31 March 2012

baju kahwin mak ema



assalamualaikum


Sepupu mari tidur kat rumah.Bukan 1 hari 2,tapi berbulan-bulan sebab ada practical kat hospital tu.Erm..mak tolong bersih dan siapkan bilik .ema pulak..main selongkar almari!..tanya mama...


Semangat ema cari baju kahwin mak sebab mak kata masih ada lagi(Kih3)..mak pun join sama cari harta karun yang  hampir 3 dekad lamanya.akhirnya!daripada 3 pasang semuanya,tapi yang berjaya ditemui 2 pasang dan 1 kain.baju putih suci murni tak jumpa..

Nak tengok baju kahwin mak saya dulu kala??













baju yang pertama.1st day



Cantik tak..err..model tak berapa menonjol.Kamera tak berkualiti.Jadi kain fabrik tak berapa menyerlah.But overall,IT'S SOO TINY..
waist only 20-21.
Waist korang berapa?Sure tak muat pakai kan?Al-maklumla,mak ema kahwin usia 23?...pada 8 Ogos 198*!He3.ingat juga sebab nak dekat ngan befday ema..Kad Kahwin masih ada lagi tu.Masih cantik lagi kad kahwin.tak macam sekarang - sekeping sahaja dah cukup.Dulu tak ada petampandai-pandai pakai otak and sense of nature + tanya orang.Jadi artifak pulak kad kahwin tu..Nak pakai juga baju kahwin tu(hik3),tapi kalau ema pakai,sure koyak rabak..T.T

ADA LAGI!baju no.2 ialah Gaun..


gaun lagi menawan.bak kata adik ema,macam baju orang mengandung

Seksi tak?
ha3.Kata kat mak..

"MA.SEKSINYER.jarang baju.."
"HAISH.orang dulu pakai baju berlapis-lapis la.."


berzip dibelakang.Betul-betul 80-an,90-an.He3.Dulu baju2 ema masa kechik juga ada zip belakang,bila nak pakai,terus rambut lekat dekat zip.Baju zaman dulu=__=.Baju zaman sekarang tak usah cerita.masuk-masuk jer kat mana,tak payah berzip2.


And finally.We have these...Ema ingat ema yang bongsu(RIGHT PICTURE).Akhirnya  ada lagi keturunan yang seterusnya berderet2 macam kereta api selepas ema.(LEFT PICTURE)Can u spot me in these pictures?




30 March 2012

Mari kita jamu



Assalamualaikum


Pagi nie ex-ex 5 ikhlas semua berkumpul beramai-ramai di rumah Ustazah Kembang ..Nie maybe our last gathering since semua sibuk dengan kemasukan ke universiti belaka.Sampai kat rumah ustazah,semuanya sibuk tanya pasal biasiswa,universiti,temuduga dan luar negara.Tak lari juga - kahwin.

Pakat ramai2 pot pet pot pet kat dapur masak apa yang patut,potong buah yang nak..Tapi semuanya masih rancak berbual-bual pasal biasiswa.Tapi bila orang tanya ema - "dah isi biasiswa apa?"

Kita jugaklah kata tiada.Tak isi biasiswa apa-apa since nak sambung belajar kat dalam negara.Luar negara pun insya-allah bila nak masuk 1st degree nanti.Lagipun,biasiswa untuk bidang ema masih lagi kering kontang.Ada pun setakat nie baru jumpa satu.Orang lain dah semangat isi apa yang ada,ada jugak yang main-main isi ikut orang.

tak pun sebelum nak hantar borang biasiswa,siap lagi tanya
"Mung g universiti mana..aku ikut mung ahh."
HA3.nampak sangat tak ada interest nak p luar negara.

Tapi apa yang penting..MAKAN!!
dan.ramai plan nak p jom heboh.Heboh di mulut bukan di badan..






Nie waktu ambil result SPM 2011 kat SMKA tok jiring.Me and my besties.



