29 January 2012

Ema pizzaria



Assalamualaikum

Menu hujan - hujan sejuk hari ni adalah..
PIZZA
delicious pizza~
YUM

Bahan-bahan
  • 1 1/3 air suam
  • 1/4 cawan susu tepung
  • 1/2 sk garam
  • 4 cawan tepung
  • 1 sb gula halus
  • 2 1/4 sk yis
  • 2 sb minyak sayuran
  • topping *choice* - sosej,burger,sayur,etc
  • sos pasta
Cara-cara

  1. Masukkan yis,gula,garam dan susu tepung ke dalam mangkuk
  2. Masukkan air dan kacau.
  3. Rehatkan selama 2 minit
  4. Masukkan minyak dan kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh.Tambahkan tepung sehingga doh tidak melekat.
  6. Doh dibiarkan tutup dengan tuala basah.Biarkan saiz doh mengembang 2 kali ganda .
  7. Panaskan oven dalam suhu 160 celcius.
  8. Bentukkan doh menjadi bulat.Letakkan sos beserta dengan toping dan cheese.
  9. Jangan lupa griskan majerin/mentega atau spray minyak di atas loyang pembakar.
  10. Masakkan sehingga cheese berbuih-buih atau roti pizza menjadi perang.




Pesanan ikhlas tukang masak : Masaklah dulu pizza crust separuh lam oven pastu baru masak penuh dengan toping .Takut-takut pizza luarnya nampak macam nak hangus.Dalam tak masak complete.Nasib baik jugaklah budak2 nie kata sedap.HUK3..




26 January 2012

Reunion SKKGB



Assalamualaikum

Melepas reunion kelmarin .Entah kenapa ema tak pergi.Faktor transportation pun mungkin sebabnya.Sebab lain,orang tak ingat dah ke Ema..
Cewah..Wak sedih dier..
Iyerla.Dahla semuanya ada facebook.Maen fb sokmo.Tak kekok la nak jumpa nanti kan.Ema pulak sunyi sepi duk main blog tanpa FB..

nama : CIK EMA 
Laporan : Tidak Hadir ke Jamuan SKKGB UPSR batch 2006
tarikh : 25 Januari
Tempat : KFC ,Batu Burok Beach 

Laki kat depan tu ignore yer-

Credit goes to Anuaruddin n Cik Kimi yang dah pun pergi PLKN


P/S:Ahad nie ramai lepasan SPM nak pergi TTC sempena Karnival IPT.Jumper korang kat saner eh.Konfem jumpa orang yang dah lama tak jumpa~


24 January 2012

Kerangupan Biskut



Assalamualaikum

Malam semua.Hari nie last day cuti raya cina.Dan hari nie ema nak "uji" resepi biskut nier..sebenarnya bukan nak uji,tapi nak makan.Ema dah buat dah biskut nie lam post  minggu lepas.Tapi resepi nyer lain sikit.Nak cube..Conclusinya..ERM..tak ranggup la~T.T





Biskut tu ranggup pulak kali nie atas beberapa sebab yang tak diketahui.Yang pasti kali nie ema rasa kurang gula.Korang tahu biskut famous amos tu bila makan rasa manis sangat kan..SEBAB DIORANG LETAK GULA!!
YER GULA!
bukan gula biasa daa..gula perang terlebih sudah..Korang bau biskut famous harum semerbak sejauh 10 kaki saja tu sebenarnya bau gula perang yang dibakar.Best sangat.ermm..kalu masuk Giant Terengganu,konfem bau famous amos yang paling menyengat sekali.
Bila makan..nak lagi

Atas beberapa faktor tertentu,ema akan mencuba resepi  biskut ini lain recipes plak macam lam post ema INI,harap2 la ranggup.Tapi nasib baik budak2 3 orang kat umah nie kata sedap walaupun rasa foamy sikit..

Dah look out in the internet dan ramai mengesyorkan guna EMPLEX


1 sudu kecil emplex bagi setiap 500 gm tepung..Tak tahula plak nak cari mane emplex nie.Nanti ema nak outing ngan anak2 mama kat giant next week,boleh la beli ^_^.try la sikit.Yang pasti biskut tu nanti rasanya janganlah..




MACAM KERTAS PASIR!!



