28 April 2012

Anugerah


Assalamualaikum



Hari ni dapat balik sekolah semula(wii).Dah lama tak dengar ucapan panjang lebar dalam Dewan Abbas.Apapun,gembira dapat balik semula ke sekolah dan jumpa kawan-kawan lama..terutama anak-anak mama..




Sayang korang semua jugak.Sorang merempat kat Jordan,yang lain tak confem nak  pergi mana since tawaran IPTA tak tahu lagi.Apa yang pasti,buat yang terbaikla nanti kat universiti.Jika ada rezeki,mana tahu nanti universiti sama kan..

**

Dapat pergi merayau sebentar di Ri-Yaz Heritage Marina dan Spa..Bukan nak buat spa treatment eh,tapi ada PC fair.Dah dapat beli earphone Dr.Dre satu untuk digantikan dengan yang rosak.Bukan nak belanja habis semua hadiah dapat eh!hi3,tapi yang tak tahannya tengok banyak kamera..semuanya memanggil namaku..Salma~Salma~marilah tengok saya nie~tak nak ker..



26 April 2012

segmen : tambah follower tambah kawan





assalamualaikum




  • buat satu entry " segmen : tambah follower tambah kawan "
  • tempek banner dan linkkan ke entry ini
  • sunat follow blog.. tak pakse.. tapi jatuh wajib kalau ske blog sya.. whaha ;p
  • tag 2 orang blogger dan mesti blogger tu tawu okeyh..
  • siap.. post di komen okeyh.. entry ini
Ema nak TAG BUDAk2 ini



p/s:Sedihnya invitation dari sekolah tak dapat pun...


25 April 2012

Semakan Matrikulasi sesi 2012/2013


Assalamualaikum


Dah terlupa hari nie dah boleh check Matrikulasi.Terima kasih kepada mereka yang mengingatkan orang lain.








Laman Sesawang Matrikulasi







Semakan secara online di SINI






Menggunakan SMS

  • Taipkan MOE<jarak>MAT<jarak>NO. KP dan hantarkan ke15888
  • Contoh : MOE MAT 920605051542




Ema dapat program sains 1 tahun di matrikulasi pahang.Fakhriah pun sama.Orang lain macam mana eh?




Sesiapa yang dah dapat tawaran matrikulasi tidak akan dapat tawaran tingkatan 6.Tapi,jika berhajat juga nak masuk tingkatan 6 boleh buat permohonan.


Semakan tawaran tingkatan 6 


  • Secara online di SINI
  • Melalui SMS dengan cara ini ;

 MOE<jarak>T6<jarak>No.MyKad dan hantar kepada 15888.

22 April 2012

Majalah Annur SMKA Tok Jiring abad 21





Assalamualaikum


Pemberian majalah Annur SMKA Tok Jiring dah hampir 3 minggu delay.Alhamdulillah..khamis lepas ialah tarikh keramat untuk ambil majalah annur yang  terakhir buat Ema(buat dramatik sket).Abad 21 tu ialah  kata-kata yang dikutip dari Ketua Editor yang kecil molek Adik Syakir sempena edisi ke-21.




KULIT DEPAN MAJALAH ANNUR EDISI 21





ISI DALAM


Sudut karya budak2 sementokji.Antara favourite ;
(oleh sebab tak ada hak cipta terpelihara,kito  copy jerla yer)







sambungan di bawah

It is good that many of us submit our own work.Education.Tapi Ema masih suka old work dalam 2004-06 rasanya.Karya memang berlambak,variasi,santai,berinformasi dan unik juga sehinggakan antara  karya sebut  dikecilkan untuk dimuatkan...


PICTURE


I love pictures.Every inches of them.














Terima kasih dan tahniah buat sidang ridaksi 2011 kerana dapat menyempurnakan majalah annur edisi 21..

19 April 2012

Doodle Ying dan Yaya


Assalamualaikum

Doodle boboiboy dulu kala..


"Hai!Nama saya Mimi..EH!nama saya Yaya.Penjual biskut terbaik dunia.Bila biskut saya nak jual balik dekat dalam TV  nie.Nak jual special untuk rakan-rakan..."

"Hai!Nama saya Ying!Pelari terbaik mengalahkan..er..siapa nama dia...OWH!BOLT.USAIN BOLT!Tak sabar nak berlari jumpa Popo dalam boboiboy.."