29 March 2012

Saya ditendang keluar kerana Gagal Ujian UKM ?


Assalamualaikum


Salam sejahtera readers blog yang memang Masyuk!(macam hot.fm pulak)..Terima kasih kerana sudi baca blog Ema lebih-lebih baca post ema yang tiba-tiba meletup ..Post apa tu?
Post inilah :









Terima kasih kerana sudi share kepada pelajar-pelajar lain since ini adalah pengambilan pelajar pertama dari lepasan SPM untuk memasuki Asasi Pintar UKM.Ramai yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AsasiPintar ,tapi bila tengok syarat kelayakan..luluh hatinya.Hi2.bukan nak kata apa.6 Subjek kena confirm dapat A.bukan A-.

Disamping itu,ramai juga yang bertanya soalan2 bernas mahupun soalan berulang tentang Asasi Pintar UKM.Ema menjawab sekadar yang mampu sebab tak buat research mendalam tentang Asasi UKM,Sekadar selongkar dalam internet sedalam-dalamnya dan contact pihak asasi sendiri..

Jadi,kebanyakkan soalan panas lagi menggerunkan ex-student tanya....

JIKA SAYA GAGAL UJIA UKM,SAYA KENA TENDANG KELUAR DARI UKM KEEERR!!

So..inilah jawapan Ema straight from pihak asasi..

Pihak asasi ada mengatakanPelajar yang diterima masuk asasi pintar akan menjalani ujian-ujian tersebut.

  1. Ujian UKM2 - untuk uji tahap IQ
  2. Ujian MEQI  - untuk profile
  3. Ujian MUET - untuk masuk U dalam program prasiswazah nanti.
Mereka tak ada penetapan untuk ujian IQ.Macam.
."AWAK IQ 80 jer!!.kita terima IQ +100.AWAK KENA KELUAR.terima kasih.."


Kata-kata dari pihak asasi pula ;


Jangan risau. Tujuan ujian UKM2 dan MEQI adalah utk profil pelajar dan penaksiran awal. MUET adalah ujian Bah Ing. Utk kemasukan ke univ nanti. Tiada tendang keluar prog tapi kalau tak lulus secara keseluruhan program kena repeat satu tahun. Itu saja
Jangan risau.jika anda sudah diterima.Maka anda sudah diterima .Tapi jangan lupa untuk bekerja keras yer.


27 March 2012

isi masa dengan biasiswa,laptop dan...



Assalamualaikum

SELAMAT PAGI CINTA!cintaku pada  laptop.^_^
Semua dah sibuk pasal nak ambil biasiswa.Dalam atau luar negara.Semuanya nak bantuan biasiswa.Tapi untuk orang yang boleh straight A+ tu.diorang tak payahla nak sibuk-sibuk isi borang sebab tawaran biasiswa datang bergolek-golek tanpa diundang.Tapi kita nie tak ada rezeki awal,kena usaha lebih siki walaupun result biasa-biasa sahaja dalam kalangan  berpuluh ribu.

Biasiswa apa yang ada eh..erm.Nak tunggu JPA.tapi baru perasan kenyataan yang dikeluarkan Najib (huk3),JPA tak ada biasiswa untuk lepasan SPM this year .yang ambik A Level dan lepasan diploma sahaja.Sedih betui.Nak tunggu Mara pulak.Doa-doala ada tawaran untuk dalam negara..JPA jugak.

Tapi UIA dah berikan biasiswa untuk pelajar asasi.TQ untuk kak b2 sebab kongsikan bersama,katanya,biasiswa untuk 1 sem (4 bulan) ialah RM1250.RM1250!.Cukup tak nak tampung perbelanjaan tu?kita tanya pulak yuran berapa.Kak b2 pun kata "Yurannya RM1250"

MAK OII!Kering kontang poket biasiswa kita.dia berikan ker kita,kita berikan balik ..biasiswa=yuran.
RUPA2nya,hik3..kak b2 salah faham.tersalah ingat tanya pasal biasiswa lagi.Yang yuran tu,nanti balikla surat tawaran la infom(jika kita dapat tawaran =__=)

Hari ini ada  last date  untuk beberapa tawaran biasiswa.Harap korang isilah mana yang kenang.Tak pun cam kawan Ema,isi MAIDAM sebab nak dapat pengalaman temuduga.Berani sungguh tuannya...