23 January 2012

Barbeque night



Assalamualaikum

Ema yang hampir 1 bulan tak keluar jalan-jalan (siyess)..lepas balik Perlis 1 minggu lepas abih SPM,langsung tak jenguk tengok jalan raya depan rumah nie.Apa yang berubah,ema pun tak tahu,Hari ni la baru dapat menghidu udara segar kat luar dan "tenaga" cahaya matahari yang terik yang dirindui

Tadi pergi outting shopping ngan mak n abang.Alah,pergi Batu 6 n sabasun jer..Alang - alang nak pergi makanan untuk buat barbeque kat rumah sepupu,sempat jugaklah ema kaut barang-barang nak buat biskut n kek cuti nie..
Tak ku sangka...balik rumah baca mesej-handset tinggal-
"Sally!i see u at Sabasun!Miz u.."

Al-maklumlah,nampak bese2 jer..tapi kat 1 bulan lamanya tak nampak muka.Cik Fakhy jugaklah nampak muka pau ema yang dah naik beratnya.Tapi,tak tegur jugak lam sabasun sebab cik fakhy naik tingkat atas ema pulak syok beli barang-barang kuih nie kat bawah~




Malam nie keluarga pakat2 buat barbeque kat rumah sepupu.Maklumla cuti raya cina,semua orang balik..sampai rumah sepupu,salam ngan mak saudara..terus tanya
"Dah,bila nak ambik lesennya.."

HA!nak buat camna,famili mesti dah beritahu ke orang ema tak ambik lesen mandu sebab sepupu ema dah ambik dah =_=.Adalah bertubi-tubi soklan pasal mandu pot pet pot pet kat telinga  nie.Dengar jerla.Ada cerita paranormal wah..Baru ema tahu,sepupu ema sekolah rendah nie memang boleh tengok benda "yang tak boleh dilihat oleh mata kasar"..

Akhir sekali,kitorang beramai-ramai tengok cerita hantu kak limah di astro citra -rumah ema takder channel tu-..tak payah ceritalah bab ketawa2 tu.Orang ramai,lagi menggamit ketawanya..
Belum habis cerita 
"Jom! siapa nak balik rumah.?.siapa nak balik ngan abang boleh balik kekgi",ayah tanya

Ngantuk punyer pasal,balik jerla.abang ngan kakak balik later.

Rupanya..nak tahu kenapa nak balik awal
MU lawan Arsenal tu
Memang konfem balik awal.Ayah balik terus serbu TV.Gol tak gol,memang setia depan TV..lepas tu,abang pulak balik..Ingatkan balik dengan kakak jer.Sekali dia bawak balik  sekumpulan lelaki-lelaki yang kaki bola betul.Siap bawak bantal..
"Wakper mari tidur sini laker oh.."
"Nak tengok bola lah.."
"Dah, kat rumah mak teh tak tengok ker?"
"Pak Teh bukan kaki bola,mana tengok bola kat rumah tu.."

He3.Sah camping  lelaki-lelaki semua depan TV tengok bola.Lelaki,memang minat bola..
perempuan?




p/s:Malam esok ada pulak barbeque kat kampung..

20 January 2012

Selamat Hari Jadi Cik Balqis


Assalamualaikum




Birthday-Graphics
Selamat hari jadi yang ke-18 Cik Balqis Nordin.
May Allah bless u always 
Dan dapat keputusan yang cemerlang.Jayyid jiddan dalam SPM nanti
Tak lupa jugak dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan
May we see again in teh future..Mungkin..
Possibility ada
Masa nak buat IC baru tu,candid comel2 deh~



19 January 2012

Coffee from Mr/Mrs.Barista


Assalamualaikum

♥ Coffee-kopi-Kōhī-keopi-قهوة-Kāfēi-Kape-le café-caife-capulus-кофе-Kāfæ 

Semuanya sama kan.K.O.P.I
Siapa tak suka kopi.Orang sini sana kat dalam rumah memang glamour nak minum kopi,terutama nak habiskan stok kopi kat umah dengan menghidangkannya kat tetamu.Kat pejabat pula ke hulu ke hilir pegang secawan kopi yang panas untuk diminum.Kedai kopi di dunia pun semakin famous dengan menghidangkan kopi sebagai menu utama kepada pelanggan seperti kedai kopi tok Aba ..atau Coffee prince*wink3*
Oleh sebab kopi pahit,maka Tok Aba menukarnya kepada koko 

