23 September 2013

Indera Makhota

Assalamualaikum




"Ni universiti la adik,bukan duduk CFS lagi.Nak keluar masuk bila-bila pun tak kisah asalkan balik pukul 12 malam"


Salam sayang buat Ema kepada blog....dan pembaca yang dikurniakan kesihatan yang sebaik-baiknya.Hilang sekejap-sekejap kerana tak ada langsung line  P1 kat kuantan nie.Line tak ada,nak dengar radio pun tak ada.Tapi Alhamdulillah,Wifi ada walaupun tenggelam timbul.Kelmarin pun sisters mahallah  nak hantar surat ke Principal sebab wifi weak.Awal-awal pun dah komplain Wifi.Kereta/motosikal tu tengok-tengoklah yer takut-takut ada kertas melekat.Kertas saman.Tadi polis U dah giat meronda cari kerja =__=.RM25.

Course Bioteknologi.Ada ker orang panggil budak biotek budak  malas dalam UIA.No no no.Cannot blame them.Contact hour berapa jer..15 jam satu minggu.Jangan salahkan kami.He3.Tapi sedihnya hujung minggu ada kelas Koko 6 jam.T.T.Susah nak draft plan balik rumah.(Duduk dekat jadi rasa nak balik sokmo hujung minggu)

This sem budak new intake  biotek ambik Organic Chemistry I,Microbiology,Islamic Worldview,Computer in Science and kelas koko - Principles & Practices of Management.Next year kelas Parenting pulak(kih3).Tak adalah lagi subjek Bioteknologi.Awal lagi tu.oh,study circle II.HE3,budak CFSIIUM sekalian,yer,Study Circle ada sambungan lagi kat sini >__<.





Tapak UIA Kuantan besarlah  dari CFSIIUM,tapi rasanya takla sebesar UM or UPM(yang lagi besaaar).Tapi we are still in developement,banyak lagi tanah yang tak diusahakan.Ada lagi pelajar yang duduk luar kampus,senior and junior.Tapi jangan risau,Mahallah baru akan siap oktober next year Insha-Allah.Lagi best sebab duduk depan Kuliyyah Science,senangla Ema ke kelas (thumbs up)






Last week Usrah dekat Teluk Cempedak.Nak dijadikan kebetulan,tersempak dengan kawan sekolah rendah 8 tahun dulu kala  Cik Nurul Fitri dekat TC.Bak kata omputih,"What a small world".This week nak buat usrah atas bukit pulak dekat TC.Adventurous betulla akak2 senior nie.Ema takut tak boleh catch up dengan diorang dengan stamina yang lemah ini T_T.



First impression is important.Pernah terfikir apa first impression orang terhadap kita?Kadang-kadang first impression diorang bukannya betul.Mungkin kita "penipu"...


p/s:Masihkah diriku ini rajin nak tulis informasi pasal UIA kuantan??Rajin jika ada habuannya...

2 September 2013

Timeline August - NOW



Assalamualaikum 

1 bulan setengah tak mencoret.Entah kenapa malas nak mencoret.Hari ni specifically right now ada semangat nak coret.Nak recall what just happen in august until now.Untuk dijadikan catatan diari di masa hadapan~


Raya

Puasa and then Raya!
Raya  raya raya dan raya.

Birthday

Yes yes yes.Ema punya birthday.And then adik syahir punyer birthday.Selang 3 hari selepas hari jadi Ema.Sayangnya kitorang underway balik dari Johor jadi tak sambut mana.Tapi Ema buat kek moist untuk adik makan.And last week ayah punya birthday 29 august yang ke 55.




Perkhawinan

Sepupu sebelah ayah berkahwin dengan orang Johor.Jauh jenok larinya.Pesan mak - lain kali jangan cari orang jauh.Adik balas pula - "Doh mama.." aka "mama pun sama".My mom orang perlis khawin dengan orang ganu.

Lepas tu we r currently  in preparation untuk wedding abang sulung Ema oktober ni.Ema,mak dan kakak sibuk siapkan goodies.Untuk VIP kitorang semua buat sendiri,dari beg hingga ke isinya.Yang lain beli yang siap.Sayangnya balang Ema tak siap decorate sebab balang tak cukup.Tak apa,biar kakak ema siapkan.kih3.


nampak tak siap tuuue

Undergraduate

Alamak.Cuti dah tamat.3 bulan dah habis.So soon.Malam nanti Ema nak pergi kuantan untuk register dekat uia kuantan.Al-maklum dekat,jadi bertolak la malam.Sayangnya rasa sedih sebab tak expect akan jumpa mek kema,syam n azwa kat bilik.Anak-anakku!.Kih3.
Siapa roomate baru ema harap diorang macam roomates dulu.senang kacip.


banyak ker?ada satu lagi beg kuning belakang~


p/s:Tolongla ada orang ganu sorang selain ema.sorang pun tak apa T.T



Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...