31 January 2011

Kakakku di Bumi Mesir

My Assalamualaikum...

Apa khabar semua blogger..
Apa khabar juga wahai warganegara Malaysia di bumi Mesir sekalian?
Harap-harap sihat walafiat..

Insya-Allah,Ema nak update pasal perkembangan kakak Ema yang sedang menuntut ilmu di bumi Mesir ni..
Nak diceritakn tentang riot yang berlaku di bumi Mesir,mungkin laporan akhbar lebih terperinci dari laporan Ema..
Oleh itu,Ema akan cerita pasal pelajar Malaysia yang terkena tempias Riot In Egypt..

Speaking?ha2..no thanks..

Setelah berhari-hari cuba untuk contact my sis via internet,x  boleh,inernet  kejap ada kejap putus..
almaklumlah,kerajaan mesir telah memutuskan kemudahan internet di Mesir kerana medium Twitter dan Facebook telah digunakan untuk membangkitkan rusuhan..

Alhamdulillah,dapat jugakla contact my sis..
Balik sekolah tadi,dah tanya emak,kata..ayah dah boleh contact Kaklang.
Alhamdulillah jugak,kaklang dan geng2 dia memang sihat walafiat dan tak terjejas oleh riot tu..
kenapa?rusuhan itu berlaku di bandar Mesir..
rumah sewa my sis,duduk dekat pinggir bandar..
macam tok jiring/gong badak  dengan bandar kuala Terengganu..
macam Sunway Lagoon dengan Kuala Lumpur,
OK~back to story

Semuanya selamat,makanan pun tak terjejas..
tak apa,diorang tak makan banyak..
cukupla makanan untuk sebulan,berjalan keluar pun Insya-Allah selamat

Berita yang kurang enaknya,
kawan Kaklang,merangkap kakak kawan Ema,merangkap anak kawan sekerja   mak ema,merangkap jugak senior ema..
Kak Hajar - Kakak kepada  Sarah..
tinggal di bandar..

Sudah tentulah Kak Hajar terdedah dengan ancaman rusuhan..
Dengar kata,bangunan terbakar pun tak jauh dari temapt tinggal kak Hajar,
bekalan makanan pun dah berkurang..
nak keluar pun membahayakan nyawa..
boleh keluar berkumpulan,cuma,kena keluar dengan lelaki2 yang akan menjadi bodyguard..
Kat situ Pelajar Azhar lelaki dipanggil ustaz..

Tentu Cg Salma aka Mak Hajar yang jugak pernah mengajar Ema =),risaukan Kak Hajar..
Tentulah,anak gadis di bumi asing yang ditimpa kekecohan..
makan tak kenyang,tidur tak lena,termenung lama2 ingat kepada keselamatan anak

Ya Allah,moga-moga semua pelajar Malaysia dijauhi musibah yang lebih teruk
 dan mendapat kerahmatan-Mu dan dibawah perlindungan-Mu..
Amin


p/s:Ema belajar Perkhawinan hari..OHHH!!!!Galok Ema.. - SIAPA KATA!orang kata bab ni mata orang segar2 belaka yer...yer la tu,ema pun dah belit nak ingat rukun2 wali.Diorang yang semangat tu,nak tahu syarat2 sah perkhawinan jer..hak2,bersangka baik,bersangka baik..mesti kena tahu sah atau tak,hukum2 perkhawinan makruh atau wajib kan?Kalau tak kena khawin semula la....tak pun cari lain~yang lebih tinggi ilmu agamanya

30 January 2011

Teacher..It's your birthday~

Assalamualaikum~
Hari ni nak cerita kisah yang paling happening sekali kat kelas Ikhlas today~
Sebenarnya,Ema tak tahu pun plan diorang ni nak buat satu surprise..
Ema kadang2 kuno,kadang2 terlebih informasi..
Yang ni,tak ada orang yang beritahu,sms pun tak..
ALKISAHNYA

Cik Atikah Penolong kesayangan kita ni bawak satu kek,
Ema ingatkan diorang ni nak buat surprise untuk geng2 diorang,tapi..
bile difikirkan balik,wasenyer macam takde.......biarjerla...

