30 May 2011

Welcome Hollidays~

SELAMAT DATANG HARI2 CUTI~

assalamualaikum...

Alhamdulillah..Dah habis ceritera cerita kelas tambahan.Lepas nie,esok bolehla cuti2~~Hirup udara pagi yang nyaman dari tingkap bilik~kan fakhriah~~EH!,fakhy boleh ke hirup udara segar dari tingkap bilik fakhy?Herm...

Hari cuti.Maknanya kite bercutilah yer..~
Ayah semangat kate ke adik2 nak pergi melaka hujung minggu nie..Ayah tanya,nak ikut tak.Dahla on the spot tanya..
mak tolong jawab 
"Tak payahla..kene study.."

ha3..Biasanya mak tak jawab kalau ayah tanya ke ema nak pergi mane..Kebiasaanya mak kate..
"Ikut pandailah.."
kali nie,mak pulak bagi keputusan~
Jadi,conclusionnya.memang tak pergilah.Kakak2 balik dari U hujung minggu nie.Ingatkan ema duduk sorang kat nanti.he3,ada jugaklah manusia lain kat umah.Kakak nak ikut sebenarnya p melaka.Mangat sangat nak p main air.Tapi,kenderaan tak cukup tempat duduk..
Budak2 kechik ngan parents jerla p melaka hujung minggu nie............

Herm,dah berapa kali dah yer ema kena tinggal nie ehh...
Fakhriah dengan grup PRS ngan MPP F5 n F4 nak p lawatan bukak sekolah nie..Banyak tempat pulak tu..yang best2 gitu..




Anyway,Kertas periksa dah ada dapat 3 subjek 1/3
Fizik dapat kelmarin..kertas 2 ada lah,boleh tahan jugakla..Walaupun down sikit dari tov baru2 nie,nak harapkan ke kertas 1.Kertas 3 design tak baca pun tajuk tu..nak score pun,agak2 jerla.nak target tinggi2 nanti ema hancur tenggelam sebab frust sangatx3


Selamat bercutilah semua~ 
Jangan anda tenggelam dalam cuti anda wahai kawan2 ku calon SPM sekalian



28 May 2011

Ema bukan detektif..





Alangkah indahnya hari ini......dengan guruh dan "hujan anjing dan kucing"

Assalamualaikum

Dan SELAMAT BERCUTI!!
Kepada adik2 dan kawan2 yang tengah bercuti.Selamat bercuti!!
Tapi,series la..Sejak kelmarin buat kelas.Rasa macam tak cuti lagi.Semua form ada kelas.Betul2 rasa suasana macam ada sesi persekolahan.Balik pun jam dengan kereta mak dan bapak yang ambik anak2...Herm,saper la nak tolong hantar ema pulang dengan motosikal...Ema ni,tak ada adik la yang nak tolong ambik ema ngan motosikal(HUK3)..Jangan kata nak balik ngan motosikal,motosikal pun ema tak pernah naik..Nasib baik ekzos motosikal panas sudah ku kena,meninggalkan kesan yang besar di epidermis layerku..

Okkla..
Kelas tambahan dah start kelmarin sampailaaa hari isnin nie.Hari nie ada KIMIA ngan BA.khoyal Ema ingat ker kelas kimia jer,subjek BA tak teringat langsung ada hari nie...Rileks jerla ema bawak buku ngan kertas kimia..OH!hari nie jugaklah,setelah sekian lama menunggu (walaupun tak teringat langsung ),kitorang 5 ikhlas yang sudah lepas periksa mid year,baru dapat kertas TOV.bila tengok jawapan tov...herm,banyakla markah terbang..Apatah lagi markah Mid year nanti..kimia mid year 5ai,tiada sorang pun dapat A ..sebab cikgu tak habis lagi tanda kertas - Cikgu Zul -

HOREEYYY!!!
YA AMPUN.
dah lame Ema tak pergi pesta buku...Lepas balik sekolah,straight p pesta buku ngan family.Usah dibicarakan panjang lebar..Rambang mata nak pilih buku.Sudah tentulah buku dekat booth PTS.Siapalah ema nak beli buku kat booth Ujang tu..Tanya mak,berapa boleh beli nie (buat muke 10sen)...mak pun suker..tanya kenapa..Ema katalah tak boleh nak buat pilihan.Antara 2 buku.Adalah dekat berbelas2 ringgit sebuku tu,sebab tulah kena pilih buku.Kalau murah,tak usah dipilih,ambik terus,bayar.

