28 February 2012

Doodle Muslimah berkimono


Assalamualaikum


Hari nie tak ada kerja.Macam biasa,ema tak ada kerja baru hari "bekerja" nie,lain daripada pegang spatula dan periuk belanga..Jadi waktu lapang dengan bergolek dengan buku,dating dengan awak blog dan new hobby.Doodle.


Hari nie doodle baru ..tahu dahkan.Baca la title nie.Freebies ke korang.Siap nak,ambik la.Buat kat facebook profile,blog atau twitter(jika chantek..)





Jika request nak warna lain,susah sikit.Bunga sakura tak ada warna lain.Nak main photoshop,tak pandaila la pulak.Complicated..




Let your day bloom like sakura flowers....Eh,but winter is not over yet..

27 February 2012

Tutorial : Cara nak lukis Doodle


Assalamualaikum..
Peminat doodle sekalian.Ramai kawan-kawan dan blogger lain yang suka doodle ema buat tu - bukan nak kate aper, - ,tapi,ramai tanya ;
pakai software apa?
Camna mana?
nak buat guaner? (sama jer..)

Okkla.MARI ema tunjuk step by step nak buat doodle cam Ema buat nie.tapi tak macam ini.a little bit complicated






1) First sekali - Kita download dulu PaintTool SAI

2) Lepas siap Install.Click File>New>Adjust Size.Pilih saiz dan OK






3) Kita nak buat line dia.Jadi.Kita click Line Network.Dan jangan lupa pilih colour line tu






4) Click Curve > Saiz Network






5) Dan sekarang.Kita start doodling...Jika tersalah.Erase sahaja atau UNDO.Jika rasa kekok.Apa kata korang main dulu line curve nie.Tekan sahaja titik antara titik dan terhasilah line.






6) Kita lukiskan line sahaja pada line network layer.Untuk mata,kita pakai brush di LAYER 1


7) Masa untuk warna.sama ada anda nak pakai Brush/crayon dll untuk fine artwork atau Bucket untuk hasil yang cepat..


8) Untuk penggunaan bucket.Korang kena tick dulu bahagian All image dalam kotak kecil sebelah kiri di bawah Target.Barulah anda boleh tekan bahagian yang nak dicolourkan.Jangan lupa pilih warna yer.








9) Bila dah siap,boleh SAVE.jangan lupa SAVE dalam format PNG atau JPEG







*Inilah kaedah simple dan first step nak doodling.Kalau suka doodling,berlatih jerla.Nanti akan jumpa benda baru.Ema pun still dalam proses belajar paint tool SAI jadi tak banyak la boleh share....
Paint Tool SAI lebih mudah dari photoshop..Faham ke tak tuto ema nie?


26 February 2012

Yang mana satu saya #1



assalamualaikum


Hari nie kita main game.Yang mana lebih baik atau ,yang manakah saya?





Lihat sahajalah.Senangkan.Walaupun nampak tipical.Kat mana sahaja anda jalan.Pasti ada model nie.Ataupun,kedua model dia atas adalah anda?


Okk.Kita bagi nama yer.Yang si Hijau kita panggil - Sarah.Yang biru kita panggil Amira.Ke nak panggil nama lain.Ikut korang la.Sarah dan Amira nak pergi jalan-jalan pakai baju kurung.Tiba-tiba diorang terkena "spotcheck".Spotcheck Ema, - "yang mana satu saya"


 Antara Sarah dan  Amira,yang mana satukah anda?Jom kita tengok checklist.Yang mana satu  lebih baik dari yang satu.menepati tak citarasa sebenar ...


→  Tudung tidak ketat sehingga menampakkan bentuk lehernya
→ Tudungnya menutupi dari kepala sehingga melepasi bahagian dada
→ Pakaian tidak ketat .Jika tidak,dia sebenarnya tidak memakai apa-apa - bertelanjang =__=
→ Pakaian tidak menunjukkan bentuk tubuh badan seperti perut umpama gelas ,pinggulnya dan dadanya.
→ Mentup semua anggota badan  kecuali TAPAK TANGAN dan MUKA


Realitinya.Anda seperti Sarah si baju hijau atau Amira si baju biru?