Masa kat dalam dewan untuk perhimpunan,barulah Ema tahu yang...
Today Is Mak Che Wan Insyirah @ Inchi punyer birthday aka CG RAINA merangkap Cg BM ema~
Ringkasnya,today is my teacher birthday

Respondnya,macam2..
plan situ plan sini..
Atikah nak bagi cadangan nak buat plan surprise,tapi dipotong oleh Aizuddin,yang memang dah masak2 dengan plan Atikah..
Kitorang takut jugakla..kalau2 plan surprise tak jadi..
MENGAMUK CG RAINA NANTIKAN! 
yerla,nak sambut cikgu punya birthday sampai skip pelajaran tengahari..
Dengar kata,BM hari ni kena buat karangan umum dalam masa 1 jam sahaja..
Gulp..

Pukul 2.00 p.m.
Memang BLURR nak buat apa.Ada yang suruh duduk lam kelas..
Ada yang suh p Bilik Sal..
Akhirnya,duduk senyap jer la..sambil tu,Cik Atikah n Geng terus plan nak buat surprise camne..
'Orang laki,bila cg suruh bangun jawab salam ,nyanyi - Allah selamatkan kan Kamu '
'Faiz (Hatim),Nuruddin..nyanyi Solo'
Macam2 plan..ha2

Risau punya pasal sebab masuk lewat nantikan,kena marah.Ema n yang lain2 p bilik Sal dulu..
Mana tahu,takut2 Cg Raina ada dalam Bilik Sal sambil membulatkan matanya yang penuh dengan kemarahan..
Kitorang masuk,Cg rileks jer...Kimah kata plan tak jadi..........

'Cukup tak 31 orang?kita tengok,siapa last masuk  nyanyi lagu Negaraku (lagii)'
'Okkla..Oleh sebab,awak semua lambat,tengok..jam dah pukul 2 lebih..semua kena nyanyi lagu belaka..Setuju?'
*senyap*

Kimah - 'SETUJU'

cikgu - 'Ok...1,2...mula!.'
.........
........
'Allah Selamatkan kamu..'
'Allah selamatkan kamu..'
'Allah selamatkan Cg Raina..'
'Allah Selamatkan Kamu'


Tak disangka-sangka,akhirnya,daripada wajah yang nampak macam nak marah..bertukar senyum dengan mata yang bulat kemarahan,menjadi mata yang bulat keriangan...- cikgu raina kan~
Dapat juga Cg makan kek chocolate 1 biji..Kek coklat yang dihiasi dengan ceri,hirisan coklat dan disaluti whipping cream yang tak manis dimakan,sekali cikgu makan, Cikgu kata,"Masamnyaaaaaaaaa.."
Haih..nak buat camner cekgu..dia letak limau nipis kot..

PART YANG PALING SYOK!!!
Kitorang bagi Cikgu makan 1 jer biji Kek..

CG BALAS HANTARAN KAMI DENGAN BERPINGGAN - PINGGAN MAKANAN..
ada.. - kek coklat lembap- puding coklat - mee goreng - karipap ikan yang besar2 - kerepek - kek pelangi sepotong - kek black forest - tart nenas - air teh 

Bertuah kitorang hari ni,dahla tak buat karangan hari ni..
dapat pulak makan makanan buatan cikgu yang sedap2 1 Jam tu~
Cikgu pulak tak bagi lepas kitorang balik selagi tak makan kek Chocolate yang masam tu..
haii...Esok buat lagi la jamuan masa BM~
HARI JADI SIAPA ESOK!!
ha2..juz kidding~

AWAS!!
Esok masa BM,pastikan kerja koloh esok siap~kalau tak...
paham2 la sahabatku di kelas 5 Ikhlas..
Sekali keluar ayat

"Plan birthday pandai pulak,nak buat kerja sekolah susah plak.."

Nauzubillah..


p/s: Selamat Tarikh lahir Nur Afifah Adibah~my best friend from primary school~kelas 5 Kauthar~Hope you like the chocolate~ 17 again~

29 January 2011

Jenaka Rasulullah

Walaupun Rasulullah s.a.w. bersikap tegas terhadap orang yang berbohong tetapi dalam pergaulannya baginda pernah berjenaka dengan sahabat-sahabatnya tetapi tidak berkata dusta.

1. Rasulullah bahkan pernah berlomba lari dengan Aisyah. "Rasulullah berlomba denganku hingga aku dapat mendahuluinya, sampai ketika aku menjadi gemuk beliau berlomba dengan aku dan beliau mendahului aku. Lalu beliau tertawa dan berkata, "Kali ini untuk menebus yang dulu" (HR. Ahmad dan Abu Dawud). 

