4 February 2012

Kek Coklat Lembap - birthday ♥sedap♥


Assalamualaikum

Selamat Malam buat my blog.
Hari nie adalah Befday my little brother.So,untuk jimatkan wang.Ema buat kek coklat lembap.Sebenarnya,post resepi nie ada dalam draft for weeks.Tak tahu bila masanya nak post.So,here we go

KEK COKLAT LEMBAP - untuk adunan 1 loyang bulat bersaiz kecil

Bahan-bahan :

1 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kaster/aising/halus
1/2  tsp serbuk penaik
1/2 tsp soda bikarbonat
150 gm mentega
2 biji telur
1/2 tsp esen vanilla
1 cawan susu coklat
1 tsp ovalette

Cara membuat  :

1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
2.Kemudian masukkan telur satu persatu.
3.Masukkan susu coklat dan gaul sehingga sebati.Campurkan esen vanila.
4.Ayak tepung gandum,serbuk koko,serbuk penaik,soda bikarbonat.Campurkan bersama adunan telur.Masukkan ovalette dan gaul sehingga sebati.
5. Masukkan ke dalam loyang pembakar yang dilapiskan dengan kertas minyak atau kertas disapu majerin.Ataupun,leserkan majerin di dalam loyang dan taburkan tepung di dalamnya.
6. Bakar selama 40 minit dalam suhu 160 celcius.


DAN UNTUK COKLATNYA!
ini special punya sebab inilah aising coklat terbaik pernah ema makan.Ramuannya ema kongsi khas untuk bloggerz sekalian.Sure sedap.

Bahan-bahan : 


100gm coklat masakan(diparut)
100gm gula aising (diayak)
2 camca besar jus laici
1 biji telur
60gm minyak


Cara Membuat : 
1. Campurkan parutan coklat,telur,gula aising,minyak dan jus.
2.Letakkan bekas campuran di atas air panas sehingga coklat cair bersama-sama bahan yang lair .Sejukkan.





Tips memasak coklat cair:

  • Jangan cairkan coklat dalam air mendidih sebab nanti steam air masuk dalam coklat-tak bagus-
  • Suhu terbaik mencairkan coklat ialah antara 60-70 celcius
  • bagi coklat putih pulak ialah 35 celcius 
  • Coklat masakan dalam tupperware jenama Meriah?ke apa ema tak ingat.Coklat ini lebih cepat sejuk keras.Jadi,aising coklat tak lah meleleh sentiasa. 

*******



Selamat Hari Jadi kepada 

 Adikku Syafiq

Kawanku cik CT yang duduk kat PLKN

Dan my ex-ketua kelas En.Din



Selamat menyambut hari jadi ke -11 dan ke - 18.Moga-moga mendapat result cemerlang SPM,Inysa-Allah diberkatidan dimurahkan rezeki.Moga-moga mendapat petunjuk Allah dikala berada dalam kesusahan dan..
Selamat membuat IC baru yang korang.Sebab,
IC cik CT memang LAIN oh.Darjah 6 masa tu.Gelap gelita muker,tetapi sekarang dah cute kawanku nie.
En.Din pun dengar kata dulu2 berisi.Tak pernah ku lihat lagik.Tapi sekarang dah OK!hensem?.nampak...normal.


No comments:

Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...