Ingat yer.Memakai tudung tidak WAJIB....wajib kita tutup aurat.Bukankah kepala kita tu aurat,Jadi kita tutupla kepala + rambut2 dengan kain yang menepati syarak.Berlambak kain tudung kat kedai.Jangan kata harga mahal pulak ataupun cara nak pakai tudung susah,kena main belit2.Al-maklum,ikut peredaran zaman.Nasib baik telekung solat tak main belit jugak kan.=__=".


Surah An-nur Ayat 31.Terjemahannya ;Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Tutupla kepala.Tak kisahla dengan apa.Kain tuala,batik,kain pelikat,baju ker.Tu pun dikira tudung kan?..pakai topeng ultraman,batman,superman....papazola pun tak apa.Eh,papazola ada topeng mata jer.Teringat pulak video ustaz Azhar yang nie.Ramai dah tengok rasanya.Tak apalah.tengokla siapa yang belum lagi.











25 February 2012

Doodle kawan-kawan Ema


Assalamualaikum


Atas permintaan kawanku tersayang cik Fakhy - Ema dah siapkan doodle famili kitorang.Nampak ciput,tapi harap korang suker la yer...



l
l
l
l
l
l
l
l
l
V















Shopping di TTC



Assalamualaikum


Ema tak tahu pulak kat TTC ada Pesta Buku.Itulah,tak kuar rumah mana sangat.Tak perasan pulak depan rumah my ex-pengetua dah terbina kukuh dinding rumah baru.Hik2...Sehinggalah diajak p pesta buku,SYOK BETUL!!

Boleh beli buku nie,buku tu.Takkan Ema lupa last year book fair.GEMPAK!tak tahu pulak mak Ema baik hati beri wang belanja lebih dari biasa semata-mata nak beli buku.Itulah,rezeki kan...

Terpegun sebentar dapat jumpa BANYAK buku.Lama tak menghadap buku rujukan sekolah.Buku rujukan la buku kawan baik Ema  dulu kala.Semua fakta boleh rujuk.Macam dapat gule-gule.Tapi Budak,awak tu dah nak masuk U.Buku rujukan sekadar cuci mata jer.Belek2 sudahla.

Sambil tunggu kakak,mata Ema melekat tengok buku hijau nie.Korang tahu buku apa?Of course la tak tahu..
Buku tajuknya..

"Koleksi SPM 2006-2011.."

2011!TU SOALAN EMA JAWAB LAST YEAR.Fizik ada,bio ada..fUH.Memang terpegun sebentar.Tangan nie pun menggatal nak tengok skema bio.Sempat tengok soalan.Sekali tengok soalan mirip..

"Ema jawab soalan tu tahun lepas...",Emo lalu ema.Kah2

Nak belek jawapan tak jumpa cari.Kakak dah siap bayar..
Tak apalah.Ku Redha sahaja.Sambil tu terjumpa jiran depan rumah.Mak  borak  dengannya.Anak dia sama dengan Ema.Pernah sekolah rendah sama.Orang panggil dia Hakim.Dia dapat tawaran Mara pergi Switzerland atau Australia hanya berdasarkan Result TRIAL !! TRIAL dia 5A.wow.Tak perlu tunggu SPM sebenar..


Tapi MAIN Focus kita pergi pesta buku nie..Mestilah Pergi BOOTH

PTS!!!!!!!!!!!!!!!

Sahabat sejati Ema.Tapi Cik PTS,nampak jer cover mantop ,tapi isi di dalam tidak sama sekali boleh menipu mata empat ema nie.Dulu rambang mata sebab tengok cover comel lote,tapi sekarang dah matang *HUK3*,tengokla isi  dan ....fikir. 
"berbaloi ke beli buku nie.."
30 minit hanya main pusing kat tiang booth PTS..
Sampai masa nak beli - Ema takder duit -

Mak suruh kakak belanja pakai baucer PTS.Valid yer.Tapi no discount la.HIK3.RM50 Terus melayang masuk ke tangan Ema~



Hi2.Tapi buku Ema tak sampai RM50.Jadik tambah lagi buku mak cik tu..semuanya RM49.60.
RM0.40 TU!tak boleh bazir..
Jadi kaut jerla buku mini yang ada biar lebih RM50..

