29 March 2011

Ema dan allergic

Assalamualaikum..

Alhamdulillah,sakit telinga eczyma ema dah berkurang..Tapi,tangan Ema ni gatal galok sangat nak garu telinga ni...aish.

Namun,bukan ni cerita terbaru ema..

*garu pipi* * garu pipi*

ahhh!!Gatallnyerr!
Bukan gatal telinga.Tapi gatal kat pipi,tangan n kaki..
Awalnya,gatal2 ingat biasa jer..nyamuk ke per..
sekali bangun next morning,penuh dengan kemerahan ngan kesan kemerah-merahan kat tangan.Garu pipi tak henti2...
Tak usah kate..Memang GATAL!

*garu*


Tadi p sekolah,makan antibiotik cam bese (x smpt telan kat umah)..ambik mase 10 minit untuk telan (penakut punyer pasal)..

Sekali,Cik Farhah pun tegur

"Doh wakper Salma nampak lain hari ni" - tengok muka ema  kehairanan

"ye ker?...wakper?"

"wakper pipi ngan bahagian mata merah,...pelik...nampak tembam...."

"YE KER?!!" - terus berlari ke tandas...

A'a...memang nampak pelik..
Ema nampak mata,hidung ngan mulut Ema cam tenggelam lam muke.. >.<

AAH!Yang teruknyer muka semakin kemerahan + semakinn tembam
ya ampun..
dahla ambe nie pipi tembam..lagi tembam...memang sah orang kata gemuk

Ramai tegur,tapi wak dunno jer..kadang 2 tu "sedih pilu" bila dengar orang komen. 

*GARRU*

Ayah dah balik oustation.Ayah check,kate Allergic!!!

"sejak bile pulak le kene allergic nie..umur dah 17 tahun..makanan dah macam2 sumbat...."

bile ayah check2 jenis ubat yang ema makan untuk Eczyma..Baru tahu yang Ema ni Allergic ubat ANTIBIOTIC dan adik2nya yang lain

Ubat warna hijau 2 warne yang Ema benci kali nak telan 10 minit tu rupenyer penyebab pipi Ema jadi semakin tembam,menggatal seluruh badan,menggaru sane sini...
Yang good news nya...Tak payah dah makan ubat antibiotic tu!
HOREYYYY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Selamat jalan antibiotik!!Adious~
namun,di ingatkan - hu2,belajar bio nie..Antibiotik diperlukan kerana 

Antibiotic :  complex chemical subtances produced by microorganism which can kill other microorganisms such as bacteria and fungi or inhibit the virus 

Nampaknya,tanpa antibiotic...telinga ema terpaksa sembuh secara semula jadi 
=_____=





28 March 2011

Si Budak bermata 4 - penerus warisan

Assalamualaikum


Ema nak kongsi cerita sorang budak laki..He3,adik Ema sendiri la.Anak ke -6 dalam keluarga kami selepas Ema~

Alkisahnya,dipendekkan cerita kalau p jalan mana2,mesti ade orang tegur keluarga Ema 

"LAA..semuanya pakai spek laker.."

huk2..YA.
Semua keluarga Ema memakai spek mata.Adakah ianya dalam blood kami?chromosomes?DNA n RNA?hu2,ema tak tahu.
Bermula dari ayah terus ke ibu,abang ke kakak dann sampai la Ema~
Ema pakai spek masa darjah 4.Kalau tak silap,powernyer 70 - kiranya rabun biasa (permulaan ke arah semakin rabun ^_^)..

Sejarah Ema dan spek Ema sangggaat menyedihkan.
Boleh dikatakan hubungan kami tak pernah menjadi,tak pernah mesra dan tak pernah semata sespek.
Semuanya gara-gara Ema,(maafkan daku spek)

Ada banyak  kenangan spek  yang tak dilupakan ..antaranya,Ema kehilangan spek..spek pertama pulak tu.Last2,ambil keputusan buat yang baru....
1 tahun kemudian.
Baru ku jumpa spek ku...
betul2 dalam beg sekolah dekat tempat letak bocong air tepi beg tu..

