19 January 2013

Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa UIA ( CFSIIUM )



Assalamualaikum.

Yes.Writting time.Sebelum tu,ema nak share satu link kepada korang semua yang nak tahu tentang Pusat Asasi UIA.
<LINK>

Blog brother Kamil nie banyak menceritakan tentang akademik CFSIIUM.Very good info.Bacalah untuk mendekatkan diri dengan akademik CFSIIUM.*cewah*

Insya-Allah,untuk mendekatkan diri dengan Suasana mahupun persekitaran CFSIIUM,kerja Ema pulak nak menulis bab ini.*wink2*

Brief intro,jika PALAM untuk budak asasi UiTM,CFSIIUM adalah akronim untuk Centre of Foundation Studies International Islamic University Malaysia


UPDATE 2/4/2014 : Dengan terbinanya Kampus CFSIIUM baru di Gambang, maka pelajar intake baru (medic,pharmacy and dentistry) akan ke CFSIIUM Gambang dan bukannya ke CFSIIUM PJ. Oleh sebab still under construction, semua pelajar tidak dipindahkan ke Gambang lagi, hanya new intake 3 course sahaja baru.

UPDATE 14/5/2014 : Dah hampir 3 tahun Ema tinggalkan CFSIIUM. Therefore, maybe there is some new informations which are not updated, and improvement in faciities. In case ada something yang perlu Ema ubah atau edit, silalah bagitau. Thank You.~




Pening tak ??


Hostel(mahallah)

CFSIIUM Petaling Jaya 
Mahallah Brother : Mahallah khadijah, Mahallah Umar Al-Khattab dan Mahallah Fatimah Az Zahra
Mahallah Sister : Mahallah Abu BakaR, Mahallah Aisyah, Mahallah Zainab 
CFSIIUM Gombak
Mahallah brother and Sister : Mahallah Maryam
CFSIIUM Gambang
Ema tak pasti. Tak pernah pergi. Katanya lagi comfortable and better sebab baru bina. 1 bilik 4 orang and katil single..

CFSIIUM PJ

Setiap mahallah ada kelengkapan utama seperti wifi,coin laundry,tv room, kiosk (excpt mahallah brother - fatimah).Tapi tak semua ada fasiliti macam cafetaria,gymnasium,photocpy shop..Mahallah yang boleh katakan lengkap ialah mahallah zainab dan umar al-khattab .Tapi korang jangan pulak sibuk2 nak tukar mahallah sebab kurang fasiliti ke aper.Bersyukurlah...




Mahallah Umar Al-Khattab (UKC)


Mahallah Zainab Al-Jahsy (ZC)


mahallah khadijah (kc)



Ema nak celoteh  pasal ex-mahallah  Ema - mahallah khadijah yang macam hospital .Satu bilik ada 4 katil. Untuk budak AED-architecture,korang akan dapat bilik SPECIAL..Bilik budak AED lagi besar,katil single dan setiap orang ada meja study besar.

Untuk budak selain AED - dapat bilik 2 katil double decker dan meja study pula  lain - ada yang 4 and  ada 3 ,korang kena share yurp. Mahallah khadijah pun ada kekurangannya macam tak ada cafe, ada food kiosk jer - tak ada bench untuk makan mcm kafe.Tapi boleh jer kalau sister nak pergi UKC kat sebelah KC untuk beli makanan..

TV room ada kat lobi dan tngkat 4. Dobi pun ada kat tingkat 4 sahaja. RM2.50 sekali basuh, nak drier pun boleh dengan harga yang sama.
water cooler~kalau tak yakin dengan kebersihannya, belilah water mineral kat kiosk, sentiasa laku atau refill air  RM0.40/liter . Di mahallah khadijah ada court,playground pun(HIK3),gymnasium di tingkat 8. Lambat sikit nak bukak, Kena jadi ahli baru boleh masuk...

Cafetaria


Ada juga cafe luar dari mahallah. 2 cafe tu jauh sikit dari semua mahallah tapi dekat dengan classroom. Al Bistro  dan Cafe E .
Biasanya brother yang penuhkan kafe tingkat bawah (malam2- lebih2 lagi nak tengok bola..)
Makanan al-bistro best (ayam nasi beriani - best)

Fasiliti CFSIIUM

Alhamdulillah. Dekat depan front dan dikelilingi Mahallah Khadijah, Fatimah dan Umar ada padang. Biasanya brothers  yang main bola sepak, selepas asar sampai maghrib. Pagi2 buta pun ada (siap pakai kain pelikat lagi.hik3).
Ada basikal yang boleh dipinjam untuk go round round cfsiium. Boleh pinjam dekat Mahallah Fatimah. 


