Hukum memberi dan menjawab Salam

February 11, 2012

Assalamualaikum.

"Tak jawab Berdosa"


Begitulah kata- kata yang selalu diselangi bila seorang memberi salam.Namun,terdapat bahagian-bahagian dan hukum-hukum memberi dan menjawab salam.
Jika anda memberi salam kepada orang kafir,adakah turut wajib menjawab?
Jika diberikan salam kepada mereka yang mengantuk atau makan ,perlukah jawab salamnya?

Marilah kita mengingat kembali ajaran dan hukum memberi dan menjawab salam yang juga diselitkan dalam pendidikan Syariah Islamiah - belajar untuk exam ingat tak lagi?Marilah kita renung together - together

Hadis Nabi صلى الله عليه السلم
عن ابن عمر رضي الله عنهم أن رجلا سأل رسول الله صلى الله عليه السلم اى الاسلام خير؟ قال تطعم الطعام وتقرأ السلام على من عرفت ومن لم تعرفز
Diriwayatkan dari Ibnu Umar رضي الله عنهم bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah صلى الله عليه السلم “ apakah islam yang baik?” bersabda Rasulullah صلى الله عليه السلم “memberi makan akan makanan dan memberi salam kepada orang yang kamu kenal dan orang yang kamu tidak kenal.



Hukum Memberi salam adalah sunat Muakkad
Hukum Menjawab Salam adalah Fardhu Ain

Keadaan Sunat Memberi salam

  • Bertemu antara dua saudara
  • memasuki sesuatu majlis
  • keluar dari majlis ilmu
  • memasuki rumah sendiri atau masjid
  • memulakan percakapan atau perbualan
  • menziarahi atau melawati kubur

Keadaan Makruh memberi salam
  • Orang yang mengantuk,sedang tidur atau berjimak
  • orang yand dalam tandas
  • orang yang sedang makan atau minum
  • orang sedang azan,membaca Al-Quran,solat,talbiah,tasbih atau berzikir
  • Orang yang sedng mengadili  adn menjatuhkan hukuman atau penyelesaian terhadap manusia
  • orang yang mengumpat atau sedang melihat maksiat
  • orang sedang sujud

Beri salam kepada lelaki dan perempuan dan sebaliknya..

Wah,ini yang femes.Adalah lelaki menggatal beri salam sambil disambungkan dengan ayat famous "..berdosa" dan perempuan pula kirim salam pakai "tukang posmen" atau segala alat perhubungan yang ada..


Salam seorang lelaki kepada seorang perempuan mahram adalah tidak disunatkan melainkan aman dari fitnah.Harus juga perempuan menjawab salam seperti contohsekumpulan pelajar perempuan kepada guru lelakinya.


Seorang lelaki memberi salam kepada gadis remaja > tidak harus menjawabnya
Seorang gadis memberi salam kepada seorang lelaki > Makruh lelaki tersebut menjawabnya


Beri salam orang kafir

Pendapat Jumhur fuqaha' Shafiee,tidak harus memberi salam kepada orang kafir

Menjawab Salam orang kafir 

Cukuplah sekadar menjawab "Waalaikum"




Salam melalui kiriman salam

disunatkan memberi salam kepada orang yang tiada bersama kita dan Wajib orang itu menyampaikannya.
Wajb orang yang menerima salam yang dikirimkan menjawabnya dengan bersegera sekiranya salam yang dikirim mencukupi syarat, kecuali pada surat, tidak disyaratkan berlafaz


Masihkah kau  ingat Hadis ini?

Terdapat satu hadis yang menjadi dalil kepada pelajaran Memberi dan Menjawab salam PSI


Maksudnya : Daripada Abu Hurairah R.A,Rasulullaj S.A.W bersabda : Orang yang berkenderaan hendaklah memberi salam kepada orang yang berjalan kaki.Orang yang berjalan kaki kepada orang yang duduk.Kumpulan yang sedikit kepada kumpulan yang ramai.Orang yang muda kepada orang yang tua.

hadis ini menerangkan adab-adab mengucapkan salam
  • yang berkenderaan kepada pejalan kaki
  • yang berjalan kepada yang duduk
  • orang kecil(kanak-kanak) kepada dewasa
  • kumpulan kecil kepada kumpulan besar





No comments:

Saya komen

Powered by Blogger.