Yang meremukkan hati..
masa darjah 6,Ema ter'salah' letak spek lam kocek seluar..
Sekali duduk,
KROOOKKKK...
tiada apa yang dapat dibuat selain tepuk dahi sambil merenung spek yang senget kene lenyek
patah spek ada berkali-kali.spek terbengkok (?),Cermin dia tercabut 2 kali (2nd time last week punyer accident.hak)..tercalar teruk..(HERM.tak terhitung.)
yang paling serius..
power naik..memang terus naik.
Sedis Ema..jadi rabun nie menyedihkan.Tapi,Ema masih dikurniakan penglihatan walaupun tak sempurna.Syukur Alhamdulillah..

Alhamdulillah juga,sejak masuk sekolah menengah,Spek yang Ema pakai nie,tak pernah tukar sejak F3 (kalu tak silap..)
Paling lama dalam rekod history Ema~HOHOHOHO~

^_^

***
Cerita Syafiq



HA2...suka Ema bila tengok ayah ajak adik Ema syafiq p check mata.Syafiq berlari seluruh penjuru rumah.Nasib baik ema pujuk,kata - dia tak cucuk mata...dia tanya soalan jer.Terus syafiq  angguk p kedai spek.

Malam 
8.30 p.m.

OH!Pemeriksaan sudah dijalankan .
Yang terKezut nyer..power spek mata adik Ema......
300!
ya Ampun..ema sekarang pun 375 + 400.
YANG PALINGGGGGGGGGG SEDIHHHHH SEKALI!!!!!!!!!!!!!!











       ohhh...sedih Ema rasa.Impian adik ema yang nak jadi pilot -  tiada harapan.Kurang harapan.
Cita-cita adik ema yang memang taksub dari kechikkk lagi dengan kapal terbang.Semua ahli keluarga tahu yang syafiq bila besar nanti nak jadi pilot.
nak jadi pilot,bawak kapal terbang A380.Boeing Airbus..
Sekali berkaitan kapal terbang memang tak sah kalau dia tak ikut sekali.
hobi masa lapang - main kapal terbang , lukis kapal terbang.. =.='

sekali dengar masalah rabun syafiq.....memang nak nangis Ema. T.T.
Bersabarlah wahai adikku..
dah nasihat.kalau  tak nak rabun teruk..kena makan makanan sihat (ingat nak promote produk per2 yang boleh pulih penglihatan..)
dah kate jugak.
"tak perla,pakai dulu spek.Nanti bila besar2 nanti tahulah syapiq nak buat macam mana...pakai dulu spek"

Memang senyappp jer dia.Tanya kuat,saper nak jadi pilot.Memang tak jawab langsung.Biasanya dia awal sekali angkat tangan..
dia pun jawab 

"Tak apa,boleh kerja lain kat kapal terbang"

oHH...SEDIS..
adik bongsu,Syahir pulak buat hal..Budak kechik nie..memang nak kene.ada ke dia kata ke syapiq 
"Syafiq dok boleh jadi pilot,syapiq pakai spek!"

Budak nieeee,...(budak syahir nie pun nak jadi pilot.ho2,ada 2 pilot dalam keluaraku,bolehla merantau dunia nanti.)

Alhamdulillah,tadi tanya balik
"Siapa nak jadi pilot??!!!!"

"SYAFIQ!" - laju sekali dia angkat tangan

p/s:Syafiq tak putus2 tanya ubat apa yang boleh rawat rabun nie..ema pun tak tahu nak jawab apa..hentam jer,asal dia tak putus harapan...
ERrrr...Lepas nie..ema 'takutkan' adik ema selepas syafiq tu,Sofi - "lepas niee,sofi pulak pakai SPEK!!" - ho2,memberi nasihat supaya tak rosakkan mata yang masih lagi elok



