28 December 2015

Final Exam + Beethoven


Assalamualaikum

Final Exam Today!! Fighting. Paper today is the hardest subject we face since the first semester, besides organic chemistry..

Natural Product Paper. All these weird name we need to remember, pathway, reaction etc.

Image result for natural product doodle

Image result for natural product chemistry

But thank you its earlier than other paper. More time to study and focus. Start with the hardest one.


I don't hear much of classical songs. Not interested. But, my classmates favor them and listen them during studying. 
I tried to listen once, but I think i'll fall asleep first @_@

it almost 1.00am now. Tiba2 nak dengar lagu Beethoven. Like this one..





Tengok symphony lagi best ...*angguk2*

Tapi, the most amusing part bila....baca comment youtube. Tergelak Ema pagi buta sorang2









Teringatla pulak Nodame Cantabile...



22 December 2015

Internship



Assalamualaikum


DONE.

Alhamdulillah. Dah hantar borang intern ke admin office. 
It is probably one of the hardest thing to choose in life @_@.
After a long chat with my mom, i have come to a conclusion..

Dulu masa nak isi UPU, tak adalah macam nie.

Bila dah masuk Degree, nak kena pilih Concentration. Alhamdulillah, dipermudahkan lagi sebab memang nak pilih Food Concentration. Environment and Marine tak boleh menggugatkan hati nie.. Hehehe...

Tapi, bila dah dapat borang intern...Banyak benda nak kena consider.
Faktor pemilihan intern antaranya tempat tinggal, kos sara hidup (intern bulan puasa), bidang kita..too many to think about

Atas faktor nak sambung study, Ema pilih universiti. Yang dekat dengan rumah mestilah UMT. 

Lepas tu?

itu je yang ada kat kawasan rumah. Kampus Unisza dekat Besut. Jauh. 
Agak memeningkan bila tak ada pilihan, kawan yang ada pilihan lebih pun bermasalah..
Mak Ema macam ada telepati dengan ema. Baru nak tekan call button, mak dah call 
^~^.Jimat kredit.. Long conversation. Adalah nampak sinar harapannya. 


Intern can have a long life effect

Latihan industri dekat Universiti lain dari latihan dekat company. Mungkin sebab kita tolong orang buat research. My senior  intern at UPM, and she's taking food conenctration but work in Environment area. It's okay. Ada budak food yang dapat kerja dekat zoo, hospital, makmal veterinar, which is a whole new experience for them. Boleh lagi apply ilmu biotek. Tapi ramai yang apply kat company macam MARDI, FELDA, biotech companies etc.





Having fun while doing my intern


I love laboratory, research, experimenting work.. If i like it, inshaallah, i will enjoy it. Right =D. It has been more than 1 year tak pegang microscope...Bila lagi boleh nak pegang microscope tengok cell cell yang cantik serba indah niiiiii....

mengancam bila tengok microscope kat institut biosains UPM hari tu, ' one of a kind' in Malaysia katanya..






Cantikkan walaupun nampk geli...



29 October 2015

New Brain


Assalammualaikum


Two weeks ago, Ema complain pasal laptop Ema berdrama dikala tengah sibuk nak siapkan assignment. Ema kena siapkan assignment pakai Tab. Ayah pesan suruh save file dalam pendrive, which I did. Lucky to say,sebelum Ema siapkan assignment, tab pula buat hal.
 Charger rosak dan tab battery reach 5% critically. Cannot sleep, because I was in desperation to borrow someone else laptop. Classmate? Impossible, sebab diorang pun tengah siapkan assignment. Pinjam charger? Ema sorang jer pakai tab lenovo. But, thanks to Kak Shy's roommate, i managed to finish it before due time! Applause to my life saviour - kak Syifa'!... 



But what happen to my laptop?

Send it to my classmate for checkup
In the end......it cannot be safe. I mean the hard disk, the laptop is safe safe...Good news...right? 4 years old data all burnt down


Semalam hantar kedai. Dia pun cakap benda sama. Hard disk cannot be read. Kena tukar hard disk..


So, new hard disk. 500 GB cost about RM240. Thank you my mother~


It's all new, like my mother said.. New Brain.

Need to download loads of stuff, mainly class stuff...google drives - 707 files to downlaod, and 2D animation software. Kena buat animation lagi untuk sem ni about cloning......we are not animators but we can be creative people~ and handworking too..