Akhirnya,setelah berpusing2 di galeri A.Ema hanya membeli sebuah buku di booth PTS (buku latihan SPM tak ada..tak payahla.modul dengan nota dah cukup.buku SPM percuma pun dapat..kalu nak buku SPM,pergi jer PSI Gong Badak - kata mak )

Buku pilihan Ema~


Nie kes pengaruh detektif conan la nie..Kalau tiada detektif conan,sah ema tak kenal Sherlock Holmes,
Baru habis baca 1 kes..nasib baik nak selesai kes tak susah macam detectif conan..kalau tak,berulang2 kali ema baca sampai faham.Kerja sekolah tak siap.
Gosho Aoyama ni memang pandai planning pembunuhan  secara comical dan horror..dan bijak.Merangsang minda logic ema untuk berfikir kritis


p/s: Nampak iklan dekat Pustaka Awam,ada pulak pesta buku 1 jun nie..Wah,double la buku ema nanti~~(PTS!PTS!!)


25 May 2011

Result Today

Assalamualaikum

Hikayat Cerita Peperiksaan Mid Year dah tamat..
Overall.Ema ada puas hati dan ada yang tak puas hati..

Result periksa ada dah dapat tahu tadi.Ada yang sudah dapat...

Ada yang gembira dan ada yang ...tak beberapa memuaskan..

Yang dapat A tu,ema bersyukur sangat2 sebab dapat A.Walaupun A-,itulah A pertama yang Ema dapat dalam subjek Add Math..Dan tahniah warga 5 IKHLAS kerana 52% pelajar boleh A add math!Tahniah!!!!!!

Tadi dapat kertas BAT juga..Terkezut Ema.Baru periksa bahasa Arab kelmarin.Dapat lalu hari ni..Memang terror ustaz tande kertas kitorang yang banyak tu.Keseluruhannya.Markah naik dari periksa baru-baru ni.Alhamdulillah..Walaupun kertas 1 Bahasa Arab ema tau ema boleh buat lebih baik,tapi,disebabkab Ema menyibukkan diri dengan kerja lain malam periksa tu,..banyak markah dipotong.Tapi,gembira mestilah gembira~~bersyukur sangat~
Dan apabila berita gembira menyusul,berita sedih datang menjelma.Kan Ema dah kata,markah PSI ema pasti tak berapa memberangsangkan....boleh la C+ (HIHIHIHIHIH...dare to SAY!)
yer yer...memang tak leh dah straight A mid year..Cacat cela kat situ..Nak wak camner.markah banyak hilang kat paper 2..banyak boleh separuh sebab tak terang jawapan dengan jelas..Lagipun,ema tak hafal betul2..main gitu gitu jer ngafal..Boleh la C+ sutir.HE2~Takla seteruk markah yang paling teruk lam sejarah Ema..C..Subjek PQS tahun lepas~~he2~~EH!!Markah paling teruk dalam hidup Ema "D" LA!Subjek apa? AD MATH LA!!!
Nie pun debar tunggu markah PQS.TOV baru2 nie markah PQS terlebih gempak (sebab ada peruncingan yang terlalu rungcing),nak maintain pun possibility nya adala dekat 0.01 ..Kalau turun jatuh jelepok,redha jerla..Kalau average,alhamdulillah

Dah beberapa orang Ema jumpa ema sebut(jerit ^_^) gred PSI Ema walaupun die tak tanyer~~Biarlah orang kata ema tak betul~tapi,Ema rasa nak express secara  emotional kekgi jadi emo pulak,pendekatan pelik yang ema gunakan..
"  *tunjuk jari bentuk C* - saya dapat C psi!"
Ha3...Ramai orang terkejut..tak cayer pun ada,tak apalah..Diorang tak percaya tak apa..Sebab EMA PERCAYA~
(fakhriah ngan Aimi buat muka pelik bile Ema kabo gred ema ke orang..ha2,tak  apa,nie gred saya..pencapaian saya.Kalau saya tak terima,camner saya nak jadi lebih baik..mungkin diorang tak selesa bile ema kabo ke orang kot..Herm)



Waktu hari nie..cg tak masuk mengajar,masuk tanda kertas jer (dan bagi kerja cuti terancam) laker..Jadi,kami 
GENG2 NULLY SECONDUS - dari 5 IK !!! (excluding aimie yg pergi periksa) , menghiburkan hati kami dengan bermain 
"karya"
Aktiviti yang kitorang buat masa dekat perkhemahan baru2 nie.Kami lukis garisan setiap sorang dengan syarat,anda tidak boleh angkat mata pensel anda dari kertas ..hanya 1 line seorang ..hasil kerja kami!

(Feel free to comment our drawing..click the picture to get bigger view..oh yeah,4 boys and 9 girls..Nully Secondus team!!)


p/s:Ema terlintas untuk tulis moto hidup "絶対大丈夫だよ"...hermm

24 May 2011

Akhiran

Assalamualaikum...

Sempena Hari Selasa yang kejap guruh,kejap panas nie dengan ucapan Alhamdulillah...