Anak mama,piqa dah buat perancangan nak kahwin..........opss.perkahwinan dalam perancangan.hik2,belajar dulu eh.Kahwin tu pun bukan senang2 eh..Rancang nak kahwin habis ijazah,lepas habis 1st degree,terus buat interview cari calon suami..nie nampak sangat desperate nak cari suami.

Kita ada 2 bulan untuk lakukan apa yang patut seperti
  • ambil lesen bagi siapa yang tak ambil (Orang PLKN atau tak - cam ema.hik2)..tapi ema tak ambik this year
  • persiapan temuduga.pastikan lengkapkan diri dengan segala pengetahuan temuduga dan pengetahuan am
  • main komputer >.< dan berseronok puas2 


Secara jujurnya,ema tak sabar nak masuk universiti sebab boleh berdikari dan  hidup dengan penuh cabaran..teroka kehidupan baru.Boleh uji sejauh mana ketahanan kita dalam dunia sebenar.tapi salah sedikit..jangan fikir tiada taubatnya.Sekali-sekala fikir2 sorang diri,diriku nie dah meningkat dewasa.Bukan lagi pelajar sekolah.Pergi sekolah kelmarin umpamanya seperti seorang pelawat.Dah tak rasa seperti seorang pelajar.Ini ker sekolah ema dulu?macam tak percaya..



24 March 2012

Test minat kerjaya


assalamualaikum


Alhamdulillah.Dah siap isi borang UPU setelah 3 hari main duk fikir nak letak mana kat atas ,tengah dan bawah.Alhamdulillah.
Lepas ini nak tunggu tawaran biasiswa.nak tunggu JPA.Korang boleh tengok update terbaru mengenai tawaran biasiswa di laman web eputra.

Sambil tu,ema try ambil test ujian minat kerjaya.Senang dan cepat.Tak payah main tick-tick pakai pen,kira-kira pakai jari.Semuanya sistem yang uruskan.

Jadi..ema dapat keputusan ini


tak nak complain sebab memang result tetap sama sejak azali lagi.Artistic jugakla dapat 1st place.Tapi nak try buat sekali lagi...dapat pulak hasil ini ;


Yang bezanya.sosial menurun..investigetif pulak no.2.Artistic tetap tak ubah.
Tapi,semua pilihan UPU ema tiada kaitan langsung dengan artistik.Tak pernah  terfikir nak terlebih dalam bidang seni..melain sekali.jadi cikgu seni <waktu darjah 1>..nie dah matang sikit*huk3*,banyak faktor lain yang mempengaruhi

Nak try test.Boleh ke link laman web INI




23 March 2012

Resepi Puding Tembikai


Assalamualaikum


Apa khabar semua?Lapar tak.Harap tidak lapar sebab nanti kalau lapar nampak puding pula,meleleh air liur jatuh atas keyboard.siapa yang susah..
Kelmarin ema masak-masak sedikit .Asalnya nak tunaikan "janji" dengan Cg.Raina atas sebab-sebab tertentu.Tapi ada lebih,jadi ema masakkan lebih sedikit untuk dijamu bersama anak-anak mama.