Tapi hari nie ema nak menghidangkan fakta-fakta menarik mengenai KOPI




1. Kopi ditemui oleh kambing
Kira-kira seribu tahun dahulu di pergunungan afrika, sekawan kambing terjaga malam setelah memakan biji kopi merah. Pengembala kambing mendapati kambing ternakannya memakan biji dan daun kopi dengan kuantiti yang banyak. Mulai dari saat itu, manusia mula belajar meminum kopi.
2. Kopi yang baik bergantung pada kaedah memanggang dan penghancurannya
Jika ingin menikmati rasa kopi sebenar yang enak, ia bergantung pada kaedah penyediaanya iaitu memanggang dan mengisarnya. Semasa memanggang, minyak dari biji kopi akan keluar dan minyak ini akan menambah rasa kopi. Kandungan kafein di dalam kopi berasal dari minyak yang terbit dari hasil pemanggangan biji kopi ini dan jumlahnya bergantung berapa lama ia berada di bahagian paling dasar. Kopi biasa mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi berbanding espresso dan cappucino. Pemanggangan yang lama juga akan menghasilkan kafein yang berlebihan.
3. Kafein bukanlah penyebab rasa pahit kopi
Ramai orang yang beranggapan, semakin pahit rasa kopi, maka makin tinggilah kafeinnya. Hakikatnya tidak!
4. Pengurangan kafein menggunakan bahan kimia
Untuk mengurangi kandungan kafein dalam kopi, sejenis kimia iaitu methylene chloride digunakan.
5. Pengurangan kafein (nyahkafein / decaffein) di dalam kopi tidak menyebabkan kafein hilang 100%
Penyingkiran kafein atau decaffein atau bebas kafein bukanlah menghilangkan 100% kafein kopi. Ia masih kekal di dalam kopi dengan kuantiti yang lebih sedikit. Dengan bahasa mudah, meminum 10 cawan kopi yang dinyahkafein, sama seperti meminum 2 cawan kopi berkafein.
6. Kopi boleh menyegarkan dan berupaya mengurangi rasa mengantuk
Fakta ini mungkin telah diketahui ramai. Meminum kopi berupaya membuatkan kita menahan diri dari mengantuk dan tertidur terutamanya di waktu malam. Bagi penggemar kopi yang tidak bertujuan untuk berjaga malam, sebaiknya minumlah kopi 6 jam lebih awal untuk tidak mengganggu jadual tidur.
7. Kafein boleh mengurangi rasa sakit
Menurut satu kajian, meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana mampu mengurangi rasa sakit dan lenguh selepas bersukan. Ia lebih berkesan kepada mereka yang bukan peminum kopi tegar.
8. Kopi sebenarnya baik untuk kesihatan
Sebenarnya kopi memiliki agen antioksidan dan ia baik untuk kesihatan sekiranya tidak keterlaluan mengambilnya.
9. Kafein boleh membunuh
Benar sekiranya seseorang mengambil kopi dengan kadar yang tinggi melebihi sehingga 80-100 cawan sehari. Jangan mencubanya!

Sumber : Mohd Faizal Aziz Editor Majalahsains.com



Dan bagaimana pulak kopi yang mengandungi kafein ini boleh mengelakkan kita daripada mengantuk?
kopi akan meningkatkan denyutan jantung dan adrenalin dalam badan.
Tapi ada jugak contra bagi secawan kopi yang anda minum kopi..

aNda tahu pembuat kopi asli yang membuat kopi dari biji kopi dipanggil 
BARISTA
Barista menghasilkan air kopi dari biji kopi dan tak gunakan paket serbuk kopi yang dikenali sebagai instat coffee - tak asli -
Sebab tu air kopi yang terbaik adalah air kopi dari  barista terbaik
Tapi air yang paling terbaik mengikut Sunnah Nabi ialah Susu Kambing 
HI Goat tu.Tapi ema suka minum susu lembu.TERBAIK


18 January 2012

Jom buat Wafer♪



Assalamualaikum

Pagi semua...er..petang semua.
Hari nie ema nak ajak bloggerrz dan rakan-rakanku yang tak ada kerja kat rumah untuk masak smth new muning-muning.Something Really Simple
We are making waffle!