Padang CFSIIUM 


Court2 berdekatan UKC dan sepanjang nak naik bukit boleh ditempah.  Sisters hari rabu jer kalau tak silap. Jangan risau,setiap mahallah sisters ada court.
KC,FZC,UKC dan classroom semuanya separas laut,bangunan lain, korang kenalah panjat bukit sikit jer, nak pergi mahallah Aisyah ,lagilah korang kena panjat tangga sebab terletak tinggi sekali atas bukit. (tapi yang ema hairannya,sisters sanggup pergi AC lepas kelas sebab nak makan kat sana)

Mesin atm.
1 Bank Islam dekat luar Umar khattab
2 Bank muamalat dekat tepi klinik
1 Bank CIMB tepi Al-malik Faisal Hall


Selain tu,ada busana muslimah untuk sisters..Ada banyak tudung ,jubah dan aksesori muslimah. Inner pun ada. Tudung jenis akel yang berjalur/kosong/ton warna memang banyak dalam bidang 50 dan 60. lagi,sweater dan kot UIA sekali.


Outing

Ho3.part kegemaran ramai!



pasar malam

Special outing(pasar malam) CFSIIUM PJ sahaja 
Hari: Selasa. 
Time:5pm - 8pm 
Weekend outing/public holiday:
Hari: Jumaat - ahad 
Time: 9am - 10pm
Overnight outing
Weekend dan public holiday melebihi satu hari

PAKAIAN.please take note.brother biasanya tak ada masalah.Yang sisters..Kalau pakai jubah ikut nasib,kalau pakai jeans dalam jubah kemungkinan akan kena tahan dengan pok guard,kadang2 tak.
  • matric card - sentiasa bawa kalau nak out
  • sisters - pakai kasut berlitup/stoking,nanti pok guard suruh balik tukar
  • tudung pun jangan singkat2 sangat
Ada pak guard yang sangat Strict dan memang aktif menyaman orang.Suka  duduk kat depan pintu macam statue superman. Sekali saman, terbang RM50.
dan the most important thing! 
Korang tak boleh keluar Hari Weekdays!! Walaupun hari tu ada exam..Kalau nak keluar jugak,mintak kebenaran dari mahallah office  (buat surat). Nak keluar sebab suka2 nak g shopping tak dilayan.
Nak keluar hari selasa hanyalah untuk ke pasar malam, kalau korang pergi shopping dekat Jaya One (depan pasar malam), possibility untuk ditahan sangat tinggi.

Weekend outing.Akan ada ada bas setiap 30 minit untuk ke mana sahaja dalam KL dekat main gate CFSIIUM.
Bas fames > Mid valley dan stesen U.
Ada bas rapid kl T635 dan metrobus 12>.<..
Ada lagi bas nak pergi masuk KL ,tapi tak ingat berapa sebab tak pernah naik.

Apa yang ada sekitar CFSIIUM??ohh..best.farmaseutikal!HE3.korang nak buat apalah kat sana? =_='


Ada Jaya one dalam 200 meter. Tapi nasihat ema,bawa kawan ramai-ramai sebab situ tak ramai orang + tersembunyi kat dalam. Jaya one macam center mall biasa-biasa.

Jaya one
mid valley




Tapi ramai suka pergi mid valley. Al-maklum,kat sana semuanya ada.Bas pun dah tersedia.Tak jauh mana pun,dalam 10-15 minit sampailah kalau tak jam. Tapi, kena  tunggu bas dan tunggu bas bergerak dalam 35-40 minitla..


Satu lagi.Tolong jangan sesat.Kalau nak balik>.<,bas tunggu dekat NORTH COURT, bukan exit lain selain ini.
Naik rapid RM1,metro bus RM 1.90,teksi RM 8.



Bookstore


Buku-buku yang diguna pakai


Korang akan perlukan buku-buku untuk belajar.Macam mana nak dapatkan buku teks?

Ada bookstore kat CFSIIUM yang jual buku teks sahaja. Buku teks fizik,biologi dan kimia etc boleh beli kat sana. Buku mathematics pulak dijual oleh pengedar yang akan datang ke CCFSIIUM ikut masa yang ditetapkan. be alert. Sebab buku mathematics,lecturers uia sendiri selaku writers.

Untuk dapatkan buku teks 2nd Hand,  senior akan tampalkan iklan dalam mahallah. Lebih murah atau harga tetap sama =_='.

