29 July 2015

Raya oh Raya



Assalamualaikum

Selamat Hari Raya Aidil Fitri~




wAaaah. Dah lama betul Ema tak buat post Raya. Tahun ni nak tulis sebab terlajak special kenangannya..



So. Tahun ni giliran Terengganu untuk jadi tempat tuan rumah famili Ema untuk beraya. But somehow, something happen that cannot be undone. Sepupu Ema sebelah Emak yang paling tua nak bertunang raya ni dekat Perlis, sepupu Ema satu lagi sebelah Emak jugak nak buat kenduri Kahwin raya ni jugak. Pun kat Perlis. Akhirnya, berayala jugak kat Perlis..




Usually kitorang akan balik Kampung Perlis sekurang-kurangnya 3-4 hari before Raya. But, Raya jatuh hari Jumaat, jadi balik hari Khamis. 

Lagi, tahun nie first time dalam sejarah famili pagi raya di sambut bukan di rumah sendiri atau rumah Tok. Kitorang menginap di Homestay sebab masalah sikit kat rumah Tok Ayah..... Jadi, No Ketupat mak buat di pagi Raya, No Rendang mak yang Super Duper Lazat di pagi Raya, no Tapai mak and no no no.. Kitorang makan lemang kurang santan yang dibeli kelmarin and sedikit kuih raya. Quiet morning. Tak ada riuh suara budak-budak beratur nak mintak duit raya, atau gurau senda waktu sesi fotografi dan bersalam-salaman. Petang tu pergi masuk Kampung melawat saudara mara terdekat..Begitulah cerita Hari Raya Pertama

Hari Raya Kedua

Majlis Pertunangan. Tak jauh pun tempatnya, dekat depan Homestay Ema duduk. Diorang sewa Homestay untuk Majlis Pertunangan. Pagi memang riuh dengan persiapan makanan and tempat. Yang nak bertunang pun sibuk bermake-up..

Bak kata sepupu nak bertunang tu "Bertunang lagi nervous daripada present for international conference"..  
She's currently a lecturer at UMT for botany. Jodoh sesama lecturer kat UMT. yang lawaknya semuanya berlalu terlalu laju. Ada yang mengusik sana sini untuk terus akad tapi apakan daya, yang lakinya tak ada and tak pergi kursus kahwin lagi...

Itulah kerjanya. Tak pergi mana-mana dah petang tu.  
Oh! Malam tu kitorang pindah masuk homestay diorang sebab homestay yang kitorang menginap kena "Bom" sebab fasiliti yang kurang memuaskan dan kurang selesa. 


Hari Raya Ketiga


I learnt two things from my mother about Perlisian's Wedding ...

1. Kenduri biasanya buat dekat dewan. Dewan Hotel atau Dewan Sekolah.
2. Pengantin Perempuan kena ambil "angka giliran" aka kena pergi rumah mak andam untuk berhias.

Dari pukul 11.00 sampai pukul 5.00 petang kerja Ema dan sepupu yang lain kena bersihkan pinggan mangkuk atas meja.. Tapi, bila kitorang nak angkat pinggan ada pelayan kata tak payah, diorang nak buat. Bila dibiarkan atas meja, tak ada orang pun nak angkut ....bila tetamu datang, meja diorang serabut dengan pinggan kotor. 

Ada satu time yang buat kitorang tergelak bila nak angkut pinggan kotor atas meja yang tak ada orang. Tapi Ema perasan ada 2 pinggan nasi lauknya tak disentuh langsung, So Ema assume tuannya pergi jalan dulu. Tapi, Ema terlambat nak inform sepupu Ema supaya jangan buang lagi, tapi dia dah letak tisu kotor dalam pinggan tu..TOO LATE. Sambung kerja, dan dia angkut je pinggan tu untuk dibuang...Tiba-tiba, kitorang dengar..



"OOIIII!!!!OIIIIII!! OIIIIIIIIII!!!!!!!!"

Mana tak terkejutnya, menjerit dalam satu dewan. Nasib baik tak kuat. Malunyaaaaa..Haha. Ada pak cik tu menjerit supaya jangan buang pinggan dia.Bila tengok tisu dalam pinggan dia..

"Tak apalah..pergi buang. tak nak dah.."

Kih3. Sorry Pak Cik..


 RUMAH TERBUKA

Nak cakap apa eh? Dah terbuka Hari Raya ke-7.. Sekarang dah tertutup..






16 July 2015

Promotion Kelas Memandu


Assalamualaikum

last day puasa hari ini. And dah dekat 1 bulan biarkan blog ni decompose semenjak start cuti sem. So far, tak banyak perkara yang dibuat musim cuti nie. But at least tercapailah hajat wish list musim cuti.

Antaranya nak renew kad pengenalan, daripada muka budak 12 tahun yang 'innocent' to more 'mature' face. Umur nak masuk 21 barulah nak renew. Bila orang mintak tunjukkan ic, tak sah kalu tak pandang 2 kali sebab muka nampak hitam, tembam dan 'kuyu'.....Apapun, tunggu 2 jam, terus dah siap kad pengenalan baru. Thank you JPN. 

Secondly, lesen. Parents asyik tanya jér bila nak buat. He3. So, since next year nak start praktikal, kenalah buat. Kebetulan kawan mak , suami dia cikgu kelas memandu, senang nak ejas terus. Tapi, terlepas promosi cuti sekolah2 minggu..Tak apalah,  tak ada rezeki......

So ema start daftar masuk kelas KPP last week. Tak ramai pun sebab bulan ramadhn. Tempat dia tak lain tak buat kat PSM K.Trg, institut memandu yang terbaik di Malaysia yang dilengkapi Litar bertar yang terbaik Malaysia - kata cikgu JPJ tu. Tapi rasanya memang antara yang terbaik di Malaysia, Selesa and cikgu pun nampak baik.



Rupanya! Bulan Ramadhan ada promosi lagi hebat ! Jimat duit parents T.T.. Tq. hari nie last day puasa and office mesti dah tutup, so promotion pun dah tak ada. he3. Sorry. But, bila tak ada promotion pun harga dia still berpatutan.

Tadi dah selamat menjalani ujian berkomputer. Alhamdulillah, lulus walaupun awal2 tu nampak lost. Dengar kena guna PC 6, tapi sebenarnya PC 11. Bila masuk PC Room,masukkan IC , dia kata INVALID. Masukkan sekali lagi, dia kata INVALID lagi. Rupanya salah guna PC 12. I was lost. 

And another more, Ema tak dapat jadi Committee Taaruf Week intake Sept nie. SOB3. Tak cukup syarat lagi ker..

Nak tidur dulu, nanti nak BALIK KAMPUNG~~ Selamat pulang. Although this is the first time ever tak beraya kat rumah tok kat Perlis sebab duk homestay. Especially tak ada rendang mak Ema di pagi Syawal...Huk3. Rendang favourite raya. Because my Mom make the Best Super Delicious Rendang ever...
Tak lupa jugak kawan2 yang berada di perantauan, no mom's cooking. owh, kkak Ema yang berada di Mesir jugak.

p/s: My mom also make the best jem nenas EVER. 

Dulu waktu kechik2 selalu cuit sikit n makan jem tu waktu panas2. SODAP. menjilat jari. But now, the recipe book to make biskut tat nenas is gone, and tempoh memasak jem nenas tu agak lama, kitorang beli jem nenas kat kedai.




Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...