Minggu Taaruf CFS IIUM : Registration Day



Assalamualaikum


Insya-Allah.Catatan pertama mengenai Minggu Taaruf aka Minggu Orientasi di Center of Foundation Studies IIUM Petaling Jaya..

Pendaftaran  Ema bermula pada hari kedua.




Pendaftaran

Al-malik faisal hall lengkap dengan air-cond.

Pendaftaran di CFS IIUM mengikut kursus yang ditawarkan, berbeza untuk lelaki dan perempuan. Perempuan biasanya di Al-Malik Faisal Hall (AMF) selaku Main Hall di campus manakala lelaki pula di Mahallah(hostel) Umar Al-Khattab aka UKC. Ema mendaftar pada sesi  pagi pada pukul 8.30. Tetapi dinasihatkan supaya datang la awal yer. Dalam pukul 7 am, orang ramai dah mula serbu CFS. Insya-Allah,jika ada tempat kosong, parents boleh parking di dalam. Jika tidak, parents kena parking di kawasan lapang yang ditetapkan di luar CFS. Agak jauh sedikit perjalanan masuk ke CFS.



Setelah sampai di CFS, anda akan disambut oleh ahli komiti yang mesra berbaju batik. Mereka akan tunjukkan jalan. Insya-Allah,tak sesat. Sebelum korang mendaftar dan bermula waktu pendaftaran, kitorang akan ambil nombor dan menunggu di bawah kanopi dilengkapi kipas cool ^_^.Sebaik sahaja nombor dipanggil in arabic,malay and english, bolehla kita masuk dewan dan masuk ke check point pertama iaitu untuk memastikan barang-barang lengkap. Sisters werw fully speaking in English. Kami diberikan temporary matric card. Wajib pakai bermula saat anda mendapatnya. Maka bermulalah adventure ke checkpoint-checkpoint yang ditetapkan. Waktu tu, X-Ray tak perlu dibawa untuk registration. X-ray diperlukan untuk medical check up lepas program taaruf.



Kunci bilik di berikan secara rawak..Stesen tu tak jauh. Dalam dewan sahaja ya. Kecuali, sesetengah course yang memerlukan sesi smart photography. Mereka perlu ke tempat lain pula. Tapi ema ambil gambar kad matrik pada hari lain. Sekejap sahaja. Ambil Taaruf Kit dan terus masuk ke mahallah masing-masing. Jika tak tahu kat mana,sis and bros comittee boleh tunjukkan. Ema mendapat Mahallah Khadijah(KC) iaitu satu-satunya mahallah berlif sebab mempunyai 9 tingkat. Ema dapat tingkat 2. Ema selaku pelajar biological Science (have no connection at all w medic) - room 245 sudah mendaftar~~




Selepas pendaftaran

Kami dibenarkan untuk bersiar-siar bersama famili sebelum 6pm. Oleh sebab famili Ema kena balik awal,jadi tak sempat nak berjalan-jalan.Angkut barang dalam hostel lepas tu terus pulang.


APT/EPT briefing

Malam itu kitorang ada briefing mengenai English Placement Test dan Arabic Placement Test. Nak tahu susah tak?lain kali Ema cerita semula. Kami diberi imbasan dan info mengenai semua test yang akan diambil sama ada EPT,APT dan Tilawah Entrance Test (TENT).Markah dan band yang diperlukan untuk diexempted dari mengambil course tambahan nanti akan diberitahu kelak.Tapi sampai pukul 11pm juga briefing ini. Akhir sekali ialah bacaan beramai-ramai surah Al-Mulk. Malam nak tidur tu faham-fahamla. First time tidur kat asrama asing,bergolek-golek atas katil.



IMPORTANT NOTES
  •  We Call male and female students as brothers and sisters
  •  We must follow the dress code for taaruf program and no exceptional 
  • Female : White taaruf tudung/tudung 60/tudung bulat SAHAJA dan berbaju kurung dan kasut BERTUTUP warna GELAP dan matric card [Tertakluk pada perederan masa] 
  •  Male : White collar t-shirt,black pants,tie,kasut tutup gelap dan matric card


i will continue with the next post...


21/1/2013<LINK>.Ema dah siapkan satu post pasal CFS IIUM.feel free to look



5 comments:

  1. Saya akan masuk UIA sept ni. Lepas daftar tu boleh balik tak ? Thanks atas perhatian

    ReplyDelete
  2. Masuk CFSIIUM?
    Boleh sahaja kalau nak balik sebentar, tapi kena datang balik before programme taaruf start

    ReplyDelete
  3. Bilik hostel pulak macam mana rupanya? Tengah nervous nak masuk ni. Tak tau macam mana biliknya? Mesti kongsi ke apa?

    ReplyDelete
  4. Boleh tak nak pakai shawl putih waktu pendaftaran?

    ReplyDelete
  5. @Anonymous
    Bilik ikut asrama mana. Katil single untuk Gambang, PJ and Gombak katil double. 4 max. Kena kongsi.

    @NYQ Qaisara
    Waktu daftar tak apa kalau tak silap. Tapi bila minggu taaruf, tak boleh shawl.

    ReplyDelete

Saya komen

Powered by Blogger.