Compilation papers. Biasanya 1 - 2 bulan sebelum periksa, persatuan organisasi pelajar mengikut course akan jual compilation papers lepas. Ada booths masing-masing untuk promote jualan papers + kuiz lepas.

*rehat sekejap.korang tak letih ke baca panjang2?..fuh.Nak
berehat dulu?*

[Maaf.Gambar di atas tak ada kaitan dengan CFSIIUM]




Majlis Ilmiah

Setiap minggu. Diulangi,hampir setiap minggu akan ada 1-2 ceramah motivasi. Usrah jugak memang banyak. Tapi kalau korang nak pergi ceramah atau usrah yang datang secara tiba-tiba, pastikan usrah/ceramah tu telah disahkan oleh cfsiium(iklan yang disahkan), sebab sesetengahnya, mungkin ada pengisian yang tak patut didengar (sebab tu diorang buat senyap2).
Ceramah dan majlis ilmiah atau aktiviti pelajar yang disahkan boleh disertai mengikut kehendak pelajar masing-masing. Tiada paksaan sangat.

Wifi
Pelajar-pelajar sekalian. Kemudahan wifi memang ada..Korang boleh daftar wifi 1 bulan selepas semester bermula.Tapi kemudahan wifi tak laju.lagi satu, sesetengahnya tak dapat langsung daftar (macam ema dan roomies).
Baik pakai broadband kalau memang nak sangat bukak internet setiap hari. Atau pun share-share broadband sesama roomies.

Electrical Appliances

List of illegal Electrical appliances
  • rice cooker,tv,vcd player,eletric boiler,eletric stove,eletric oven,mini fridge,eltric pan,sandwich toaster
Dan barang eletrik yang boleh dibawa (ikut harga daftar)

  • RM 10 - laptot +bateri , ipod , handphone set , eletric iron, battery charger, eletric kettle,[ eletric radio/cd player,mp 3] (below 15 watt only)
  • RM 5 - Eletric typewritter, adapter, table lamp, fan, automatic bread toaster, hair drier
etc: kalau ada laptop + handset + lampu meja = RM25. bayar dekat finance.  diorang bagi tempoh bayar.kalau lambat,kena denda

Satu bilik dibenarkan ada 1 extension sahaja sebab ada 2 plug dalam 1 bilik.

Elaun

Bagi pelajar biasa(huk3).Elaun KPM.majoriti dapat RM1250.kalau campur dengan elaun pengajian RM1700+ macam itulah.tapi korang dapat rm1250 sahaja sebab RM500 nak kena bayar yuran daftar. TAPI! Nak daftar UIA, Korang kena bayar pakai duit sendiri dulu melalui bank muamalat.
Duit masuk lambat. Kalau junior2  dapat sekitar 1 bulan lebih lambat dari senior. Then, kena ikut abjad nama >.<. Jadi,kenalah guna elaun sendiri dahulu untuk 1-2 bulan pertama..
Bagi bursary. Paling tinggi dapat RM4000+,lambat sikit RM3000+.
Elaun diberi ikut semester. Short sem tak diberi yer.




ZONE TAARUF's WEEK

Dress code

Dress code sangat ketat untuk minggu taaruf.Baju normal CFSIIUM bagi sister


Maafkan Ema sebab muka sister macam nie T.T
Yang atas nie baju formal.Pakai sekali sahaja setakat nie dekat CFSIIUM.


  • Baju kurung or jubah. Tudung 50+60+jilbab warna PUTIH. Kalau tak ada,pihak committee akan sediakan dalam kit taaruf.
  • Kasut pula berlitup dan..warna gelap.
  • Matric card sementara kena pakai sentiasa.
  • Brothers,baju kemeja putih yer.
  • Dress code nie pakai waktu taaruf DAN hari Rabu. Biasanya akan buat spotcheck dekat laluan ke kelas hari rabu.tapi takla selalu.it is unexpected.So,drees code kena alert hari rabu - especially brothers.RM50 yer.
  • Slipper tak dibenarkan dalam campus ground dan outing(Sisters).



Taaruf week


angka giliran untuk daftar.So,datang la setengah jam awal!!


Taaruf sini tak lama.5 hari sahaja .Nanti, korang akan dibahagikan ikut course masing-masing. Ema budak biological science(biosc). Course lain ialah 

  • Medic (MEDCY)
  • physical science(physc),
  • English (BEN),
  • Arabic (BAR),
  •  Islamic revealed knowledge (IRK)
  • Human Science (HS)
  • Economics (Econs)
  •  dll.