Atas permintaan Cik Fakhy yang suka puding itu,terima kasih banyak.Mintak resepi dah dengan maknya..Nak buat macam mana,mak nak ajar masak dia lari menghilangkan diri.Okk.straight to the point.Resepi ini terhasil disebabkan ketiadaan bahan.Jadi,mak ema ajar.
"Lari resepi tak apa,kita tukar jer mana yang boleh.replacekan sahaja"





Nie gambar hak google image.hik2.tak sempat ambik gambar,dah habis kena makan






BAHAN-BAHAN

  1. 15gm agar-agar
  2. 3 keping puding roti (Ema pakai roti burger.HA3.roti dah habis)
  3. 6 cawan air
  4. 6 1/2 cawan gula
  5. 1/2 cawan susu pekat
  6. 1 cawan susu cair (ema guna susu soya..susu segar,full cream juga boleh)
  7. 2 sb butter (butter tak ada ,ema guna marjerin)
  8. 1 sk esen vanilla
  9. Perwarna merah/kuning dan hijau.
*cincau boleh digunakan untuk dijadikan biji tembikai


CARA MEMBUAT

  1. Masak agar-agar + gula + air sehingga agar-agar dan gula larut.
  2. Rendam roti dalam susu cair.Masukkan roti + susu cair + susu pekat ke dalam blender.Blend sehingga hancur dan berbuih-buih.
  3. Setelah agar-agar dan gula larut.Masukkan hasil blended tadi .Masukkan juga esen vanilla dan butter.
  4. Kacau sehingga mendidih dan tutup api.
  5. Selepas itu agar-agar diasingkan mengikut warna berbeza untuk dijadikan puding
  6.  warna hijau dahulu,sedikit warna asal,dan akhirnya warna isi tembikai.Ikut suka untuk meletak sukatan agar-agar.Pastikan agar-agar betul-betul keras sebelum menuang lapisan agar-agar seterusnya.
  7. Akhir sekali,letak cincau di dalam lapisan terakhir.Biarkan sejuk dan akhirnya siap untuk dimakan.





p/s:Ini punya resepi tembikai gunakan roti sebagai adunannya.ada satu lagi resepi puding tembikai yang gunakan putih telur untuk masak.Rasanya sangat Enak!!Macam korang beli kat pasar malam  bulan ramdhan.rasanya mushy2 sekali.tapi nak masak susah sikit sebab ema selalu buat sampai pegang sedikit,asyik2 hancur berkecai.=__= (resepi terburuk pernah ema buat)


22 March 2012

Mengorak langkah seterusnya




Alhamdulillah

Assalamualaikum

Tamat sudah kisah result SPM 2011.Selepas ini bolehlah kita mengorak langakah yang seterusnya.Tiada masa untuk bersedih,tiada masa untuk terus gembira seperti kelmarin,kecewa atau over-excited.Inilah step yyang seterusnya yang perlu diberi perhatian sebab dapat Result adalah langkah awal untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih serius.Tidak kisah jika anda mendapat result teruk atau cemerlang.Jika tidak dapat berusaha mencapai impian,result tu hanya perhiasan semata-mata.Ada yang dapat result cemerlang,tapi cita-citanya hanyalah menjadi seorang pendidik biasa.Tapi itulah cita-citanya.Bukan untuk mendapat kemasyuran semata-mata

"Aku dapat 15A+,tak naklah jadi -sekian2- dah,pilih course medic la pulak.baru nampak hebat..'

Oii cik adik,kita nak pilih kerjaya bukan kerja...Apa yang kita  pilih adalah untuk masa hadapan,kerjaya bukan untuk stress tapi atas dasar minat.Bila minat,insya-allah,kerja nanti tak mudah patah jiwa.

Kakak Ema pun result SPM 2008,dia dapat 4A (kabo jerla neh kaklang),tapi dia usaha biar dapat masuk medic.Tawaran apa dia dapat?2 tawatan UIA , mula2 nak pergi USIM,tapi dia lebih minat pergi Overseas.Sekarang sudah tahun ketiga di Universiti Al-Azhar.Dia korek peluang yang ada la tu.search peluang..Part tak best,ada jejaka arab datang menerpa.hik3

Jadi insya-allah malam nanti Ema akan try isi borang UPU .8 PILIHAN.Tak payah takut-takut nak pilih.segan silu,berdebar dan etc..Chekclist selepas in ;
  • try isi iMasCU tak payah tipu-tipu pakai result orang
  • boleh try kira merit kita 
  • Isi SEMUA permohonan yang ada
  • Apply unruk SEMUA biasiswa yang ada (Asasi ada scholarship dia.bagus kan~)
  • Today p BSN ,pergi beli no pin perguruan
  • Lagi..MESTI ISI BORANG UPU..terlupa pula kan..