Finally I can get start on finishing lab reports.
 Happy news for lab reports, bad news for Mid sem dates....


p/s: Be strong my classmate yang tengah ambik lesen memandu, katanya Cg dia sama macam cikgu Ema dulu..........creepy sampai masuk mimpi.........


14 October 2015

Wordless Wednesday~ Laptop T.T


Assalamualaikum



Esok dah nak hantar assignment.
 Assignment dalam laptop.
 Laptop tak nak bukak = trouble
 sob3











6 October 2015

Grand Opening IKOD by Ustaz Elyas (Murabbi Daie TV3)



Assalamualaikum


Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba!
IIUM Kuantan Open Day Grand Opening

Sadly.
Ema tak dapat pergi. Terkujur atas katil sebab selsema dan sakit kepala. Aduhai. Musim demam dan selsema sekarang. Jerebu pun makin teruk dekat Indera Makhota dan Malaysia...=__=




Berapa kali entah hidung ni tersumbat. Waktu jawab kuiz, waktu lab petang tadi....Classmate ingatkan Ema menangis!. Alamak....menangis tengok cerita hindustan ker? :D




A little bit  from Ceramah Ustaz Elyas
Orang sombong ada 2 ciri;1. Memandang rendah orang lain2. Tidak menerima teguran



This is my Personal Health Companion......
Although he is not very useful for me eventhough i'm sick. because i can't say "OUCH" for a Flu....


Who cares..

OUCH


3 October 2015

Hello Warga UIA dan Penduduk Kuantan!



Assalamualaikum and Evening!


UIA/ IIUM Kuantan Open Day (IKOD) Kembali!
Starting from 4 - 11 Oktober 2015 di IIUM Kuantan Kampus  Bandar Indera Makhota.


Boleh enlarge picture atas untuk tengok acara menarik yang diadakan sepanjang IKOD berlangsung.

 Yang Mini Kidzania tu, diorang dah tukar nama...He3. So it is not affiliated with Kidzania in KL and Singapore at all.




 Ema tanya classmate yang involve dengan IKOD about the change in programme..









I don't know how Baymax become the Mascot too...is it legal?


Ema bukan IKOD commitee but a IIUM Student, trying to promote IKOD as much as i can. So, kalau rajin dan tinggal berdekatan, janganlah malu-malu singgah IKOD.






2 September 2015

Terkandas


Assalamualaikum


Terkandas is equal to Test JPJ..




SO, my definition of terkandas is..  Terkandas JPJ juga..

Alkisahnya..

*******

Hari ini Ema test JPJ. In my mindset, Ema nak lulus hari ini juga. Inshaallah. Sebab sabtu ni dah nak masuk UIA.

8.20 am

On the way to institut. Ramai jugak. Dalam 100 orang  calon. Dan ada 3 sesi. Ema ambil auto. Auto ada 30 calon, banyak juga compare to hari biasa. Dan giliran Ema? 
Sesi 3 no. 30....Which make me the last candidate..

10.** am

Bergerak menuju ke pondok RSM (rutin sebelum memandu) and RPK (rutin pemeriksaan kenderaan)
Let me tell you something. Disebabkan ramai sangat calon, dan ada 1 buah kereta auto sahaja, Ada 3 orang calon inspect kereta dalam satu masa. Since Ema is the last person, Ema kena buat ala kadar jer. Sisi kiri kereta tak check. Waktu RPM, Ema buat semua benda tapi sayangnya, ada 2 tick gagal buat eventhough dah buat... 

Lesson 1: Bila nak buat RSM, kena sebut kuat2 semua elemen biar JPJ tu dengar.

Tak kisahla nak tekan hon ke atau tekan minyak sebab ada kawan akak ni dia hon tapi JPJ entah macam mana tak perasan.

3.15 p.m

Yes people. Ema menunggu hampir 5 jam untuk test jalan. And yes. Skip litar  after buat RPK and RSM sebab calon ramai sangat.

Sebelum jalan, Ema buat RSM separuh sahaja..

Ema     : ni tolok bahan bakar...ni tolok...
*paling ke JPJ..JPJ tu macam tak nak layan jer...*
Ema     : Nak saya buat RSM tak ni (Since RSM wajib buat)
JPJ      : Tak payah. awak dah buat tadi kan..

So Ema dapat markah free..alhamdulillah

bila stat kereta, wajib signal kanan untuk memulakan perjalanan. Tak sampai 10 meter ada simpang jalan with sign BERHENTI. before keluar institut. Ema buatlah apa yang Ema selalu buat waktu practice..Tekan brek kaki dan berhenti sebelum memulakan perjalanan balik..

