10 January 2012

Program Asasi dan Tamhidi



Assalamualaikum

Hari nie Ema cuma nak share tentang UNIVERSITI.tahu program asasi?Matrikulasi?TAMHIDI dan STPM?
hik2.saje2 ema nak test.kot2 hilang ingatan.Tapi tamhidi mungkin ada budak-budak tak tahu.TAMHIDI nie program matrikulasi khas dan satu2 nya terdapat Di USIM(sama jer macam Matrik n asasi lain)
Dan ini semua adalah FAST TRACK bagi sesiapa pelajar lepasan SPM nak belajar tinggi2 hingga boleh Master dan PhD.Dengan melompat Diploma,pelajar boleh sambung ijazah pertama.Kalau result cemerlang, terus ambik PhD.Tak payah Master2.Tapi tentulah kena belajar rajin-rajin sebab budak genius jer yang mampu melompat-melompat nie.

TAPI,Hari nie Ema nak fokuskan list-list untuk masuk Asasi - yang mananya antara pilihan pelajar-pelajar lepasan SPM.Antara Universiti di Malaysia yang menawarkan program sebegitu rupa ialah : UIA,USIM,UM dan UiTM

Universiti Islam Antarabangsa

Di bawah ialah list2 lengkap program asasi bagi 2011/2012.Di samping itu, turut disertakan program yang akan ditawarkan bagi sesiapa yang memasuki asasi berkenaan.Jadi,tak la blur nak masuk asasi mana lepas habis asasi.Macam,ada orang keliru,nak jadi doktor..kena masuk asasi Sains hayat ke Fizikal.Jika salah asasi,susah pulak yer.

 

-Tempoh pembelajaran Asasi di UIA ialah 2- 4 semester (bergantung kepada kecemerlangan akademik)
-Pusat Asasi UIA terletak di Petaling Jaya(asasi sains) dan Nilai (asasi sastera),berjauhan dari kampus induknya iaitu Gombak.
-Kelebihan asasi UIA ialah,pelajar asasi UIA akan diutamakan untuk masuk program ijazah (jika result OK).Persaingan mungkin kurang.Namun,jika sebaliknya.Anda mungkin akan ditendang kuar!

<layari laman web INI untuk maklumat lanjut tentang program asasi UIA>


Universiti Sains Islam Malaysia

Program Tamhidi yang ditawarkan  dan tawaran ijazah pertama ialah :



-Tamhidi USIM sama jugak dengan Asasi UIA di mana pelajar diutamakan untuk meneruskan pelajaran di USIM bagi ijazah pertama.
-Tapi,pembelajaran TAMHIDI hanya memakan masa 1 tahun (2 semester)

<Layari laman web INI untuk maklumat lanjut Program TAMHIDI USIM>

Universiti Malaya

  • Asasi Alam Bina (Bumiputera sahaja)
  • Asasi Sains Hayat  (Bumiputera sahaja)
  • Asasi Pendidikan Islam
  • Asasi Syariah
  • Asasi Usuluddin
  • Asasi Sains Fizikal (Bumiputera sahaja)
  • Asasi Pengajian Islam dengan Sains



-Pengajian asasi UM hanya mengambil masa 1 tahun ( 2 semester ) sahaja.

<Maklumat lanjut asasi UM di Sini>

Universiti Teknologi Mara

Program asasi yang ditawarkan ialah :

  • Asasi Undang-undang (LAW)
  • Asasi Kejuruteraan (Engineering)
  • Asasi TESL 
  • Asasi Sains (Science)

-Kampus asasi UiTM adalah seperti berikut ;
  • Shah Alam  PI007, PI020  (Law and TESL)
  • Puncak Alam  PI009, PI080  (Engineering and Science)
  • Melaka  PI020  (TESL)
  • Kedah  PI005  (Law)
  • Pahang  PI005, PI020  (Law and TESL)
  • P.Pinang  PI080  (Science)
-Pengajian asasi UiTM hanya mengambil masa 1 tahun (2 semester) sahaja 

<maklumat lanjut asasi UiTM di  Sini>


Universiti Lain-lain

1. Universiti  Kebangsaan 
Malaysia (UKM) - 
Asasi Pintar
2.Universiti Malaysia Sabah 
(UMS)  - 
Asasi Sains (Bumiputera Sahaja)
3.Universiti Malaysia Sa
rawak
 
(UNIMAS) - 
Asasi Sains Hayat (Bumiputera 
   Sahaja)
4.Universiti Pertahanan 
Nasional Malaysia (UPNM)
  • Asasi Perubatan Pertahanan#
  • Asasi Pengurusan Dan Strategi Pertahanan#
  • Asasi Kejuruteraan#
  • Asasi Sains Dan Teknologi Pertahanan#
5.Universiti Putra Malaysia 
(UPM) - 
Asasi  Sains Pertanian

*************

nie pulak adalah pros  dan cons  jika anda pilih asasi/tamhidi/foundation

Asasi / Foundation

1.Kalau dibawah IPTS, kena bayar sendiri / Biasiswa atau Pinjaman PTPTN dan MARA biasanya tidak diberi. (Contra)
2.Nak masuk susah (Contra)
3.Cepat tamat pengajian – Terus masuk degree. (Pro)
4.Kurang praktikal (Contra)
5.Perlukan result yang gempak atau akan di tendang.(Contra)
6.Kalau lulus, tempat / course (kos) untuk degree lebih terjamin berbanding Matrikulasi. (Pro)
7.Sijil Asasi / Foundation tak boleh digunakan untuk dapatkan kerja. (Contra)


                    

6 comments:

nurakmal sYuhada said...

mama(ema)nak ambik asasi r???

Anonymous said...

assalamualaikum..jika sy mendapat gred b+ dlm bio,b dlm fizik,dan c kimia..bolehkah sy memohon asasi sains kesihatan & bersekutu..?saya harap sgt akk dpt menjawap soalan saya ini..

Ema said...

Waalaikumussalam..
Kena tengok syarat minimum kelayakan setiap universiti. Lain unviersiti, lain syarat kemasukannya

Anonymous said...

salam, sory kalau saya tanya, dulu akak ema spm straight A ye? Kalau mcm saya nak masuk asasi sains kesihatan tp ada 1B(sns subj) boleh ke? Selalunya macam budak asasi perubatan semua spm straight A eh? Kalau budak asasi sains kesihatan pun?

Anonymous said...

salam sis. saya sek menengah takde amik arab. tak jadi masalah kan untuk masuk uia ?

Ema said...

wasalam. Memang tak jadi masalah langsung

Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...