25 August 2012

Eid Fitri 2012


Assalamualaikum

Ke hadapan blogku tersayang.Dah berapa kerat post yang ema hantar sejak masuk u eh?Tak la selaju dahulu jugak yer.Today nak post sikit2 la pasal RAYA!Taknak tulis banyak-banyak.Biar gambar sahaja yang bercerita..

Duit raya tak dapat lagi tu



Hj Wan Nik is my moyang







Rumah tok kat Perlis.Amacam,cantik tak pink tu?

Alang-alang dah sampai Perlis.Marilah kita singgah ke Pulau Bebas Cukai yer



Cahaya keimanan kuat sangat tu

Semenjak sampai hingga balik ke Perlis semula,tak nampak langsung kelibat burung gergasi  Helang

Motif utama p Langkawi.1 jam tunggu tu beratur sahaja!


Dah nak terbang ema dibuatnya kat atas nie




Kabel khas untuk "orang" tertentu






14 August 2012

Watashi no tanjōbi


Assalamualaikum



Sebelum tu.Nak ucap Selamat Hari Jadi buat diri sendiri yang dah masuk 18 tahun!wee!.Alhamdulillah.Tapi lenguh betul la hari ni,ema baru selamat pulang ke Terengganu dari Petaling Jaya sahur tadi.Memang susah betul nak tidur dalam bas,bas tu lompat macam dalam kartun.Tapi,Alhamdulillah.Selamat juga sampai rumah.Kebetulan pulak balik waktu befday~lagila hepi.Tapi sedih jugak sebab tinggalkan UIA PJ.Tapi hati ni lupa betapa syoknya duduk kat rumah>.<.Bila sampai rumah,terus nak bergolek atas katil.Sejukkk~

Mid Sem Exam baru tamat tengahari kelmarin.Biologi.Boleh jugak la jawab.Ada sujek yang tough.Baru ema tahu maksudnya bila siapa yang dapat 1 tahun nie kena struggle habis-habisan.Lepas habis cuti,masuk final exam.Nak kena pulak lecture week 5 minggu sahaja sebelum final exam.5 minggu untuk 5 subjek.Tak boleh bergolek banyak-banyakla atas katil bilik tu.

Tapi nie kan hari raya~kena sambut jugak~lega tak ada periksa lepas raya.Macam SPM pulak bunyinya.Tak perasan tengok cermin, muka nie dah berkerut-kerut + tua ..hohoho.Tak pasal2 jadi andartu.Hak2,ke situ pulak da ema nie.

Kepada semua sahabat handai dan rakan-rakan kat UIA atau smkatj,happy eid  fitri dan selamat mengimarahkan 10 malam terakhir di bulan Ramadhan..
Jika ada jodoh,dapat la kita berjumpa lagi




1 August 2012

Bila balik raya nie




Assalamualaikum!

Dan Salam Ramadhan..

Soalan cepumas kepada pelaajar-pelajar universiti.Dah beli tiket balik ke belum?!!.HIK3..Cepat-cepat la beli sebelum terlambat yer.Tapi , dalam hal balik nie.konfem korang alert ngan tiket bas nie kan..cuma malasa jer nak pergi beli.Tapi Alhamdulillah,kat UIA semua dah terurus dan tersedia.Nak balik Timur,ke Utara ker,Selatan ker,korang perlu tulis nama,bayar tiket dekat persatuan negeri masing2 dan siap!

Insya-Allah ema akan balik 13/8 malam tu.Sepatutnya,ema kena balik 14 malam sebab tak dapat pun mesej "undangan" dari persatuan nak balik ke awal ke tak,tapi roomate dapat mesej..kita pun join la!!Kata roomate,nama ema yang ke beratus2.Nak buat macam mana,lambat tempah tiket.=_=.

Mid Sem Ema insya-Allah starting next friday.Sampaila 13 haribulan.~..Cakap pasal haribulan nie.Alhamdulillah!Orang dah stat beratur panjang kat ATM tu!Bukan syukur sebab dapat beratur panjang.Syukur sebab dapat tekan punat"pengeluaran" kat bank muamalat tu.Elaun pelajar tahun pertama UIA kesemuanya dah masuk.Lambat betulkan UIA nie.Semua Uni lain dah dapat belaka.Kita jugak lama menunggu.Tapi berbaloi jugak,dapat awal nanti berboros pulak kan.Tapi dapat sekarang pun tak sure lagi sebab kat kat Hall tu ada sale baju,perhiasan  n ict.Bila dapat duit , terus masuk hall. ..pergi borong...

Group consists of these people..Half from DQ,so banyakla kakak lam group ema(tua 1 tahun),yang brothers semuanya  from DQ jugak






Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...