Keseluruhannya,tak sepuas last year - dapat buku sherlock holmes Eng yang murah,pilihan bebas,tak ada yang kongkong(hik2) - tapi nafsu membuak-buak nak beli semuanya.Kali nie,ema beli buku apa eh?
Inilah pilihan Ema kali ini ;

Adakah gelaran-gelran itu berkaitan dengan orang yang sama?
Mungkinkah semua itu sebenarnya Nabi Muhammad?
Buku ini ditulis untuk umat Islam bagi menjawab segala persoalan dah tohmahan yang dilontarkan kepada nabi.
Jawapan-jawapannya diambil daripada kitab-kitab suci pelbagai agama serta pandangan tokoh-tokoh intelek bukan Islam kepada nabi.

Buku Bukti-bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad pasti memantapkan pemahaman kita perihal Islam di samping menjelaskan maklumat sebenar kepada bukan Islam.

Lisa adalah gadis biasa. Tiada istimewa pada dirinya. Dia hanya punya angan-angan dan doa. Dia mahu jadi cinderella yang sentiasa punya pari-pari membantunya tatkala dia berada dalam kesusahan. Namun, Lisa tahu itu mustahil. Kuasa tuhan mengatasi segala keajaiban di muka bumi.
Tuhan mendengar doa Lisa. Berkat kejujurannya tatkala bekerja sambilan, dia diberi ganjaran menyambung pengajian di Kolej Universiti Malaysia. Di sana sgala-galanya bermula. Hidup Lisa diduga.
Dia dihambat dan dibuli seorang jejaka yang dipanggil 'anak raksasa'! Mengapa Farid dipanggil anak raksasa? Mengapa pula Farid menggelar Lisa sebagai 'nenek kebayan'?
Itulah terjadi apabila gadis yang biasa-biasa sahaja bertemu dengan jejaka luar biasa!

Ikutilah cerita menarik ini!


ISI KANDUNGAN ;
Biografi Ringkas Imam Nawawi iii
Amalan Kesukaan Nabi Muhammad 1
Kelebihan Berdoa 18
Doa-Doa Kesukaan Nabi Muhammad 20
Kelebihan Berdoa untuk Orang Lain Tanpa Pengetahuannya 3
Doa bagi Keadaan Tertentu 40
Yakin dan Tawakal  43

24 February 2012

Doodle untuk Nick Ayumu



assalamualaikum

"tempahan" doodle kepada nick ayumu..
Tempahan apa.tak apalah.Ema nak berikan doodle kepada nick ayumu yang suruh ema buatkan untuk ceriakan kelas dia.Bagus3.Nie adik nick kita nie kelas apa eh?..

Tak cantik mana.Tapi ada special design texture sikit..



Pilihla nak mana satu



P/S:Lepas nie Yaya PULAK!



23 February 2012

Follower yang mencuit hati



Assalamualaikum..

Hari nie memang senyum lebar main tengok follower ema yang semakin menaik.Dan semakin menaik hampir mencecah 1 abad!
TQ dan syukran jazilan ema nak ucapkan sebab follow blog yang ciput nie.Sambil tu.Ada follower2 yang mencuit hati ema..










Terima kasihla sebab suka doodle kak Ema yang amatur nie.Baru jer belajar doodle macam bayi.nampak bloggerz lain pun buat doodle cantik2,ema nak buat juga la.aL-Maklum,kak Ema suka art.Tapi pakai komputer nie,mouse dengan keyboard pun gelak tengok kak Ema.
Terfikir jugak nak letak doodle dalam post mendatang.Biar nampak "fresh" sikit.