----------------------------------------------------------------------------- 

2. Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW, 
“Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu”. 
“Semoga suamimu yang dalam matanya putih”, kata Rasulullah SAW. 
Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, “kenapa kamu ini?”. 
“Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih”, kata istrinya menerangkan. “Bukankah semua mata ada warna putih?” kata suaminya. 

-------------------------------------------------------------------------------- 
3. Pada suatu saat, ketika Ali bin Abi Thalib masih kanak-kanak, pernah makan kurma bersama-sama Rasulullah. Setiap kali mereka makan sebuah kurma, biji-biji sisanya mereka sisihkan di tempatnya masing-masing. 

Beberapa saat kemudian, Ali menyadari bahwa dia memakan terlalu banyak kurma. Biji-biji kurma sisa mereka menumpuk lebih banyak di sisi Ali dibandingkan di sisi Rasulullah. Maka Ali pun secara diam-diam memindahkan biji-biji kurma tersebut ke sisi Rasulullah. 

Ali pun berkata, “Wahai Nabi, engkau memakan kurma lebih banyak daripada aku. Lihatlah biji-biji kurma yang menumpuk di tempatmu.” Nabi pun tertawa dan menjawab, “Ali, kamulah yang memakan lebih banyak kurma. Aku memakan kurma dan masih menyisakan biji-bijinya. Sedangkan engkau, memakan kurma serta semua biji-bijinya.”

-------------------------------------------------------------------------------- 
4. Diriwayatkan daripada Hasan Basri r.a. bahawa seorang tua datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata: 'Wahai Rasulullah, tolonglah doakan agar Allah memasukkan daku ke dalam syurga.' Jawab Rasulullah s.a.w., 'orang tua tidak boleh masuk syurga,orang tua itu lantas berlalu dari situ dan mulalah menangis. Kemudian baginda bersabda yang bermaksud;'beritahulah kepada wanita tersebut bahawa dia tidak akan masuk syurga dengan umurnya yang telah tua tetapi Allah akan menjadikan semua wanita di syurga anak dara.' 

---------------------------------------------------------------------------------
5. Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.” Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.

Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, “Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”

Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina(ibu unta)? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.” 



----------------------------------------------------------


6.Pada suatu kesempatan Nabi Muhammad menjelaskan, umat Islam yang bertaubat menggembirakan Allah. Nabi menggambarkan kegembiraan Allah itu dengan kiasan atau tamsil yang lucu dan menyegarkan. Tujuan nabi adalah supaya para pendengar mampu memahami dengan mudah dan mengingati kata-katanya itu.


Nabi  berkata. " Sesungguhnya Allah melihat hamba-Nya yang bertaubat melebihi kegembiraan salah seorang antara kamu yang menemukan kembali untanya yang hilang di padang pasir.Unta itu membawa bekalan makanan dan minuman dan apabila ia hilang,tuannya berputus asa dan berbaring di bawah pohon.Tidak lama selepas itu,untanya muncul di hadapannya.Orang itu berasa gembira dan berkata,"Ya Allah,engkau adalah hambaku dan aku adalah Tuhan kamu," Dia mengucapkan kata-kata itu kerana keliru akibat berasa terlalu gembira, (Direkodkan oleh Muslim)



27 January 2011

cairo - RED ALERT!

 Assalamualaikum,

Korang semua dah baca pasal kes rusuhan di Cairo?
Ish, gambar besar terpampang  surat khabar UM Luar Negara kelmarin..
Kes Rusuhan yang berlaku di Cairo kerana rakyatnya ingin menggulingkan presiden Mesir ,Mubarak dan kerajaan ..
Kejadian tembak menembak,baling batu antara polis dan rakyat Mesir..

"Rusuhan apa plak ni?terus aku google berita hot yang baru je berlaku.Oh rupa rupanya semalam ada rusuhan besauu menentang kerajaan dan presiden Mubarak haah teruk jugalah rusuhan tu,penduduk yang merusuh membaling batu,polis pula membalas menggunakan gas pemedih mata,menembak menggunakan senapang peluru getah hingga mengakibatkan 3 orang mati dan beratus yang cedera.sekian laporan dari Syahira Ariff untuk tv3" - Syahira ni bukan dari TV3,he3..

Keadaan menjadi lebih tegang apabila ada arahan dikeluarkan supaya membunuh sesiapa sahaja yang kelihatan curiga dan yang berupaya untuk melakukan rusuhan..
Bila dikatakan membunuh,bukan main hayun pisau,gocoh2..
But SHOOT!
just a bullet!

