29 January 2012

Ema pizzaria



Assalamualaikum

Menu hujan - hujan sejuk hari ni adalah..
PIZZA
delicious pizza~
YUM

Bahan-bahan
  • 1 1/3 air suam
  • 1/4 cawan susu tepung
  • 1/2 sk garam
  • 4 cawan tepung
  • 1 sb gula halus
  • 2 1/4 sk yis
  • 2 sb minyak sayuran
  • topping *choice* - sosej,burger,sayur,etc
  • sos pasta
Cara-cara

  1. Masukkan yis,gula,garam dan susu tepung ke dalam mangkuk
  2. Masukkan air dan kacau.
  3. Rehatkan selama 2 minit
  4. Masukkan minyak dan kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh.Tambahkan tepung sehingga doh tidak melekat.
  6. Doh dibiarkan tutup dengan tuala basah.Biarkan saiz doh mengembang 2 kali ganda .
  7. Panaskan oven dalam suhu 160 celcius.
  8. Bentukkan doh menjadi bulat.Letakkan sos beserta dengan toping dan cheese.
  9. Jangan lupa griskan majerin/mentega atau spray minyak di atas loyang pembakar.
  10. Masakkan sehingga cheese berbuih-buih atau roti pizza menjadi perang.


Pizza tak nampak bulat sebab  pakai tangan yang erut2 nie.Toping melimpah ruah..

Pesanan ikhlas tukang masak : Masaklah dulu pizza crust separuh lam oven pastu baru masak penuh dengan toping .Takut-takut pizza luarnya nampak macam nak hangus.Dalam tak masak complete.Nasib baik jugaklah budak2 nie kata sedap.HUK3..




No comments:

Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...