KERANA EXAM MID YEAR SUDAH TAMAT!!!
wahh..lege bangat...3 minggu periksa.Begitu sahaja berlalu.
Setiap pagi stress kepala kena fikir soalan apa keluar nanti
setiap malam kena tahan mata yang kuyu nak baca
setiap petang kena lepaskan dulu waktu riang ria bersama ribena sebab nak study
setiap waktu pagi periksa la waktu yang serabut sebab banyak sangat kene recall + kawan pot pet pot pet study
setiap hari juga kena tadah telinga dan juga tanya soalan sama 
"Camner study?.." "Ok dop study?"
"BANYAK DOH STUDY???? (soalan fames)

Nescaya,kalau bukan musim periksa,soalan nie tak akan ditanya..
Ayat lain banyak keluar
"nok tengok bola dop?.."
"buko FB balik kekgi.."

yer ah..tak pernah pulak Ema dengar kawan-kawan tanya..Guaner study - pada musim bukan periksa.....


NAMUN..alhamdulillah.Satu chapter dah tamat.He3~boleh la bersih bilik..My room!HENSHIN!!

maknanya jugak..Lepas ni TRIALLL!!..lepas trial.SPM!
simple jerkan bunyinya................atau tak.

Lepas nie tak sabar nak ambik kertas periksa ^_^.Nak tebus masa2 lepas..Nak dapat feeling ambik paper camner.Yang tov lepas banyak yang fakhriah tolong ambikkan..Ema hilang di sebalik awan....
Tak best jadinya..lenguh2 study,kertas periksa tak dapat disambut dengan tangan sendiri.Yang frust lagi,orang lain tahu markah kita ..tuan punya markah tak tahu apa..=.=

------------------------


SELAMAT HARI JADI FAKHRIAH!


SELAMAT HARI LAHIR - 17 kawan ku!!

For my besty..Ema tak nak ucap panjang,semuanya sudah tertulis..
Harap persahabatan tidak akan putus di midpoint of straight line...



 ~hEpY biRtHdAY~~





23 May 2011

TOMORROW!!



TOMORROW!!!!!!!!!!!!!

BIG DAY TOMORROW!!!

EXAM END TOMORROW!!!
OH MY!I'M HAPPYY!!!


My room sooooo messy like chicken coop...seriously..With papers and books..Tomorrow,I can clean ALL STUFF on my bed,on the floor,on the desk n everywhere in my room~oh yeah!

and tomorrow!Also,......Someoene special to me.Her Birthday!..~Maybe a small celebration~Juz me and my besty~

Back at school today,Physic 3 - design epxperiment.Seriously,I got so many peruncingan and soklan spot for fiz 3,don't know which one is Design Eperiment.I tought it were Density - pressure and Electromagnetism eperiment.MAJORITY of my class tought that were the question..SADLY!IT'S NOT!
Design exp are - image,object distance(lens) AND double young split exp!
OH MY!
(mode BM.ON)

ya ampun.Semangat Ema fikir soalan tu soalan no1 . no.2 struktur.Padahal design.Hu3.Sediss..Akhirnya,Ema pilih jugak lens sebab ada baca PM PB yer.Faham sket.Exp young split tu faham apa dia nak.PM PB..T.T.
Yang naik gigit jarinya,tak tahu arrangement apparatus ngan procedure.Alhamdulillah,faham jugaklah isi permarkhan procedure.Ema tulis - set up ep,arrange jarak objek,ukur jarak image dan repeat.HABIS CERITAZ!hu2~

OK!esok paper kimia 3 dan BAT.buat yang TERBAIK!last day exam~


20 May 2011

Battery - plugged in,not charging



HELLO and good moring to my loyal subjects!

hAK3..Tak adalah.Saja2.Ingin berkongsi satu tutorial.

Laptop ema pakai ni ada masalah ngan batteri.Ema tak perasan.Sampailah ema rasa pelik sebab lama dah Ema charge,tapi bar batteri tu tak penuh pun.Separuh pun tak sampai.
Sampailah keluar bubble text :

Plugged in,not charging 

Apa ke jadah pulak bateri nie buat hal..Tak tahu nak buat.
Jadi, turn la kepada internet untuk cari problem solve yer.

Masalah lagi timbul..Bahasa ICT yer tinggi dok oh.Pasang kan nie,cabut kan ni..dan blax3 (in english)
Daripada baca..Jom tengok video





Thank you mister.I appreciate it...
But...






NOTHING HAPPEN!!


HELP ME!



19 May 2011

Exam day - continuation


Assalamualaikum

Membuka bicara blog dengan berita kematian nenekku selasa malam lepas.Pagi selasa tu,ayah nak ajak ema p tengok nenek dekat ICU.Tak dapat pergi sebab ada kelas.Petang baru balik.Malam tu pulak,masa tengah baru nak berehat-rehat,mak panggil.Mak suruh jaga adik - adik sebab dah nenek nazak.Mak nak pergi hospital.Tinggal la Ema ngan adik2 3 orang kat umah.Budak kechik kan tak bagi masuk ICU.Masa tengah syok tengok tv,mak call.Nenek dah meninggal.Mak tanya,esok periksa apa.Ema kata periksa add math 2 paper.Mak pun senyap.
Balik dari hospital,mak tak kata apa-apa.mak suruh adik2 tak p sekolah esoknya.Ngan ema senyap jer,mungkin suruh p kot.Jadi,esokkanya p sekolah macam biasa...Tak sedap jugak kalau tak balik kg kat Maras,nak juga balik kg..tapi disebabkan exam jugaklah niatku terpaksa dibatalkan..Nak buat camna,semuanya sudah dirancang...