Jadi wahai kawan-kawanku.Segala yang berlaku ada hikmahnya.Cemerlang atau tidak,cuba lihat dari sudut yang berbeza...Jangan lihat dari satu sudut.Sudut hadapan.11A+ atas kepala,terus memikirkan kesenangan.Bila dapat 11B+,terus rasa frust..


Masa ini jugaklah orang tengah sibuk dengan asasi.Asasi pintar dah jadi famous.Tapi untuk apply AsasiPintar mungkin agak sukar.Kelmarin sahaja orang dah sibuk mencari maklumat unruk asasi UKM.



Fikir-fikirkanlah.Tak semua yang cemerlang SPM,berjaya di universiti.Tak semua tidak cemerlang SPM,tak Cemerlang di Universiti.


p/s:Bukan cemerlang dunia sahaja.cemerlang akhirat jangan lupa



21 March 2012

Debaran SPM : Result SPM 2011 !



aSSalamualaikum


Seperti yang korang tahu (atau tak tahu..buat2 tahu saja)..Ema dapat pakai baju sekolah untuk the LAST TIME hari ni..Lama tak pakai baju kuning.Tak muat masuk kepala.nampak sangat dah gemuk + pipi semakin tembam..Tak kisah cerita tu.Cerita esklusifnya....


I'M ALMOST ON TOP OF THE WORLD!!!!

TAK TOP OF THE WORLD!sebab tak dapat 11A+.Maknanya,terhapus sudahla semua kisah2 mengenai diriku dan khabar angin mengenai keputusan Ema.Nak kata ke orang2 yang dengar cerita itu semua!
 ITU HANYALAH KHABAR ANGIN SEMATA-MATA.ema tak dapat 'special call' untuk ke sultan ahmad sebagai calon straight A+.Tamat cerita .

Kisah sebenar.

Rasa berdebar sebab banyak orang cakap pot pet pot pet tentang result.Ada orang kata sekolah tak ada straight A+.Ini benar .Last year SMKA Tok Jiring ada 4 orang 11A+.Tahun INI kami  meratapi kesedihan sebab tak ada orang straight A+.Saat-saat berdebar bermula bila Cikgu Aziz mula mengumumkan keputusan siapa yang dapat straight A dahulu.
Seramai 24 orang yang boleh A!
Lama punya tunggu nama Ema tak disebut-sebut.Sampai tinggal 3 orang lagi yang belum diumumkan.Cikgu Aziz pun cakap..

CG.A : kita sampai ke 3  pelajar terakhir (Bunyi macam tu.tak ingat original scriptnya)

Siapa tak berdebar bila nama tak disebut cg..TAPI..
ALHAMDULILLAHHH!!!
Nama Ema disebut juga oleh Cg.Aziz!

SALMA.......!
gembira tak terkata!!!!Apa yang lagi manis,waktu Cg Aziz sebut "tiada A-"
Dah nak sampai Top of the world dah tu

Ema nak try juga main SMS nie sebab waktu tunggu result,ayah ucap tahniah .Kita sendiri belum tahu result.tak aci..=__=.Laju betul khidmat SMS nie.Inilah terpapar diskrin handset selepas try sms balik sekolah tadi~






Kalu status gred lama..Boleh dah kan straight A1 kan *WINK3*
He3.Tahniah juga kepada ;


  • Pelajar Terbaik Sekolah tok jiring!! iaitu Aqilah mat amin > 9A+ dan 1A 1A-
  • Budak bijak Mardhi > 9A+ 1A dan 1B (Sob3)
  • Izan aqil  >7A+ dan juga 4A
  • My best friend fakhriah - 3A+ Berapa a ngan a-.tak ingat.straight A juga!!
  • Anak mama yang dapat 10A 1B! Aimie , Piqa dan syada
  • Dan semua kawan-kawan ema yang dapat result tak cemerlang mahupun cemerlang.TAHNIAH juga.

