Jenaka Rasulullah

January 29, 2011
Walaupun Rasulullah s.a.w. bersikap tegas terhadap orang yang berbohong tetapi dalam pergaulannya baginda pernah berjenaka dengan sahabat-sahabatnya tetapi tidak berkata dusta.

1. Rasulullah bahkan pernah berlomba lari dengan Aisyah. "Rasulullah berlomba denganku hingga aku dapat mendahuluinya, sampai ketika aku menjadi gemuk beliau berlomba dengan aku dan beliau mendahului aku. Lalu beliau tertawa dan berkata, "Kali ini untuk menebus yang dulu" (HR. Ahmad dan Abu Dawud). 

----------------------------------------------------------------------------- 

2. Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW, 
“Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu”. 
“Semoga suamimu yang dalam matanya putih”, kata Rasulullah SAW. 
Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya dengan keheranan, “kenapa kamu ini?”. 
“Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih”, kata istrinya menerangkan. “Bukankah semua mata ada warna putih?” kata suaminya. 

-------------------------------------------------------------------------------- 
3. Pada suatu saat, ketika Ali bin Abi Thalib masih kanak-kanak, pernah makan kurma bersama-sama Rasulullah. Setiap kali mereka makan sebuah kurma, biji-biji sisanya mereka sisihkan di tempatnya masing-masing. 

Beberapa saat kemudian, Ali menyadari bahwa dia memakan terlalu banyak kurma. Biji-biji kurma sisa mereka menumpuk lebih banyak di sisi Ali dibandingkan di sisi Rasulullah. Maka Ali pun secara diam-diam memindahkan biji-biji kurma tersebut ke sisi Rasulullah. 

Ali pun berkata, “Wahai Nabi, engkau memakan kurma lebih banyak daripada aku. Lihatlah biji-biji kurma yang menumpuk di tempatmu.” Nabi pun tertawa dan menjawab, “Ali, kamulah yang memakan lebih banyak kurma. Aku memakan kurma dan masih menyisakan biji-bijinya. Sedangkan engkau, memakan kurma serta semua biji-bijinya.”

-------------------------------------------------------------------------------- 
4. Diriwayatkan daripada Hasan Basri r.a. bahawa seorang tua datang menemui Rasulullah s.a.w. lalu berkata: 'Wahai Rasulullah, tolonglah doakan agar Allah memasukkan daku ke dalam syurga.' Jawab Rasulullah s.a.w., 'orang tua tidak boleh masuk syurga,orang tua itu lantas berlalu dari situ dan mulalah menangis. Kemudian baginda bersabda yang bermaksud;'beritahulah kepada wanita tersebut bahawa dia tidak akan masuk syurga dengan umurnya yang telah tua tetapi Allah akan menjadikan semua wanita di syurga anak dara.' 

---------------------------------------------------------------------------------
5. Suatu hari, seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W., meminta tunggangan daripada baginda kerana hendak pulang ke negerinya. Apabila Nabi mendengar permintaan lelaki itu, baginda bersabda: “Sesungguhnya aku akan menunggangkanmu di atas anak unta.” Padahal, pada waktu itu Nabi berkata demikian hanya dengan tujuan untuk bergurau.

Apabila lelaki itu mendengar kata-kata Nabi, dia merasa susah hati kerana memikirkan bagaimana anak unta yang kecil dan lemah boleh ditunggang untuk perjalanan yang jauh. Lalu, lelaki itu berkata, “Apa yang boleh aku buat dengan seekor anak unta? Kalau kamu berikan pada aku, tentulah menjadi beban dan hanya menambahkan kesusahan saja, sebab ia masih kecil dan tidak boleh ditunggang.”

Maka Rasulullah S.A.W. berkata, “Adakah yang melahirkan unta itu selain daripada unta betina(ibu unta)? Maka itulah yang mahu aku berikan kepadamu iaitu unta besar yang asalnya dilahirkan oleh ibunya.” 



----------------------------------------------------------


6.Pada suatu kesempatan Nabi Muhammad menjelaskan, umat Islam yang bertaubat menggembirakan Allah. Nabi menggambarkan kegembiraan Allah itu dengan kiasan atau tamsil yang lucu dan menyegarkan. Tujuan nabi adalah supaya para pendengar mampu memahami dengan mudah dan mengingati kata-katanya itu.


Nabi  berkata. " Sesungguhnya Allah melihat hamba-Nya yang bertaubat melebihi kegembiraan salah seorang antara kamu yang menemukan kembali untanya yang hilang di padang pasir.Unta itu membawa bekalan makanan dan minuman dan apabila ia hilang,tuannya berputus asa dan berbaring di bawah pohon.Tidak lama selepas itu,untanya muncul di hadapannya.Orang itu berasa gembira dan berkata,"Ya Allah,engkau adalah hambaku dan aku adalah Tuhan kamu," Dia mengucapkan kata-kata itu kerana keliru akibat berasa terlalu gembira, (Direkodkan oleh Muslim)



No comments:

Saya komen

Powered by Blogger.