28 September 2011

Sedar diri

Assalamualaikum

Wahai kawan-kawanku sekalian..Tinggal bebebberapa hari lagi untuk periksa SPM.Ketar2 tak lutut tu?sakit kepala tak?Cemas tak?
Bagus la kalu tak ada.Kalu ada,kena jumpa doktor nie
Kita semakin hampir ngan SPM nie kenalah Sihat Walafiat.Semakin bertenaga dan bersemangat n prepare untuk periksa nie.Bukan tak tentu hala rasa cemas nak cover semua subjek dalam waktu yang dikira singkat nie

Ema pun rasa banyak yang kene dilakukan.Dan top of the list mestilah kene study sej.Lingkup la ema kalu tak baca,nak buat camner,sejarah nie kitorang bertuah dapat peruncingan.Kalu tak ada,sudah berambang sekali jawab.Harap2 tak begitu dalam periksa sebenar.AMIN.Cg pun dah baik hati bagi salinan spot sej 2011 spm.Tu pun bukan betul belaka.Kalu betul,memang satu nikmat la buat kitorang nie

Nak tambah perisa,kita buatla kelas petang yer.he2,minggu ni ema tak pergi kelas pun.he3.Sebab ema tak terpilih.Oh,esok ada BIO  tu.kene pergi ler.BIO pulak nak kene ingat form 5 yang begitu BANYAK sekali~terima kasih jugak kepada fasilitator yang mengajar ema kat kem subjek FIZ n BIO,fizik terutamanya sekali,sebab  ema lebih faham daripada biasa*wink3*

Ada lagi kem?Toksei la ema nok g doh masa nie.Nak study by myself jerla.Kalu ada rezeki,jangan ditolak.Budak bijak,mpp,faiz n Izan pergi kem Al-Kuliyyah kat Anggulia.bertuah kan diorang.Ema pulak,tidur lam kelas.Main galok2 lam kelas.Semenjak duduk lam kumpulan,ada saje benda nak kene galoknyer op.

HO!Tak sabar nak graduate high school.Majlis graduasi kitorang 21 oktober nie.Suke2.Dengar cerita,buat kat luar.Harap2 buat UniSZa atau UMT.kakak ema graduate TJ kat Unisza,tapi,tahun selepas 2, tu buat kat sekolah jer.Tak syok le cam nie.

Wahai cik Ema,sudah2 la main komp sokmo,subjek banyak nak kene cover,asyik dok main komp sokmo,bila la nak nak boleh straight A kalu camni.SEJARAH TU!!!!!!!!!!!!!!!!!



P/S:TQ sekolah for the red pendrive.Nak simpan jer,tak tahu nak buat apa =_=

25 September 2011

Persediaan

Assalamualaikum


Insya-Allah.Persediaan yang secukupnya,mantap dari segi mentaliti dan fizikal antara faktor yang membantu kita untuk mendapat kebahagiaan kelak

BUKAN PERSEDIAAN NAK KHAWIN

tapi persediaan untuk menduduki Peperiksaan SPM kurang dari 50 hari lagi
Alhamdulillah.Setelah menunggu hampir 1 bulan,ema dapat juga mengakhiri kem Akademi Gemilang SPM di Sumai Apartment K.Terengganu bagI siri 9/12
Subjek yang ema dapat ialah Fizik and Bio
DAN EMA SUKA~terutama Fizik.Lagi faham~Sebab cg perempuan tu peramah.senang nak tanya.Lupa nak tanya nama cg tu.=_='
BIO.ema have problem to catch up dengan apa cekgu punyer method.Yang seriusnya,cara nak jawab soalan lain la pulak.huk3.

Yang lain,semuanya bereh belaka!Terima kasih Sumai kerana sediakan tempat penginapan yang menyejukkan dan bilik belajar yang sempit tapi kondusif.Minta maaf sebab 'tercontengkan' cadar putih anda,minta maaf jugak sebab ambik makanan sesuka hati~~

Okk.Nak kene buat keje umah betimbun22222.Letih bangat,bukan sebab tak cukup tidur,Haish,lotih jage anak mama lerrr.Macam2 karenah ada >.<.Cian mama.Dah jupe hauji macam dapat lolipop.