Overall result SPM SMKA Tok Jiring 2011 tak ada straight A+.sedih betul.
^_^.Aduh.Over excited ema pula ema tulis post  nie.Syukran Jazilan.Terima kasih kepada Allah


P/S:ucapan terima kasih untuk cikgu2 post esok pula.Esok kena pergi sekolah plak 


Debaran SPM : PUNCAK GUNUNG



Assalamualaikum


Doa Ema hari ini merupakan hari gembira buat semua orang...Tak mau sedih2.Ya Allah.Tenang.dan jangan jadi macam yang atas nie..=__="


20 March 2012

Debaran SPM : State of confius..


assalamualaikum...

Hari ini merupakan hari yang paling exhaustive semenjak jawab last paper SPM..
Jantung berdegup macam biasa tapi pada skala abnormal...Lack of sleep last night..Paling "cemas".."keliru".."meletihkan" etc.Gara-gara hari ni ema dapat tons of message from friends.Kalu direkodkan,mesej paling banyak diterima  dalam  1 hari..semenjak..dapat handset(1 minggu 2-3 mesej jer , campur message service lagi tu)

Ya Allah.Moga-moga kejayaan adalah untuk kami semua.Ema tak nak kecewakan ibu bapa,cikgu-cikgu dan semua orang yang berusaha bantu Ema selama ini.....
Oleh itu..

~EMA DAH SIAPKAN 2  HEADER UNTUK CIK BALQIS~
As a special customer.Tapi berbeza sedikit dari kehendak cik balqis.Harap terima la header simple nier






Simple..But hope you like it.Background blog balqis dah pun "berserabut"..tak boleh serabutkan dengan header "berserabut" jugak


p/s:Semakin orang mesej,semakin berdebar ema..Nak menangis pula rasa T.T


Debaran SPM : Action speaks louder than screaming


Assalamualaikum


DEBOR..DEBOR...DEBOR...DEBOR...DEBOR........

19 March 2012

Permintaan Cik Balqis dah ditunaikan


Assalamualaikum


Dup Dap Dup Dap..Mesti jantung korang bunyi macam tu jugak kan.Kalu tak,maknanya anda mayat hidup la tu.Tapi lain orang,lain frequency jantungnya.
Orang yang normal ,frequency tak la tinggi sangat..1 amplitude kot.Tapi kalu orang nak ambik Result lusa nanti,jantung diorang kejap normal,kejap naik amplitudnya..high pitch sekali..

Siapa yang tak debar..lusa tu penentu segala penentu usaha selama 11 tahun belajar kat bangku sekolah,nanti itulah hasilnya.Lagi confius campur frust sedikit dengan pelbagai kata-kata dari anasir luar tentang result kami..Setakat nie,tidak boleh di share lagi.Nak tunggu jer  rabu nanti..

Sambil itu.Cik Balqis kita suruh Ema buat header doodle..Tapi,ema tak pernah buat header orang..apatah lagi kena main design komputer.Patutnya suruh pakar la yang buat.Al-maklum,nak suruh tukang pakar header buat..kena huk22.."kaching kaching" sedikit..Paling murah ema tengok setakat nie pun RM10..Nak disenangkan cerita ,suruh kawan la yang buat ^_^














Hasilnya..Ema bagi B- jerla..Doodle tu nampak serabut sedikit dalam filem.Kalu ada photographer sahaja + design flora sedikit..rasanya okk dah kot.Tapi kita kena ikutla cakap Customer kan *wink2*

 2 MORE DAYS TO GO



Tutorial : Blockquote bagi pengguna simple template



assalamualaikum


Masalah besar! bagi si pengguna template baru.Tak la besar sangat.Tapi pengguna template yang nak mengedit blockquote pasti berada dalam kesukaran sebab tak ada kod blockquote dalam Edit html template.Ok.Marilah kita mengatasi masalah ini dengan mudah

Simple template yang mana satu?Simple template yang boleh design template dengan template designer tu..