26 March 2011

Ema dan Eczyma


Assalamualaikum

23 Mac 2011
Setelah hampir 1 minggu menanggung kesakitan.Ema disuruh ke klinik untuk check up.Mula-mula,suh pergi klinik hikmah kat Depan PSI tu.ERRR…tak mahu ler.Doktor laki.Tak nak.Nak jugak p klinik doktor perempuan.Ada satu klinik.Dekat kg.semerbak.Awalnya p klinik hikmah.Alhamdulillah,doktor tu tak ada.P klinik kat kg semerbak…Doktor tu tak ada jugak.Terpaksa  pergi malam  kol 8.Tapi,baru perasan..Malam tu nak tengok  berita :D

24 Mac 2011
Alhamdulillah,balik sekolah terus p klinik semerbak tu jugak.Doktor tu ada.Masuk jer  bilik klinik tu,Riuh sekali dibuatnya…Jiran,Emak pun apatah lagi,seronok berbual sampai doktor ingatkan Emak ema yang sakit…..
Setelah diberitahu tentang masalah sakit Ema.Doktor tu melakukan pemeriksaan dikawasan yang sakit tu.


Doktor tu kata ,Ema ada Eczyma……
Untuk pengetahuan semua.Eczyma ialah penyakit berkaitan kulit.Boleh berlaku di mana bahagian yang dilitupi kulit.Dalam kes Ema,TELINGA.
More spesific,Ema ada penyakit Ear Eczyma…Ema tak tahu sejauh mana bahaya penyakit tu.Tapi,boleh sembuh la~Ditanya sebab penyakit tu.Doktor tu jawab : Terlalu bersih..

Ema n mak pun tersentak.Terlalu bersih?...herm.Ditanya selalu bersin dan sedu.Tak dinafikan,ema pun terus angguk..

Yang lawaknya,pemeriksaan sekejap  jer,tapi…sesi  pemeriksaan ni 2 in 1.Pemeriksaan kesihatan dan sesi kaunseling.Doktor tu tanya,nak jadi apa bile besar nanti.Ema pun jwab.Lepas tu,dia pun bagi nasihat panjang lebar cerita macam2 pasal cita-cita ema n kate yang tak payahlah jadi tu..(Ema tak kata nak jadi *tu*,ema Cuma kata bidang berkaitan *tu*)..ha3…Sambil tu,doktor pun mintak supaya tolong anak dia masuk bidang medik dengan mudah – suruh ayah ema tlg..ha2,gurau jer kot doktor tu.

Akhir sekali……..ah!BAB yang paling tak suka.
Bagi Ubat.Panadol  pulak tu.dengan antiobiotik.Panadol 2 jenis n antiobiotik warna hijau gelap + cerah satu.Memang bulat mata tengok ubat2 tu.
Ya ampun,camner la ema nak telah ubat2 tu…

Laporan : sejak kelmarin daripada 6 antibiotik yang patut diambil,1 tersalah cara makan(makan jugak),2 dapat ditelan,3 tak  lepas kerongkong.Panadol tu,buat hancur2 jerla.terus makan…
Ok..conclusion jer
Awas!jangan menjadi terlalu bersih yer!Kalau tak anda akan menjadi seperti Ema…right now,terdapat masalah pendengaran yang berdengungggggg sekali.Harap2 cepat sembuh.Amin..(supaya tak makan ubat lagi!!yeah!!!!)

24 March 2011

Sekitar hari Keputusan Result SPM 2010 - tok jiring

Assalamualaikum~

Dah baca post sebelum nie pasal result SPM terengganu?
Okkla.Tak nak celoteh panjang.Cume nak share memori-memori indah yang membakar semangat Ema ni kelmarin (HE3)
"sedikit" Cebisan gambar yang tak diupload kelmarin

sekolah kesayangaku SMKA Tok Jiring

11A+..Wipee~

Pengumuman Result Terengganu di Dewan Abbas  SMKA Tok Jiring yang serba indah dan cantik
-cg komen,masuk berita nampak langsir dewan yang come tu-

kenapa plak gmbr ni macam leper kene lenyek nampak

result Kak Aisyah

result Kak Ika





4 puteri kebanggaan Tok Jiring



Lepas habis majlis pengumuman keputusan,kitorang tunggu jerla kat dewan sebab nak tunggu umum result pelajar tok jiring.Lama2,tak ada pun.Terus masuk kelas + hujan lebat

