21 June 2012

Happy life in IIUM



Assalamualaikum


Apa khabar blog.Asif @minta maaf la banyak2 sebab dah biarkan blog ema bersarang.Kalau ikutkan hati,dah memang bermacam perkara nak tulis dalam diari blog.From starting first day kat IIUM sampai la last night.Memang banyak perkara happening,dari roomate yang gempak n spoting kepada frightening situation(thief)..

Alhamdulillah.Dapat roomate yang teganu gok!Mek Kema memang happening.Cepat mesra duduk ngan mek kema sebab dia senang mesra+ riuh2.Sorang lagi orang orang Perak.Thanks to her,kitorang lagi rasa sayang dengan bilik nie.KUI3.Syukran Jazilan to her,Azwa.She's from Convent in Perak.And Lastly,si ayu tapi berani berbicara,Cik Syamira aka Syam.Dia from MRSM Melaka.


Sangat best duduk kat sini.Siapa yang homesick tu,terpaksalah tahan.Kalau tak homesick memang la enjoy duk sini.Alhamdulillah,ema dapat program 1 tahun.Ada 3 sem.Sem 1 nie ema ambil bio 1,kim 1,math 1,computer and basic theme of al-Quran.Sepatutnya ikut study plan,ema kena ambil Fizik,bukan math.Alhamdulillah,dapat jugak ganti dengan math atas sebab-sebab tertentu.


Sekarang nie pun pakai broadband azwa.TQ la azwa.Wifi nak register pun susah bangat.Entah bila boleh laptop dapat register wifi ...Tapi,tak ada connection sekurang0kurangnya less time depan laptop kan.hik3.Study biologi pun masuk bab 1 dah pusing kepala dengan process dan nama yang pelik-pelik.Tapi specialnya biology UIA,kitorang akan belajar mengenai "Origin of life" di mana topik in ada membincangkan mengenai islamic and secular perpective about earlier life..


Duduk kat mana-mana tak selamat.Jadi hal keselamatan mesti diutamakan.Macam-macam langkah keselamatan kitorang ambil semenjak bilik depan bilik ema dirompak pagi buta.Syukur bilik ema selamat walaupun dah hampir 1 minggu call technician tak sampai-sampai pun untuk pasang lock pintu,bathroom jugakla diorang nak pergi setiap hari.Malam tidur beralaskan laptop.:).Tak adalah.sahla laptop ema hancur.




Stop di sini sahaja untuk memberikan khabar.Duit elaun lambat masu ni.HIK3.barang elektrik tak bayar lagi.Tak apa.2 minggu tempoh daftar.Fun thing in class are..we get young lecturers(HA3),A sudan boy born in malaysia and bla bla bla..
okk.sampai di sini sahaja.





10 June 2012

Minggu Taaruf CFS IIUM : Registration Day



Assalamualaikum


Insya-Allah.Catatan pertama mengenai Minggu Taaruf aka Minggu Orientasi di Center of Foundation Studies IIUM Petaling Jaya..

Pendaftaran  Ema bermula pada hari kedua.




Pendaftaran

Al-malik faisal hall lengkap dengan air-cond.

Pendaftaran di CFS IIUM mengikut kursus yang ditawarkan, berbeza untuk lelaki dan perempuan. Perempuan biasanya di Al-Malik Faisal Hall (AMF) selaku Main Hall di campus manakala lelaki pula di Mahallah(hostel) Umar Al-Khattab aka UKC. Ema mendaftar pada sesi  pagi pada pukul 8.30. Tetapi dinasihatkan supaya datang la awal yer. Dalam pukul 7 am, orang ramai dah mula serbu CFS. Insya-Allah,jika ada tempat kosong, parents boleh parking di dalam. Jika tidak, parents kena parking di kawasan lapang yang ditetapkan di luar CFS. Agak jauh sedikit perjalanan masuk ke CFS.



Setelah sampai di CFS, anda akan disambut oleh ahli komiti yang mesra berbaju batik. Mereka akan tunjukkan jalan. Insya-Allah,tak sesat. Sebelum korang mendaftar dan bermula waktu pendaftaran, kitorang akan ambil nombor dan menunggu di bawah kanopi dilengkapi kipas cool ^_^.Sebaik sahaja nombor dipanggil in arabic,malay and english, bolehla kita masuk dewan dan masuk ke check point pertama iaitu untuk memastikan barang-barang lengkap. Sisters werw fully speaking in English. Kami diberikan temporary matric card. Wajib pakai bermula saat anda mendapatnya. Maka bermulalah adventure ke checkpoint-checkpoint yang ditetapkan. Waktu tu, X-Ray tak perlu dibawa untuk registration. X-ray diperlukan untuk medical check up lepas program taaruf.



Kunci bilik di berikan secara rawak..Stesen tu tak jauh. Dalam dewan sahaja ya. Kecuali, sesetengah course yang memerlukan sesi smart photography. Mereka perlu ke tempat lain pula. Tapi ema ambil gambar kad matrik pada hari lain. Sekejap sahaja. Ambil Taaruf Kit dan terus masuk ke mahallah masing-masing. Jika tak tahu kat mana,sis and bros comittee boleh tunjukkan. Ema mendapat Mahallah Khadijah(KC) iaitu satu-satunya mahallah berlif sebab mempunyai 9 tingkat. Ema dapat tingkat 2. Ema selaku pelajar biological Science (have no connection at all w medic) - room 245 sudah mendaftar~~




Selepas pendaftaran

Kami dibenarkan untuk bersiar-siar bersama famili sebelum 6pm. Oleh sebab famili Ema kena balik awal,jadi tak sempat nak berjalan-jalan.Angkut barang dalam hostel lepas tu terus pulang.