Kawan2 ku 5 ikhlas,tak sabar nak jupe balik kawan2 ku!anak2 mama jugak - (macam le duk kat overseas setahun........)

p/s:Betul ah syada,Lapo betul dok kat Sumai..Dohler ayam je setiap masa.ngan kuih puding/cake untuk tea break.Sekali dapat roti ommelete malam tadi ~kui3~SUKA~Nya~Thank you le piqa sebab share biskut oat tu yer

19 September 2011

i'M Lazy

Assalamualaikum

I'm sooo lazy la these days..
Updating blog ...My Dear blogg~~
And more important.
i'm so lazy too study la >_<
Bukan tak study langsung.Cuma,tidak seiring dengan perkembangan kilang ehh saloh,seirign dengan peperiksaan SPM yang hanya tidak tak kurang lagi 10 bulan.
Sepatutnya usaha berganda.Tapi,biasa biasa jer usaha.huk3
Ema ema,jangan malas2 tau!
Camna nak boleh 11A kalu malas.
Nie pun sangkut dengan 'sesuatu perkara'.Nak kena habiskan buat 'sesuatu perkara',barulah boleh study semaksimum mungkin.
Kelas dah start kelmarin.Kiotang ingatkan kelas BIO jer ada,tapi cancel.Pakat balik belako.Sekali ema nak pulang,ustaz masuk mengajar petang tu.Orang ada kat +10 orang jer.Tapi,sesi pembelajaran masih ada tu.

Tadi ada kelas Fizik.Sepatutnya kelas Ema memang tak ikut kelas nie sebab khas untuk pelajar yang boleh markah rendah Fizik.Tapi,Cg Mad ajak kitorang p kelas Fizik sebab sikit sangat pelajar Klinik Fizik.Yang kesiannya,awok2 kelas ikhlas nie hyper sangat.Ema kesian jugak tengok pelajar2 klinik fizik tu,asalnya untuk diorang,bagi diorang faham.Tapi,lain pulak kisahnya.Diorang senyap jer.Ada tu paling2 ke belakang tengok kitorang yang pot pet pot pet ngan cg Mad..Kalu boleh,nak jadi makhamah kelas fizik tadi dengan 'perang' jawapan ngan cg.
Tapi,tak sehebat perang Politik lam kelas kelmarin sewaktu pembentangan BM.ENJOY,walaupun ema tak suke politik..
TUUUUUUUUUUUUUUUUTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT
ok.tamat cerita.
Tak sabo ema nak pergi kem Sumai khamis nie.Cg Ismail siap tanya tadi lam kelas,cam mana Cg tahu ema tak pergi lagi kem?pandai betul cg nie.Yang tak pergi lagi kem kelas ema -Ema,piqa ngan Cik Fizah.
Nak pergi honeymoon ngan Piqa khamis nie.Mengamuk Piqa nanti kalu tak boleh sebilik ngan ema nanti =__='

I'm scared for sEJarah.
So many things need to revise.
So i buy lots of History Exercise books F5 yesterday (2 jer...)
lemah lagi Sejarah F5.Nak kene faham.Silibus pon tak habis lagi +___+;


15 September 2011

Jamuan Raya 5 ikhlas





Welcome..
♪ To Jamuan Raya 5 ikhlas ♪




Kata Ustazah - potong dengan benang lebih cantik





Hepi Befday befday Girl~


~Smile~~no frust frust






Series la.Memang banyakkk sangat makanan.Waser cam sikit doh.Nasib baik tak tambah dengan mee tomyam.






Befday girl suap makanan ke orang.Kan cantik camtu

Sesi kaut,bungkus,pulang makanan

Frust piqa sbb Cg Zul tak mari.kui3


Ni jer la lelaki yang ade...Eh,Double Din hilang..


I'm having fun today.Arigatou gozaimasu


p/s:Waiting 4 someone today...Tapi,dia mana ada.=(

14 September 2011

Result Trial

Assalamualaikum


Result SPM trial dah dapat belaka.Alhamdulillah,pencapaian yang begitu menggembirakan Ema~♥
Akhirnya,dapat juga straight A's untuk 11 subjek spm nie~aLhamdulillah..
Dan tahniah jugak kepada Izan,Faiz,Q-lah mpp,Madhi budak bijok n Cik Fizah sebab boleh Straight A's.
Untuk kawan-kawanku yang memang ramai dapat 10A's
My Bestie - Fakhriah~,Cik CT!!woow,suke la dia boleh gred A banyak,Cik Farhah,Aisyah op?,err..sape g eh.OH!Adam.Tikah pun,dan kawan-kawanku ramai2 yang dapat pencapaian yang begitu meletup sekali,kalu belum,jangan risau,nanti SPM MELETUP Biar pecah result2 tu boleh straight 11A's.

Dan buat Ema jugak,harap2 janganla hanyut dalam pencapaian trial.Let's focus to SPM.i'm a bit worried with History la.3 hari baca bab tuler je.tak gerak2 =_=
OH.Ema tak sabar nak pergi kem nie.LAMBAT ke beno nak tunggu Siri 9 kat Hotel Sumai.Dengar orang cerita jer,orang nak pergi nie,tak sabar.Lambat2 nanti akan hilang mood pulak nak pergi..

OH!esok ada jamuan raya kat sekolah.Lambat sekolah ema buat jamuan kan?
Ema nak kene bawak nasi kampit ngan Pudddding~
dan..kuih raya?Q$Q#%@^/^&


p/s:Dah lama jugak tak kene mara ngan cikg u CT =(

12 September 2011

Enjoy la...





