2 February 2012

Matahari dan Hujan untuk mu



Assalamulalaikum


Mr.Sunshine gives you happiness,and Mr.Rain gives you..sadness?
Monsun Timur laut telah "mengacau bilaukan" cuaca di Pantai Terengganu semenjak dua menjak  nie..Kejap panas dan kejap hujan.
Bila Panas,sungguh kita bergembira sebab,dapat keluar outing dengan happy sekali,dapat main kat tengah padang,dan apa yang ema suka bila panas pagi-pagi adalah.cahaya.
Cahaya matahari tak seumpama cahaya lampu mentol biasa.
Thomas Edison pencipta mentol pun mengambil 1000 kaedah yang berbeza untuk mencipta sebiji mentol untuk kegunnaan manusia.Tapi Allah dengan kebijaksanaan-Nya mencipta sebutir bintang yang dipanggil Matahari kepada kita.


Saintis kata cahaya pagi matahari mengandungi pancaran UV yang berbahaya untuk manusia.Tapi cahaya pagi manusia juga adalah umpamanya memberi "tenaga" untuk teruskan kehidupan pagi-pagi ni.
Apa perbezaan kalau korang duduk dalam rumah pukul 7.30 pagi tanpa cahaya matahari dalam rumah dariipada korang duduk luar rumah sekejap -berkebun ker,berbasikal,jogging..
Bagi ema,antara satu nikmat terbaik Allah.Kadang-kadang kita mengeluh,marahkan  panas..dan segala rintihan seumpamanya.Tapi,kita tidak pernah menghargai matahari yang selalu menjaga kita tanpa disedari.Asyik-asyik kata - matahari dapat memberikan cahaya kepada tumbuhan,tanpa matahari dunia gelap..

Sinar matahari buat pengetahuan anda:
  • dapat cukup cahaya matahari nescaya boleh tidur lena(kajian saintis sahaja tu)
  • dapat membantu pengeluaran hormon manusiaoleh otak
  • tubuh yang tidak terdedah dengan cahaya matahari akan berasa letih walaupun mendapat tidur yang cukup
Tapi,dahulu kala waktu jadi budak mentah (Form 1).Ema suka sangat hujan.Duduk kat dalam makmal sainssorang-sorang masa cikgu mengajar(maklum kawan tak berapa rapat)-hujanlah yang dapat menggembirakan hati ema.
Sebab itulah hujan memang sinonim untuk orang-orang sedih nie..
Tapi,ketika hujan turun.Ingatlah..

"Rahmat dah turun.."
tak lupa jugak..

"KAKKAKKK!!Angkat baju!hujan turun!!"

selitkan juga doa ,nescaya.Doa sangat mustajab ketika hujan turun

Nabi SAW bersabda (maksudnya): "Berdoalah pada waktu mustajab doa iaitu sewaktu pasukan tentera bertempur, sewaktu mendirikan solat, dan ketika hujan turun." (HR Abu Dawud)

ketika angin betiup kencang..selitlah dalam hati

"Ada berita gembira nanti..."




No comments:

Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...