Bahan :


  • 1-2 bji telur
  • 1 1/2 tsp minyak - minyak sunflower yang terbaik untuk kesihatan anda~dan jugak buat sabun
  • 1 cawan tepung gandum atau all purpose flour
  • 1 1/2  tsp serbuk penaik
  • 1 1/2  tsp garam
  • 1/2 tsp gula
  • 1 cawan susu segar - susu penuh krim sedap jugak

Cara nak buat : 
  1. Putar telur sehingga kembang.
  2. Masukkan semua bahan - bahan yang lain ke dalam telur yang kembang dan berbuih-buih tu.Gaul sehingga sebati.
  3. Oh,dan sebelum tu jugak.Sila pastikan pembakar waffle anda dipanaskan.Tapi,memandangkan pembakar wafer kat umah tak ada.Kita buat lempeng punya style.
  4. Masak  dan siap.Anda boleh makan dengan ice cream,chococlate,jam dan krim.
Nielah lempeng yang sedap sekali!Terbaik


Antara bentuk lempeng opss,wafer yang beraneka jenis (tapi rasanya tak berbeza.but still-presentation is important-kalu nak masuk TOP chef atau master chef MAS)





harga satu pembakar roti wafer nie kalu tak silap yang bentuk biasa pun paling kurang RM60+



WARNING ! > kalu nak buat lempeng macam ema dan makan dua lapis,jangan tebal sangat tau masa nak masak tu,Nipis2 sudahla.Nanti kembang.Pastu masa nak makan memang  cepat kenyang daa..2 kali makan  = 4 lempeng/wafer,sure kenyang macam ular sawa~



17 January 2012

44 minutes of happiness



Assalamualaikum

Only 44 minutes to recover 1 month of silence
Wah..Berapa tahun dah eh fakhriah tak dating phone ngan mama eh?Lama senyap.Mesej tut tat tut tat.Tapi tak pernah dengar suara.

Setelah lama akhirnya,Ema nak call Cik Fakhy last night.
Berbunyi : 
Kita dating malam nie kol 9.--p.m kalu cik fakhy free.boleh tak?.Balas eh <rasanya macam tu lah>
Berminit-minit lamanya,tak balas pun.Malam dah pun malam .lebih  dah masanya.Senyap begitu.
Akhirnya,balas jugak cik fakhy tapi dia suruh kita call balik.Orang tak ada kedit + siap bungkus lam selimut + Kilat dentum dentam..
Bergaduh jugak nak suruh pakai phone apa,siapa nak call dulu - call handset ke call umah.Dan lastly~Cik Fakhy kene  call today~
Today.~So Nice eh~






44 minutes dengan teriakan,galok2,dan segala yang hangat - Universiti,kereta auto manual,ambik lesen mandu,keje,masok,dating kat TTC  dan segala yang private dan diakhiri dengan PUTUS TALIAN.



Itulah nombor yang dipaparkan diskrin biler CALL ENDED.
kejam sungguh phone nie sampai putus talian hayat kami:=(
Tapi,44 minit pun dah berbaloi~

Lepas nie bila pulak kita nak jumpa.Dan 1 bulan tak jumpa,muka ema pun dah macam kuih pau.tak kecil-kecil pun.



P/S:jelous ngan kawan-kawan yang jumpa sokmo kat PSM.Asyik-asyik jumpa..ema jugak duk lam gue.Orang lain pun dah siap kerje lagi.Complain kerja pun dah ada~Wah~


16 January 2012

Cookies and milk anybody?


Assalamualaikum

Lama tak update.(4 hari jer baru).tak tahu + separuh jalan tulis post.
TAPI.Ema buat cookies and Nasi Ayam -kegemaran cik Fakhy~
So,Cookies and milk anybody~
BEST!taste ada la cam famous amos tapi terlebih guler..terlebih manisnya




Anak mama nie kenapa tak mari makan kat umah nie..



                                                                                                 

12 January 2012

Soal cinta dan khawin


Assalamualaikum

Erm.Ema cuma nak coret tentang apa yang berlaku dalam masa 1 hari.tak idea nak update pasal apa.Tapi,bila tengok TV,pasal cinta + khawin,bukak fb orang,Status penuh pasal cinta + khawin + jodoh,bukak Blog ciK Fakhy..pasal cinta + khawin jugak.Jadik,memang topik ini tak lari dari masyarakat sekarang.Sebab memang tak lapuk di hati sesiapa pun.

Ema bukan penceramah motivasi nak hurai topik pasal cinta.Seorang ahli psikologist,atau pakar cinta (Wah..hik3).Jadik..ema takkan buat karangan 1 page penuh pasal cinta yang tak sampai ke mana2..