JPJ    : Sampai simpang berhenti awak kena buat apa?
Ema   : Berhenti...sebelum garisan..
JPJ    : Lagi?
Ema   : berhenti ...

itu je yang Ema mampu cakap sebab itu sahaja yang Ema buat waktu practice.

JPJ : Awak bila sampai berhenti, awak kena free gear. tarik handbrake...


Ema waktu tu dah tahu Ema dah buat kesilapan. Ema terkandas kat situ??

Nope. JPJ tu kata Ema hilang 2 markah. Kena "ceramah" dan sesi "berbual". Cikgu kata, Ema calon yang paling last hanya Ema sahaja yang buat mistake  tu..Ema pun terfikir, kenapa cikgu tak pernah tegur pun bila Ema tak tukar gear kat perimpangan...... 

Sambung balik jalan keluar institut.

And perjalanan seperti biasa. masuk keluar susur. U turn. Sampailah Ema masuk keluar susur yang ke-2

JPJ  : Awak bila dah keluar susur kena buat apa?
Ema :....*berfikir sejenak*
         Kena bagi signal (ke?)
JPJ   : Dah kenapa tak buat...

Kenapa Ema tak buat??kenapa?? senang je jawapan Ema.
Sebab Ema buat macam tu waktu practice dan cikgu tak pernah tegur/marah suruh bagi signal kanan keluar susur  bila kereta tak ada.

So bila tak ditegur, tentulah Ema buat macam tu semuanya. JPJ tu bilang. 3 kali susur keluar 3 kali tak bagi signal...
Jawabnya terkandaslah...

Dengan rasa down bila tengok borang...oh yerr.. Cakap pasal borang.  Kita kena buat QTI kan aka pra-ujian. JPJ tu suruh tengok borang QTI. check kat mana awak silap waktu buat QTI untuk compare....... Mari sini Ema bagitau. 
Ema tak pernah tahu pun berapa markah QTI ema. Dan bila QTI ema dibuat sebenarnya.. Ema rasa semua yang baca ni faham apa yang terjadi kepada QTI Ema....

Lesson 2: elok la kalau calon test JPJ ni pergi tanya mereka yang terkandas. Supaya tak ulang kesilapan yang sama

Proceed tu Litar

4.00p p.m.

Ema orang terakhir pada hari tu untuk  buat Litar.  Dengan rasa down dan terus gagahkan hati (cewah), Ema buat jugak.. 

Ema listkan FAIL (kesalahan yang dilakukan calon pada hari Ema test based on observation and grapevine)

Selekoh S
Masuk jer. Belok2 la macam ular sawa.. Alhamdulillah. Berjaya. 

Majoriti ( semua lepas )

Selekoh z
Selekoh maut pelajar. Ramai terkandas sebab langgar divider. Ema pun first time belajar naik atas divider bucu kiri bila belok kiri keluar selekoh z. Ema pun redah jugak dengan hati yang tawakkal....Alhamdulillah lepas..

FAIL : yang tak lepas sebab bergesel, langgar dan naik bucu kiri bila keluar selekoh

Bukit
Naik bukit. Auto tak ada masalah rasanya. Manual yang ramai terkandas. 

FAIL  : Tayar 50% tak masuk dan lebih 2 kali gagal.

Parking Sisi
Parking sisi dengan kereta Axia yang besar gedebak dari kancil. Ema mengharapkn bumper tak lebih line. Masuk jer, tak kisah dah kereta belok atau tak asalkan masuk kotak.Alhamdulillah. 

FAIL :  sebab langgar line bila keluar parking. tayar/bumper belakang atas line

Parking Penjuru
Ema buat jer macam zombi. Lepas Reverse, Ema tukar gear D terus sebab takut terlupa nak Reverse bila dah pusing stereng untuk keluar. Waktu belajar, Ema terlupa tukar dan akhirnya dia kebelakang. So, terlebihla 3 olah pergerakan.

FAIL: lebih 3 olah gerak dan langgar line bila reverse atau keluar.

Ramp (Auto sahaja)
Ya Allah. Dah masuk Ramp. alang2 dah sampai bahagian akhir, keyakinan tu datang balik.. Ema harap sangat kereta tak langgar tiang. Cuma terlajak lebih tekan minyak bila Reverse naik ramp balik. sempat berhenti laju2. So. selamat....