Yang berkot inilah Kak Zulaikha.Pelajar Terbaik Kebangsaan SPM 2010

kak2 berdebar tunggu result. 12.15 p.m.





penerimaan replika slip keputusan beso bapok!Kalau Ema dapat..memang Ema gantung bilik biarpun kakak marah pun (kongsi bilik T.T)

Saat ditunggu pelajar lain Tok jiring.Masa tu nak dekat pukul 1 baru dapat slip periksa





Apa yang ema buat betul2 tengah lautan batch spm 2010..Betul2 plak depan kelas 5 ikhlas.Kena marah ngan orang =.=',buat semak

Cikgu Zaimas memang buat sporting la beritahu result
"Awakkk..tiada A-"

Yang tengok slip kat belakang tu tiada kaitan dengan penerimaan slip keputusan 


MUHAHAH~
Ema dapat Slip Periksa
11A!!!woow..TAHNIAH EMA
p/s:Slip periksa adalah hak milik kakak yang dibulat kuning..Kak sarah~

Fakhy n Ema ambik aura rasa kejayaan orang lain..Memang feeling betul bila tengok keputusan handal2 n gempak2 kak2 tahun lepas.Yang nie Slip kak teefah punyer~Thankyou bagi pinjam~

Ha2.diorang pun nak join same..Tak pernah tengok Aimi si baju biru teruja sebegini.Masa pegang slip tu dia bertukar dari seorang yang nmpk matang kepada kanak2 ribena.Padahal,aimie boleh ambik jer  slip kakak2 dia,Kak Hikmah yang jugak peroleh 11A.boleh buat alas tidur malam.Mimpi 11A 

Credit go for Me n Fakhriah..Si budak yang tak terror langsung ambik gambar berkualiti




p/s:Tadi skodeng majalah annur lam bonet kete orang.Purple....Boleh tahan.Orang kata Red lagi menawan.Tak apa..Ema nak tengok isi dalam dia.



23 March 2011

Result SPM 2010 SMKA Tok Jiring

Assalamualaikum

TAHNIAH!!!!

buat pelajar SPM 2010 tok jiring yang berjaya dengan cemerlang dan jayanya sekali!tahniah Ema ucapkan

kepada 4 orang pelajar SMKA Tok Jiring yang memperoleh 11A+ daripada 17 orang seluruh negeri.
Satu pencapaian yang betul-betul menakjubkan!!
Yerla,nak boleh ke sorang A+ semua bukan senang.tiba-tiba bergolek 4 orang sekaligus...Wah,hebatla kakaks kite nie..yer,semuanya perempuan.

Dan juga,kepada 20 pelajar SMKA tok jiring yang memperoleh straightt A!
mabruk alaikum!
Tahniah!

Buat Kak Zulaikha yang boleh 11A+ tu..hanya kak ika dapat berjumpa TPM 1 April ini.
Kemungkinan kak zulaikha adalah best student terengganu ?.~wah~handal sungguh kak ika..

Terima kasih kepada senior2 SPM 2010 yang telah melakar sejarah yang begitu Gempak!!dalam sejarah SPM dan kejayaan SMKA Tok Jiring.Terima kasih.


Ema pun berkhayal seketika.(manusia..=.=)
Berkhayal melihat Ema yang naik pentas,terima hadiah laptop dari MB..terima replika besarrr slip keputusan (Kalu gantung bilik,sah kakak mengamuk)..khayal Ema yang diambil gambar terus masuk berita(HA3),Ema yang ditemu ramah..(hak2),Khayal tengok parents ema gembira sangatx3 bile tengok result Ema..11A+


semua khayalan nie tak akan berlaku kalau Ema duduk cegat sajer.Tengok usaha gigih kakak2 dan abang2 yang dapat keputusan gempak!! belaka,buat Ema rasa kechik plak


"TOV pun A+ boleh bilang 1 tangan jer ..T.T"


