Enjoy la...
Assalamualaikum
Sebagaimana yang telah diplan dalam jadual waktu,sepatutnya,selepas perhimpunan ada kelas kimia.Memang ema semangat nak g kelas kimia sebab nak dapat paper kimia yang satu-satunya paper yang blom dapat.Piqa pun semangat mari sekolah hari nie semata-mata nak belajar kimia kesayangan dia tu- hak2~
Secara tiba-tiba,rosak agenda sebab disodok dengan acara lain bermula dari pagi sampai zohor.
Agenda motivasi di dewan abbas,tapi..penceramahnya bukan sebarang penceramah.Ema dan orang lain kenal penceramah nie melalui buku-buku motivasinya,antaranya "Tenang menjawab soalan Peperiksaan" atau "Tips Belajar Saat-saat Akhir" - terbitan PTS,ataupun tengok beliau kat TV 1 atau TV2 pukul 6 pagi........
Siapa lagi yang bukan En.Osman Affan. -en.kartun tuu
Kami bernasib baik dapat "mengaut" balik En.Osman balik semula ke sekolah lamanya iaitu SMKA Tok Jiring.
Everything goes well,dari start cakap hingga habis cakap.Semua fokus diberikan kepada cikgu,semua aktiviti dilakukan bersama dengan tekun dan silence dan KONFEM tak tidur sebab setiap minit dan saat ada sahaja gelagat En.Osman yang menghiburkan.Mesra dengan pelajar2 dan tak kekok langsung,bahasa terengganu yang asli pun masih lagi kedengaran ok ditelinga ema walaupun menetap kat KL.Nama kan anak jati ganu.
Slot En.Osman majoritinya berfokus kepada Memori dan Minda,bagaimana En.Osman dapat mengolah satu ayat atau aktiviti yang nampak biasa tapi menjadi seronok nak cuba,bukan untuk diri sebagai pelajar tapi juga untuk hidup di masa akan datang.Terlalu banyak yang diperkatakan oleh En.Osman dan tak ada satu pun yang rugi untuk didengar.Semua ada manfaatnya bila cikgu jelaskan kepada kami,macam teknik memori penceritaan,visualise,flash card...nampak saja simple,tapi sebenarnya seronok kalu dicuba..
Rasanya aktiviti yang paaliiinggg famous untuk dicuba adalah..
WISHING LIST
Caranya simple,get a paper,write down 10 things you want to have in ..6 - 12 months.Or maybe 3-10 years..
anything you want.
Ataupun,pilihan ramai - ciri-ciri pasangan pilihan.
List kan dan simpankan di tempat yang tersembunyi.
Ataupun tampal jer kat mana2..
Better sorokkan.
Selepas berbulan2,check balik wish list,dan tengok yang mana satu sudah tercapai,sudah pasti ada yang tercapai(Bukan tercapai belaka 100%)
Aktiviti pilihan ema rasanya (selain kat atas) - imaginasi -
Imagine apa yang hendak,hendak apa,atau hendak jadi apa..
Photoshop ker,gunting gambar dan tampal atau jadikan kehendak tu sebagai screen saver or background dekstop kat laptop anda.
Wah,ce bayang ema jadi International Super Spy camna nanti eh~~
No comments:
Saya komen