27 October 2010

Additional Math war tomorrow!!!

YAHHHHH!!!


ADD MATH!!JAGA2!!!!!KU DATANG UNTUK BERLAWAN DENGANMU!!
WACHAAAA!!

**TUUUTTTTTTTTTTTTTT*


Assalamualaikum~

Alhamdulillah...Esok adalah antara paper yang ema nanti-nantikan dalam banyak papaer final exam nie..

add math..Susah - bila kita jawabnya
simple - bila kita tengok jawapannya..

Buat paper add math tomorrow..ema kena mengelakkan serangan musuh yang sentiasa menganggu ema di medan perang


ISU #1 -Blackout

perkara yang biasa terjadi kalau soalan tu tak tahu + masa singkat..
blacout terusla jawabnya...Bila nak hantar paper,barula tepuk dahi......
baru tahu jawapannya..

ISU #2 - Random error?
yang nie..MEMANG SELALU..WAJIB berlaku.Tak sah kalau tak berlaku..
5-1=3...
tinggal nomborla..Cg Azlina selalu komen ke ema..salah letak -/+...
yang paling teruknya masa exam oti-2 baru nie..jawapannya 31.099,ema tulis 3.1009
Bukan satu soalan..tapi 3 soalan sederet ema salah letak titik perpuluhan...Markah pun terbang..~
HE3.Pakai kalkulator + cg masa tu dah kutip kertas..
Kertas 2..mana ada masa nak cek semula..
nak fikir 10 minit...
kalau habis masa fikir 10-20,jangan harapla boleh siapkan semua soalan..
dengar kata teacher..paper 2 tak ada pilihan kat bhg B..kena jawab belaka la...T.T

ISU #3 - formula....Apa nie!!

Hahahahahahahahahahahahah
Formula..formula..
memang berguna sungguh formula yang cg/paper ni bagi..
Tapi sayangnya.......formula...
Ape la simbol yang formula nie tulis..
ema pun tak tahu..
ermm...contohnyer...formula median class group data..

L=?lower boundry bagi...?ha?
C = apa 2?
F = frequency untuk...median class ker before median..
standard deviation mana satu simbol formula dia?
variance pulak?
yang ungroup data ngan group data pilih maner ser?...
X tanda atas..ce upper form teka.X tanda baris atas simbol apa?midpoint ker?mean ker..

ringkasnya..formula tak boleh di baca sebab lupa makna simbol..

ISU #4 -'SYOKK!!'

ha3..
jarang orang sebut perkataan ni kalau jawab soalan Add Math..
biasanya orang sebut..
'Rezab ngoh jawb soalan tadi..'
'tembok jer....'
'aku tinggal soalan tu..'
'Benci tengok add math..'

apa terjadi kalau semua soalan anda boleh jawab tanpa sebarang masalah..
mesti SYOKKK jawab..
syok syok jugak..sekali cuai jawab...
menyesal tak sudah... - ema la tu ^_^

ISU #5 - 'Saya tinggal soalan tu..'

FAMOUSSS!!betul2 Famous isu nie..
Tinggal sebab....Tak tahu kan~
Ema pun macam tu,kalau tengok soalan tak faham..lompat kijang soalan lain~
bila tengok mula soalannya...
'LAA~.Senang jer...........T.T'

akibat tinggal tu jugak..ema tak sempat siap dan tergopah - gapah menyiapknya di saat akhir~

ISU #6 - 'Al-Waktu'

PAPER 2...
Memamng SAH tak cukup masa - bagi sesiapa yang menjawabnya dengan penuh tekun..
kalu sambil lewa..
masa pun tak layan orang tu..Just Go ahead jer berlalu

Kenapa tak cukup masa eh..
Erm..
Insya-Allah,perlatan perang berlawan dengan masa hanyalah tekun,sbar tak tergopoh-gapah dannnnnn tak termenung dan berkhayal (peace)

Banyaaaaaaaaaaaaak lagi isu ema yang perlu tandingi menentang Add MAth Esok..

Moga-moga ema dan kawan-kawan dapat menjawabnya dengan aman tenang dan dikurniakan akal fikiran yang masih sihat al-wafiat dan kuat ingatan..aminn

p/s:Haks3..ema menghabiskan masa study add math dengan blogging.hE33~




23 October 2010

Jangan Marah yer ^_^

Assalamualaikum,

HUHU
Jangan Marah yer..
He3..dah tabiat on9 setiap hari..
Exam tetap exam..
tapi,godaan tenet itu memang ada..
kalau buka pon,tak tahu nak buat apa..