APT/EPT briefing

Malam itu kitorang ada briefing mengenai English Placement Test dan Arabic Placement Test. Nak tahu susah tak?lain kali Ema cerita semula. Kami diberi imbasan dan info mengenai semua test yang akan diambil sama ada EPT,APT dan Tilawah Entrance Test (TENT).Markah dan band yang diperlukan untuk diexempted dari mengambil course tambahan nanti akan diberitahu kelak.Tapi sampai pukul 11pm juga briefing ini. Akhir sekali ialah bacaan beramai-ramai surah Al-Mulk. Malam nak tidur tu faham-fahamla. First time tidur kat asrama asing,bergolek-golek atas katil.



IMPORTANT NOTES
  •  We Call male and female students as brothers and sisters
  •  We must follow the dress code for taaruf program and no exceptional 
  • Female : White taaruf tudung/tudung 60/tudung bulat SAHAJA dan berbaju kurung dan kasut BERTUTUP warna GELAP dan matric card [Tertakluk pada perederan masa] 
  •  Male : White collar t-shirt,black pants,tie,kasut tutup gelap dan matric card


i will continue with the next post...


21/1/2013<LINK>.Ema dah siapkan satu post pasal CFS IIUM.feel free to look



9 June 2012

Welcome to CFS IIUM


Assalamualaikum
 dan Ahlan Wasahlan 


AHLAN WASAHLAN WAMARHABABIKUM LI STUDENT-STUDENT CENTER OF FOUNDATION STUDIES Universiti Islam Antarabangsa..

Since we need to speak in English at CFS IIUM,i had to speak in english.but this one is exceptional for blogging..
Alhamdulillah.Setelah lama Ema menantikan kedatangan hari-hari yang lepas.Akhirnya,dapat juga ema mendaftar di CFS IIUM campus PJ.
Sejujurnya,EMA SUKA!!i don't have any trouble during my stay so far except for the first day macam biasa.Natural surrounding yang panas memang tak boleh dielakkan.Kalau boleh setiap jam pagi buta ema terkejut dek mandi peluh.Tapi,alhamdulillah,hari kedua dan seterusnya dah boleh tidur macam sleeping beauty.

Minggu taaruf @ minggu orientasi berlangsung selama 3 hari bermula 5 Jun hingga 7 Jun.ALHAMDULILLAH.minggu taaruf kitorang tak seperti minggu orientasi Universiti lain yang padat dengan aktiviti sehingga pagi buta..he2,perli nampak.Al-sebabnya program dijalankan mengikut courses.Jika courses tu tak ada program,korang boleh main lepak-lepak sekeliling campus yang mengelirukan.tak pun korang tidur sampai orang kejutkan.Ternyata program taaruf memang bermakna + santai+ relax,tambahan lagi sisters and brothers semuanya baik - baik belaka.SERIUS!tak ada sorang nak memekik + menjerit + marah tak tentu hala + meluahkan kekecewaan berulang kali.sisters semuanya peramah.Jangan takut kalau nak tanya,sebab disini kitorang mengamalkan 5S.Menepati masa is important.tapi sis tak marah anda semua jika tak menepati waktu,dia bagi teguran dan nasihat sahaja.Kiranya,kita perlulah pandai membawa diri masing-masing.Contoh kalau korang nak solat subuh berjemaah atau tak it's up to you.Tak ada orang nak check setiap bilik kalau ada orang tak turun subuh,melainkan untuk mengikuti program-program yang disediakan..

Sehappynya diri ini dapat masuk UIA.Nak kata homesick.SERIOUS,tak terfikir pun nak balik rumah.nak lompat atas katil nak jugak,tapi tak lagi mencapai tahap nak balik rumah sebab rindu atau tak tahan duduk kat sini.Ini semua atas keprihatinan ahli komiti yang mesra dan melayan kami seperti di rumah sendiri.Tapi,itu atas pandangan ema.Ada juga Kawan-kawan nak balik rumah-terrible homesick-.Al-maklum,orang terengganu peluang balik 100% adalah untuk mid sem break iaitu untuk hari raya  nanti.Ema ingatkan,ema sorang jer ex-tj kat mahallah khadijah(hostel),rupanya ada lagi 2 -3 orang.Roomate pun peramah juga.Mula-mula jumpa kitorang cakap banyak.Gara-gara persediaan APT dan EPT,kitorang jadi kacip terus.Nasib baik ada roomate orang ganu(Ajil).

Ema suka duduk kat sini sebab boleh berdikari.Antara sebab ema nak masuk Uni.U tak la strict macam asrama sekolah.Kalau duk asrama sekolah,SERIES,kalau boleh nak balik lalu malam tu...Oleh sebab sis and bros (yang hensem),HA3..taklah,semua sis n bros comel + hensem laker(tak tipu eh...).ada sorang bro nie umur 25 tahun ambik asasi.2nd year dah.

Insya-Allah.Ema akan ceritakan semua perihal pengalaman seminggu di Center Of Foundation Studies IIUM untuk pengetahuan blogger-blogger dan bakal junior2 ku next year.Insya-Allah juga ema nak jadi ahli komiti.Nie gara-gara sis and bros yang spoting belaka sampai dah terpengaruh ema nak jadi macam diorang...


21/1/2013
Ema dah siapkan satu post pasal CFSIIUM.feel free to look <link:>

P/S: wayarless conection tak leh guna lagi.Hari nie tido kat umah mak saudara di bangi,next kena balik untuk medical check up dan post program lusa nie.Boleh register wayarless bila start semester nanti T.T


Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...