Tapi ada cinta2 manis yang melekat di kepala ema.Bukan cinta surat menyurat atau bergaut di batang nyor.Tapi cerita cinta diam dalam seribu.Apabila orang nak bercinta,pasti diorang nak dating dan ikut langkah-langah seterusnya mengikut tips-tips percintaan yang disarankan di blog,rakan-raan,buku-buku cerita,tengok korea,baca novel cinta atau mana-mana media.
Apa kata kita ikut tips-tips percintaan yang disarankan oleh syariat islam.
KITA KHAWIN DULU!!

Korang ingat video you tube kat bawah ini?

menjadi famous sebab lamaran seorang jejaka asing yang tak kenal penat + tidur + lelah semata-mata nak menjalinkan hubungan yang halal antara mereka.It went viral for some communities.And some people misunderstood the intention of the uploader.But the main point is..



JUST MARRIED.if you think it is the right person,or you didn't think so-and afraid of divorce.Don't be.Allah telah mengatur segalanya.Bukan anda yang membuat pilihan.
Tapi ema tak  boleh merasai apa yang perempuan tu rasa(mungkin sikit).Dilamar oleh seorang lelaki asing =_=.Siapa yang tak terkejut.

Dipetik dari status FB oleh kata-kata ustaz Azhar

"Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berusia 4 bulan di dalam kandungan ibu.(malaikat akan tulis nama kita,rezeki,kerja,khawin dengan siapa,cerai atau tak,anak berapa dan semua tentang diri)"

Sebab itulah ramai yang khawin awal.HUK3.dengar3 dah ada kawan sesekolah dah melamar budak sekolah Kairiah..Hik3,tak dapat lagi jawapan.Pergi pLkn budak tu.PECAH REKOD budak sekolah ema khawin awal dah nie.Baguslah,tak nak buat dosa banyak-banyak.

But look.(not telling rumours-HIK3),keluarga ema jugak ada yang niat nak khawin atau mungkin akan berlaku.Yang tahu abang (yang dah bertahun2 niatnya nak khawin) - found the girl but i never meet her(she seems nice),Ayah dah kata ke kakak..


KERJA DULU!




Kebetulan kakak di Mesir kena isi borang tentang maklumat "JODOH" -APA?
tak tahu soalan apa.Mungkin pasal,nak khawin umur berapa?atau..nak khawin orang mana:>..Nak tahu kakak jawab apa.KOREA.dAN Sudah tentu ia tak akan berlaku!Jika muslim yang menetap di korea.Mungkin akan berlaku




HA!korang tengok tak Mahligai Cinta.Konfem tak tengok sebab pergi sekolah dan kerja.Masa tu tengah tunggu cerita princess hour,tekan jugakla TV3.Episode Ashraf Muslim dan isteri dia berkhawin.Bukan cerita nak khawin tapi juga sebelum khawin.Berseri-seri tengok muka Ashraf muslim,seperti dipancari cahaya keimanan selepas  khawin nie.Ceritanya juga bermula sewaktu Ashraf di Mekah dan berdoa untuk mencari jodoh.Entah kenapa,Ashraf tiba-tiba teringatkan isteri dia (lupa nama).Lalu bila pulang Malaysia..terus cuba mengenali isterinya.Katanya tak pernah dating atau keluar.Last2 kali dalam kereta,terus melamar.Dan Alhamdulillah,selamat berkhawin.Isteri dia nie memang  lemah lembut,sopan dan berbudi bahasa..Jika nak dibandingkan dengan ema T.T.Tapi ema tak la teruk >.<


But don't think too much about love,marriage and lelaki.Walaupun mereka akan tetap bermain2 di kepala..Diumpamakan satu permainan tenis.Lelaki adalah bola.Anda baling bola,dia akan datang balik,baling bola,dia akan datang balik.Jadi anda tak akan boleh lari dengan mudahnya.Jadi,bersiap sedialah dengan "skill" servis anda dan cuba baling jauh-jauh biar dia tidak datang lagi.Tahu skill yang dimaksudkan?
Bukan 10 bulan tennis trainingla..tapi knowledge of islam and mental prepare.But both jika kita sentiasa berdampingan dengan Al-Quran dan As-sunnah.Make me feel lucky to be a alumni in SMKA Tok Jiring.Gain soo many knowledges which is not easy to gain in outside world..So..PEACE!