Ema boring nie...
boring belek buku rujukan Sejarah..
HE3..

ON9 tetap 0N9 yer Kak B2 ku sayang~

21 October 2010

Bahasa Melayu I and II..(aunty)

Assalamualaikum~


Syukur syukur sangat....
kata cg harun : Soalan biasa doh jawab..mesra calon..

Oish..apa lagi.Senyum macam kerang wangilah...
He3..
Ema syukur sangat...sebab peruncingan yang kawan Ema bagi masuk 100%..
Terutama tatabahasa...yang buat ayat,rumusan..erm...jenis ayat..erm...komsas..
Semuanya masuk betul..

Ema target tadi peranan ibu bapa masuk lam karangan kertas 2 kat bahagian B..
Semangat sekali ema surf internet cari ayat ngan ungkapan menarik untuk dicedok dan diletak dalam karangan..
Heterogen,tamzilan erm....aper g eh.................Tak ingat eh..HE3

Yang pasti ema syukur sebab soalan peperiksaan BM memang mesra calon..
OH yer..yang karangan pernan ibu bapa tu,rupanya masuk lam bahagian A..
Ema tak kira pun patah perkataan bahagian A...he3..tulisan ema halus,jadi he3..nampak macam sikit tapi mungkin dah lebih had 250 kot..
Tak apalah~kalau cikgu rajin..cikgu Harun kira la no. ^_^

************

oH YER!
Cg Aziz..~terima kasih atas bantuan cikgu.Saya akan gunakannya sebaik mungkin~

FAKHRIAH!
aish budak nie...
Buat jamuan kat rumah,dia senyap jerrrrrrrr....

************
1st call

***************
Sal :Hello fakh,dapat dok mesej tadi...
Fakhriah:Err....(UWAAAA!!UWAAA-background 'music')...sal..saya call kekgi mula neh...
Sal :Bakper..adik gaduh ke belakang...?
Fakhriah : Dakper ah ,saya call mula nie.Sibuk sket nie....
Sal :Oh........okk ah.Er ...Fakhriah!
Fakhriah : #$%^v.... -----------------------------------------------*silent*
"Telefon rumah pulak daaa buat kacau habis bateri masa ni.."

*****

2nd trial..

*******

Sal :Ello~Fakhr - ri - ah ada~?
Fatin : Ha?jap..
Alien I :Fakhriah - fakhriah la ( pi panggil..)
Fatin :ER..kak nurul..yer sibuk la..
Sal :Oooo..ada mende..?
Fatin : oo.Ada jamuan kat umah nie..
Sal :Jamuan ?jamuan mende?
Fatin : Tahlil..
Sal :OOO..Mok Cik sungguhla fakhriah nie dok kabo orang...
Fatin : *giggle*..
Sal : okklaa...

20 October 2010

Bahasa Arab Tinggi

Assalamualaikum..

HOORAYYY~
1 subjek lagi sudah pun GO!
Bahasa Arab Tinggi..
Ingat lagi kata-kata Ustazah Zainun - BAT man susah sangat..

FUHH~memang dah keluar keringat bila dengar ustazah kata macam tu..
Apa soalan tu nak tanya eh?i'rab isim adik beradik kana?inna?kinaiyah?Mushtaqo'?perkataan seerti?berlawan..?
Ya Allah..memang risau juga.
Tapi,Alhamdulillah.Semuanya berjalan lancar tadi.
BATman kertas 2- karangan pasal Puasa,seperti yang digembur-gemburkan.Tapi ema langsung tak ingat ayat puasa yang tasmi'/oral(he3)..berambang sekali tatabahasa..Asalkan kata dasarnya taula sudah...
Yang lain ok..cuma terjermah jer yang memerah kepala..
Tak kurang lagi,peruncingan BATman yang classmates bagi..memang masuk betul..IShk3.

Yang buat suspen nya,ema ingat habis pukul 10.05..beribut karangan tulis..
last2.....
'30 minit lagi!'