****

Inilah terjadi apabila terlalu kerap menonton boboiboy di kaca TV mengalahkan adik-adik sendiri..T.T
Nanti boboiboy masuk TV,kita dah sibuk di universiti

****

UPDATE 7.04 malam

Jawab juga panggilanku ini.HAK2.Status terbaru FB boboiboy

BoBoiBoy dan Budak Misteri! Bermula 27 May 2012! Ratings tertinggi pada musim pertama~ terbaek!~ 




p/s:Ambikla doodle boboiboy tu sebagai freebies kepada sesiapa nak.Kalu suka,creditla ke ema yer.Terima kasih

18 April 2012

Mini Combo Simple Giveaway by Wanie & Sha




Assalamualaikum..

Ada giveaway!Wiii!Terima kasih kak sarah sebab bagi kerja tanpa gaji ni.






syarat-syarat :

1) follow blog wanie dan sha. *wajib

2) follow twitter wanie & twitter sha. *wajib
(jangan risau, wanie akan follow balik)

note : kalau tadak twitter tak apa, still boleh join :)

3) follow fanpage sha. *wajib

(syarat yang atas tu bukan untuk apa-apa, senang nak tahu perkembangan semasa tentang GA ni )

4) klik sini dan sana. *wajib

5) follow, like, add semua sponsor. *wajib yaa. kami akan check sama ada anda follow atau tidak. ni senarai sponsor :)

6) buat satu entri "Mini Combo Simple Giveaway by Wanie & Sha".

7) letak banner comel giveaway kami dan linkkan ke entri ini ataupun letak link giveaway ini.

8) tag dua orang kawan atau lebih dan pastikan mereka tahu.

9) dah siap? postkan link GA di bahagian komen. perhatian yaa. link GA bukan link blog. kalau post kat cbox tidak akan dilayan. harap maklum :)

Mangsa Tagnya...



  1. Fakhy
  2. Aini
  3. Fizah



Bersyukurnya..


Assalamualaikum


Lama ke benor kita tak hupdate.Kes wayarless masuk ICU,dah buat pemindahan organ.Alhamdulillah,semuanya dah sihat kembali.Sebab tu diriku enjoy hari ni dah dapat update seperti biasa~~
Tapi sebelum nie biasa jer buka internet tapi pakai broadband.Korang tahulah berapa selownya broadband kat pantai timur nie.Nak bukak satu page pun dah kat 10-15 minit.Sebab itu First thing first,update blog pun lain kali jerla walaupun tak tahu bila(tapi apa yang nak diupdate sebenarnya?)
Itulah sebab saya syukur hari ni  - connection dah ada setelah 3 minggu offline!-





Biasiswa MARA..OPS!PINJAMAN boleh ubah mara 2012.Oleh sebab Broadband tahap slow mengalahkan ninja turtle,nak load satu page menjangkau limitnya.Adalah kat 20-30 minit.1 PAGE!!.tak masuk lagi kalu page tu tak sempurna.Boleh kira 1 jam baru boleh buka sepenuhnya.Tak macam orang lain yang boleh bukak dan refresh 100 kali berturut2 pun.Alhamdulillah,boleh jugak buka dengan broadband tu tapi problem lagi bila nak print.Semuanya jadi slow.RAM ussage hampir 90%..
Itulah sebab saya syukur hari ini - broadband ada untuk membantu..1,2,3,4..7 orang penghuni rumah ini




PINJAMAN tu..tapi tak kisahlah pinjaman atau tak,nak juga isi setelah direject  JPA.Pilihan luar ialah US,UK,NZ dan..AUS.Semuanya jauh-jauh juga la.Tapi pilihan 1st  pilih Nottingham dalam negara.Rethinking nak pilih UK second choice.Patutkah?Pinjaman > kalau cemerlang,diberi diskaun.Jika tidak,faham-fahamlah apa terjadi.Siapa yang tak nak menyusahkan parents kan.Tahniah juga kepada Aqilah Amin for BURSARY.Mardhi i don't know.Tapi Aqilah nak pilih MAIDAM.for me,i think it is a good choice.She's good and a lovely girl.I admire her since i was 14 years old when i always kept hearing her name  as she is good in everything(She always beats me in many things!!).HA3 - In old day , she's more like my "enemy".But i like her more now as my Special Friend.May Allah Bless you always..
Itulah sebab saya syukur hari ini - mengenali seorang yang berperwatakan special seperti Aqilah...dan syukur sebab dapat bantuan dari parents ..Mungkin inilah masanya kita bantu diri kita..




Dan lupa jugalah untuk bersyukur sebab hari ini kita masih hidup dan sihat walafiat bagi sesiapa yang ..sihat.Jika sebaliknya,nak hapus dosa tu.Ujian..
Jika kita nak tulis nikmat hari ni.Karangan 6 muka surat pun belum tentu sudah cukup..