***
Sudah ku cerita pasal sambungan Exam day baru2 nie?
herm...kelmarin,Ema periksa Add Math.UUUUU..add math 2 tak sah kalu Ema tak salah kira soalan no.1 - simultaneous eq.Dekat berapa puluh minit nak lepas kat soklan no.1.Ada soalan yang tak ingat jalan kira,ada soalan kira2 sampai dapat a x 10-kuasa tiga (nampak sangat jawapan salah)..
Ada masa ketika jawab paper 2 ema ingat 4  soklan lagi belum  buat,.30 minit lagi ada masa.ish,padahal 2 jer.Tulah,pakat main agak2 ada berapa soklan semuanya.Salah cuai semuanya tak sempat nak check dahh.....
Alhamdulillah..setakat nie add math 2 ok .Tak nak harapan tinggi.Nantikan dapat 39/100 macam baru2 ni...nauzubilllah..Nak tinggi lagi..

Yang paper 1 pulak tepuk dahi,sebab tak ingat dah cara nak jawab soklan yang mudah2..kena menengung lama baru ingat..=),ada yang main agak2 jalan kiranya.nampak logik jawapannya betullah tu kot.Tak ingat nak intergrate guaner,pakat buat jerla asalkan jawapan dia dalam nilai sa/puluh dan tak ada perpuluhan - dia suruh cari nilai unknown(P) -
Macam2 ragam nak jawab add math.
Saat yang peliknya,Ema ni malas nak check jawapan.Kalu check pun main gitu2 jer..Tak semnagat.Sekali bila dapat paper.....banyak kecuaian yang kecil ema buat.- jadi + vice versa.Tinggal titik.Kesalahan kalkulator.Itulah common mistakenya...
=.=

***
ALERT!!!!!!!!!!!!!!!!!

PAPER KIMIA ESEI SECTION C TADI SUSAH BANGATTTTTTTTTTTT!!

Ema tokleh nak mikir!!possibility jawapannya...hu


Dia kate:  compound PQ2  dan compund XY. P adalah compund dan  Q adalah compund.X dan Y adalah element.Molecular Formula bagi Q adalah XY.

Mengambil masa yang lama untuk faham..Sakit paler sungguh ema jawab soalan nie..akhirnya faham juga apa yang dimaksudkan..
P dan Q adalah compund dan mewujudkan compund lain...Haish..Contohnya:
           P = Ammnonia NH3
            Q = sulphate SO4    

Tapi!!!Yang ema tak faham nyer,covalent compound  apa yang membentuk P bercharge 2 postitif dan ionic compund yang membentuk Q bercharge negative 1.hu3....
Keluar pulak soalan design experiment yang tak expect kuar.Exp nak tahu electrivity compund Q.Orang yang tak baca exp ni sama ngan ema pasti akan mereka-reka macam ema.Reka jerla asalkan betul dan berfungsi.Jangan tinggal.9 markah tu!
1 soalan lagi 7 Markah 
1 soalan ladi 4 markah.
Besar2 markah tu.Soalan pilihan yang ke-2 soalan sulphuric acid,tak baca langsung sebab ingatkan soalan covalent ngan ionic compund senang :P
Ada soalan yang pernah dibincangkan ngan cg Zul tapi tak ingat cara naj jawab.Ada soklan yang ada dalam modul kimia sempat dibincang last minit..masuk sejibik.=).Terima kasih Aimi sebab bertanya.
Yang sedisnya,Ema deborrrrr entah kenapa pagi tu.Memang deborrr tahap yang tak pernah terasa.Kata ke fakhriah,debor la..sebab kalau tak boleh jawab memang nyesal ah.Cg,molek beritahu masuk apa lam pekse.kalu tak boleh jawab memang ngan score..memang sedih ah.

(cakap pasal score,kertas pekse PSI dah siap tanda.ema TAK NAK TENGOK!.dahla kertas 1 low mark.antara markah terendah lam kelas ikhlas.kertas 2 ustazah kata ramai orang tak score..................)

