Bicara petang bersama Kak Zulaikha @ ika


Assalamualaikum~

Petang semua.Ingat nak update kelmarin,tertunda jugak la =__=
Tak apa.Insya-Allah.Update terbaru Ema mengenai program Form 5 kelmarin.

Tanpa notis awal,kami semua pelajar tingkatan 5 disuruh masuk dewan selepas solat untuk program bersama Pelajar Cemerlang SPM 2010.
Excited betull Ema!Yerla,dapat jumpa kak2 ex-senior (yer,kakak sahaja - Cg Tg Rogayah) tahun lepas yang boleh 11 A+ dalam SPM 2010

Namun,sorang tak dapat hadir sebab demam.Tinggal 3 orang lagi~.Pengumuman lagi.36 orang terpilih untuk ke Bilik Syura untuk bicara bersama bersama seorang daripada kakak2.Alhamdulillah.Ema dapat jugak masuk Bilik Syura untuk dengar dengan lebih dekat bicara kak2 nie.

Syukur lilahi,HE3.Dapat berbicara khas dengan kak Zulaikha.


Program bermula pukul 3.15 p.m. kerana mendengar nasihat dari Cg Tg Rogayah.Selepas,ternampak jugakla kelibat seorang gadis bertudung hitam.Kak Ika.

Cg Tg meninggalkan kami bersama Kak Ika supaya kitorang tak kekok berbicara bersama bersama.

*******




Kak Ika yang berlatar belakangkan keputusan cemerlang 11A+ dan antara pelajar terbaik kebangsaan,penampilan biasanya kelmarin diserlahkan dengan setiap telatahnya dan sifatnya yang bersahaja dan dikatakan berperwatakan "gila- gila" - oleh kak ika sendiri.Membaiki kedudukan mikrofon meja yang diakuinya pertama kali digunanya dan terus berceloteh 
"saya nie allergic dengan mikrofon nie.."
Memang sempoi sahaja bicara kak ika.Katanya,dirinya tidaklah Se"skema" pelajar lepas2.Malah,kak Ika turut mengaku,ada pelajar sekolah lain yang berkata 
"Akak nie,betul ke Pelajar Cemerlang..?"

Ha3.kenapa dik,susah nak percaya pelajar cemerlang pun perwatakan "gila-gila"?.Ema suke la Kak Ika macam tu,natural.Tak hipokrit.Mungkin sebab Ema pun perangai sama cam kak ika.Takla sampai gila-gila..Herm.

Berkata kak ika,Sekali bercakap memang susah nak berhenti.Tak apa,boleh control lagi percakapan tu walaupun kak ika bersahaja jer depan 6 orang jejaka ditepi kak ika,memang sempoila~(senyap memang tahap malu la jejaka skema tu =.=',faiz ngan din jugakla banyak senyum suka tengok telatah kak ika ^_^)

