18 June 2017

Final Year Project #15 Viva


Assalamualaikum


Lalu dekat hallway, terdengar Dr cakap dekat classmate.


"Tahniah, awak dah graduate"


****



Selasa, 13 Jun 2017 
pukul 9.45 am. 

Waktu untuk literally 'throw everything' depan examiners.



What is Viva?
Viva ialah oral examination. Setelah berhempas pulas buat research and projek akhir tahun, pelajar perlu menulis kajian (tesis). Akhir sekali kajian ini perlu di bentang depan examiners. Simplest explanation yang Ema boleh bagi. 


Presentation perlu simple, straight to the point, dan highlight main point. Tak perlu panjang sebab examiners dah tahu projek kita. Ini bukan research proposal defense. Apa yang diorang minat ialah bahagian result sahaja. Selebihnya ialah komen dan pembetulan tesis.



My experience
Boleh tahan gemuruh sebab examiners expert dalam kajian yang Ema buat. Nervous pun nervous. Sempat tido kejap pagi sebab sleep deprived, physical needs. 

Masalah. 30 minit sebelum start VIVA session, komputer venue Ema -2- rosak, LCD warna kuning. Venue 3 ada virus shortcut. Mana tak kerut muka FYP coordinator. Ingatkan tempat dah ok, sekali dugaan. 

Problem solved. Tukar venue, dan pinjam laptop orang. 

Kehulu kehilir luar venue. Ema no. 4. Tengok classmate keluar masuk venue. Alang-alang examiners sama, cubalah nak dengar experience dorang selepas VIVA. Ha2. Ada yang OK, ada yang tak puas...




IN VIVA






Bila classmate no.3 keluar terus Ema masuk sambil lemparkan senyuman dan lambaian kat classmates lain. Dalam hati, rasa sengih sorang-sorang macam kerang busuk..

Start presentation. Prof dan Dr tak tengok pun slide awal-awal sampailah slide method. Adalah grammar tunggang langgang. Present result pun ada terlupa ayat. Selesai present sebelum habis 10 minit, masa yang diperuntukkan. 5 minit untuk Q & A.

Soalan yang memang kena attack, dekat result.




"From you error bar (excel), it should be...So, why..."


"Don't use this use, it sounds like you are twisting the word.."


"I checked your reference for method, but I did not find this. Are you sure you take this method from this author"  
- yang serious bila Prof cakap macam tu, terus muka jadi kerut dan masam. Akhirnya settle juga kat luar venue. Confrim ada 😎.


" Why do you think Malaysia is still using this chemical.."


" From your result....it didn't seem your product is safe.."
- yang ni Ema spit out all the journal yang Ema baca untuk back up


" What is Lauric Acid..Why C12:0"


" What is MCFAs?"



Alhamdulillah. All went well. Tak ada terketar-ketar. Silent moment - except terkesima dekat reference part tu. Keluar  venue tak terkata betapa gembiranya hati ni. Minor correction. Walaupun semua orang minor correction. 1 malam edit thesis nak hantar ke kedai pulak. Minggu nak balik raya oiiii. Kalau hantar lambat nanti tak raya Ema.



Lepas habis viva second day, semua pakat serbu padang MPK. Iftar ramai-ramai~~





Ramai dah masuk masjid dan balik. Ema pun tak ada dalam gambar 😣



Final Year Project #14 Submission dan Study




Assalamualaikum


Selamat berpuasa!

Semakin lama Ema re-read thesis, semakin banyak pula jumpa correction. Bila minda dah bersih tak kusut, lagi senang untuk cari kesalahan. Ejaan, wording, sentence, bibliography yang 3 kali check pun ada yang miss. Apapun, still boleh baiki. Harap tak beri effect teruk kat markah. 



Study bahagian yang maybe akan jadi target examiners. Part yang rasa lacking tu, prepare la kena soal. Usually results and discussions. Kalau tak nak kena soal, jangan tulis dalam slides. Done. 



Edit slide satu persatu. Daripada 21 cut down kepada 16. Walaupun slide tu tak banyak word per slide. Apapun, tak perlu mereleret. Examiners dah baca dah thesis awal-awal. 




Tengah fikirkan persiapan mental ....dan fizikal. Bulan puasa, takut perut krok krok bila present. 


Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...