Apa pun.Terima kasih.Oh.Doodle muslimah tu dah siap.Tapi tak menarik sangat la .Colouring dia merapu sikit.Tengok dekat entry doodle muslimah tu


p/s:Tak tahu pulak kak lyssa follow orang boleh class gitu.





#2 Follower ke-100

HA!yang nie Ema nak tengok siapa yang "bertuah" jadi follower 1 abad ema nie.Tak perasan pun dah mencecah 1 abad sehingga dapat komen ini ;


WAH!suka Cik Suparman Kita nie.Jom kita tengok muka EN.SupARMAN.
 Itulah wajah suparman yang ceria menjadi follower ema ke 100 tu.Yang kanan tu,bukan kiri eh...EHH!!!BBila tengok betul-betul.Ada human error.Apa?
l
l
l
l
l
l
l
l
v

En.Suparman kita follower ke 101!



Tutorial : Ubah saiz blog (Denim/minima template)



Assalamualaikum

Tutorial ini untuk pengguna denim template yang tidak boleh ubah saiz blognya.

1) Dashboard >  Template > Edit HTML > Tick Expand Widget..

2) ctrl+f.Cari code di bawah;

SELURUH BLOG
#content-wrapper {

POST BODY
#main-wrapper {


SIDEBAR
#sidebar-wrapper



3) Selepas code tersebut akan ada perkataan WIDTH.Jadi,korang  boleh ubah mengikut kesesuaian blog


4)Preview baru click SAVE



Doodle Little Muslimah




aSSalamualaikum


DOodle,eMA kena penyakit doodle minggu nie.Ada lagi doodle baru untuk korang yang suka doodle.Hari nie doodle little muslimah dengan little teddy.Ada satu colour.Tapi.Kalu korang nak mintak colour lain,tak apa.Nanti ema tukar colour baju yer..Ikut korang lah nak buat header ke atau letak kat sidebar..

Besar sangat?Edit semula la saiz tu.


Ada lagi colour baru



Ada perbezaan sikit design 3 nie.Tak apalah.Ambikla saper nak copy tu

22 February 2012

Doodle Boboiboy #2



Assalamualaikum

YAHOO!doodle dah siap. - budak tak ada kerja - 
Tapi,ema baik hati kot nak bagi freebies ke korang yang suka boboiboy.Gambar bukan design sendiri.Panai2 la tiru mana ada.Kalu ada fikiran nak design sendiri,nanti Ema doodle la yer..

Sekarang!BOBOIBOY KUASA 3!






p/s:Lepas nie nak doodle saper plak eh?



Doodle Boboiboy


Assalamualaikum

Inilah dia kerjanya.Tak ada facebook.main blog.
Tak ada twitter,main blog..
Tak ada kerja main doodle..

Amacam doodle nie.Tak sebijik ,macam boboiboy.Tak apalah..
Nak bagi freebies?
Ada orang nak ker?



P/S:Lepas nie doodle boboiboy kuasa 3 plak


21 February 2012

Tutorial : Letak favicon


Assalamualaikum

Apa itu Favicon?
Inilah dia contohnya;

 1)  Dashboard > Template > Edit HTML > tick Expand widget Template

2)  CTRL+F.Search code ini ;

</head>

3) paste code di bawah di atas code yang anda search tadi

<link href='URL gambar' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/> 
<link href='URL gambar' rel='icon' type='image/x-icon'/>

4) Preview dan SAVE


Boleh pilih image kat cni <SINI>



20 February 2012

Campaign Pertama Nuffnang.TQ


aSSalamualaikum

Setelah 5 hari tak jenguk nuffnang.*Sedih benornya tak dapat BE*..
Alhamdulillah,menjenguk seketika.Dapat jugak Ema 2 campaign pertama nie


Hik2.Iklan kereta dan Digi.Terima Kasih nuffnang.Menjana pendapatan juga walaupun blogging simple2.
Walaupun ciput*hik2*,tak apalah.Kita teruslah berblogging dan memajukan apa yang ada.