P/S:i'm NOT a Love Dr.So don't ask any hard questions  about love.But,i may not experience in Love Relationship (not one sided),but i do have someone else experiences in my little mind that actually can be a lesson to me and sometimes can be related to me.Herm..

11 January 2012

Drive me to no where


Assalamualaikum

Kelmarin kakak balik.dan sudah tentu ema dapat mengagak apa yang dia akan tanya ker Ema.Dengan panjang lebarnya dia senyum,

"Dah,bila nak belajar mandu nyer..piqah(sepupu) ambil lesen dah"
dalam hati.."Haish,soalan tu jugaklah dia tanya.."
Bukan tak ada masa nak jawab.Tapi dah hampir lupa + tak semangat + malas (sket)..atau bnyak..
Semangat memang semangat la nak drive.Balik perlis 3 minggu lepas siap bawak balik buku driving test  400 soalan nak ngafal,buku nota,baca sana sini situ untuk driving test berkomputer.Balik Terengganu,sunyi sepiiiii jer.
Last2..Off jerla.Ada tugas lain pulak.Angkut sidai baju hujan-hujan,kerut2 dahi mikir nak masak sayur apa..sudahla ema buat rosakkan satu bidai tingkap(HIK3),bidai tu tak boleh tutup dah,dan perkara2 clumsy yang ema buat (takleh tulis banyak2,family member baca..kantoi kan)

Last night,ayah pun sok seh sok seh kata piqah dah drive dan so on.Mak pulak kata nak suruh daftar...tapi hari ni senyap sikit.Kecuali sorang.Kakak la.Soalan driving yang tak ada penamatnya.

kata ke mak 2 hari lepas,cik piqa kata PSM nanti pakai kereta auto bulan Mei.Tup Tup kat Utusan hari nie <bawah sekali kat cover>
Driving Car from manual to auto Jun nie kan(tak ingat dah)..
Advantage ker?tak pulak rasa..sebab manual nie lebih mahir sikit kontrol kereta masa nak main brek2(jika pandai)

Kakak pun balik2 tengok Merlin..balik cuti study untuk 1 more paper.Minggu depan ada test final paper =_=.Sempat ketawa tengok Merlin seharian..

Driving?Ema tak kisah jer.Tapi bila dah hilang mood.Nak pegang stereng tak rasa enjoy+tak semangat+tak yakin.Jadi berdebar pulak.Kan nanti Fail pulakkan.Nauzubillah.Harap2 tak.
Tak apalah.Driving test tu berminggu-minggu,berbulan-bulan boleh tunggu jika ditakdirkan.Ema akan ambik jugak suatu hari nanti.
Rimas jugakkan ada orang mengacau dan mengungkit-ungkit perkara kita tak suka.Macam kita harapkan orang tak sebut sesuatu perkara yang kita harap ia dilupakan.Tapi dia nie memang saja2 nak cakap biar kita "seksa"..HA3

But now i just want to be feel relax and find more courage..Who knows what will happen in future..



p/s:Dapat tawaran Institut kemahiran Antarabangsa Showme(?) yang mana orang lain mesti dapat jugak..tapi tak berminat.Maidam pun dah buat offer nak hantar pelajar PEREMPUAN sahaja ke jordan berdasarkan markah trial.COOL kan~untuk bakal2 sakit puan.Tak Berminat =(


10 January 2012

Program Asasi dan Tamhidi



Assalamualaikum

Hari nie Ema cuma nak share tentang UNIVERSITI.tahu program asasi?Matrikulasi?TAMHIDI dan STPM?
hik2.saje2 ema nak test.kot2 hilang ingatan.Tapi tamhidi mungkin ada budak-budak tak tahu.TAMHIDI nie program matrikulasi khas dan satu2 nya terdapat Di USIM(sama jer macam Matrik n asasi lain)
Dan ini semua adalah FAST TRACK bagi sesiapa pelajar lepasan SPM nak belajar tinggi2 hingga boleh Master dan PhD.Dengan melompat Diploma,pelajar boleh sambung ijazah pertama.Kalau result cemerlang, terus ambik PhD.Tak payah Master2.Tapi tentulah kena belajar rajin-rajin sebab budak genius jer yang mampu melompat-melompat nie.

