20 May 2016

Memilih supervisor atau memilih tajuk?


Assalamualaikum


Hari ni Ema ada test Food Chemistry. Dr Tan punya soalan is everything based on the slides and yang Dr memang tekankan dalam kelas. Easy part. The hard part is to understand and remember. I'm lacking in memorization and had to work my brain to remember things. Dalam exam hall tadi lupa, memerah otak nak ingat balik tapi apakan daya.. =)



Apa yang menarik minggu ni bukan sebab Final Exam. Tapi sebab tajuk Final Year Project (FYP) sudah keluar kelmarin~ Baikkan UIA sebab supervisor yang sediakan tajuk. TQ.




Eventhough Kuliyyah Science tak buat first come first serve basis and tak ada supervisor booking agenda, Ema still curious sampaikan sanggup letak ke tepi notes Food chemistry semalam. Too excited sebab dapat pilih tajuk akhirnya. 



Yang downnya, lecturer yang Ema nak tu tak involve dalam FYP this year. 


What a bummer. 









Since she specialize in area i'm interested in (besides food), i had to look at other topics/supervisor. 




My plan is to choose supervisor yang memang kenal dan "ngam". A good relationship with supervisor it worth for a lifetime. Besides, i want a supervisor that can help me in future studies.


Another criteria Ema pilih ialah tajuk. I'm trying to choose topic which I know (and hopefully) enjoy. Ema elak FYP  yang involve technique yang troublesome macam tanam pokok aka tissue culture. I want to handle microscope and bacteria. Instead of narrowing to food-based FYP, i'm looking at microbial-based FYP. Ada yang isolation and characterization of bacteria tapi sesuai untuk budak marine...Kenapakah kitorang tak belajar Food Microbiology kat IIUM ni. 

Another reason for choosing a good topic is for some people, FYP inilah yang boleh promote diorang waktu interview kerja.  For others, it may help to further their studies in Master/ pHD level


So choose well my friends. 


p/s: Ada orang kata pilih FYP title macam nak pilih bini.........istikharah jerla.



12 May 2016

Potluck Food Tech


Assalamualaikum


Idea asal Dr Tan nak makan grand-grand tapi disebabkan masalah ekonomi (comel Dr), Dr syorkan buat Potluck. Ramai pulak Dr. yang contribute foods and drinks for our potluck. Daripada tak grand, tiba-tiba terasa grand. Dr Tan kata ada masalah ekonomi, bawak pulak 2 bucket ayam KFC spicy dengan 2 set ayam original T.T. XieXie Dr. 





Dapat bilik conference pun boleh


  

Thank you Dr Tan (KFC), Dr Normah (kek), Dr Zaima (air dan buah) n classmates , Dr Hasniza  walaupun puasa (kek) 



Thank you Dr. Mazidatul. Kasi semangat nak study subjek analytical~ Carrot, carotene banyak tu



Thank you Dr Zarina buat rendang. Serious terkejut sebab Dr sanggup buat rendang last2 minit ni T.T


Thank you Kak Sarah sebab buat puding "Bubble". 





Kami makan bukan buat conference





Harap next sem budak food boleh rapatkan lagi ukhuwah~ And tak serious-serious sangat~


*****


Lepas habis kelas Research Methodology tadi mulut pot pet tak berhenti cakap, lepas tu serbu masuk bilik orang sana sini ...ema oh ema...
Nak berhenti cakap, tapi tak nak, sebab kalau berhenti kena STUDY. Alasan tak munasabah. Hujung minggu ni asrama tak ada elektrik.........................
tak nak lepak kat bilik this weekend, tapi kat bilik nanti Ema sorang jer ada, semua balik kampung and terdampar di Pulau Perhentian.



p/s: Semua orang yang ema tanya setakat nie tak nak ambil Fats and oil chemistry sem depan. Tapi senior kata subjek tu lagi senang daripada toxicology. Ema tak nak ambil toxicology sebab i'm weak at memorization. i am firm on my decision eventhough i'm the only food tech who will be taking fats n oil subject ! FIGHTING



3 May 2016

Hasil Kelas Skill Khat


Assalamualaikum


Ema ingat nak post on  wordless Wednesday. Tapi, rasa macam nak menaip untuk release stress. Hari ni last kelas skill. Kelas skill wajib diambil under aktiviti kokurikulum UIA. Ema pilih khat sebab suka seni dan hari ni last day untuk submit project/assignment kitorang.


Sem ni ambil Khat 2. It is all about painting dalam khat 2. Last semester belajar menulis pakai pen khat sahaja. Sem ni kena 'menyerlahkan seni' dalam diri >.<




 Yang ini painting landskap yang sudah siap


This one after letak tulisan khat. Tulisan tu Ustaz yang tolong lakarkan untuk semua orang. Oleh sebab semua orang kata tak nampak rumah kat belakang tu T.T, Ema letak holiday lights. Rasa macam langit kurang warna......



Ustaz nak beli gambar ni >,<



Another few examples of abstract paintings.











Cantikkan my sisters lukis semua tu.~ Nak pergi kelas khat petang-petang memang berat. Tapi bila dah pegang berus dan cat, memang tak puas





Buat kenangan


Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...