Report Today

ASSALAMUALAIKUM~

Panas pulak hari ni eh.Ingatkan hujan petang ni.Ape pun,Ema  dengan Suka dan Dukanya telah pun menghadapi sesi P&P pertama  pada tahun Senior ni tak ubah macam duduk kat Planet Marikh.Pendeknya,macam dalam mimpi.

Today,sewaktu sesi perhimpunan,untuk pertama kalinya(atau mungkin Ema lupa...),Ustaz Khairul bercakap tentang Disiplin dan peraturan sekolah pada hari pertama,tak itu juga.. sesi mengenali  pengetua baru SMKA Tok Jiring,Tengku/Engku(?)Mariyah Bt Syed Mohd Al-Idrus.

Tak Nak cakap panjang2,berada dalam kelas 5 AI macam dalam sarang perpustakaan.Mendebarkan.Kelas selepas Perhimpunan,SV > cg Kasmani,tapi cikgu ngajar Add math sket,suruh buat latihan.Ajar completing the square F4.Pening.

Masuk pulak Cg Raina.NAIK BULU ROMA.
  1. kelengkapan pakaian
  2. kuku
  3. pen hitam,biru,merah,pensel,pembaris,rubber,kertas kajang
  4. dakwat pen 
Itulah spot check Cg Raina tadi.Siapa yang ada kesalahan berkaitan perkara di atas ni,akan di soal cikgu.Oh Ya tak lupa,tulisan pun kena check, dengan wajib buat ..esei 4 muka surat penuh tajuk ' AZAM 2011'.Bulat mata.Tulisan Ema dahla kechik,nak kena cover 4 page dengan Azam tahun baru 4 page.hu3.Oh yer,Tulisan jangan cacing kerawit.

Masuk pulak BI > Teacher Wan Dayang..Kerja yang memang famous selepas buka sekolah...esei BI tajuk 'My School holidays'

Masuk pulak BIO.Discuss tajuk Digestion yang masuk SPM 2010.Kena jawab semula tajuk esei Digestion Ikan Kukus dalam perut,ileum,duodenum - 10 Markah.Nasib baik Cg Hayati bantu.Jangan lupa jugak yer anak2,kerja cuti buku skrap bio kena hantar.Kalau Teacher baik hati teacher bagi  markah bonus TOV nanti..

Lepas solat, masa PSI.Mok Bi.Aish..memang takut jugak,first time mok bi ngajor.tak payah kata,semua yang mengajar 5AI belum pernah ajar Ema.T.T.Mok Bi tanya tadi..

'awok nok doa ikut mana?arah matahari jatuh mana?'

lepas pengong laker,dan di tanya oleh ketua kelas En Nuruddin.Semua sepakat baca arah kiblat.Mari pulak soalan lain...

'Dah guaner gitu..orang laki duduk belakang'

Kelas menghadap bertentangan dari arah kiblat,bila pusing bada,lelaki di belakang  perempuan di hadapan.

Ketua kelas : 'Kita ngadap macam biasa opp..'
Mok Bi  : 'biasa macam mana...'
KK        : '........berdiri...'

Masa 30 mnit di luangkan dengan cerita2 mok bi,
(bez jugak dengar citer...x garang mana pun..mungkin bukan hari ni)


~itulah kisah menjadi pelajar kelas 5AI nie,ramai yang meluahkan perasaan 'keletihannnya'..bagi Ema,tak ubah macam mimpi.Classmate pun muka baru,ada yang dah lama kenal,tapi bila pakai baju warna lain..jadi macam tak kenal.Orang lelaki tak skema mane pun,ada jugak yang bising.1 per 6  jer.

****

Adik Ema masuk darjah 1 hari ni.Memang liat betul budak kechik ni nak bangun tadi.Sebut je masuk darjah 1 hari nie..mesti mengamuk ( sebab kakak dia usik,kata  banyak kerja sklh nanti..he3)
Ema balik rumah,yang semangat sekali budak kechik tu la,orang lain  semua dah pengsan .Mak pun dah letih layan pelajar kat sklh tadi
.
Me : Syahir,bez tak sklh  tadi? (harap2 adik tunjuk muka masam)
Syahir : Bestla p sekolah tadi!
Me  : *Tekejut*..OHH..adik buat pe kat sekolah tadi?cg bagi kerja sekolah? (He3)
Syahir : .................Nak tahu.
Sekolah Rendah lebih senang daripada Tadika

1 comment:

  1. as salam..sy ade anjurkan satu segmen..ade mase join la ye..=)

    ReplyDelete

Saya komen

Powered by Blogger.