14 February 2012

Hari ini resepi cream puff


Assalamualaikum

Hari ini dari mana entahnya idea nak buat cream puff tiba-tiba.Biasanya nak masak apa-apa,ema plan dulu yesterday.Ribut tak datang,main internet,terus cari resepi cream puff.Akhirnya buat jugak cream puff nie.Ingatkan senang.Memang senang!TAPI sangat messy..



Resepi :
50 gram mentega
125 ml air
1/4 camca teh garam
75 gram tepung gandum - ayak
2 biji telur yang dikacau sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

Persediaan:
-panaskan ketuhar dengan suhu 200 celcius.Lapiskan dulang pembakar dengan kertas aluminium yang difgriskan majerin.ATAU griskan sahaja majerin atas dulang dan taburkan tepung untuk elakkan melekit.

Nie gambar bukan ema punya~


Cara membuat:
1.Jerangkan air dan mentega sehingga mentega cair.
2.Dengan api perlahan,masukkan garam dan tepung.Kacau sehingga doh tidak melekat dan terhasil satu lapisan crust atas periuk.
3.Tutup api dan biarkan ia menjadi suam.
4.Masukkan telur sedikit demi sedikit dan masukkan esen vanilla.Putar dengan kelajuan sederhana.
5.Masukkan adunan ke dalam beg paip yang bermuncung bintang/bulat.Hasilkan bunga yang berdiameter 2 inchi.tak terlebih dan tak terkurang atas dulang pembakar.
6.Bakar dalam ketuhar selama 20-25 minit atau sehingga kekuningan.


CREAM CUSTARD

Bahan-bahan :
1 Sb tepung gandum
1 sb tepung jagung
4 sb gula
1 cawan air susu
1 biji telur
1 sb mentega

Cara membuat:
1.Satukan tepung gandum,tepung jagung dan gula.Masukkan telur dan susu.
2.Panaskan/masakkan bahan-bahan di atas dalam periuk sehingga menjadi pekat.
3.Campurkan mentega setelah siap.

* Anda boleh tebuk lubang bawah cream puff dan masukkan custard dalam beg paip dengan mucung tirus.Atau potong separuh cream puff dan sapukan sahaja.





2 comments:

Nabihah Ramli said...

kite suke makan kuih ni1sedakk! tapi nmpk susah je nk buat. :(

Ema said...

Oish cik maryam kita nie.Suke jugak.Tak la susah sangat.Cuma susah part nak main ngan filling bag biar bagi bulat come2.Nie dapur dah kotor,tak perasan mak balik.4 jam diri.lenguh deh.rehhat jap.

Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...