Sikit lagi Ben nak tembak Ema



Wah.Assalamualaikum

Hari nie pagi-pagi blogwalking kat blog En.Ben Ashaari.Ada pos  baru - 10 blog baru malam ini



Ema tak tahu apa tu.Ingatkan blog best2 yang En.Ben jumpa.Rupa-rupanya,Follower terbaru dia.Tengok kat kotak follower.
Wah!Ema adalah!(iyerla,ema dah tekang butang follower tu)


Ada yang dimaksudkan adalah ada kat page front follower.Tapi dekat 10  blog baru malam nie.Tak ada pulak eh.


Tak ada rezeki pulak.Hem2..Saje2,nak promote blog yang simple nie.Tak apa.Kita ushakan apa yang ada.Nak tambah info,tutorial dan segala yang penting dan teruskan blogwalking ^_^


p/s:TQ kak Lyssa sebab follow ema~

19 February 2012

Melekat tengok movie Jepun



Assalamualaikum


Ema baru habis tengok 2 cerita "pelik","beyond imagination",menghiburkan dan tak membosankan kat Disney.Bukan princess2 atau apa-apa sahaja la.
Cerita movie khas iaitu Movie Jepun Animation.
Terkezut pulak tengok cerita animasi jepun kat Disney.Salah channel ke.

Tapi tengok iklan,nampak cam tak bez jer.Nampak "KUNO".

hak2.Jahat sungguh Ema menilai cerita dengan trailer yang simple.





Lama tak tengok animasi Jepun kat TV.sejak ayah unscribed animax 5-6 tahun lepas.Bertukar channel jawabnya.Tapi cerita Kat atas nie : Howl's Moving Castle.Memang BEST!Nie tengah duduk sorang-sorang,enjoy la kiter.Walaupun  kata adikku "NAWOK" aka rekaan dan tak wujud.Ema rasa movie tu tak melarat walaupun grafik sekadar cukup makan.Kenapa tak 3D,baru enjoy?.Tapi itulah.Tak tengok macam mana nak tahu.Adventure la katakan bila tengok cerita nie - takleh pergi luar,tengok jerla kat lam TV


Nak tukar channel pun tak nak.Melekat depan TV.Makan tengah hari pun masak mee sizzling jer.Al-maklumla musim hujan.Sure budak-budak serbu.Lagi satu cerita ; Spirited Away.Yang nie minggu lepas punya.Best jugak nie!Walaupun citernyer tak masuk akal.Jika budak-budak tengok sah dah tahu - " NAWOKKK!"



Sekadar movie animasi Jepun yang ringan.Ema nak buat apa review panjang2.Bukan masuk surat khabar pun..

Korang dah tengok Cerita "CHINTA".Panggillah daku KUNO.Ema tahu cerita tu 2 tahun lepas ditayangkan kat TV3.Tapi dah diulangkan kat TV3 - 10.30 selepas cerita stairway 2 heaven philipines (tak best)
Ema tersangkut sikit tengok cerita Chinta sebab suka cara Writternya mengisahkan seorang perempuan bekas pelacur,model yang laku cuba mendapatkan seorang peguam Syariee - berwajah sama dengan ex-tunang dia.Tapi,Laki tu  dah tunang.Tunang pula dengan muslimah yang memang tidak gentar menegakkan hukum Allah.

Kisah yang menarik mengenai Chinta boleh menjadi peringatan untuk kita - bagaimana seorang perempuan yang berpaling tadah,meninggalkan solat,tidak bertudung,menyalahkan takdirnya dan menuju ke arah kebinasaan.Akhirnya,cuba berubah HANYA kerana seorang lelaki yang berstatus peguam syarie.Tapi nak berubah pun 50-50 jer.Dahla nak berebut lelaki dengan tunang yang berpegang teguh dengan islam.Boleh layan cerita nie walaupun ema kuno tahap 1 abad.


p/s:Animax tak boleh tengok,kita bukak jerla internet.Boleh tengok anime banyak2.KUI3.Nie pun Detective Conan sejak daku kecil,blom jugak habis.Tapi masih lagi menjadi peminat n up to date~baru habis chapter 807 dan ep 644 =_=

Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...