Happy New Year (daftar)~

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Happy New Year Graphics

SELAMAT TAHUN BARU

Alhamdulillah,dapat juga merasakan nafas tahun baru 2011 ni..
Nak Ucap panjang2?
erm...terima kasih..
Cuma flashback apa yang telah berlaku sepanjang 2010..
Boleh dikatakan agak mencabar sebagai seorang pelajar..
Kepala pun dah bergegar tak dapat menahan tampungan pelajaran yang bertimbun
Kawan baru?TENTU ADA!
matlamat tahun lepas tercapai?
Ada yang tercapai ada yang tidak tercapai..
^_^
Tapi tahun mungkin akan lebih mencabar dari tahun2 sebelumnya..sebab Ema.. 
OFFICIALLY Pelajar menghadapi SPM!
bukan senior lagi..(isnin nie la ema isytihar jadi senior)

DAFTAR!

Yes!Hari nie pergi mendaftar..berdebar?
tiada..sebab ada seorang manusia ni dah beritahu Ema kelas mana -.-'.Nak dikatakan cerita,mak dah 8.30 pagi kena pergi sekolah untuk pendaftaran sekolah SKKGB,tempat mak mengajar.Ayah pulak,tiada kerja,tapi nanti ayah kena pergi K.Berang.Nak settlekan seorang patient yang bermasalah sampai masuk paper Metro kelmarin.Katanya,famili dia nie ada 'agenda' tuu...2 orang kakak lagi dah bersiap nak balik UiTM nanti..
Jadi,ayah jerla yang bawak Ema pergi daftar tadi..

Tertera dalam Surat >> tempat : Dewan Darul Hikmah .
'Wohoo!dekatnya..tak payah jalan jauh pergi dewan darul ilmi..'

Rupa2nya,..media cetak tersalah tulis la...Darul Ilmi rupanya.Terpaksa meredah hujan renyai dengan  Pinah merentasi Dataran Fikrah untuk ke Darul ilmi...IShh...

Darul Ilmi

Tak ramai orang,mungkin sebab  hujan lebat sangat kat terenggganu sekarang ni.KAN EMA DAH KATA!Ema nak check setiap kelas..Start dari....Rahman!
oh kak iffah,kamu disitu rupanya.berderet nama lelaki kelas Rahman.Dari Rahman terus ke kelas Mukmin,Qalam,Kauthar...dan ikhlas!
HOORAYYY!!!!!!!!!!!
Ya Allah!Sukanya Ema!
Kelas Ikhlas 6 orang jer lelaki!aISH..panjang lebar senyum.macam buah pisang.
32-6,maknanya..26 orang perempuan~
Fakhriah~kita kelas sama lagi
buat CT n syuhada..herm..kejut jugak tengok nama diorang berasingan..hem.due orang ni memang best friend dari F2(kalau x silap),macam Ema n Fakhriah.Terpisah juga disebabkan selat Terengganu...
Classmates majoriti kenal,alhamdulillah ada yang kenal walaupun tak pernah sekelas....
'Ha?siapa pulak budak nie?..'


Koperasi

OHH!
Mencari Baju Sukan yang wajib dibeli..Tiada..
Nak beli Buku amali sains..tiada..
Beli jugakla buku Exam Pad Sekolah.RM2.40(naik harga dah hakimah kate...).
Malangnya..terpaksa dibatalkan hasrat di hati sebab tiada duit kecil T.T



2 DAYS
FOR SENIOR YEAR!



No comments:

Saya komen

Powered by Blogger.