BIOLOGY III

Ni satu lagi yang mendebarkan sebab kitorang tak tahu masuk mende design experiment.Cg kata bace jerla yang kita dah buat peka f4.Tapi kiotarang tak tahu mana satu.Dengar kata masa last minit tu,masuk exp nak cari energy value..Tengok soalan kak sarah mid year tahun lepas.Keluar energy jugak.Kitorang mengkaji dan menyelidik kertas jawapan kak sarah.
masa kitorang telah dihulurkan kertas soalan bio.Cg Yati masuk sambil memegang kertas soalan dan dikibar-kibarkan ke langit
"Soalan design jawab yang nie eh!,jangan  jawab yang dalam paper tu.."
bila ditengok kertas yang dikibar-kibar...
macam ku kenal gambar roti tu,gambar kacang-kacang tu..
Aimi berpaling belkang...senyum
Ema paling ke Aimie,aimie senyum
Farhah tengok ke Ema,senyum
Kimah tengok ke belakang..Pun turut senyum
~senyum..jangan kate aper2..~

Peperiksaan berjalan dengan licin sekali sampai la waktu Zohor

CHEMISTRY I

doa kami semua.Moga-moga soalan paper kimia I senang.Kimia II dahla payoh ke benor.
Alhamdulillah......
Everything goes well.Except for carbon compund. dan bab2 Form 5
dia bagi general formula yang ema sendiri tak tahu benornyer homologus apa..alkene?alkane?ethanol?
Nasib baik soklan carbon campund tak banyak soklan
Terima kasih cikgu kerana mengerti kesusahan kami menjawab paper II
T.T



CUTI!

16 May 2011

Sambutan Hari Guru 2011


Assalamualaikum

SELAMAT HARI GURU 
kepada semua warga pendidik DI MALAYSIA~
kususnya warga pendidik sekolah Ema~

Syukran kepada Semua warga pendidik  yang telah mengajar Ema sejak Ema dari kelas 1 rahman,2 ikhlas,3 kauthar,4 kauthar dan kelas Ema sekarang

Terima kasih banyak2 kerana memberi bimbingan kepada Ema untuk mengorek ilmu yang ada,memberi nasihat untuk pedoman hidup dan memberi semangat dan juga ~kasih sayang~
Cewah..errrrr...Ema tak ada madah2 untuk dikatakan..
Hanya penghargaan buat cikgu sahaja yang Ema dapat berikan
Kejayaan di dunia ini adalah untuk segala bakti yang cikgu curahkan
Kejayaan di akhirat adalah kerana bimbingan cikgu kepada kami semua

*******

Masuk pulak bab sambutan hari guru dekat sekolah tadi..okkkk...secara ringkasnya,jadual ema tadi ialah

7.30 - 8.10 a.m.   : Bacaan Yasiin , Solat Hajat,Dhuha dan Taubat
9.00 - 10.30 a.m. : Sambutan di dewan.Mendengar perutusan dari VVIPP MAS.Ucapan.
10.30 - 11.30 a.m. : MAKAN.(boleh aiskrim percume sutir..terima kasih)
11.30 - 12.30 a.m. : Ceramah ilmu (ngantuk Ema tadi..main galok2 ngan fakhriah jerla jadi segar balik :P)...
12.30 - 1.30 p.m. : persembahan nasyid,(~keluarga bahagia)deklamasi sajak, penyampaian hadiah
1.30 - 2.00 p.m : solat Zohor berjemaah
3.00 p.m. : balik~~~~


Betapa ringkas dan penuh manfaat sambutan tahun nie kan.Sedih jugak Ema tahun nie...Tak ada cikgu yang main bola,isi air lam botol,main tipu2..gelak2,main macam budak..gimik yang meriah gitu,ishk3.Tak ada pulak hadiah2 cabutan yang lumayan macam tahun lepas untuk cikgu,tak ada persembahan menarik yang menghibur hati..tak ada gerai jualan...Ais blended..

Yang Ema series memang nak naik anginnnnnnnyer,orang laki la...
tak hormat majlis ngan tak hormat cikgu.Maaflah,tapi ema tak kisah kalau diorang nak marah ema sebab perbuatan anda semua memang tak beradab
Cikgu molek cakap depan.Cikgu molek jer buat announcement suruh rehat 30 minit..Pengetua ngan PK lain molek jer duduk kat atas pentas.Cikgu tengok jer anda dari atas.Cikgu bersabar jer dengan sikap anda.
Anda pulak la yang melarikan diri.Andala pulak yang meninggalkan majlis sewaktu cikgu membuat ucapan.sewaktu pengetua dan cikgu2 lain masih duduk kat atas pentas..sebelum bacaan surah al-asr dan tasbih kafarah.Semua laki hilang pi mane?
Maaflah kerana menceritakan keburukkan sekolah Ema sendiri,namun realitinya,ramai lelaki bersikap begitu sewaktu majlis diadakan..
Namun,ramai tengok muka adik2 junior F1,abang2 senior pah mane entah.tak datang sekolah?(sibuk study kot)

~lalallala~Tak nak cakap panjang..kontroversi pulakkan....Huk3..

****

Balik sekolah tadi tanya mak..