Kertas 1 pulak...~OK~
harap2la...
wazan tadi senang sangat sampai ada orang tanyer ema..
'Sal,wazan tadi senang sangat ah..tak ke rasa pelik?'
'ye ker?Bagusla 2 senang..'

yang 'bencinya' mushtaqo'..
'nak letak alif lam ker tak..nak ker tak...kalau salah letak potong 1/2 markah..'
yang lain pulak...herm...kata seerti..ﻋﺻﺮ,ﻭﻓﻰ...
kata lawan pulak ...ﺤﻼﻞ,ﻴﻔﺘﺢ

macam tulah alkisah Batman nie..
tak susah..tak senang..
MEDIUM..

*harap2 ustazah terima ayat terjermah yang diterjermah berambang sekali..dan ayat pelik karangan..aminn...*

19 October 2010

PQS...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Assalamualaikum~

Alhamdulillah...Hari ni Ema dah start menduduki final Exam untuk Form4...
HU3..memang mendebarkan..apatah lagi bila dapat tau subjek yang 1st skali stat ialah subjek ema yang paling lemah score...
Pendidikan Al-Quran As-sunnah..

Memang semakin down la grade ema dalam setiap exam yang lepas,
kalau diikutkan graf,memang gradient mencuram menjunam terus..

Ema nak buat betul2 untuk subjek PQS..(ayat sama juge untuk exam yang lepas -.-)
Nak kata exam tadi OK,tak boleh sangat.
Nak kata KO pun,tak ada perasaan nak kata apa dah
Nak kata OK nanti,harapan yang tinggi pula untuk PQS..
sedar2 markah rendah,baru tahu!
hu3..janganlah..

Yang pasti,paper PQS tadi ema dah buat yang terbaik..Insya-Allah,kalau ada rezeki..kalau ustazah tak pangkah semua jawapan ema..bolehla rasanya~
He3~


Esok BATman sahaja..paper 1 and paper 2.
Ustazah kata : Susah sangat..

Nak buat yang terbaik jugak untuk BAtman nie~
Walaupun lautan buaya sekali,aka ku redah segalanya!

Ya Allah....jiwang pulak ayat....huk3

Moga-moga Exam kali ni menjadi exam yang terbaik dan cemerlang yang ema dan kawan2 ema pernah dapat!
AMIN...

14 October 2010

Putrajaya..

asalamualaikum
Huuu...rasanya macam lama dah tak pegang laptop nie..~rindu pulak rasanya~
Insya-Allah,malam ni..tangan ema yang sememangnya lembut sangat x3 nak tulis pasal cerita terbaru Diari Ema..
Pada 11 - 14 Oktober.Seramai 6 orang pelajar SMKA Tok Jiring mewakili terengganu untuk ke Pameran Open Souce Software (OSS) di Dewan Auditorium E,pejabat KPM dekat Presint 1 Putrajaya.Alhamdulillah~Ema antara pelajar yang terpilih.Antara yang lainnya - Fakhriah,Siti Aisyah md bati,nurakmal syuhada,n Nurul Shafiqa.
Cikgu memang pandai sungguh pilih :D,kitorang suka,sebab ada best friends masing2 ikut sama.~
OH!tinggal seorang lagi...Anuaruddin...........................
12 oktober 2010
Kalau diikutkan jadual,kitorang kena berkumpul dekat JPNT sebelum bas bertolak pukul 8.30.Oh yer,nak dijadikan cerita...lawatan kami berlima orang(sahaja) nie ke putrajaya ni nyaris2 dibatalkan atas masalah tertentu.Tapi,dah takdir kitorang untuk pergi ke Putrajaya..Kitorang nervous pada awalnya..
'camna ni..pukul 7.30 pergi...tak ke jem bandar.sempat tak sampai nie.'
' pok cik van syuhada kata sempat sampai..'
' ye ker...camna kalu pok cik van syuhada saje jer kata gitu..'
' oH.yer gop eh..'
Alhamdulillah..dengan berkongsi kereta Ibu piqa n abang siti..kitorang la yang sampai paling awal sekali kat JPNT.Tup tup..tepat2 pukul 9.30 pagi baru bas bertolak.Alhamdulillah,bas kami sampai ke Putrajaya pada pukul 7.00 malam.Kami menginap di dalam apartment yang disewa JPNT.Malamnya...kami free untuk tidur awal atau pergi makan malam di restoran mamak yang jual nasi goreng yang pedas memang pedas kuasa 100 .