Adjust la dengan singkatan tu sebab korang akan pakai sampai.....bila-bila.he2

Taaruf week nanti pihak komiti akan bekalkan beg berisi temporary matric card,buku program,baju batik,alas tempat duduk, tudung putih 50.
Okk.antara aktiviti minggu taaruf  seperti briefing yang banyak,sesi counseling,cfs song bai'ah practice,APT n EPT test,cultural night(siapa nak perform,boleh daftar),photography session untuk buat matric card, touring cfs dan last sekali closing ceremony (welcoming & bai'ah ceremony).
Tak ada bab2 ice breaking,lepas tu sesi main-main macam nak masuk tingkatan 1 ^_^
Sisters n brothers kena well aware dengan dress code and timing,kadang2 dia akan denda orang kalau buat kesalahan ni.
Dan.waktu nie,congregational prayers memang wajib untuk waktu subuh,maghrib n isyak.Selepas taaruf,korang boleh sahaja nak solat dalam bilik atau dekat surau secara berjemaah atau pergi dekat masjid KUIS betul-betul sebelah UIA.

Masjid KUIS


Dan minggu taaruf,outing tak dibenarkan.Walaupun ke pasar malam.

English Placement Test (EPT), Arabic Placement Test (APT) , Fundamental knowledge test (FKT) and Tilawah test

Saat genting buat students CFSIIUM.minggu taaruf nanti akan ada tests nie.Especially EPT dan APT untuk tahun berapa tahun pengajian anda dekat sini sama ada 1 tahun,1 1/2 tahun atau 2 tahun.1 setengah tahun hanya untuk budak economic sahaja.

EPT
English placement Test.
two papers macam dalam blog brother kamil.
1st paper is reading comprehension ada dalam 4 kalau tak silap artikel bertaraf reading digest.
2nd paper.1st part is writting.Analyzing a data given and 2nd part giving opinion.Opinion must be mature one,grammar pun kena jaga jugak.Think out of the box kalau nak obtain high marks.
3 hours to answer both papers.
so band yang ada is same as MUET.Band 1,2,3,4,5 and 6.
Students are more likely to obtain Band 3.Exceed more band 6 is Exempted..
untuk pelajar BEN,special sikit.kena melebihi band atas dari 6 (tak ingat berapa)




APT
jeng jeng jeng.Budak tak ada basic arab.Ini langkah anda untuk menjawab soalan:
  1. isi semua data-data yang diperlukan atas paper
  2. Selepas masa bermula.You can go out.TQ
Untuk budak yang ada basic bahasa arab.Walaupun sedikit/samar-samr.Isilah mana yang tahu.Sebab baru-baru nie,paper APT ema berada di tahap yang sangat susah.
Oleh sebab itu,untuk mecapai band pertama,markahnya 0-9,band 2 10-19.Exempted  20-65.
Itu waktu Ema,korang jangan ingat perkara yang sama dengan paper APT akan datang.Jawab sahaja mana yang tahu,insya-allah,dalam kelas ba nanti memang seronok!

So,macam mana dapat 1-2 tahun?Itu kena ikut course!Setengah kourse kalau exempted salah satu,dan dapat highest band lagi satu,insya-allah 1 tahun.Kalau berlainan macam,exempted APT ,tapi achieve band 4 EPT,peluang dapat 2 tahun tu.
Budak medik,kalau band 1 APT,Exempted EPT kena ambil 2 tahun,dan seterusnya

Selepas itu.Kepada yang dapat 1 tahun.Akan ada saringan tambahan.Ikut kepada gred SPM.Kalau subjek kritikal SPM etc,BIO dapat A-,anda terpaksa ditukarkan kepada 2 tahun.dan siapa yang dapat A,A+ SPM pun boleh diberi pilihan untuk ambil 2 tahun!
So,janganlah semata-mata nak dapat 2 tahun,korang buat2 fail APT/EPT exam.Kepada mereka yang tak exempted,jadual korang sangaat padat dengan subjek ba n bi.credit hours can exceed more than 30 hours a week.
Tapi untuk exempted dari BA n BI dalam semester pertama sangat cerah!dengan usahalah yer~

FKT n Tilawah

FKT nak suruh kita ingat balik pasal fardhu kifayah yang korang asyik hafal dari dahulu lagi masa darjah 1 untuk PAFA.But,interestingly,everything is English.Ada yang menggaru,ablution?congregational? dll.Jangan risau.Check LAST PAGE.ada dictionary and is a MCQ question

last exam.is Tilawah.