 " Berita terbaru yang tersebar di FB, menteri pertahanan Egypt telah mengeluarkan arahan untuk menembak mana mana perusuh atau orang awam yang berpotensi untuk merusuh. Nyawa nyawa time rusuhan ni bagaikan di hujung tanduk. TEMBAK tu dude. Ingat nyawa orang ni main main ke ?Berita terbaru yang tersebar di FB, menteri pertahanan Egypt telah mengeluarkan arahan untuk menembak mana mana perusuh atau orang awam yang berpotensi untuk merusuh. Nyawa nyawa time rusuhan ni bagaikan di hujung tanduk. TEMBAK tu dude. Ingat nyawa orang ni main main ke ? "

"Kepada pelajar pelajar Malaysia yang sedang berada di seluruh Mesir, please be careful everyone. Rusuhan sekarang sedang berlaku di Cairo, Zagaziq, Tanta, Alexandria and lain lain tempat. This people now got licence to kill. Beware sisters and brothers. "

Ya Allah,
apa yang risaukan ema ialah pelajar - pelajar Malaysia yang berada di Mesir.Dan antara mereka ialah kakak Ema sendiri,
Kaklang,soh nebeng nok jalan - jalan ngorat orang arab,duduk senyap lam umoh bace buku tu... - :P,apa yang Ema cakap ni,bukan dia nak dengar pun ^_^

Alhamdulillah,laporan surat khabar pun mengatakan bahawa pelajar Malaysia yang belajar di sana tidak terjejas dengan rusuhan terbabit,cuma sekarang ni diorang sibuk nak ambil exam,dengar kata Anatomy..harap2 semua sihat walafiat..

Back to the Topic,doa-doalah kejadian rusuhan ini tidak berpanjangan dan tidak meragut lagi nyawa yang tak bersalah,sekaligus keamanan dapat dikembalikan di bumi Mesir.

Amin amin ya Rabbalalamin

26 January 2011

Lets Run

Assalamuaikum


Alhamdulillah,Dapat jugakla merentas desa buat kali kedua walaupun mulut terkumat - kamit berdoa supaya hujan turun..
Tapi tak hujan pun,angin pembawa rahmat je yang ada..macam ribut taufan dah kat sekolah dengan angin kencang..tahan jerlaaa diri ni dari terbang

Merentas desa tadi,serentak semua pelajar dilepaskan untuk merentas desa,lelaki go dulu,baru orang perempuan.Cuma,jalan yang kitorang lalu tadi tak sama dengan minggu lepas punya track,kali ni jauh sket..kene lalu masuk kg sampai kat landasan Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan patah balik ke sekolah..

Ish,fakhriah laju sangat la,Ema nak catch breath pun susah.Last2 berlari ngan Aqilah MPP jer.Fakhriah dah jauh kat depan..tapi Ema tetap~heppy2~

Tak nak merungut apa - apa pasal track,kitorang ingatkan kena seberang landasan Airport..memang  ema nak 'memaki hamun' sape yang buat landasan panjang2 tu..aish



Cikgu pun dah bagi taklimat,kalau masa merentas desa pelajar muslimat ni 'gatal-gatal' dan menerima rungutan daripada masyarakat sewaktu merentas desa.Itulah tahun pertama dan terakhir pelajar musliamt SMKA Tok Jiring merentas desa.Dan kitorang jugak diberi briefing pasal pemakaian Baju sukan dari pergi sekolah sampai balik sekolah.......Kena jugakla sound,walaupun perkeliling keluar,tapi kita bukan sekolah sukan,jadi kurang enak memandang..






p/s:Ingat nak tukar saiz baju sukan,Cg Zul bagi tak eh........


24 January 2011

They Teach Me


Hey..Ema bukan sempurna..
Ada kekurangan,
kurang perencah manisnya,atau mungkin terlebih garam~

Kalau terlebih gula?
Tambahlah garam,dan vice versa...

Experience is a great teacher..
But sometimes,it gets brutal and you have to endure the pain first..

Weelllll,I kinda feel the pain now,
But I actually learn something..
Learn from my friends..

They taught me to open my eyes,
Show what I am,
What I lack of,and overrrrr
But I think I can control it
Just a little courage.....and a pain in the neck
Oh man...

Slowly,they taught me to be a better person..
Show what I can become..
But,I still know what I want to be...butt..just don't get too over it
Don't ever be hypocrite!
Just be yourself and improve yourself everyday~


p/s:Ema banyak tergelak hari ni sebab pembentangan PQS orang lelaki..Dan sesi soal jawab lam pembentangan dirgahayu bahasaku..Humour..Something i need nowadays..

