27 June 2013

masterpiece Nully....



Assalamualaikum




See this picture above?Can you spot the craziness of this drawing..This masterpiece is drawn using 10 lovely hands made in 5 al-ikhlas in 2011.Kenapa?Semuanya gara-gara "Nully  Secondus".

Ema blogwalking kat blog sendiri (KIH3),tersempak dengan ini.Nully secondus,apakah maksudnya ema tak ingat ingat.Bahasa apa pun ema tak ingat.Idea siapa pun ema tak ingat.Tapi yang ema ingat,itu nama kumpulan ema sewaktu camping form 5 dulu kaler.

betapa bosannya ema sementara menunggu hari selasa tiba untuk speaking.Sudah cuak menunggu.rasa nak habiskan terus,tak kisah apa yang bakal menyusul.Practice pun sorang-sorang.Rasa macam tak betul(cakap sorang2 lepas tu suka sorang2),mengarut jadinya.Bila mengarut dan tunggang-langgang,maka lebihla 2 minit.Tak apa,ada strategi.Doa-doalah strategi tu berhasil T.T


24 June 2013

The problem is speaking



Assalamualaikum

almost 8 days left before speaking test MUET.sebenarnya lucky jugak ema ni sebab antara yang awal untuk speaking test muet.2nd day kalau tak silap.Hehe.tak payahlah cuak tunggu lama-lama.20 hb julai ni nak habiskan semuanya.
Tapi,oleh sebab ema mendaftar as a private candidate..ema mana pergi kelas muet apa lagi pergi seminar MUET.First tengok buku MUET,
"OH,THIS IS IT.."
Buku MUET abang ema punya yang sampai 2002.Cuba bayangkan,dah masuk 11 tahun buku tu.Jadi,kenalah ema terjah internet untuk latest update.Nak beli buku baru?Lepas tu nak bagikan adik ema?10 tahun selepas tu baru adik ema boleh baca.

Oleh sebab itu,kenalah belajar sendiri.kerja-kerja ema sewaktu membuka internet ;

  1. Baca experience orang yang dah ambik MUET.ada yang salah tarikh,sakit perut,datang lambat.Suka dan duka.
  2.  Cari soalan sebanyak yang mungkin........diorang repeat ke soalan?tolongla jangan berkaitan fakta.
  3. practice keluar idea dalam 2 minutes.(kenapalah singkat)
  4. Tengok Drama on9.KIH3. 

soalan speaking yang sempat di copy.betapa tak produktifnya untuk salin jer


Main problem ;
2 minit sahaja.idea tak selalunya bermurah hati nak menyerah diri.Campur dengan mungkin perasaan gugup dan sbg..apa terjadi kalau dah tak idea?Reka idea yang tak munasabah?Lagipun english ema dah tak fluent.nak buat ayat jadi karut lagi mengarut.Mungkin depan orang okk kot.insya-allah.Oleh sebab tu,setiap kali ema bangun tidur...ema akan beritahu idea kepada soalan TASK A yang ema ingat..isk3.


p/s:Kawan-kawanku yang mengaku kawan,bagilah tips2 dan kata semangat...

22 June 2013

Liars



They are the ones who give you hopes.But in the end,they are the ones who crushed it....They are liars.Liars.





16 June 2013

SEGMEN : The Towel Cake Giveaway by ekmalyana




Kih3.Dapat banyak mood untuk siapkan doorgifts wedding  =)

Tag > Cik Kimi



Give away by aqma Craft




Cik Piqa~Tahniah sebab tak beritahu mama dapat adik baru...T.T

"Saya suka handmade craft sebab Ema suka craft"

Tag : 
  1. Cik Fizah
  2. Dik Nadhrah
  3. Cik Fakhy (?)


12 June 2013

...nak kahwin :)


Assalamualaikum..
Teacher   : Apa awak buat cuti nie?
Me            : Saya tengah prepare untuk perkahwinan....
Teacher   : Apa?!
Me            : Abang saya nak kahwin




First thing.Anak teruna nak kahwin.So,ibu dan anak perempuannya yang lain  sibuk tolong siapkan segala perkara yang girls thing does.Lelaki mana ada syok nak buat benda nie.Secondly,anak yang pertama dalam famili,mestilah teruja nak handle..
Antara perkara yang lelaki sibuk fikirkan selain zaman bujang dah tamat antaranya ialah tanggungjawab, "Series aku nak kahwin!", lafaz akad nikah,duit sara keluarga dan masa depan.Ada lagi?.I'm sorry i am muannas

Petang kelmarin pergi Era Nona, looking for materials untuk hasilkan doorgifts.Since first time ema pergi shopping dengan tujuan "kahwin", mestilah terujer!(Pergi kedai barangan perkahwinan mestilah beli barang nak kahwin). Melompat sini sana cari materials~Tapi choice tak banyak kat terengganu nie,kena singgah banyak kedai.