Ema : Ma main apa kat sekolah tadi?
Mak  : Main bowling kelape...Satu pun tak kene...

Ha3~suka Ema bile dengar aktiviti sekolah lain..Jeles la tengok sambutan hari guru kat sekolah Balqis..aish..
Nak ngubat kerinduan,ema bermainlah badminton - yang jarang sekali ema  main..nak tukar mood.Add math luse.Stress..
Lepas main ngan adik,Mak terus ambik raket adik..
"ma nok wak mende pulok tu.."

Wah!Terus berada dalam posisi gaya Lee Chong Weinya.~ha3,pokok tak siram habis lagi tuu~
Terus bermain bawah porch keretea..
Main..main dan main...
Suke tengok mak main..Ha2,tak pernah dalam hidup Ema,ema bermain badminton ngan mak.First time tu.
Macam2 gaya mak buat  ngan dalam pakaian  kain batik..Kite adik beradik suke jer.
Tukar tempat permainan.Bulu tangkis asyik langgar tiang porch.Main pulak atas rumput..
WAHhh!bebas sekali gaya kami,tersembang atas rumput ada,gaya pari2 pun ada.jiran yang lalu depan rumah tengok mak pegang raket badminton,suke jer..
Main dan terus main..Sampailah..
Bulu tangkis jatuh atas bumbung.
jolok dengan gerat(?) nak jatuhkan bulu tangkis tu..

Tamat la permainan dengan kekalahan Ema
dengan mata ,18 - 17  (budak 7 tahun yang kira pakai tangan tuu..)

p/s:Esok kelas kimia tu..masuk periksa sampai bab redox tu.Bab carbon compund pun belum habis..Aish..


14 May 2011

juz nak update~ exam #5

Assalamualaikum

Hai bloog..Sihat?
Kelmarin saya nak update blog,blog tak sihat....
cian...

Apepun..Kitorang dengan selamatnya dah tamat minggu pertama periksa Mid year..
Khamis lepas pun periksa...eh,periksa gapo eh?
Bi ngan Fizik op?
ah!SALAH la~Mathmode ngan fizikla..
Mathmode ngan fizik tak sah kalu otang tak bunnyiii

Ema pun nak bunyi gok la
Paper 1 MM memaaanggg tak cukup masa...
nak check balik tak sempat la..
risaula klu salah jawab.....hu3
ada soklan tu buat ema jadi tak betulll...
ada soklan senang tapi membelitkan...


fizik plak....
nak ingat balik konsep ....
yg senang ada konfius,yang dah kuar tahun lepas tapi tak tahu jawapan..
T.T
Sehinggala lepas balik dr periksa tu,baru perasan,jawapan objektif kak sarah fiz I tahun lepas ada lam paper 3 fiz..bila check jawapan soklan yang sama...aish,sedih sekali...salah jawapan ema.lain kali,kene check belaka setiap kertas soklan kak sarah nie..Haish.ema,ema..
Ustaz khairul pun kate,jawapan kitorang semua lain.Syuk hantar awal,ustaz pun sebut kuat jawpan syuk..Suke orang dengar..hak3


OH!
2 HARI CUTI!!OH YEAH!yessssss...huk huk..
Oleh sebab cuti,maka perlu dedicated untuk study.Namun,time management ema kelmarin teruk sangat..T.T
hari ni alhamdulillah,better dari kelmarin.
esok ada PAPER SEJ II dan PAPER FIZ II
terima kasih kerana memberikan ema "bantuan" untuk meringankan study ema untuk exam esok..HUK3
Kena skor kali ni,bantuan pelampung  dah dapat,cuma pandai nak gunanya dan sampai tepi laut..
atau..hanya menjerit..
"tolong!tolong!!"
tapi,lebih baik kita guna pelampung dari bazir masa telan air laut masin sambil jerit...

Ema tak nak jadi orang yang menjerit tolong2..ema nak jadi orang yang berusaha sampai tepi laut


p/s:Isnin hari guru tu..selasa CUTI!RABU add math!!*gulp*,khamis pulak pekse chemi I & II dan bio III *pengsan*



11 May 2011

Exam #3 and #4

Assalamualaikum

Kelmarin udah selamat periksa 2 paper.Paper Bahasa Melayu I dan II.
Bahasa Melayu II tersekat dekat bahagian terlebih tulis panjang  ayat pemahaman (berjangkit dari blog).Lepas ni kena tulis ringkas2,sampai tak cukup masa nak come kan ayat jawapan komsas T.T..Bad girl bad girl..

Bahasa Melayu II
Haish.I'm sorry cikgu.
Bahagian karangan B ayat tak sedap + ngulang..
minta ampun..
Entah kenapa..tak der mood nak jawab paper kelmarin...

