Ema bukan detektif..
Alangkah indahnya hari ini......dengan guruh dan "hujan anjing dan kucing"
Assalamualaikum
Dan SELAMAT BERCUTI!!
Kepada adik2 dan kawan2 yang tengah bercuti.Selamat bercuti!!
Tapi,series la..Sejak kelmarin buat kelas.Rasa macam tak cuti lagi.Semua form ada kelas.Betul2 rasa suasana macam ada sesi persekolahan.Balik pun jam dengan kereta mak dan bapak yang ambik anak2...Herm,saper la nak tolong hantar ema pulang dengan motosikal...Ema ni,tak ada adik la yang nak tolong ambik ema ngan motosikal(HUK3)..Jangan kata nak balik ngan motosikal,motosikal pun ema tak pernah naik..Nasib baik ekzos motosikal panas sudah ku kena,meninggalkan kesan yang besar di epidermis layerku..
Okkla..
Kelas tambahan dah start kelmarin sampailaaa hari isnin nie.Hari nie ada KIMIA ngan BA.khoyal Ema ingat ker kelas kimia jer,subjek BA tak teringat langsung ada hari nie...Rileks jerla ema bawak buku ngan kertas kimia..OH!hari nie jugaklah,setelah sekian lama menunggu (walaupun tak teringat langsung ),kitorang 5 ikhlas yang sudah lepas periksa mid year,baru dapat kertas TOV.bila tengok jawapan tov...herm,banyakla markah terbang..Apatah lagi markah Mid year nanti..kimia mid year 5ai,tiada sorang pun dapat A ..sebab cikgu tak habis lagi tanda kertas - Cikgu Zul -
HOREEYYY!!!
YA AMPUN.
dah lame Ema tak pergi pesta buku...Lepas balik sekolah,straight p pesta buku ngan family.Usah dibicarakan panjang lebar..Rambang mata nak pilih buku.Sudah tentulah buku dekat booth PTS.Siapalah ema nak beli buku kat booth Ujang tu..Tanya mak,berapa boleh beli nie (buat muke 10sen)...mak pun suker..tanya kenapa..Ema katalah tak boleh nak buat pilihan.Antara 2 buku.Adalah dekat berbelas2 ringgit sebuku tu,sebab tulah kena pilih buku.Kalau murah,tak usah dipilih,ambik terus,bayar.
Akhirnya,setelah berpusing2 di galeri A.Ema hanya membeli sebuah buku di booth PTS (buku latihan SPM tak ada..tak payahla.modul dengan nota dah cukup.buku SPM percuma pun dapat..kalu nak buku SPM,pergi jer PSI Gong Badak - kata mak )
Buku pilihan Ema~ |
Nie kes pengaruh detektif conan la nie..Kalau tiada detektif conan,sah ema tak kenal Sherlock Holmes,
Baru habis baca 1 kes..nasib baik nak selesai kes tak susah macam detectif conan..kalau tak,berulang2 kali ema baca sampai faham.Kerja sekolah tak siap.
Gosho Aoyama ni memang pandai planning pembunuhan secara comical dan horror..dan bijak.Merangsang minda logic ema untuk berfikir kritis
p/s: Nampak iklan dekat Pustaka Awam,ada pulak pesta buku 1 jun nie..Wah,double la buku ema nanti~~(PTS!PTS!!)
wah.. nampak cam best je buku sherlock holmes tu... hehe.. versi eng ke bm tu?? =,=
ReplyDeleteYang tu versi BM punyer..kalu bi,kene ambik masa berfikir untuk beli = tak beli kot..
ReplyDelete