23 January 2012

Barbeque night



Assalamualaikum

Ema yang hampir 1 bulan tak keluar jalan-jalan (siyess)..lepas balik Perlis 1 minggu lepas abih SPM,langsung tak jenguk tengok jalan raya depan rumah nie.Apa yang berubah,ema pun tak tahu,Hari ni la baru dapat menghidu udara segar kat luar dan "tenaga" cahaya matahari yang terik yang dirindui

Tadi pergi outting shopping ngan mak n abang.Alah,pergi Batu 6 n sabasun jer..Alang - alang nak pergi makanan untuk buat barbeque kat rumah sepupu,sempat jugaklah ema kaut barang-barang nak buat biskut n kek cuti nie..
Tak ku sangka...balik rumah baca mesej-handset tinggal-
"Sally!i see u at Sabasun!Miz u.."

Al-maklumlah,nampak bese2 jer..tapi kat 1 bulan lamanya tak nampak muka.Cik Fakhy jugaklah nampak muka pau ema yang dah naik beratnya.Tapi,tak tegur jugak lam sabasun sebab cik fakhy naik tingkat atas ema pulak syok beli barang-barang kuih nie kat bawah~




Malam nie keluarga pakat2 buat barbeque kat rumah sepupu.Maklumla cuti raya cina,semua orang balik..sampai rumah sepupu,salam ngan mak saudara..terus tanya
"Dah,bila nak ambik lesennya.."

HA!nak buat camna,famili mesti dah beritahu ke orang ema tak ambik lesen mandu sebab sepupu ema dah ambik dah =_=.Adalah bertubi-tubi soklan pasal mandu pot pet pot pet kat telinga  nie.Dengar jerla.Ada cerita paranormal wah..Baru ema tahu,sepupu ema sekolah rendah nie memang boleh tengok benda "yang tak boleh dilihat oleh mata kasar"..

Akhir sekali,kitorang beramai-ramai tengok cerita hantu kak limah di astro citra -rumah ema takder channel tu-..tak payah ceritalah bab ketawa2 tu.Orang ramai,lagi menggamit ketawanya..
Belum habis cerita 
"Jom! siapa nak balik rumah.?.siapa nak balik ngan abang boleh balik kekgi",ayah tanya

Ngantuk punyer pasal,balik jerla.abang ngan kakak balik later.

Rupanya..nak tahu kenapa nak balik awal
MU lawan Arsenal tu
Memang konfem balik awal.Ayah balik terus serbu TV.Gol tak gol,memang setia depan TV..lepas tu,abang pulak balik..Ingatkan balik dengan kakak jer.Sekali dia bawak balik  sekumpulan lelaki-lelaki yang kaki bola betul.Siap bawak bantal..
"Wakper mari tidur sini laker oh.."
"Nak tengok bola lah.."
"Dah, kat rumah mak teh tak tengok ker?"
"Pak Teh bukan kaki bola,mana tengok bola kat rumah tu.."

He3.Sah camping  lelaki-lelaki semua depan TV tengok bola.Lelaki,memang minat bola..
perempuan?




p/s:Malam esok ada pulak barbeque kat kampung..

No comments:

Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...