22 January 2011

Kelas 5 Ikhlas Ceria

Assalamualaikum

Juz want to say thank you,shukron jazilan kepada student 5 IKHLAS!Dan first time dalam hidup Ema,
Ema begitu bangga (huk3) dapat classmates lelaki yang memang sporting n supporting..Tak banyak celoteh..

Alhamdulillah,
Terima kasihla baut tangan - tangan yang membantu menceriakan lagi kelas 5 al ikhlas yang memang..memang ttttak seberapa cantik,kepada lebih cantik dan lebih kondusif untuk pelajar 5 ikhlas..

Tema tahun ni...hak3
PINK!!
PINK GLAMOUR!!
dan sedikit..TAKKK!! BANYAK!! RED!












Macam kelas 4 kauthar last year..
Tahu tikah,wase cam gelap semacam kelas,tapi comel dah sikit..
dah cat dinding ngan warna pink,cat kayu,cat kerusi cekgu,sampul meja,main paku2,pintu pun dah kena hias (ha2,pandai awok2 yer hias..come2),perabot kat belakang dah diproses dan lebih tersusun...
Thanx banyak!
Buat Ustazah Kembang..Sedap meee ustazah!

Cuma sekarang tinggal papan kenyataan kat blkg ngan keja Ema untuk main taip2 kertas...
^_^


p/s: Hari ni befday sorang exSKKGB ni,yang selalu tak pasal2 buat muka macam Ema ni budak kechik dulu2 =.=, SELAMAT HARI JADI!


21 January 2011

Report!!

Assalamualaikum


Hari weekend.Nothing is better than couples a day off from school.Akibat dari sudah lama tak berlari dan tak pernah merentas desa,Ema kena kurang berjalan.Otot dah kejang.Tapi bagus!Dapat jugak Ema ajdi FIT!!! di bahagian Kaki~

Alhamdulillah,homework tak bergolek-golek cuti nie,melainkan anda seorang penangguh kerja!Oleh sebab tu~Ema banyak 'bermain' hari ni..HOHOHO..Esok nak kena pergi sekolah pulak..Nak cat kelas!Macam tahun lepas..Mungkin PINK jugak..macam tahun lepas.Cuma tahun ni dapat makan nasi beriani Ustazah Kembang~

Maklumat terbaru mengenai TOV SPM..
TEMPOH : 1 minggu
MASA     : 6/2/11
SUBJEK  : BI,MM,AMM,BA (yang dikonfem)

4/2/11 sambut hari jadi Syafiq..masa tu jugak nak pergi Gambang.Kaklong nak khawin..Ema bila niee~
HAK2
calon belum jumpa...........kalau beritahu kawan Ema,SAH diorang 'luga'...
Ema betul2 terrible lam bab2 bahasa Ganu ni,apatah lagi nak ingat tempat ..
Ema salah sebut 'betat(?) ke fakhriah,padahal Ema nak sebut 'jetat' 

Ema         : Tengok tak Cg Rohaya masa Sal beritahu nak jadi _____,BETAT CIKGU!
Fakhriah  : ?????????
-kadang2 Ema tak tahu apa yang cakap menggunakan bahasa terengganu nie,(betul ke 'jetat' istilah sesuai?) -

DAN 4 Februari jugakla Hari Jadi Cik CT n AI...Zuddinn

Cg Rafi dah bagi dua tawaran kepada kelas 5AI..memang kelas ikhlas ni banyak advantagenya...
Tawaran pertama : nak bawak 10 orang ke.....ke...tak ingatla..lama g..25 nie
Tawaran kedua    : 5 orang untuk pergi seminar kerjaya dari pagi sampai petang hari selasa,rabu dan khamis..

Tawaran pertama except,sebab tak lama,sehari je tu..yang kedua tu buat hal.Cik Piqa syok nak pi..nak 'hasut' ema p,tapi buat dunno jer..tak terasa nak p

Uyah tak datang kelmarin..dah sms,tak jawab.Sihat ke tak Cik uyah tu..OHH..teringat masa berlari baru2 nie..
Uyah dah kata nak berlari ngan Ema,Terasa Bersalah pulak tinggal Uyah kat belakng masa latihan merentas desa baru ni..Nak berlumaba dengan Fakhriah punya pasal,tengok belakang.Uyah takder............
HARAP2 tak jatuh sakit..Qilah Amin dah demam,tepi dia Uyah- tak mari kelmarin,tepi uyah..Ema....Harap2 Ema bukan THE NEXT CHOOSEN ONE!...AMIIIINNNN!!!!!
KALAU EMA SAKIT,FAKHRIAH PUN KENA JOIN!!!!!!!~fakhriah duk tepi Ema~nak jimat  masa~kita jatuh sakit sama2 deh~

Aish!Apa punya kawan daa.......


p/s: I'M NOT LITTLE CHILD ANYMORE!!!!Ema bukan budak kechik!!