12 Oktober 2010
OSS DAY!
hari ni OSS day aaupun Open Source Software ataupun dikenali sebagai Hari perisian terbuka.Wakil2 terengganu yang membuat pameran mahupun menyertai pertandingan dah bersedia untuk ke Dewan Auditorium.Pelajar SMKA tok jiring pula segak(?) memakai blazer (0_0)
1st...acara yang paling meletihkan buat ema...mendengar pembentangan..bukan 1 bukan 2..tapi 5 pembentangan aka ceramah untuk memenuhi aturcara hari OSS.Dan yang paling menguji keteguhan ema..Dewannya yang memang SEJUK~Ya Allah,siapa yang ada dalam dewan tu,memang syok tidur.Ema tertidur dalam separuh pembentangan yang ke-2,tapi,kawan ema kata pembentangan tu best -.-'
Perasmian pula dirasmikan oleh Muhyiddin selaku TPM dan menteri pelajaran.Kitorang masuk lambat sekali dalam dewan untuk perasmian..yang sukanya..seat semuanya dah penuh kecuali,seat yang depan sekaliiii.Betul2 sebaris dengan TPM n VIP2 yang lain.Suka betul kawan ema yang lain.Yang paling gelaknya..muhyidin senyum ke kawan ema sorang ni..yang lain pun ter'perasan'.
Pameran Learning Management System SMKA Tok Jiring berjalan lancar walaupun ada sistem laptop yang rosak,ada yang gemuruh..nervous..tapi semuanya berjalan lancar~
Malamnya..............Oh Alamanda...













Store favourite Ema di Alamanda
13oktober 2010
3rd day in Putrajaya.Everything going smoothly.Tak ada lagi yang sakit jiwa..walaupun ema 'sakit jiwa' sedikit sebab nak balikk. T.T.dahla 4 hari tak pergi sekolah.1 hari tak belajar p&p sekolah dah macam tak betul,apatah lagi 4 hari...Hari ni LMS tak buat dah pameran,Anuaruddin pula yang ambil alih booth kitorang kelmarin.Jadi kitorang berlime punya aktiviti - nothing.
ISH!tak kan nak duduk sahaja kat dalam bangunan KPM.HE3.berjalan2 la sekitar pameran.Rasanya antara pameran yang kitorang paling suka.....dekat booth JPNT.HEHE3.Bagi mengisi kekosongan masa , kitorang masuk ke dalam dewan yang tak ramai orang sebab 5 pembentangan dah tamat =).Kerja Ema.......Apa lagi,dah terkena hentaman air-cond dengan suasana senyap senyap riuh,terlentokla jawabnya ema n kawan2 lain~
OH lupa..
Antara pembentangan yang mencuri tumpuan Ema adalah pembentangan dari salah seorang penceramah jemputan oleh Ms Belinda Lopez from Houston,Texas she speaks soo fluently in English until she makes me so sleepyy again.Ms Lopez cakap pasal U buntu.Satu software percuma untuk belajar yang dikenali sebagai Ubuntu ataupun KuBuntu..
petangnya,kitorang balik ke apartment masing2.Malamnya....Kitorang tak tahu orang JPN nak bawak kitorang p mana.Cg Ardisa kata,mereka nak bawa kitorang p Icity,Shah Alam
'Oh!P shopping Mall lagi!...'
'oh..duit ada lagi ni,g Alamanda kejap ngat maring ..'
'ye ah,bazir pulok rase duit kalau tinggal gitu..'
'nok kena beli barang ke family,tak sempat maring kat Alamanda..'
'Beli doh ke adik,mok dok beli lagi nie..'
'classmates?'
'ho..kawan kita2 lain lagi ok..'
'shopping sakan la malam nie'
Niela booth JPNT~sebenarnya - permainan tu untuk kanak2 prasekolah -.-'

Waa...memang tak sabar nak pergi ICity.Mesti bez.shah Alam.Mengambil masa 1 jam dari Putrajaya.Sampai kat satu tempat..

'CANTIKNYER!!'
'pokok lampu tu cantik ah fakh!'

Oh!memang terpegun sebentar dengan lampu pokok yang besar dan banyak!Tengok betul2 sign bangunan ...'ICity'...Terkejut betul kitorang.Sangkaan kitorang memang meleset.Icity yang disangkakan Shopping Mall rupanya hanyalah sebuah 'Taman Lampu'.Suasana malam dekat Icity memang terang bederang dengan LAMPU yang memang BANYAK!siap dengan ada lampu nak panggil Batman.kadang2 terfikir jugak,banyak juga eletrik yang diorang guna.Kawan Ema kata pulak - bazir jugak eh diorang buat camni...
Bas balik ke Putrajaya sampai pukul 12.30 tgh malam dan kitorang tidur lebih kurang pukul 2.00 pagi dan bangun pula pukul 5.00 pagi untuk siap balik..