Assalamualaikum

Sebagaimana yang telah diplan dalam jadual waktu,sepatutnya,selepas perhimpunan ada kelas kimia.Memang ema semangat nak g kelas kimia sebab nak dapat paper kimia yang satu-satunya paper yang blom dapat.Piqa pun semangat mari sekolah hari nie semata-mata nak belajar kimia kesayangan dia tu- hak2~
Secara tiba-tiba,rosak agenda sebab disodok dengan acara lain bermula dari pagi  sampai zohor.
Agenda motivasi di dewan abbas,tapi..penceramahnya bukan sebarang penceramah.Ema dan orang lain  kenal penceramah nie melalui buku-buku motivasinya,antaranya "Tenang menjawab soalan  Peperiksaan" atau "Tips Belajar Saat-saat Akhir" - terbitan PTS,ataupun tengok beliau kat TV 1 atau TV2 pukul 6 pagi........


Siapa lagi yang bukan En.Osman Affan. -en.kartun tuu
Kami bernasib baik dapat "mengaut" balik En.Osman balik semula ke sekolah lamanya iaitu SMKA Tok Jiring.
Everything goes well,dari start cakap hingga habis cakap.Semua fokus diberikan kepada cikgu,semua aktiviti dilakukan bersama dengan tekun dan silence dan KONFEM tak tidur sebab setiap minit dan saat ada sahaja gelagat En.Osman yang menghiburkan.Mesra dengan pelajar2 dan tak kekok langsung,bahasa terengganu yang asli pun masih lagi kedengaran ok ditelinga ema walaupun menetap kat KL.Nama kan anak jati ganu.

Slot En.Osman majoritinya berfokus kepada Memori dan Minda,bagaimana En.Osman dapat mengolah satu ayat atau aktiviti  yang nampak biasa tapi menjadi seronok nak cuba,bukan untuk diri sebagai pelajar tapi juga untuk hidup di masa akan datang.Terlalu banyak yang diperkatakan oleh En.Osman dan tak ada  satu pun yang  rugi untuk didengar.Semua ada manfaatnya bila cikgu jelaskan kepada kami,macam teknik memori penceritaan,visualise,flash card...nampak saja simple,tapi sebenarnya seronok kalu dicuba..
Rasanya aktiviti yang paaliiinggg famous untuk dicuba adalah..

WISHING LIST

Caranya simple,get a paper,write down 10 things you want to have in ..6 - 12 months.Or maybe 3-10 years..
anything you want.
Ataupun,pilihan ramai - ciri-ciri pasangan pilihan.
List kan dan simpankan di tempat yang tersembunyi.
Ataupun tampal jer kat mana2..
Better sorokkan.
Selepas berbulan2,check balik wish list,dan tengok yang mana satu sudah tercapai,sudah pasti ada yang tercapai(Bukan tercapai belaka 100%)

Aktiviti pilihan ema rasanya (selain kat atas) - imaginasi -
Imagine apa yang hendak,hendak apa,atau hendak jadi apa..
Photoshop ker,gunting gambar dan tampal atau jadikan kehendak tu sebagai screen saver or background dekstop kat laptop  anda.
Wah,ce bayang ema jadi International Super Spy camna nanti eh~~


8 September 2011

Permohonan matrikulasi 2012/2013

.




Permohonan online bagi kemasukan matrikulasi kementerian pelajaran malaysia (kpm) bagi sesi 2012/ 2013 boleh dibuat mulai 1 julai hingga 10 oktober 2011. Calon-calon spm 2011 digalakkan untuk membaca syarat dan kelayakan minimum untuk memohon program matrikulasi. Untuk membaca kelayakan minimum, sila baca di syarat program dan kalayakan minimum matrikulasi.

Calon juga boleh membaca panduan atau cara-cara untuk memohon matrikulasi. Sila baca di panduan mengisi borang permohonan matrikulasi.

Sebelum tu, calon mestilah membeli no pin BSN sebelum membuat permohonan matrikulasi secara online. Setelah membaca segala panduan permohonan, calon boleh la melayari Aplikasi Permohonan Online Matrikulasi Sesi 2012/ 2013 untuk memohon program matrikulasi.

Untuk membuat semakan status permohonan sila layari Aplikasi semakan permohonan. Halaman ini bertujuan untuk semakan sama ada maklumat anda telah disimpan atau tidak.


6 September 2011

My daughter Befday

Selamat Hari jadi 
Anakku 
Nurul Shafiqa Yusof
Happy 17th befday~


Birthday Glitter Graphics and Scraps for Orkut, Myspace, Facebook, Hi5, Tagged


Mama love you always..
Tak sabar nak g "holiday" sama2 nanti. ^_^





Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...