9 nafsu 1 akal , 1 nafsu 9 akal

January 15, 2011
Assalamualaikum..

Bermulanya bicara Ema pada pagi ini adalah untuk berkongsi satu cerita dan pendapat tentang satu ungkapan yang begitu menarik,walhal sudah menjadi sebutan dalam kalangan masyarakat moden kini.
Ema tidak pandai menyusun kata bicara,Namun sudikanlah Ema berkongsi pandangan dan pendapat blogger - blogger yang lain berhubung isu ini..

"9 akal 1 nafsu,9 nafsu 1 akal"

Itulah bait perkataan yang dijadikan hujah sebagai menyokong dialog mengenai isu antara lelaki dan perempuan.Namun,sedar atau tidak - ayat ini sebenarnya telah di salah anggap kerana ramai manusia (nauzubillah) menggunakan perkataan ini untuk Menghina Kaum Hawa.Kenapa?
Kerana Adam hanya ada 1 nafsu sedangkan kaum Hawa mempunyai 9 Nafsu.
Malah yang lebih teruk,ada blogger mengatakan,ada yang menyuarakan bahawa- lelaki 9 akal,wanita 1 akal,binatang 0 akal.
Subhanallah.Bukankah manusia sudah dijadikan sebaik - baik kejadian dan merupakan khalifah di muka bumi ini?

 "Sesungguhnya kami telah jadikan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian”
 Surah At-Tin ayat 4


Kenapa hendak ditinggikan martabat kaum adam dan merendahkan martabat kaum  hawa?Setiap makhluk diciptakan secara berpasangan wahai pembaca sekalian.


Namun,dibawakan sebuah kisah sejarah yang telah mengungkitkan persoalan dan renungan bersama mengenai ayat-ayat ini .

Mengenai kisah menarik yang ingin saya kongsikan bermula begini; Pada suatu hari, Imam Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya pergi ke rumah Rabiah Adawiyah untuk meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Niat murni mereka disambut baik oleh Rabiah. Rabiah akan menjawab sama ada beliau bersetuju atau tidak dengan pinangan itu jika soalannya dijawab. Lalu Rabiah bertanya kepada mereka, ”Berapakah nafsu bagi lelaki dan berapakah nafsu bagi wanita?”. Lantas Imam Hasan Al-Basri menjawab, ”Lelaki mempunyai satu nafsu dan wanita mempunyai 9 nafsu”. Rabiah tersenyum lalu berkata, “Jika benar apa yang kamu katakan sebentar tadi, kenapa kamu tidak boleh menahan nafsumu meskipun kamu mempunyai satu nafsu sahaja dan kenapa aku boleh menahan nafsuku meskipun aku mempunyai 9 nafsu?”. Mendengar kata-kata daripada Rabiah itu, mereka pun tunduk malu dan sedih lalu meminta diri untuk pulang dalam keadaan yang kecewa dan janggutnya basah terkena air matanya yang mengalir keluar. Demikianlah satu kisah pendek mengenai pinangan Imam Hasan Al-Basri terhadap Rabiah Adawiyah. Berdasarkan kisah tadi, jelaslah bahawa wanita mempunyai nafsu lebih banyak daripada lelaki tetapi ini bukan untuk merendah-rendahkan kaum hawa. Jauh sekali untuk menghina mereka. Bahkan cerita ini meningkatkan lagi martabat kaum hawa dan maruah diri mereka sendiri. Bukankah begitu kaum hawa sekalian?


Cerita lanjut mengenai asal-usul ayat ini dan sama ada ayat ini adalah dalil dari nas Al-Quran - As-Sunnah atau ungkapan dari baginda Rasullah S.A.W.  adalah lebih baik kalau Ema berkongsi tempat sumber cerita ini diperolehi ^_^


No comments:

Saya komen

Powered by Blogger.