Jauh lagi perjalanan nak sampai landasan 11A+ nie.
SANGAT banyak.
Insya-allah,kalau ada matlamat,usaha,doa dan keyakinan yang tinggi
dan yang penting,anda tahu arah tuju anda...semua pasti boleh
Itu lagi pasti jika Allah sentiasa bersama kita!


p/s:Ada salah seorang pelajar Terengganu 11A+ berbangsa cina skor A+ bagi subjek tasawwur islam dan pendidikan islam.Hebat bukan?


update : 8.26p.m. - HA3~Kak Ika masuk TV 3~
Pelajar Terbaik Kebangsaan Tu~
Tahniah kak ika~


update : 9.29 p.m 


berita harian online



22 March 2011

Esok Result SPM 2010

Assalamualaikum

Hello again.Okey,pendekkan cerita.Esok seluruh Malaysia akan mengumumkan keputusan SPM.Biasanya,masa ni lah gempak sikit.Yer la,SPM..lebih popular dari UPSR n PMR dalam surat khabar.berite.Tahap inilah kene tengok,intai2 budak yang sememangnya cemerlang dalam periksa ni.yang biasa 'intai2' tu,yang straight A+,pelajar istimewa cemerlang..pelajar cemerlang Malaysia~ n kategori yang popular setiap tahun (tapi,sejak ada A+ ni,kurang dengar cerita) - bilangan straight A paling banyak...
But,yet again "Quality is better than Quantity"
Tak check lagi markah koko tu..A+ berapa..
Academically and Coco-lly achievement

Ok!!!!Pasal result Esok - result pelajar SMKA Tok Jiring
Sebagaimana yang dialmaklumkan oleh semua orang melalui twitter ke,FB,blog,berita,mulut orang..
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring - menjadi tuan rumah untuk daerah kuala terengganu untuk mengumumkan keputusan SPM.
Semua pengetua akan ke sekolah Ema untuk ambil keputusan periksa pelajar diorang.
Mula2 dengar tak percaya jugak.Kenapala nak ambik kat sini.ambik jerla kat Pejabat JPN tu jerla.

Ura-ura megatakan yang biasanya,kalu jadi tuan rumah ni,mesti ada apa yang special yang bakal berlaku (untuk sekolah tuan rumah la)
Mungkin menang anugerah ?
pelajar kitorang ada dapat TOP 1  negeri Terengganu???!!(WAHHH)
keputusan SMKA tok jiring cemerlang sangat cemerlang berbanding sklh len..???

Yang pasti,ada berita gembira untuk angkatan calon x -spm 2010 n smka tok jiring

Aduh,Ema pulak waser nak ambik result esok.Nak ambik nak ambik nak ambik.Pastu,terus masuk U.
ohhhhhhhhhh
bez sudah tu.



p/s:Oh yer,esok dapat majalah annur.Bez dah ni.Ema percaya.mesti majalah annur tahun lepas the Best!sebab ahli sidang ridaksi (?) annur berkaliber,professional n terror (bermisi n visi?) belaker



Watikah Pelantikan 2011 SMKATJ

assalamualaikum

TAJUK : WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS 2011
TARIKH : 20 MAC 2011
TEMPAT : DEWAN ABBAS SMKA TOK JIRING

alhamdulillah.Tahun ini sekolah telah mengadakan watikah pelantikan seperti biasa macam setiap tahun.Tapi,preparation tahun nie 1 minggu jer.Biasanya,diorang inform 2-3 minggu sebelumnya.Herm..tak apalah,tak kalut mana.
Dan tahun inilah!!!watikah inilah juga watikah terakhir kitorang form 5.
Sedih pulak rasa.Lepas ni korang2 dah jadi budak biasa la pulak masuk U nanti.Jadik junior balik la..kene buli la,macam2 ceritanya nanti.he3

Kenangan - kenangan yang sempat diambil.
^_^,kitorang ambil gambar pun macam dah  graduate  jer..



tak suke tak suke....=(


kenapa banyak sangat cahaya nie..












Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...