Indera Makhota

Assalamualaikum




"Ni universiti la adik,bukan duduk CFS lagi.Nak keluar masuk bila-bila pun tak kisah asalkan balik pukul 12 malam"


Salam sayang buat Ema kepada blog....dan pembaca yang dikurniakan kesihatan yang sebaik-baiknya.Hilang sekejap-sekejap kerana tak ada langsung line  P1 kat kuantan nie.Line tak ada,nak dengar radio pun tak ada.Tapi Alhamdulillah,Wifi ada walaupun tenggelam timbul.Kelmarin pun sisters mahallah  nak hantar surat ke Principal sebab wifi weak.Awal-awal pun dah komplain Wifi.Kereta/motosikal tu tengok-tengoklah yer takut-takut ada kertas melekat.Kertas saman.Tadi polis U dah giat meronda cari kerja =__=.RM25.

Course Bioteknologi.Ada ker orang panggil budak biotek budak  malas dalam UIA.No no no.Cannot blame them.Contact hour berapa jer..15 jam satu minggu.Jangan salahkan kami.He3.Tapi sedihnya hujung minggu ada kelas Koko 6 jam.T.T.Susah nak draft plan balik rumah.(Duduk dekat jadi rasa nak balik sokmo hujung minggu)

This sem budak new intake  biotek ambik Organic Chemistry I,Microbiology,Islamic Worldview,Computer in Science and kelas koko - Principles & Practices of Management.Next year kelas Parenting pulak(kih3).Tak adalah lagi subjek Bioteknologi.Awal lagi tu.oh,study circle II.HE3,budak CFSIIUM sekalian,yer,Study Circle ada sambungan lagi kat sini >__<.





Tapak UIA Kuantan besarlah  dari CFSIIUM,tapi rasanya takla sebesar UM or UPM(yang lagi besaaar).Tapi we are still in developement,banyak lagi tanah yang tak diusahakan.Ada lagi pelajar yang duduk luar kampus,senior and junior.Tapi jangan risau,Mahallah baru akan siap oktober next year Insha-Allah.Lagi best sebab duduk depan Kuliyyah Science,senangla Ema ke kelas (thumbs up)






Last week Usrah dekat Teluk Cempedak.Nak dijadikan kebetulan,tersempak dengan kawan sekolah rendah 8 tahun dulu kala  Cik Nurul Fitri dekat TC.Bak kata omputih,"What a small world".This week nak buat usrah atas bukit pulak dekat TC.Adventurous betulla akak2 senior nie.Ema takut tak boleh catch up dengan diorang dengan stamina yang lemah ini T_T.



First impression is important.Pernah terfikir apa first impression orang terhadap kita?Kadang-kadang first impression diorang bukannya betul.Mungkin kita "penipu"...


p/s:Masihkah diriku ini rajin nak tulis informasi pasal UIA kuantan??Rajin jika ada habuannya...

2 comments:

  1. Salam singgah, wah bestnya!! Saya ambil dua tahun, insyaAllah biotech juga. Ada lagi setahun. Teringin nak jumpa kak ema. [kak lah sangat kan?]. Studioous.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.5 hb stat final exam kan?lepas tu cuti 3 bulan n statla final sem..
      Kahkahkah..Jangan dipanggil Kak.Buat Ema rasa tua walaupun kita sebaya

      Delete

Saya komen

Powered by Blogger.