1) Dashboard > Template > Edit HTML > Tick Exxpand Widget template

2) Search code di bawah ;
.post-body {

3) copy code ini
.post blockquote { 

4) Pastekan di atas code yang korang cari tadi..

5) langkah seterusnya boleh sambung kepada tutorial INI 

18 March 2012

Doodle Ema dan kawan-kawan - dining table



Assalamualaikum


Doodling last night..Bukan tak boleh tido,walaupun hari dah semakin hampir kepaada keputusannya..


no animal is harmed on making this doodle and this is not a freebies


3 days to Go~




17 March 2012

Debaran SPM : Cikgu saya kata..



assalamualaikum


Cikgu saya kata..


Oh cikgu ku..Kenapa kata macam itu.Sepatutnya kata sebelum SPM lagi,barulah ema lagi membakar nak beritahu cikgu nanti


"CIKGU..SEKOLAH KITA ADA YANG BOLEH STRAIGHT A+!!"


Tahun lepas dah molek-molek sekolah kita 4 orang boleh straight 11A+..Front paper lagi.Tahun ni..tak kan cikgu tak nak tengok anak cikgu berjaya :((..
Tapi..kadang-kadang cikgu suka melawak.Tak apalah cikgU.tahun nie ,pasti ada cemerlang..Dan Ema kata..Insya-Allah!Pasti ada orang boleh straight A PLUSS!!





P/S:Kita tengok la selasa nie.Biasanya yang boleh straight A+ diorang "beritahu" awal sikit

14 March 2012

Tarikh keputusan SPM 2011 *OFFICIAL*


assalamualaikum


Dari 23 jatuh turun kePada 22,dari 22 jatuh turun kepada 21.Senang-senang jer nombor tu lompat turun dalam masa beberapa minit ,hari..

Itulah tarikh yang telah ditetapkan oleh kementerian Pelajaran Malaysia dalam mengumumkan keputusa peperiksaan terakhir yang belum tahu resultnya.
Sijil Pelajaran Malaysia 2011


Ha!Itu dah pun ada kat laman web kementerian pelajaran malaysia,Maknanya,7 hari lagi nak result.Jadi..kita banyakkan berdoa dan bersedia dari sudut MENTALITI  ..dan fizikal(air mata)..Dan banyakkan main game the sims untuk mengisi masa lapang..HAK3


12 March 2012

Debaran SPM : mimpi SPM


Assalamualaikum

debaran spm sebab dalam masa lebih kurang 1 minggu lagik ex-spm 2011 nak kena pakai baju sekolah semula.Baju sekolah ema dah siap gosok (bangge tuee),kemas bersih dah tersangkut dalam almari sejak....3 bulan lepas.Tu sebab nak kena donate baju sekolah tu.Kalu mak bungkus semua baju sekolah ema,nak pakai baju apalah nanti.Tak tahulah  laber nak buat rumah family dalam baju tu ..

Cakap pasal SPM result.Korang mesti ada "mimpi2" SPM.Biasa la orang mimpi pasal result SPM,tak pasal2 mimpi dia masuk surat khabar front news..

RE: MIMPI DAPAT 11E,DAPAT KEPUTUSAN 11A+
  • terengganu,23Mac - Pelajar...........

Tapi mimpi Ema tak masuk surat khabar.Masuk blog boleh la..Apa citer mimpi ema?Tak la terus tahu semua result.Tahu 1 jer subjek (macamla tahu..)