10 April 2012

Biasiswa percuma untuk saya?


Assalamualaikum..

Berita hangat buat mereka yang cemerlang SPM 2011.Jika tahun lepas kerajaan mensyaratkan minima 8A+ untuk dapat biasiswa percuma (dermasiswa),tapi tahun nie dia..ketatkan lagi jadi 9..Ingatkan 7.Kui3,nampaknya rakyat malaysia nie dah pandai jawab kertas periksa..



KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini memutuskan untuk menawarkan Bursary (dermasiswa) automatik kepada 1,609 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang cemerlang memperoleh sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas.Statistik pencapaian 1,609 pelajar itu adalah 9A+ (1,020 orang), 10A+ (492 orang), 11A+ (90 orang) dan 12 A+ seramai tujuh orang.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kenyataan akhbar sebentar tadi berkata, Bursary adalah bantuan kewangan yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran untuk mengikuti pengajian di peringkat persediaan (pra-universiti) sebelum pelajar melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti dalam atau luar negara.

Beliau berkata, pada tahun ini, bagi mengiktiraf kecemerlangan pelajar lepasan SPM pada 2011, semua pelajar cemerlang yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas akan ditawarkan Bursary secara automatik oleh Kementerian Pelajaran tanpa mengira etnik, kaum, keturunan dan latarbelakang.

“Kerajaan sentiasa prihatin dengan keluhan ibu bapa pelajar yang menunjukkan keputusan peperiksaan yang cemerlang tetapi tidak berjaya untuk mendapat penajaan untuk melanjutkan pelajaran setiap kali keputusan penajaan diumumkan kerana persaingan yang amat sengit dan bilangan yang ramai  mendapat keputusan yang cemerlang. 

“Pada masa yang sama, kerajaan juga mempunyai kekangan dari segi peruntukan kewangan berikutan kos pendidikan yang semakin meningkat. 
“Bagaimamanapun, pada tahun ini, kerajaan mengambil keputusan untuk menawarkan Bursary kepada semua 1,609 pelajar yang mendapat keputusan cemerlang iaitu sekurang-kurangnya 9A+ dan ke atas,” katanya.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, kerajaan juga meluluskan penajaan di bawah Program Biasiswa Nasional (PBN) kepada 50 orang pelajar paling cemerlang lepasan SPM 2011 di kalangan yang terbaik mengikut senarai Kementerian Pelajaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dunia berasaskan kepada merit akademik. 
Katanya, calon-calon yang terpilih akan ditawarkan biasiswa dari peringkat persediaan sehingga ke peringkat Ijazah Pertama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan pengiktirafan bidang pilihan yang menjadi minat pelajar di universiti dalam dan luar negara seperti disenaraikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Bagi kesemua program pra-universiti yang sudah tersenarai, pemberian Bursary tertakluk kepada pelajar sudah ditawarkan/ditempatkan di pusat persediaan yang ditetapkan oleh kerajaan. 
Sila layari laman web Kementerian Pelajaran di www.moe.gov.my untuk membuat semakan dan pengemaskinian profil pelajar program Busary mulai 16 April, 2012.


Sayangnya ema tak boleh nak cari nama ema ada ke tak..konfem tak ada.Tapi 2 kawanku yang lain insya-allah ada.Itulah terbaiknya bila dapat A+ banyak.Diringankan sedikit masalah mencari biasiswa,hebat lagi jika menjadi antara yang terbaik,bukan letih mencari tetapi letih menerima...


5 April 2012

Ema mengidam..



Assalamualaikum


Hari ini dah masuk hari kelima wayarles rosak..memang selalu macam tu,macam sign warning jalan raya ada lubang  dihadapan kat icon wayarles tu(exclamation mark).Tapi mama tinggal broadband kat umah.Thank you thank you.tapi tak boleh main lama2,ada orang berduyun-duyun nak guna,nak tengok korea la,faceboookla..Status relationship ema jika ada facebook > is married..to my blog



Ema dah lama ngidam nak beli satu nie.

KAMERA!
SERIES.siapa yang tak nak satu kan.Melainkan korang dah ada ipad,galaxy tab,blackberry,handset canggih2 dilengkapi kamera high tech..Ema ada dua nie jer.kesayanganku..

bunny cute + mengancam

Black tu ayah berikan waktu hadiah 5A UPSR.Ataupun nama lain,handset James Bond sebab handset nie fames sebab "James Bond" tolong promotekan kat dalam iklan >black ice<.Tapi sayangnya..keypad dah rosak.
Satu lagi mak punya .Eh.mak ker kakak eh?..erm.OH.mak dulu baru kakak.pahtu baru ema.Tak canggih tapi dah berupaya hantar mesej dan buat call dah cukup bagus..


