supervisor

"Dr, saya nak test 6 bacteria, 4 minimum.."

"Dr, saya nak test fungi pulak"

"Dr, lepas habis ni saya nak test dekat tangan"

"Dr..Dr..Dr.."


Tapi bila dah lebih 1 bulan mereput dalam Lab. Sengih sorang-sorang jer. Limitation is everywhere. Masa singkat, materials dahla tak cukup, bila berlaku contamination...nauzubillah. 

Boleh jadi ambitious. Tapi kena pada tempatnya. FYP kena plan sendiri bukan supervisor tolong plankan. Bila nak plan, macam-macam nak buat. 
In conclusion, plan realistically. 



.......Berbalik pada progress report presentation


In short, FYP progress report presentation bukan macam FYP proposal defense. Tak perlu cerita kenapa perlu buat research, literature review, epected results etc. Hanya perlu bagitahu objective, in brief method, current progress and future work dengan problem faces lastly gantt chart. Ada yang nak tengok result, so bagila result. They just want to keep track in our FYP.








So, bajet hari ni tak nak buat eksperimen. Nak prepare untuk report presentation petang nanti. Tapi bila tengok result kelmarin kembali ke laut...........Pukul 1 petang baru habis lab work. Bergegas nak balik bilik  tak sempat. Nasib baik bawak laptop. Terus mengedit slide yang tak siap tanpa lunch. *nice* 😎




Bila start presentation session, khusyuk dengar orang present. Bila tengok list name balik...Ema orang ketiga after current presenter. Pecut pergi front row   *super nice* 😎😎


Oh my Rose



Ending presentation macam Oscar 2017. 



Dr:  I'll cut short. Awak tak start lagikan..Saya bagi advice

Kak🌹:  😨


The shortest presentation ever. 30 second.




P/S: Dengar bunyi wisel, terus tutup aurat. Ingatkan technician naik hostel pukul 8.00pm. Rupanya wisel pengadil sebab basketball tournament depan bilik😪💤 #ISCAR 


18 February 2017

Final Year Project #8 In slump



Assalamualaikum


Dah macam-macam ragam budak FYP tahun ni. Ema antara golongan yang tengah bergelut untuk buat satu benda yang simple tapi tak dapat nak buat. Duduk mereput setiap hari dalam Lab. 

Next week nak kena submit progress report lepas tu nak kena present. Diorang expect result, tapi result katanya banyak dah ke laut. Ema punya tak ke laut tapi tak turun dari langit. Entah apa salah silapnya. Pilot test ok, bila buat betul, KO







Nak kira bacteria atas plate,tapi...Nilah main dengan bacteria. Entah apa salah silapnya. Kata kak shy, dia keluar pigment colour biru........





p/s: Wifi@IIUM-2.4Ghz.. Dah upgrade dah. Dah start tidur lambat balik 😪

Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...