Bicara dimulakan dengan memberi tips dan nasihat.Tunjangnya,kak ika mengatakan bahawa apa-apa yang kita nak,mestlah disertai dengan kesungguhan.
  • Ada matlamat dari awal.Wahai kawan-kawan.Macam mana anda nak berjaya kalau anda tak ada matlamat?Ibaratnya,anda memandu menggunakan minyak berkualiti tinggi,tapi,kemana anda hendak pergi sebenarnya?Genting?KL?Pulau Redang?Sabah?.Begitu juga kak ika yang telah memasang matlamat dari tingkatan 4 untuk peroleh straight A+.Bagi kak ika,B umpamanya tidak membawa apa makna.tak nak tengok B...Oish,kalau kita dapat B pun lega dah kan kawan2.lain pulak bagi kak ika.Yang penting baginya,bagi kita..Nak jugak tengok Straight A+
  • kepuashatian mendapat sesuatu.Sebenarnya,banyak manfaat,privileges yang boleh diperoleh kalau kita berjaya.itulah yang patut dilihat oleh semua pelajar yang nak berjaya.Tapi,rasanya,semua boleh berkhayal dan bayangkannya.Harap bukan angan2 kosong.Kak ika berkata,apabila kita berjaya,sudah tentu yang paling penting.Orang akan cari kita.Bukan ah long.Orang akan beri tawaran biasiswa.Untuk pengetahuan semua,betapa hebatnya orang ranking national ni,tawaran biasiswa berlambak terima.Kesian kak ika yang dah pun letih terima semua nie akhirnya terpaksa menolak biasiswa yang ditawarkan.Beliau menerima Biasiswa Nasional yang diumpamakan cek kosong.Beritahu sahaja nak berpa,orang tolong sain.Beritahu sajer nak kemana,diorang tolong uruskan.Kak ika berhasrat melanjutkan ke UIA dalam bidang farmasi.Itulah bloggerz2 sekalian,apabila kita boleh ranking nasional,tak susah2 cari tawaran.11A sahaja pun belum tentu menjamin kesenangan.ramai yang memperoleh straight A's sekarang ni,dah tak berapa nak tengok mana pun,orang tengok yang straight A+..itulah penting straight A+.Dan yang penting.Anda mendapat penghargaan yang tinggi.Cikgu mungkin akan lupakan dalam masa yang singkat,tapi anda mungkin tak akan lupanya sampai bila-bila..
  • Niat dari awal.Yup,Yang paling penting.Bila kita pasang niat,anda pasti akan semangat untuk belajar kat sekolah.Niat untuk belajar,bukan niat untuk main kawan-kawan.Kata kak ika,sampai kak pintu pagar,berhenti,pasang niat.Namun awas dengan pok guard yang tenung anda macam helang.Abaikannya.Tak susah sebenarnya,pasang niat dengan sepenuh hati.Sesuatu yang anda inginkan...(KROOKKKK......=.=',lapor pulop..)
  • Suatu yang Ema tahu adalah masalah cemburu rakan dalam pelajaran.Itu jugakla yang dialami oleh kak ika.Penyakit normal manusia.Kak ika memang tak boleh nak tengok kak Aisyah - yang boleh jugak A+.Kalau tengok atau duduk sekelas,memang frust.Kak Ika frust sekali kalu kak aisyah duduk sebelah masa form 4.Katanya,kak aisyah nie memang otak cair,suke study.Ditambah pulak dengan senyap tahap maksimum.kak Ika pulakla bising..Apa yang ingin disampaikan ialah persaingan antara rakan.Rakan umpama catalyst untuk kita berjaya.Kadang-kadang,kita sentiasa jeles tengok kawan kita asyik markah tinggi dari kita.Geram memang geram.Tak nak cakap dengan dia pun ada.kan?ker tak?semuanya bijak2 belaker..ha3.Ingat kak Rabiatul Adawiyah.Pelajar Cemerlang PMR 2005 dari ~Tok Jiring~.Best friendnya juga antara TOP 3 kebangsaan.Antara faktor kejayaan mereka berdua ialah - kuat bersaing dalam pelajaran....Kata Kak Ika - kalau tak faham atau mahir suatu tajuk tu,lebih baik kita cari orang yang pandai dan berkawan dengannya.Jangan hipokrit,sombong n tinggi diri untuk mencari dan mendapatkan ilmu.
  • FOKUS!kawan-kawan!Cuba takrif mengenai kefahaman anda mengenai FOKUS dalam kelas?.....................Adakah sekadar merenung cikgu dan memberi perhatian 100%?  Kata kunci bagi fokus dalam kelas ialah.FAHAM apa yang cikgu terangkan.Kadang-kadang,bila kita terlalu fokus 100% boleh membawa kepada mengantuk dan majoritinya berkhayal.Apa yang penting dalam sesi pemebelajaran adalah anda faham apa yang cikgu sampaikan walaupun  anda bermain-main,bergurau dengan rakan dalam kelas seperti kak ika ^_^
  • Kalau tak faham jugak.Balik rumah,buka buku rujukan,jawab soalan.Kalau tak faham.next day,tanya orang yang faham.Macam apa yang kak ika kata dalam berita TV3 malam tu...Dan jangan sekali tangguh kalau anda tak faham..."Tak fahamla trigonometri nie..tak apalah..periksa lambat gi.."  JANGAN!                                                          tanya kawan,orang yang faham sebelum  simpulan ketidakfahaman anda ini sukar diuraikan.
  • UTAMAKAN HATI CIKGU.ini antara isu yang diperkatakan oleh kak ika,soklan yang diutarakan seorang pelajar muslimat.Hati cikgu wajib dijaga.Alkisahnya juga,kisah sedih yang Ema dengar mengenai seorang cikgu sekolah Ema,Cikgu mengajar style yang nampak pasif dimata pelajar.Budak pun buat pasif.Kalau cikgu tanya soalan.Semua buat tak tahu.....Kak ika jugakla yang rajin menjawab semua soalan. Alhamdulillah,cikgu tu mengajar Ema,tapi,pelajar kelas Ema tak macam tu..Disini dikatakan,apa pun dan apa cara sekali pun,seorang cikgu tu lebih mengetahui dalam bidang yang diajarnya.Cg yang dikatakan tu pun memang genius,sampaikan ilmu menggunakan formula digunakan di  Universiti sehingga membuatkan kepala Ema pening.@_@.Tapi,jangan salahkan cikgu.DAN JANGAN SAKITKAN HATI CIKGU!!!!!!!nie buat Ema geram nie....okk.kalau tak faham cikgu ajar,cari cikgu lain.Kata kak ika,cikgu tu memang tahu apa yang kita tak tahu,Gunakanlah Cikgu Sebaik Mungkin Untuk Kepentingan Diri...
  • Jadual petang kak ika pukul 6-7 p.m.Biasanya orang tak belajar waktu ni.Tapi,buat orang yang ada nafsu tinggi dalam study,gunakanlah waktu nie sebaiknya. Baca nota2 ringkas atau apa2 pun ilmu yang boleh diperoleh.Masa itu Emas.pukul 8-9 p.m. pula adalah waktu kerohanian.~Kak ika akan memulakan studynya pada pukul 9.01 p.m.
  • Sebelum belajar,niat dulu.Doa.Belajar dari pukul 9.01 - 12.00 p.m.Oh yer!Kak ika akan tidur 10 MINIT SAHAJA pada waktu petang untuk peroleh tenaga pada waktu malam.Pada malamnya,kak Ika mengelakkan melakukan kerja rumah.Kerana pada malamnya adalah waktu sesuai untuk STUDY sahaja.Ema nasihatkan,waktu petang adalah waktu untuk sesuai untuk siapkan kerja rumah,malam diabadikan untuk study.Nak TAHU!!!kak Ika belajar depan TV!mak ayah kak ika siap sediakan meja khas depan TV.Bilik study dijadikan stor...manusia berbeza sekali.Persekitaran kita mempengaruhi pemebelajaran kita.Tak semestinya belajar dalam sunyi.Kena juga bunyi sedikit..atau banyak.Cari persekitaran sesuai untuk naik mood pembelajaran.Cam Ema,tak sah kalau tak buka radio atau lagu.
  • Antara tips paling penting bagi Kak Ika dan Ema sendiri nak study ialah kena Berkawan Dengan Soalan.Soalan ni mempengaruhi cara belajar kita.Apa yang nak dibaca.Camne nak baca.Jadi,kenalah rajin2 membelek soalan periksa lepas2..Study soalan yang based  kepada peperiksaan sebenar memang penting.Kadang2,ada soklan yang berambang ditanya padahal tak akan masuk lam periksa =.='.Kata, nak 11A+.Study dan analisis cara soalan ditanya,kebanyakkan soalan ditanya berulang kali malah dengan cara  yang sama.Kata kak Ika,buku terbaik yang boleh diulang kaji ialah buku SUKSES kerana buku ini exam-based question.