  1. Firstly,examiner akan dengar bacaan kita sama ada bacaan kita betul atau tak.Kalau dia suruh stop, korang akan 50/50 chance untuk  ambik tilawah di CFSIIUM atau di main campus.
  2. 2ndly,kalau lepas bab atas tu,korang akan memperdengarkan surah-surah hafazan pendek.
  3. Lepas tu,korang ada 50/50 chance untuk Exempted dari ambik tilawah kelas atau ambil tilawah class dekat main campus.

Tetapi,semua diwajibkan untuk pergi ke Study Circle.Study circle macam usrah dibawah UIA.it's under course taken but not counted in CGPA.Tapi jika fail,kena repeat balik Study circle.This is different usrah from usrah yang dibuat petang2 oleh sebahagian society sebab this is directly under UIA.


Surat Rayuan

Untuk mereka yang tidak berjaya masuk ke CFSIIUM (1st intake). Anda boleh buat rayuan kepada CFSIIUM. Berikut ialah contoh surat rayuan yang ditulis untuk dihantar kepada CFSIIUM.



Tukar-tukarlah sikit isi kenapa anda teringin sangat masuk CFSIIUM kepada sebab yang lebih relevan.




So,masuk UIA tak semestinya korang kena pakai jilbab labuh dan terikat dengan peraturan yang sangat2 ketat.Dekat sini,semuanya ikut korang.Pilih yang mana baik dan yang mana perlu dihindarkan jauh-jauh.Manusia kat sini,bukan semuanya baik,alim-alim,lembut-lembut,,ganas-ganas.Homo sepian  semuanya pelbagai karakter.Jadi,pilihla baik-baik sewaktu nak masuk dekat sini.Insya-Allah,iklim dini dekat UIA tak memaksa anda untuk melakukan perubahan secara mengejut,tapi,kalau ada keinginan dan hidayat,anda akan menuju kearah kebaikan sedikit demi sedikit.Nak stay dengan cara anda sekarang,tak apa.Tapi,stayla dengan pekara yang mahmudah.Insya-Allah.Dekat sini macam Universiti lain2 jugak,tapi kami menekankan sikit aspek agama dalam pembelajaran,termasuk la En.Bio,fiz n kimia~


Admission booklet for new intake.Ada pasal yuran sikit,apt ept sikit, dll.
And this one pulak student handbook which contain valuable informations for future and current students.Bacalah kalau nak tahu lebih lanjut tentang CFSIIUM 


Kalau korang ada pertanyaan dan persoalan.Tanyalah.Insya-Allah,Ema akan menjawab sekadar mampu.




12 January 2013

nak balik


Assalamualaikum




Seminggu sudah dekat Terengganu.1 minggu to go.
Say bye2 to fakhriah!Kalau ada jodoh,jumpa lagi dekat sana 0_0
Happy sekali dapat tengok list tu.Akhirnya,namaku dapat jugak bas no.1,sekali dengan pinah,qilah,syarah  n mek kema.Happy sebab dapat balik duduk sebilik dengan roomates2 lama.Dik wa,3 bulan cuti dah nak tamat yer.hik2.


sekian terima kasih
dari budak kekeringan idea nak tulis apa..
oh!UPU dah boleh isi sudah kan.
Nak siapkan sikit info tentang uia >0<.happy2 day
And to Fifah,
sal doakan fifah dapat sambungkan pelajaran kat   Universiti~

5 January 2013

Lari balik rumah



Assalamualaikum


Home is the best place.Betul x3.
Alhamdulillah,short sem memang short.Tapi belajar Fizik memang menyeronokkan.Bukak sem 3 nanti,fizik mungkin tak akan berasa seronok,sebab kerseronokkan itu akan dipecahkan sama rata kepada En.Biology,chemistry,mathematics dan physics. T.T
Semangat2!!

Sebelum,enjoy dulu cuti nie yurp!
Selamat kembali ke sekolah yer adik2..dan ahlan wasahlan 2013
Oh yer.Cerita Merlin dah tamat .T.T.Selamat jalan.
Sebenarnya,Ema tak tengok mana pun Merlin season 5  sejak masuk sem nie.kui3.Tadi baru jer tengok dekat wikipedia,oh,cerita merlin dah end.Fin..tapi endingnya tak cool.....


p/s:Cik Fakhy!WHERE ARE YOU!!miss me *wink2*


Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...