TAPI,Hari nie Ema nak fokuskan list-list untuk masuk Asasi - yang mananya antara pilihan pelajar-pelajar lepasan SPM.Antara Universiti di Malaysia yang menawarkan program sebegitu rupa ialah : UIA,USIM,UM dan UiTM

Universiti Islam Antarabangsa

Di bawah ialah list2 lengkap program asasi bagi 2011/2012.Di samping itu, turut disertakan program yang akan ditawarkan bagi sesiapa yang memasuki asasi berkenaan.Jadi,tak la blur nak masuk asasi mana lepas habis asasi.Macam,ada orang keliru,nak jadi doktor..kena masuk asasi Sains hayat ke Fizikal.Jika salah asasi,susah pulak yer.

 

-Tempoh pembelajaran Asasi di UIA ialah 2- 4 semester (bergantung kepada kecemerlangan akademik)
-Pusat Asasi UIA terletak di Petaling Jaya(asasi sains) dan Nilai (asasi sastera),berjauhan dari kampus induknya iaitu Gombak.
-Kelebihan asasi UIA ialah,pelajar asasi UIA akan diutamakan untuk masuk program ijazah (jika result OK).Persaingan mungkin kurang.Namun,jika sebaliknya.Anda mungkin akan ditendang kuar!

<layari laman web INI untuk maklumat lanjut tentang program asasi UIA>


Universiti Sains Islam Malaysia

Program Tamhidi yang ditawarkan  dan tawaran ijazah pertama ialah :



-Tamhidi USIM sama jugak dengan Asasi UIA di mana pelajar diutamakan untuk meneruskan pelajaran di USIM bagi ijazah pertama.
-Tapi,pembelajaran TAMHIDI hanya memakan masa 1 tahun (2 semester)

<Layari laman web INI untuk maklumat lanjut Program TAMHIDI USIM>

Universiti Malaya

  • Asasi Alam Bina (Bumiputera sahaja)
  • Asasi Sains Hayat  (Bumiputera sahaja)
  • Asasi Pendidikan Islam
  • Asasi Syariah
  • Asasi Usuluddin
  • Asasi Sains Fizikal (Bumiputera sahaja)
  • Asasi Pengajian Islam dengan Sains



-Pengajian asasi UM hanya mengambil masa 1 tahun ( 2 semester ) sahaja.

<Maklumat lanjut asasi UM di Sini>

Universiti Teknologi Mara

Program asasi yang ditawarkan ialah :

  • Asasi Undang-undang (LAW)
  • Asasi Kejuruteraan (Engineering)
  • Asasi TESL 
  • Asasi Sains (Science)

-Kampus asasi UiTM adalah seperti berikut ;
  • Shah Alam  PI007, PI020  (Law and TESL)
  • Puncak Alam  PI009, PI080  (Engineering and Science)
  • Melaka  PI020  (TESL)
  • Kedah  PI005  (Law)
  • Pahang  PI005, PI020  (Law and TESL)
  • P.Pinang  PI080  (Science)
-Pengajian asasi UiTM hanya mengambil masa 1 tahun (2 semester) sahaja 

<maklumat lanjut asasi UiTM di  Sini>


Universiti Lain-lain

1. Universiti  Kebangsaan 
Malaysia (UKM) - 
Asasi Pintar
2.Universiti Malaysia Sabah 
(UMS)  - 
Asasi Sains (Bumiputera Sahaja)
3.Universiti Malaysia Sa
rawak
 
(UNIMAS) - 
Asasi Sains Hayat (Bumiputera 
   Sahaja)
4.Universiti Pertahanan 
Nasional Malaysia (UPNM)
  • Asasi Perubatan Pertahanan#
  • Asasi Pengurusan Dan Strategi Pertahanan#
  • Asasi Kejuruteraan#
  • Asasi Sains Dan Teknologi Pertahanan#
5.Universiti Putra Malaysia 
(UPM) - 
Asasi  Sains Pertanian

*************

nie pulak adalah pros  dan cons  jika anda pilih asasi/tamhidi/foundation

Asasi / Foundation

1.Kalau dibawah IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa atau Pinjaman PTPTN dan MARA biasanya tidak diberi. (Contra)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian – Terus masuk degree. (Pro)
4.Kurang praktikal (Contra)
5.Perlukan result yang gempak atau akan di tendang.(Contra)
6.Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrikulasi. (Pro)
7.Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)


                    

Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...