Tapi,sejak belakangan nie..sebenarnya sejak high school lagi,ema nak sangat satu butir kamera yang boleh ambil gambar cantik-cantik..Nie gara-gara kamera family yang sangat...Poor.
Teringat waktu hari sukan sekolah.Semua orang seronok main tangkap gambar dekat padang sekolah,tapi ema tengok jer kamera famili tu.Nak tangkap ke tak?Apa taknya,kalau tangkap gambar ..sure nampak macam di ..syurga?Hak3.Cahaya keimanan memang bersinar-sinar,tak nampak batang hidung sorang pun.Paling sedih gambar tu selalu nampak bergegar,kiter dah semangat duduk macam batu.Agaknya ada gempa bumi 1 skala.r bila ema take pictures........atau gorilla sedang mengamuk


Ema komplen ke mak sebab mak kata okey je gambar2 masa pergi langkawi last month.Mak kata okk jer..
Sedih bile dengornya.Gambar ikan2 cantik,pingu2 semua umpama mengeluarkan cahaya keimanan tersendiri.Susah juga nak terangkan ke mak.

Dah mengidam,mesti nak dapat kan?
PC FAIR di Terengganu pada hujung bulan nie.
Pakat serbu belaka.Boleh satu kamera yang dapat tangkap gambar dengan cantik+berkualiti pun dah kira  ok.DSLR - dah terlebih dah tu...Boleh jadi hadiah SPM *wink3*

Gembiralah dengan apa yang kamu miliki daripada apa yang kamu ingin miliki

3 April 2012

imaginasi dalam poket


ASSALAMUALAIKUM


Alhamdulillah.Kelmarin (2 hari lepas),kita masuk satu lagi bulan baru.Bulan APRIL(tak baru sangat).Tapi satu lagi bulan yang normal bagi pelajar penganggur cam ema nie.Orang plkn pun dah terasa betapa "bosan" siot nyer duduk kat rumah.Setakat nie,rasanya ema tak bosan pulak 5 bulan duk kat umah.Lain la kalau orang lain.Sampai nak masuk PLKN balik tu.Experience biasa bagi seorang pelatih PLKN
- pergi  dengan tangisan kesedihan,balik dengan tangisan perpisahan -
konklusinya,cakapla apa sahaja sebelum plkn,tapi gerenti hampir 90% balik dengan kepuasan.

UPU dah tamat tempoh last night.Dah pilih baik2.Tapi sejak ema balik dari rumah ustazah last week,teringat lagi ke kawan2.Semuanya ada interest nak pergi luar negara.Ema masih belum berniat nak pergi study di luar negara.Cik Fakhy pun dah nak tinggalkan ema(sebenarnya dah tinggal pun sejak habis sekolah:P)
So it all left too me.Ema tak isi biasiswa banyak sangat pun.Cukup sedih sebab kurangnya biasiswa yang menawarkan bidang yang ema nak.itupun jumpa satu.Nasib baik jugak cik kimi pilih bidang sama dengan ema~~

Ema reach young adulthood.Macam SIM 3 pula.Crisis kehidupan?
Dah ucap selamat tinggal kepada sebahagian dari kehidupan kanak-kanak.Bukan pilihan,tapi dia pergi sendiri..Imaginasi sebagai seorang kanak-kanak memang seronok kan.Bayang menjadi seorang terkenal,seorang termasyur,menjadi seorang berjaya,duduk rumah selesa,..apa-apa sahajalah.Sehingga mimpi memisahkan fantasi dan realiti.
Tapi,besar  gajah jugak juga perlukan daya imaginasi..untuk hasilkan buku,design,reka cipta,,idea produk baru dll..jadi jangan buang imaginasi anda ..simpan dulu dalam poket

Tapi hey,semuanya hanyalah mainan dunia.Kena jadi seorang pemain handal jika nak jadi professional.

akhiran dengan doodle.Lepas nie susah ema nak upload banyak2 doodle,post,tutorial dan update baru Sebab 3 hari dah tak on9 kerana masalah wireless connection.Berebut 1 rumah dengan 1 broadband.Tak taulah future nanti camna





p/s:Ada orang dah terima tawaran kolej swasta.Bagusla tu ^_^.Peti surat ema juga penuh dengan surat bil..al-maklum.hujng + awal bulan.
pps : MANA BUKU ANNUR NIE!!T.T


Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...