Tadi,periksa English I and II dan Sejarah 1
Nie satu lagi exam yang tak der mood.Nak jawab soalan subjektif pun tak der mood nak bace petikan soklan =(
HU3..Tiada harapan tinggi..
Tadi dapat tengok kertas PSI 1 dan II.Siap sudah tande..Lajukan~
Ema dapat rendah paper 1.Mungkin terendah dalam kelas kot.Sebab ramai dapat 31/40 dan ke atas.Yang tinggi 39/40...
A+ tiada
............

English 1.
Masuk 1 sukan 1 murid dan macam biasalah..5 pilihan soklan untuk bahagian B.
Ambe pun tak tahu nak rasa apa dah..
nak cuti,nak tidur...tadi celik mata rase nak dibuai mimpi..
ngantuk bangat la..
Alhamdulillah.First time dapat check mula karangan~Biasa tak cukup masa..,
Baru ku perasan banyak grammar salah bila check mula,itulah kebaikkan check semula tu..alang2 kita syok menulis,semuanya macam atas awan.Melanggat burung pun kita tak perasan..

Selepas solat.
Periksa Sejarah.
Tak perasan pulak tu masa cikgu Aziz..
Tak der advantages la kawan2.Walaupun cg ajar Sej kitorang,cg tidak kan kabo jawapan.
Tapi,yang menggerunkan..takut cikgu tengok jawapan Ema.Malulah kalu saloh.Cg tengok lake semua orang jawab guaner..Akhirnya,sampai jugak cikgu ke tempat,dahla bad timing..masa ema tengah konfius jawab.Masa tu jugakla cikgu tunjuk.......................gambar rajah soklan jer..
"ni nie.."

nasib baik tak kabo jawapan..


Oh yer,
tadi ada briefing tentang aktiviti hari guru nanti...
Pagi,g musolla..pastu masuk dewan,pastu rehat..pastu masuk dewan balik untuk..ceramah..

Itulah rentetan peristiwa yang akan berlaku minggu depan.=(
Tak bestla tak leh tengok cg main sukan dan aktiviti bersukan yang lain..
Tak bez bunyi nya sambutan tahun..HUHUHUHU
tak2..harap2 best.last year kitorang nie..PLEASE PLEASE PLEASE!!!
p/s:Din,sorry la..orang tak bayar lagi RM1 ..hang balik awal saper suruh..Dan tolong jangan tengok kitorang dengan mate bulat...takuut ema....

9 May 2011

Exam #2

Assalamualaikum

Dear bloggy,hari ni kitorang pekse subjek crucial bangat
Pendidikan Syariah Islamiah dengan biology 1

PSI 2 tadi...Herm..Ema tak ingat la bab usul feqah.Huk3.Dalil hukum syarak.Memang lupe la.Bukan jer lupe,tak hafal pun.Target tak masuk sebab tajuk tu masuk dah TOV.masuk jugakla soklan tu no.2.Tapi Ema tak jawab soklan tu..tinggal terus~Ema pilih soklan no.6 yang campur2 topik~Tadi Cg Aziz masuk mase kitorang start pekse..

"Allah,rahmat..rahmat iman,rahmat akal,rahmat ........,senang jer.."
" Jual beli halal,riba haram!"

WOW!Cg.rilek cg.dua soklan cg bagi jawapan ke sekelas.hak3,dahla siap ada 2 orang ustazah psi lam kelas,rileks jer cg kabo kuat jawapan.Marah Ustazah Sabar,ha3.Cg Aziz,kan bagus kalau Soklan Sejarah senang macam gini..
Senang guaner cg aziz,tak der subjek yang senang soklannya 100%

Biology 1.Ch Yati kabo tadi,soklan mid year 2009 dah email.But,ema check pagi tadi inbox kosong.Herm,ada la tu salah taip email ema.Tapi,rugi gok eh.Kitorang target soklan 2009 majoriti masuk lam pekse nanti.
Dan..

MEMAGN BENAR!!!
majoriti soklan mid year 2009 masuk soklan pekse tadi.Alhamdulillah.Kitorang diselamatkan oleh Aimie yang bawak kertas mid year 2009~30 minit kitorang pecut jawab soklan tu~ya rezabnya,jawapan ada tak tahu betul ker tak.Yang memeritkan lagi,soklan tu jugakla yang keluar lam pekse tadi.HAISH...
konklusinya,soklan bio tadi memeningkan ema lebih2 lagi sebab Ema tak baca bio form 5,buat latihan sudah ler..alhamdulillah,soklan tak putar belit banyak.Walaupun ada sangkut ke dahan kayu banyak kali,berapa kali entah ema main rubber jawapan.sampai lubang kertas objektif =.='
Harap dapat markah tinggi ntuk kertas 2 untuk tampung kesalahan kertas 1 bio.Pastu,bile habis jawab kertas 2 - "Harap2 dapat tinggi kertas 3.."