20 January 2011

My self and me



Frust lagi kelmarin...
Salah Ema ke kalau Ema dah berubah?
hanyut..hanyut...
Sedih betul,orang nak reject kita..Nak buat macam mana..
kadang2 niat ema nak benda lain,tapi mungkin sampai 'over' sikit
Habis Ema kena reject....

BUKAN RELATIONSHIP BF/GF!!
huk3


Orang dah tak suka ke kita,nak buat macam mana..
dah tak comfortable..cakap jerla..takkan nak senyap je..
nak suruh Ema baca 'body language' diorang..
Tak Usah,
Tengok cara cakap,cara pandangan,cara menjawab...Ema pun dah boleh tahu
(boleh consider body language ke tu?)

Dunia bagaikan pentas
Macam-macam karakter boleh jadi
nak menjadi seorang karakter yang yang diiinginkan
itu memerlukan sifat yang asli,natural 
bukan hipokrit


Ema kena go on jer..
kalau orang tak suka cara Ema ..terima jerla...
itu diri Ema..takkan nak berlakon ala 'Drama Queen'
Kalau Ema rasa Ema terlebih masin .Ema akan kurangkan garam
Menjadi apa yang terbaik buat diri Ema

Be yourself,if not..u won't be satisfy in the future..
May Allah help us and guide us
Every thing have it's own reasons..

Mungkin Ema suka layan mood ema..
kalau bad..orang pasti kata Ema macam 'Singa'
T.T
kalau happy pelik...orang tengok pelik..:))
But that's me..My Life and me..
Kalau sedih.......
orang tak akan perasan...........langsung...


Straight Foward la Post Ema kali ni~
Bukan straight foward sangat~
Luahan perasaan~kalau dibukukan dalam hati nanti jadi buku usang
Daripada usang,lebih baik di publishkan ..
lega sikit hati ni..
Macam apa yang Ema tulis kat header Ema atas ni ^_^





19 January 2011

Latihan Merentas Desa

Assalamualaikum

Frustrated * happy * exhausted

Moto hidupku hari ni..
Frust sungguh masa nak balik sekolah tadi,dahla 2 kali terlepas van pok cik masa nak balik.Duit syiling ada 5 sen,Jam pulak dah pukul 4.00.Memang FRUSTTT.Dahla nak pergi sekolah pulak..Nasib baik ada duit 20 sen celah2 beg duit :P.Menyusahkan mak jer mari ambil Ema T.T

Memang pun

Dengan suka - EXCITED nya Ema bercerita!

Ade ke pelajar perempuan  Sekolah Tok Jiring  merentas Desa sebelum ni?
Kalau tak,dengan bangganya,=)
Ema n fakhriah n Uyah aka Lutfiah menjadi kumpulan pertama yang Merentas Desa dalam sejarah SMKA Tok Jiring...
HOHOHOHOHO!
Subhanallah,He3......Saje je..Letih punyer pasal~.Tak pernah lagi dalam hidup Ema,Ema merentas desa ^_^
Dapat first experience pun dah suka..Lebih2 lagi merentas desa dengan sahabat baikku~

Jalan tak jauh,masuk kampung seberang jalan sekolah jer.Masuk kat tepi lorong bengkel (?) depan sekolah, keluar semula lalu lorong dekat pusat tusyen siber.
Dekat jer...Banyak Pusing2..
Tak Kurang,kumpulan yang depan sekali silap jalan..
Cg panggil suruh patah balik..
Mungkin Dia syok sangat lari,sampai tak balik
Insya-Allah,selamat sampai punya


OH!!!!Ada sorang Cik Puan ni yang siap beli kasut sukan baru!
Tapi dia tak lari pun~siap naik kete cekgu..Ish!Tak puas hati nie.

Tak kurang jugak,Syuk ngan Mira Syahirah
Masa Ema sampai sekolah,lam kol 5.30 (lambat 15 mnt dah tu!)