  • Jangan kita target nak study banyak.A  tanya."Awak study mende kelmarin..?" "BIO,FIZ.KIMIA..", dengan bangga sekali B menjawab.Nasib baik A tak tanya.." Berapa peratus apa yang awak belajar kelmarin awak faham dan mahir?". Bagi kak ika,1 hari difokuskan kepada 1 subjek sahaja.Tak usahkan nak study banyak2 kalau tak faham.Begitulah,sekarang pun penuh soklan tanya.."Dah banyak ke belajar?..".herm,ema rasa semua tahu antara skemanya.Yang penting..Kita faham apa yang kita study.Itulah target sebenar masa study.
  • Jangan study lambat.Lambat yang dikatakan ialah malam sebelum periksa.Pengalaman kak ika.Kak ika berkongsi pengalaman malam pertama SPM.Malamnya,kak ika memang tak boleh tidur.Spm next day.Tentulah gelisah,berdebar dan takut.Sehinggakan kak ika tak tidur sampai pukul 3 pagi.Bangun pulak pukul 4 pagi..Pagi keesokkanya,mata bulat hitam.Konklusinya,jangan sekali study late sebelum SPM kerana perasaan TAKUT akan megatasi perasaan nak Study anda nanti.
  • Banyak Berfikir.
  • Kene study setiap hari.Tak kisah hari apa.Kak Ika akan memastikan dirinya study setiap hari.Masa atau jam untuk study bukanlah penentu utama untuk kejayaan.Kefahaman dan Kesungguhan adalah pemangkin kejayaan.10 jam study dengan mata merah pun,kalau tak dapat apa yang ditargetkan,anda RUGI!..Jadi,rancang masa dan perancangan studi anda.Ema rasa anda tak perlu rancang secara terperinci study anda.Rancang secara kasar."Hari ni,saya nak faham topik....Waves",bila anda study,anda akan lebih terdorong untuk melakukan yang lebih better dari perancangan kasar anda.Mungkin nak buat soalan banyak.Cari soalan lepas2..Kalau buat perancangan banyak awal2,tapi lari dari target.sia-sia.
  • Jangan kata susah sebelum belajar.Pemikiran manusia yang telah disetkan.Antara fikiran manusia yang telah disetkan sebelum belajar subjek tu ialah,Add MATH!.usah kata,budak lower form dah tunjuk trauma nak belajar Add Math.Jangan nilai awal-awal sesuatu subjek tu.Contohnya,Kak Faezah,antara pelajar 11A+ tok jiring.Pada awalnya,selalu dapat E add math...Tapi,camne kak faezah boleh A+ add math?Mesti ada sebabya kan?Kata kak ika lagi.Selepas TRIAL SPM,kak faezah terus berubah kepada orang yang tidak dikenali.Semangat untuk belajar.Buangkan perasaan susah untuk belajar jika anda tidak mendalami lagi ilmu tu.
  • Lakukan sesuatu hingga terbiasa pada otak.Ayat kak ika yang Ema ingat dan suka.Sayangnya,Ema tak ingat kenapa kak ika cakap macam  tu.=.=',rasanya semua boleh tahu apa yang ingin disampaikan
  • Buat latihan awal-awal.Betul kata kak ika.Tengok eMA.Waktu inilah (ahad ni mid year),Ema baru sibuk2 nak belek kertas soalan kak Sarah tahun lepas (BTW,than kak Sarah sebab bagi kertas pekse!)..rasa macam banyak perlu dibuat dengan kertas soalan.Banyak perlu dibelek.Kertas soalan sebenarnya boleh dijadikan buku rujukan.Kata kak ika lagi,kak ika banyak mengafal skema jawapan soalan sebab soalan tu sebenarnya main pusing2 jer + kita boleh tahu isi yang diperlukan untuk peroleh markah.
  • Program-program yang disediakan guru sebenarnya memang bermanfaat untuk kita.Wahai adik2 dan kawan2 SMKA Tok Jiring,sekolah kita SANGAT bertuah sebab guru kita menyediakan banyak program2 dan kem2 untuk kita.Guru Muda adalah salah satu contohnya.Ramai ynag komen,program nie tak menjadi.Yang tak mejadi mungkin prosesnya.Rasanya,Ema rasa lebih baik kalau guru muda ni tak terlalu formal macam pelajaran dalam kelas.Tapi,dijadikan official Study group.Nak study pun rasa tak terbatas tapi rasa lebih macam study study group biasa.Baru best.Study lam kumpulan,kawan-kawan yang kita nak,yang boleh kita belajar bersama2.^_^