******
So, Ema inshaallah repeat balik. 30hb dalam kepala. Tambah 2 jam..dan bayar extra RM96.00..Nak tahu apa lagi rugi? Ema belajar kereta 6 jam sahaja daripada 10 jam sepatutnya (roughly calculated).Ema pakai cikgu luar.....I'm hoping to get different teacher........

On the sunny side, mungkin inilah hikmah untuk Ema lebih rasa yakin bawa kereta atas jalan raya. 2 jam belajar nanti solely fokus atas jalan. Cuma Ema harap sangat cikgu manfaatkan masa mengajar dan belajar tu bersama-sama...

Lupakan pasal JPJ. Ema nak fokus pasal kelas next week~~~~~tak sabar balik UIA.

p/s : Tadi ada calon foreigner cikgu  bahasa arab di IMTIAZ. 6 months baru mengajar di Malaysia. komunikasi tak berapa bagus. Since item  semua in BM. Lagi teruk, dia dah habis buat litar, kena panggil dengan JPJ dan katanya dia sebenarnya dah terkandas di side parking. 


27 August 2015

Waiting for endless time


Assalamualaikum


This week is probably one of the hectic weeks and week full of juggling. Most of the time was occupied with things that i used to find it can be rather useless but also peaceful thing. Waiting. 




At first, people doesn't mind waiting. including me. Time flies when you waiting for someone especially when you busy doing something else to fill in the gap...But,what if you don't?

You have to wait for an awful amount of time (which you don't know!) again, again and again....



minutes? hours?.....or half your day.....just waiting....waiting for something that could happen or never happen..


That what was happening to me everyday..waiting. initially i'm ok. But after days passing by and it keeps happening everyday. I became mentally tired. Very tired. My friend said you were given a big test this week. Only Allah knows how much. 



That's okay. 

Alhamdulillah. Allah gives me this test to help  remind me of Him. How far i am from Him so I can become closer to Him.



Next week will be a pressure  week and it happen to be my last week after 3 months of Holiday. I need to give all out for the big test next week. Inshaallah.




Sometimes, if you want to become stronger, you just need a little bit of challenge and test.

p/s : Tahniah kak dilah and Anuar! welcome baby aryan! baby biotech pertama 

26 August 2015

wordless wednesday~ mencabar mentaliti


Assalamualaikum


sanggupkah yang dah lulus JPJ untuk re-test JPJ balik?


14 August 2015

I remember my 21



Assalamualaikum and good evening


Waktu sekarang ialah

9:55 pm


Umur Ema sekarang is officially 21 tahun 0 bulan 0 hari 0 minit 0 saat





Tahniah dan bersyukur sebab dapat bernafas selama ni.




Since my family is big (10 orang jer), one of the problem in birthday celebration is...forgetting about birthday! yes. Selaīn daripada lupa nama (hak3).

Ema pun dah terbiasa kalu famili sendirī lupa, apatah lagi kawan2.
Sejak 5 hari lepas, ada 2 orang classmates sambut birthday. 
Apa lagi, pagi-pagi buta dah masuk mesej wapp group biotech dengan ucapan hari jadi yang dicopy paste secara berantai.
Well for me....mesej wapp group biotech today is.......SILENT with no birthday wishes.
Reason?

Diorang tak ada terima notification dekat FB.
Why?

Sebab Ema tak ada Facebook...






i'm not sad people!

HA3... i'm totally cool and rilex~chill~ no offence



Except for this mesej. Dalam 83 orang classmates Ema, dialah satu-satunya yang wish (Ema tak bunyi macam pathetic kan?)
BUT..this is what she sent



           



Ha3. Bunyi macam 50/50 yakin..zan..mungkin dia īngat sebab Ema hack telefon dia and mark kalendar 14 Ogos......

owh tak..tu handset kakak Ema.....
Anyway thanks nani. 
it reminds me of a quote in Harian Metro today
"...Tokoh penyair dan penulis Maya Angelou pernah berkata manusia akan lupa apa yang kita akatakan , apa yang dibuat kita, namun tidak akan lupa yang kita buat mereka rasa."
So, for today occassion, kitorang makan steambot kat rumah and mak beli 5 potongan kek yang berbeza dekat Secret Recipes. Sekarang dah jarang beli 1 biji kek sebab tak habis..lagi2 kek aising manis tu. Dengan kek yang berbeza perisa, bolehla kitorang pakat ramai2 scoop kek2 tu. yum3

But esok birthday kakak ipar dan tulat nanti birthday adik bongsu pulak......
~Lalalalala~


p/s: Tomorrow is last day of Syawal

29 July 2015

Raya oh Raya



Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidil Fitri~




wAaaah. Dah lama betul Ema tak buat post Raya. Tahun ni nak tulis sebab terlajak special kenangannya..