Syuk  : Salma!Cepat!LARI!kalau lambat kena pumping 50 x!
Mira : Cepat!50x kena pumping kekgi!!

Orang dah beribut lari,padahal....tak der apa pun*annoy*..........

Alhamdulillah,Sihat sampai dengan Wal-afiat..TAPI AWAS!!!
HAHAAHHAAHAHHA
JANGAN DUDUK!JANGAN MINUM!
ingat ke subjek bio..anaerobic punya pasal ni.Fakhriah pun tak bagi Ema duduk.1 saat pun tak bagi.nanti letih lutut.Ema nampak Azieni ngan Syahirah nak minum,HEHEHE

'jangan minum!!Ingat tak lagi bio~~~'

Ho2!Berhenti lalu awok yer,tak jadi nak minum sebab Ema punya Pasal...
Sekali Lutfiah tanya pasal kenapa tak boleh minum air selepas berlari.ema kata ..
'Oh..yang oxygen debt tu..'
- tak ingat punya pasal - 


Nak ditambahkan cerita,baju Sukan Muslimah tu memang ketat di bahagian tertentu..Memang 'bentuk' sungguhla..
Adalah orang komplen..budak2 yang komplen tu,bagusla..
kalau saja komplen2 padahal kat luar dia pakai lagi k****,memang Ema tak suka sungguhla orang macam ni.....Nauzubillah,harap2 kat luar dia dan ema tak begitu.
Ema pun kena Tukar fesyen,HA3..Bukan nak buat come Baju sukan tambah labuci sini sana dengan renda sekali!
Kena besarkan bahagian Pesak...
Cakap Pasal Pesak dengan kawan2,kitorang rindu 'giler' dengan subjek ERT...
Adalah sorang budak Perdagangan sesat dalam group ERT  tadi~
Luv u E-sya~


16 January 2011

Catatan Harian Hari ni..

Assalamualaikum

Short things to say
Herm..

Perhimpunan 
  • First time tok jiring  nyanyi lagu negaraku dan Selamat Sultan diiringi oleh muzik - lagu sekolah tak nyanyi
  • belum kol 8 dah duduk..ish2,pengetua lom start cakap lagi..Tak apa.Rezeki
  • HO!he3..dapat juagak Exam pad cap seklah,tak usah di beli lagi ^_^
  • Faiz Hatim - selaku MC - selaku satu2 nya pelajar 11A,tahniah..Ema nak tepuk tangan kuat 2 tadi,tapi..duduk luar dewan T.T,tak der mood nak tepuk kuat - kuat
KOKO
    • Sekolah dah agihkan baju PJ SMKATJ yang baru.
    • Ada yang tak suka warna,majoriti nak warne BIRU...Ema dah boleh kuning pun dah gembira~BECAUSE I'M A DIGI!!GO DIGI!!
    • Pelajar Muslimah WAJIB pakai jilbab ikut warna rumah sukan..GO DIGI!!GO DIGI!! (advantage-tak payah nak beli lain~hoho)
(Baju Baru Sukan SMKATJ.....Baju stail baju muslimah.GO KUNING!!)

KIMIA
  • Cg Zul ajar buat graf..
  • 'Awak boleh buat graf macam ni asalkan tak menyalahkan akidah'
  • 'Cikgu dah tanyer Cg Mad macam mana nak boleh anak kembar,dia tak nak beritahu..'    OH!kontroversi sungguh..sian cikgu,nak anak kembar
  • dan banyak ayat2 'pelik' n humour Cg Zul sampai Ema pun nak golek2 tadi
  • Cg Zul nak fokuskan cara nak menjawab kertas periksa tahun ni,
BM
  • Masa Cg Raina memang sure la kena berdebar,tapi berdebar tu bagus,satu experience yang Ema suka dalam hidup Ema.First time dalam sejarah Subjek BM,seorang cg yang mampu buat Ema semangat nak belajar BM!
  • Cari Isi,huraian 3 soalan Peperiksaan 2010 SPM karangan Bhg B paper 1,i) peranan pengawas dalam membentuk disiplin pelajar ii) tanggungjawab anak iii) peranan rakyat melalui lagu negaraku - dalam masa 20 minit
  • Ema buat soalan ii)tanggungjawab anak..tup tup,cikgu nak suruh setiap orang baca huraian dan isi no i) peranan pengawas.Beribut Ema buat,He3..last2 Ema tak kena  ~
  • Fail dah hantar,tapi cikgu kata ramai tak lengkap,cikgu tak puas hati =(

15 January 2011

Ema masuk U!