PSI 1
objektifla kawan.
Start kol 1.50 p.m.Tapi,banyak kelas start kat kol 2.00..cg sibuk laker.Nazir nak mari esok tu.Kluster punyer hal.Dicalonkan sebagai sekolah kluster,ter"pegun" laker pelajar.Terpegunla wahai adik-adikku.Tak lagi dinobatkan sekolah kluster.Bunyi apa pulak nanti diorang buat...

OKK.sambung balik.
Tips penting nak study PSI.banyak buat latihan lepas2.Alhamdulillah,banyak jugak yang masuk soklan yang lepas2.gitulah psi 1,main ngulang soalan walaupun ada soklan terlekat cam...
Kalu 

"M cerai ngan fatimah yang hamil.M nak khawin ngan anak tirinya(UUUUUUUUU),anak fatimah.Apa sebab yang menghalang perkhawinannya"
A. keturunan
B.Fatimah dipersetubuh
C.Belum tamat tempoh iddah
D. Fatimah belum melahirkan anaknya lagi


Aish..bak khawin2 nie susah nak fahamla.Kan Piqa~Siapalah nak khawinnya...HAK3333..
ada jugaklah sorang ni sempat makan roti Hi5 masa jawab pekse =)


OK!ESOK BM!buat yang terbaik esok yer!walaupun BM.penting jugak tu kawan2!A atau A+(walaupun possibility nak boleh 0.01)..tak nak A- =(


8 May 2011

Mid Exam #1

Assalamualaikum~

Alhamdulillah..Hari ni ada periksa 1 kertas jer.Bahasa Arab tinggi paper 2.Karangan bertulis aka subjektif.Alhamdulillah.Semuanya berjalan lancar namun ada yang tersekat-sekat.Cam kat bahagian terjermah media massa - bursa sahamla,pelancaran apa la,jitu,bla-bla2..Hentam kromo jerla asalkan tak tnggal dan pastikan tak tulis lam bahasa arab + bahasa melayu cam..AlBursa - As-saham..
KAAHHH3..Suke ema kalu ada orang tulis tu..~~~~~.
huk3..
kk...Insya' @ Karangan.Ada soklan
  • Kepentingan internet
  • masalah akhlak remaja
  • Ramadhan
  • Masa sebab kejayaan pelajar
Ema pilih MASA.Sebab senang sikit kot..^_^,boleh selit banyak2 hikam amsal walaupun ada banyak ayat ngulang dan penggunaan kata merambang jenisnya,masdar ker,naib fail ker..Ema pun tak tahu,asalkan tahu root word yer~

Alhamdulillah,pemahaman pun senang faham.Dia guna ayat biasa dengar walaupun Ema ada ambil risiko lam nak jawapannya.Ada ayat yang tak ambil,takut kena potong markah.Kan,kalau ayat lebihkan kene potong markah :(




Esok PSI.nnnnnn BIO paper 1
KAK SARAH!!!!!thanx sebab bagi paper kak sarah.
Ema baru perasan..hampir 80% soklan mid year  biology 1 2010 sama dengan soklan mid year biology 1 2008~
harap2 soklan tahun nie majoriti ambil dari tahun 2009.Tapi,dah puas cari paper 2009.Dok juper,nasib baik teacher yati nak emailkan ke Ema nanti kalu jupe,Minta ampun kalu susahkan teacher dan terima kasih.
PSI pulak banyak nak kena ngafal T.T

BIO + PSI = A+
amin~

7 May 2011

Say Yes for blogging ^_^


HUK3

Assalamualaikum

SEBENORNYER@!!!!..Ema nak tulis post pendek jer.Sebab ada 2 orang makhluk ni komen Ema tulis panjang ngat lam post sebelumnya T.T..Jadi,Ema akan pastikan Ema tak akan syok sendiri dalam tulis post nanti..

Seperti yang sedia maklum~
Tomorrow adalah

MID YEAR EXAM SPM 2011


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini









wahai cik Exam,Walaupun kau dah datang menghampiri daku,Ema tetap akan on9 seperti biasa.Jangankan angin badai mahupun tak der elektrik,Ema akan on9 untuk blogging.
Ramai bloggerz yang kate nak off sebentar sebab exam,but,Ema says YES untuk blogging!!

Pengorbanan?
Haish,nak korban masa blogging ker?
Blogging buat Ema mase exam sangat diperlukan untuk lepaskan stress exam,
tulis sebanyak mana asalkan dapat unwined stress ^_^
Namun,atas komen mengejut sesetengah pihak,Ema akan memotong ayat2 post Ema dan baiki kelemahan penulisan Ema yang panjang nie~
TAPI,kalau panajng  + dan best kan,syok nak bacanya


Okla.Ema nak sambung study.PSI pun pening paler bace.F5 tak bace g..Bio tak bace lagi.Karangan BA pun belek2 gitu jer..=.=

EMA!!
Buat yang terbaik!
kali nie..
Target Ema..
Insya-Allah......
Cemerlang~




p/s:Esok hari ibu.Apa perancangan bloggerz sekalian?

Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...