LAST DAY!
balik!
Tak Percaya..4 hari berlalu begitu sahaja.
Rasa macam sekejap sahaja.Betul2 singkat..
Ema betul2 berpuas hati tinggal di Putrajaya
  1. friendly neighbourhood..Ema boleh bagi 4 1/2 bintang from 5 star
  2. Bersih la putrajaya
  3. bus/bus stand - suka

OH YER!Ema baru dapat tahu masa kat putrajaya..

FINAL EXAM SELASA HADAPAN!

11 October 2010

ila liqo'i

assalamualaikum....


Waahhh..dah lama rasanya tak menulis blog ni pasal diari harian,walaupun ada banyak happening..!
Ema tak nak tulis panjang 2 sebab sekarang pun baru kol 5.48 a.m.Nanti nak p sekolah.
Tak baik betul la ema nie tulis blog pagi buta..
Biarlah,nak ubat rindu.Nanti 4 hari jumpa blog...Kalau ada peluang,ema bukak.

Pengetua...............
AKAN BERTUKAR!!

Ya Allah..ema baru tau tadi masa pulang kat dalam van dari D-Bah,kinah n syira..
Bergoyang van, x percaya ema penegtua akan bertukar...
Wah.Diorang kata ema Kuno sebab semuanya tau minggu lepas g,Siap bincang nak beli hadiah aper..
Herm..
Dengar kata , pengetua laki dari Sarawak akan datang menggantikan tempat pengetua.
Moga-moga,kedatangan pengetua baru ni akan membawa seribu satu manfaat buat SMKA tok jiring.amin.





FINAL EXAM!!

Dah confirm.
Final Exam.20.10.10
adalah dekat 9 hari lagi......... 0__0
Deras betul.Subtopik pun banyak lagi tak habis,SEJ,PQS,PSI,AMM,BIO,KIM,FIZ...
stress nya
Kenapala rasa macam kejap sahaja exam final...
macam kelmarin sahaja baru masuk bilik peperiksaan ambik PMR............
masa tu......
ada 1 kerusi sebelah ema yang sentiasa kosong.......................................................



ila liqo

6 October 2010

Nice meeting~

Assalamualaikum

So today...my cousin,Sarah- dari sebelah keluarga mak yang tinggal kat kedah datang
Sepatutnya datang last week ,tapi postpone sebab ada kelas ganti kat U..
dia belajar kat U kelantan..umur 18 tahun - sama umur dengan kakak ema Mimi..
Dia dah pun sampai tadi..tapi
Ema tak sempat nak sambut..tak sedar dia dah lama datang..
Ema pulak terperap dalam bilik T.T
Selepas hampir 4 tahun tak jumpa..
1st time jumpa pun ...dalam keadaan..unexpected

Ema terkunci Ssrsh kat luar beranda rumah yang sedang menghayati alam !
YA ALLAH!
Ema tak sedar langsung dia duk luar..
nampak jam sudah pukul 7pm,apa lagi..tutup tingkapla..
masa tutup grail,ada orang panggil..

'siapa pulakla yang panggil lembut nie..'
'Hei hei.'
'Siapa pulak tu..syafiq ker?Sejak bila syafiq jadi tinggi cam tu..'

Ema taula ema nie mata empat...ditambah pulak dengan waktu gelap..ditambah pulak dengan baju dia yang gelap..~HE3~

'Eh..Sarsh ke 2?Ya Allah..malunya..'

ema dah siap kunci pintu..he3
tak putus2 mintak maaf + last2 buat muka selamba....

'eh..sajer jer jalan2 tingkat atas nie..'
'oh..bagus2..jalan2..nie bilik air..nie beranda luar..nie jangan masuk (my room :p)'


Nice meeting~

4 October 2010

*Ribbit ribbit*



















'katok bawok dok?'
'Ya Allah..katok kimah tangkap maring 3 ekor..tengok pagi tadi tadok laker doh'
'Na!bawok menda dalam baldi tu..beso pulok tu baldi!'
'oh..ada katok...'
'biar betul na..besor ngat ke katok?'
......
'Ya ALLAH besonyer!'
Assalamualaikum...
Macam itulah perbualan yang 'hangat' meniti di bibir di bibir 4 al - kauthar kelmarin.