Ema excited sebab tengok (baca) sendiri persiapan wedding Kak M.I.J,bloggerz yang selalu ema skodeng.Dia memang creative orangnya.Dari pelamin sampaikan doorgift,semuanya hasil tangan pengantin sendiri!Design gambar pun design pengantin yurp.Pengantin yang bekerja kat office tapi ada impressive art skills.So,i'm looking for ideas


Gambar di atas ialah hak milik Kak MIJ




pergi sekolah,tapi tak jumpa2 dengan guru-guru kesayanganku..Sibuk mengajar T.T.Tapi buat reunion dengan ex-tj kat Giant G.Badak.Sorang dekat kedai perfume,sorang kedai aksesori,sorang dekat cenderamata,sorang dekat kedai tudung...








8 June 2013

Trip over.the.seas



Assalamualaikum


First tempat yang ema nak pergi dengan tujuan melancong ialah Jepun.Kenapa Jepun tak Korea?=_=- itulah kata orang bila ema sebut macam tu.Jepun dengan budaya,kemodenan,masyarakat dia,spectacular VIEW dll.Alhamdulillah,bila dengar nak pergi Jepun.I'm soo excited.Dapat pergi Jepun kot musim cuti sekolah nie.Lebih-lebih lagi kita dah masuk penghujung musim bunga lepas tu musim hot hot.Musim Bunga bila bunga sakura berguguran jatuh dan awan biru berkepul-kepul di tambah lagi dengan background mt.Fuji. Subhanallah.Cantikkan.Kat rumah Ema ada pokok bunga kertas dibayangi Bukit Berangan jer.normal view...
Best la mak saudara ema dapat sekeluarga pergi Jepun minggu lepas selama seminggu untuk vacation..syoknyer.


Hiasan semata-mata


Jadi....itu vacation trip aunt ema.Trip famili Ema.Ikut pergi treasure hunt ke Port Dickson.Lepas tu,berhabis duit ambil angin di Genting.He3.Dah kira macam overseas like ..over the hill.


Kami naik kapal terbang menuju ke perhentian pertama untuk transit.Tak jauh.kemaman sahaja.Kat situ,berehat semalaman sebelum treasure hunt start awal pagi next day.Pagi tu,kami melepaskan pirates-pirates untuk cari treasure tersembunyi di sepanjang jalan.

Boarding kapal terbang terus ke Port Dickson.Bila dah sampai Port Dickson...berguling la jawabnya dengan adik-adik ema yang tak keruan nak terjun dalam laut buatan manusia..tepuk-tepuk air jer.Tak pandai lagi berenang macam kakak dia sorang nie....



Bla bla bla.Next day,barulah penyampaian hadiah untuk pemenang.RM1500 untuk juara tu.tapi pirates lain sedih sebab juaranya pirates yang sama hampir setiap tahun.Experts one.

Lepas tu,barulah kita panjat bukit nak ke Genting Highlands.
Tak kan nak melepak kat dalam bilik jer kot.Suhu kat atas 18 celcius.Malam lagila sejuk.tapi kami pendaki yang kental..last sekali kami jumpa dengan ulat  gergasi.Series sloww sangat.tapi ramai yang nak menawan ulat tu so kena ambik nombor dan beratur la dalam 30 minit..

That is puncak genting from awana view



Next day.Kami sangat lelah nak panjat lagi.so naik kereta tergantung.Naik ramai,turun tak ramai.Yang tak tahannya dia berhenti  tengah jalan.terhuyang -hayang kereta.Yang gayat dah menjerit kot..
mahal mahal.sangat mahal.dengan pendaki yang ramai kat pit stop atas ditambah lagi dengan harga keseronokkan yang mahal tak terhingga di musim cuti sekolah nie,RM54 dewasa tu.Cancella nak masuk kat playground luar.Ambil pictures sudahla.



So.tak akan tu jer?..Akhir sekali,barulah Ema dapat merasai pengalaman berada di Jepun dengan suhu mencecah -6 celcius..Baju sejuk dahlah tak boleh tutup,kasut but pulak macam senipis kain batik.Tapi 40 minit berbaloi la.dah masuk 5 minit pun rasa macam berkurun lamanya.Ema suka sejuk tapi ini terlampau sejuk.Macam manalah nak honeymoon kat Jepun nanti.HAK3.Muka sesorang ada yang dah macam Rudolph berhidung merah.



look at me @_@


Tapi bila trip dengan famili berlapan,tak  semuanya akan berjalan dengan happy.dengan budak kechik campur dewasa.memang sangat mencabar.kaching$ kaching$..Teringat pulak trip ke dunia cosmo dengan roomates.






Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...