Akhirnya,banyak sebenarnya ingin diperbualkan.Namun,setelah meminta masa kecederaan 30 monit.Masih tak cukup juga.Kak ika terpaksa menamatkan celoteh panjangnya yang meledak-ledak macam gunung berapi.

Khulasohnya,terima kasih buat kak ika sebab beri pengalaman yang baru untuk Ema.Terima kerana berkongsi cerita Kak Ika yang Ema sendiri pun  terhibur.Terima kasih keran berkongsi tips2 dan nasihat kepada kami.Sebenarnya,BANYAK lagi yang telah diperkatakan oleh kak ika.Tapi,Ema pun nak stop dulu la tulis post yang mungkin Paling Panjang Ema post lam sejara blog nie.Lenguh jugak eh..Okk.NAK MAKAN!aDIoUs!~~~~~

p/s:Esok jumaat.KELAS..sabtu..KELAS!





5 comments:

  1. panjang beno entry ni. hihi

    ReplyDelete
  2. @Omar @Fizah

    HOHOHOHOHOHOHO!!!
    Mangat orang tulis nie..
    aish..^_^
    Bila syok,semuanya menjadi..sorry ah panjang ngat sampai tak terbace

    ReplyDelete
  3. ema.. sorry laa... fizah sje je ckp cmtu.. sorry ek alu ema terasa ke...

    actually, i'm vry proud of u coz dpt buat entry yg pjg cmni.. alu fizah, dlm 2 minggu, belum tentu dpt buat entry cmni..

    sorry again k !! =,=

    smoga berjaya for mid-year..

    ReplyDelete
  4. hO3..
    Hak2..
    Sal tak kisah langsung benornyer orang komen mende..
    sal tak ambik series mane ngt komen fizah tu~
    jangan risau kawan~
    wasernyer sal pun akn tulis jugak pnjg2 nanti~

    tak apa.tak der per yang perlu dirisaukn.

    semoge berjaye !!ganbatte!

    ReplyDelete

Saya komen

Powered by Blogger.