So. Tahun ni giliran Terengganu untuk jadi tempat tuan rumah famili Ema untuk beraya. But somehow, something happen that cannot be undone. Sepupu Ema sebelah Emak yang paling tua nak bertunang raya ni dekat Perlis, sepupu Ema satu lagi sebelah Emak jugak nak buat kenduri Kahwin raya ni jugak. Pun kat Perlis. Akhirnya, berayala jugak kat Perlis..




Usually kitorang akan balik Kampung Perlis sekurang-kurangnya 3-4 hari before Raya. But, Raya jatuh hari Jumaat, jadi balik hari Khamis. 

Lagi, tahun nie first time dalam sejarah famili pagi raya di sambut bukan di rumah sendiri atau rumah Tok. Kitorang menginap di Homestay sebab masalah sikit kat rumah Tok Ayah..... Jadi, No Ketupat mak buat di pagi Raya, No Rendang mak yang Super Duper Lazat di pagi Raya, no Tapai mak and no no no.. Kitorang makan lemang kurang santan yang dibeli kelmarin and sedikit kuih raya. Quiet morning. Tak ada riuh suara budak-budak beratur nak mintak duit raya, atau gurau senda waktu sesi fotografi dan bersalam-salaman. Petang tu pergi masuk Kampung melawat saudara mara terdekat..Begitulah cerita Hari Raya Pertama

Hari Raya Kedua

Majlis Pertunangan. Tak jauh pun tempatnya, dekat depan Homestay Ema duduk. Diorang sewa Homestay untuk Majlis Pertunangan. Pagi memang riuh dengan persiapan makanan and tempat. Yang nak bertunang pun sibuk bermake-up..

Bak kata sepupu nak bertunang tu "Bertunang lagi nervous daripada present for international conference"..  
She's currently a lecturer at UMT for botany. Jodoh sesama lecturer kat UMT. yang lawaknya semuanya berlalu terlalu laju. Ada yang mengusik sana sini untuk terus akad tapi apakan daya, yang lakinya tak ada and tak pergi kursus kahwin lagi...

Itulah kerjanya. Tak pergi mana-mana dah petang tu.  
Oh! Malam tu kitorang pindah masuk homestay diorang sebab homestay yang kitorang menginap kena "Bom" sebab fasiliti yang kurang memuaskan dan kurang selesa. 


Hari Raya Ketiga


I learnt two things from my mother about Perlisian's Wedding ...

1. Kenduri biasanya buat dekat dewan. Dewan Hotel atau Dewan Sekolah.
2. Pengantin Perempuan kena ambil "angka giliran" aka kena pergi rumah mak andam untuk berhias.

Dari pukul 11.00 sampai pukul 5.00 petang kerja Ema dan sepupu yang lain kena bersihkan pinggan mangkuk atas meja.. Tapi, bila kitorang nak angkat pinggan ada pelayan kata tak payah, diorang nak buat. Bila dibiarkan atas meja, tak ada orang pun nak angkut ....bila tetamu datang, meja diorang serabut dengan pinggan kotor. 

Ada satu time yang buat kitorang tergelak bila nak angkut pinggan kotor atas meja yang tak ada orang. Tapi Ema perasan ada 2 pinggan nasi lauknya tak disentuh langsung, So Ema assume tuannya pergi jalan dulu. Tapi, Ema terlambat nak inform sepupu Ema supaya jangan buang lagi, tapi dia dah letak tisu kotor dalam pinggan tu..TOO LATE. Sambung kerja, dan dia angkut je pinggan tu untuk dibuang...Tiba-tiba, kitorang dengar..



"OOIIII!!!!OIIIIII!! OIIIIIIIIII!!!!!!!!"

Mana tak terkejutnya, menjerit dalam satu dewan. Nasib baik tak kuat. Malunyaaaaa..Haha. Ada pak cik tu menjerit supaya jangan buang pinggan dia.Bila tengok tisu dalam pinggan dia..

"Tak apalah..pergi buang. tak nak dah.."

Kih3. Sorry Pak Cik..


 RUMAH TERBUKA

Nak cakap apa eh? Dah terbuka Hari Raya ke-7.. Sekarang dah tertutup..






Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...