Assalamualaikum

Salam Salam Wahai Blogger Sekalian!



Alhamdulillah,Ema dapat jugak pergi ke Karnival Masuk U tadi~
Nak dijadikan cerita,hajatnya nak pergi seorang..
Plan suruh ayah Ema 'buang' Ema kat TTC  accomplish.Yang tiada dalam dalam plan asal nya ialah kena tunggu awok2 syuk n geng untuk sama2 jalan kat TTC.Awal memang awal mari.Pukul 9.15 dah sampai.Memang lengang betulla.Baru 15 minit bukak.Sambil tu,P jalan masuk tengok kat bahagian IPTA.
Target nak tengok kat UPSI.Tak sah kalau tak tak melencong ke UPSI sebelum p jalan kat lain.
Dah bermain-main kat booth UPSI,tunggu Fakhriah yang mari ngan kakaks dia,syuk n geng..

  9.30  a.m - herrmm..tiada orang...Jumpa Nanie meow meow..masuk semula TTC
 10.00 a.m  - Aish..awok yer lambat jugak yer
 10.30 a.m  - manenyer ni..batang hidung pun tak nampak
 11.10 a.m  - HA!Baru nampak batang hidng diorang.Syuk,Tikah,Kimah,Fini n madhi.Betul2 menguji kesabaran

sekali masuk balik..Memang FULL.Berasak-asak.Terpaksa berhimpit-himpit.Yang sedihnya,Ema n Tikah sebagai 'anak-anak kecil' ^_^ dah berapa kali sesat.Memang tak boleh breath dalam TTC.Dengan Bau rokok yang kuat..Ya Allah,memang mual.Sekarang pun masih lagi pening..
OH!Pasal Fakhriah.LUPA!.He3..Ema tak tunggu fakhriah.Tak Apa..Dia ada kakaks dia,Kak Ida n Kak Long..Entahla,tak nampak langsung batang hidung diorang.
Yang nampak pon orang 'tua- tua' yang dah lama tak nampak,(dan buat2 tak nampak)

-Kak Syafiqa,Kak Sarah ( u look old..),Kak Farah,Kak Yam,Aimi,kak Zulaikha,Mira n Geng,Nurul Fitri (geng SKKGB - suaraku dah berubah?apa?SALWA?),Nani meow-meow..SYAHIR!!OHOHOHO,Cikgu Faridah n family (kat Giant) ,Cg Kasmani n Fitriyah,oh tak ingat dah tangan siapa Ema salam tadi..HU3

Awok2 semua sudah pening lake nak duduk lama lam udara yang meloyakan..HE3..Kitorang p GIANT,Kerana ingin menunaikan hajat Cik Atikah yang nakkan sepasang kasut Sukan Baru.Dari TTC ke Giant.

(Pemplate n goodies bags turut jadi rebutan!HOHOHOHO.ada seorang pak cik tu lagii banyak.Oenuh dua tangan goodies bags n pemplate n bla bla)

Sudah lama rasanya Ema tak jalan ngan Kawan2 ramai2..tu pun wasenyer masa Form 3 dulu2.Sekali 'Shopping' ngan kawan bisa lupa dunia.=).Sekali lagi  sesat.Nasib baik jumpa semula kat bahagian jual alat  eletrik.Diorang sibuk nak beli hadiah ke Mira,tapi Ema takut kalau ayah tunggu + marah .Call Call,ayah dah ada kat TTC.Balikla jawbnya untuk Ema.SEBELUM BALIK!kena beli makanan  sikit.

ish2,seluk saku,perasan tak prasan Duit RM 10 dah hilang dari kocek.Nasib malang.hu3..Nak di tambahkan lagi cerita,Beg Plastik dah kena caj!Ema tak ingat dah berpa.Masa nak bayar,tertanya2 jugakla,'mananyer beg plastik nie?Teringat  kata-kata  ayah  pasal beg plastik kena caj.Nasib baik barang Ema  sikit jer.Boleh angkut tangan.

Ema dah balik.Masih lagi mual + pening + letih.Nak sleep sekejap.
OH!!
HIP HIP!HOORAY!!!!!!



Setelah berkali sim card handset kena cut sebab Ema malas nak guna + top up!Ema Dah ada no baru!HOORAY!(tapi kedit ade 15 sen jer T.T)
School Pax! nombornya - 014-EMATAKTAHU ^_^






Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...