Tak boleh dilupakan.Kalau ambik course sains tulen/agama ni,memang sure topik ni hangat sekali.
Tak payah cerita,sejak dari lower form lagi dah tahu kena buat ni.
Ada yang buat muka geli,takut,tak berani...
Bila bagi katak mati sekali,habis isi-isi katak dibuang satu2..


Itulah yang berlaku sekitar 'Bilik Pembedahan 4 AK'

tapi,sepatutnya ada bawa belalang atau lipas....tapi..semuanya peminat katak belaka.
Jadi!!!!!!!!!!!!!Bilik Pembedahan Beroperasi!!

masa : 8:15 - 9:20
tempat : bilik bedah aka makmal biologi
Objektif : bedah perut katak sepuas-puasnya!




Alhamdulillah.semuanya berjalan lancar.
Tiada katak yang bangkit dari tidurnya.
Katak yang tidak hancur badannya...jangan harap ada..
Sekali dah pegang gunting dengan skapel...satu persatu kawan Ema,Aimie n the geng korek.
Rugi kalau tak teroka badan katak,peluang datang sekali..
mula-mula,diorang cabut jantung katak yang sebesar erm..kepala jarum peniti yang bulat tu
lepas tu keluar perut katak,belek-belek usus perutnya..
Cari 'Glottis'nya..
last2.......
'meh kita buang laker kulit2 yer....'

ada kumpulan yang siap bedah katak dalam sink...>.<
Siapakah gerangannya?

Konklusinya...

EMA SUKA BEDAH KATAK ....
yang sudah mati~

walaupun ema tak diberi peluang untuk bedah katak..
ema redha sahaja T.T
WOONG WONNG or RIBBIT RIBBIT?


p/s:Fakh,Sal tunggu gambar katak...hu3,tak apalah..minggu depan pun,minggu depanlah boleh...

3 October 2010

*think*

assalamualaikum...

Pernah terfikir - perkara yang anda sayangi dirampas?
Dirampas oleh insan yang bernama manusia..
pernahkah terfikir - sudah berapa kali benda yang disayangi selalu dirampas..
pernah terfikir - anda sudah letih melihat perkara yang anda sayangi dirampas begitu sahaja oleh manusia lain..
pernah anda terfikir - anda akan berasa diri anda seorang yang lemah kerana tidak berdaya mempertahankan perkara yang anda sayangi...
pernahkah anda terfikir - antara barang yang dirampas oleh manusia adalah orang yang anda sayangi?
Pernahkah anda terfikir - "dia yang dirampas menyayangi anda?"
Pernahkah anda letih jika hati anda di permainkan sebegitu?

pernahkah anda terfikir untuk maju kehadapan dan cuba mewarna-warnikan hidup?
pernahkah anda fikirkan semangat?............................

1 October 2010

*From Trg ila Mesir *

ASSALAMUALAIKUM


membuka diari blog untuk hari ni..
menulis sesuatu yang dah berlalu 1 minggu yang lalu..
dan jari jemari baru lembut nak tulis~
~From terengganu to KL ila Mesir~

Bukan ema la~Kakak ema..yang sambung pelajaran ke mesir untuk tahun ke-2
Ema hanya hantar dia ke KLIA..
oleh sebab itu..^_^,ema 'ponteng' ahad lepas~

asalnya kena duduk sorang kat rumah,tapi ayah ajak ikut last minit ^_^(SUKA!)


Bakal Pilot sebelah kiri tu~



Hai sofi~



Sampai KL,tak ada buat apa2,kitorang pergi jalan kat rumah Mak Saudara dekat Bangi..Dekat jer dengan Banting!
Sampai sana,makanan dah tersedia dihidang sebab mak saudara sukaaaa memasak~ayam belanda,burung kasawari semuannya ada tersorok dalam peti ais..


Next morning..
26.9.10
pukul 7 - ke KLIA




Selamat JALAN!!

Selamat Jalan~



kalau nak p overseas,kena naik monorail nie dulu untuk ke pintu departure..
Selepas menghantar kaklang ke KLIA..
Abang ajak p Putrajaya~sekadar berpusing2 di putrajaya






"BYEEE"

I LUV FAMOUS AMOS!!

Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...