Al-kisah mimpiku ini berlaku interaksi antara ema dan ustazah Ema ,ustazah kembang (guru kelas yang mengajar PQS)..Nak tahu apa lagi class!,ustazah siap tanda soalan PQS ema!betul-betul depan mata ema.Ustazah tanya.Nak tahu tak markah berapa.Tak jawab ,terus sahaja ema kaut kertas pendidikan Quran Sunah...Tup tup...Ema ....dapat 145!!145 tuu!!Hebat tak?






Tapi tak habis lagik.Dalam kepala ema masa mimpi siap beritahu lagi..
"Oh,..nie nak kena bahagi dua nie,baru dapat jawapan.."
Jadi,kalu ema bahagikan 145 dengan 2 = 72.5..A- tu..


Nanti adalah bertambah pelik bila nak dekat SPM result tu.Minggu depan.Nie kiranya mimpi advance.Korang bermimpi dapat result SPM?Sedih?Kelakar?Happy?pelik?merapu.....ce cite ce cite




Layan la main game



assalamualaikum


Sambil korang layan main game facebook tu,ema menghilangkan dua tiga hari nie layan main game - All Time favourite game - sejak Ema darjah 3-4 lagik.Memang game TOP!Apa lagi kalau bukan game simulasi.THE SIMS

Dari Sims 1 Ema main dulu melompat main The sims 3.Sims 2 tak main la pulak,tak ada.2 tahun lepas buat perjanjian dengan kawan di sebelah barat tu,cik Balqis kita (juga peminat fanatik sims) yang tolong uruskan jual beli Sims 3.Dapat jugak main.Hik2,tapi sebelum ambik SPM,hancus permainan tu sebab main kerap sangat.Tapi minggu lepas dapat main lagik!Kali nie yang expansion punya.The Sims 3 generation..Mungkin blur bagi orang yang tak tahu sims ..tak apalah.Ema nak tunjuk gambar jerla tentang bestnya main Sims 3 Generation.

WARNING : Spoiler ahead.Kepada bukan peminat sims atau tak tahu apa itu sims,ia hanyalah satu games simulasi 3D.Anda perlu kawal sims dalam kehidupan harian dan menjalani kehidupan seperti kita~

Screenshots from The SIMS 3 generation - expansion pack

We can interact with ghost in the sims 3,but in generation..the can cycle around and haunt you down!


Kids + teenager + pranks = AWESOME..pull prank using chairs,sink,bathtub etc.Caution!
If getting caught by parents,you will get grounded,time out or doing chores..

Making potion to increase the logic skill + create different usable potions ex:stinks potion 
and if you fail..you will become smelly..and black

can stroll out with baby around neighbourhood

Mr.Gnome.Beware of it.He can move around every night!and making weird poses.like this one
Mr.mysterious gnome can age,have family and have baby

family part in having a baby


the sims generation family.From grandparents will grow to grandchild and expand to second cousin
Ada high school graduation!prom night and etc.They can involve in afterschool activities clubs
ex: debate club,ballet and scout etc and go field trip

Telling ghost story with decent effect

OH!another best part.You can buy video camera in buy mode and record home video.
You can watch the recorded video on tv
the sims 3 generation is full of imagination.Put up costume and you can become a dinosour,astronout,princess and prince..and walk like one too
Speaking of imagination..This is your IMAGINARY FRIEND.He/She will follow you around 24/7.Only kids who own one can see them.Adult can't see them..It creeps me out sometime.They follow you everywhere.You can change them to a real life sims using a potion create at the lab desk..



I love sims..It's ultimate time fav game.Not for Ema only.MY WHOLE FAMILY LOVE IT.among 10 only 2 are the exception - my dad and my mom.But my mom take an interest when designing the house.Ema suka jugak design rumah tu,but take times..and imagination + creativity.Hik3,dulu-dulu kalau nak tunggu buka puasa,ema habiskan masa main the sims 1 sampai azan maghrib,sekarang,layan sims 3 generation sampai result keluar


                          Kata Yaya : main game 30 minit sehari




p/s:What you call a sheep with no legs????????/......................a CLOUD


Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...