Shopping di TTC



Assalamualaikum


Ema tak tahu pulak kat TTC ada Pesta Buku.Itulah,tak kuar rumah mana sangat.Tak perasan pulak depan rumah my ex-pengetua dah terbina kukuh dinding rumah baru.Hik2...Sehinggalah diajak p pesta buku,SYOK BETUL!!

Boleh beli buku nie,buku tu.Takkan Ema lupa last year book fair.GEMPAK!tak tahu pulak mak Ema baik hati beri wang belanja lebih dari biasa semata-mata nak beli buku.Itulah,rezeki kan...

Terpegun sebentar dapat jumpa BANYAK buku.Lama tak menghadap buku rujukan sekolah.Buku rujukan la buku kawan baik Ema  dulu kala.Semua fakta boleh rujuk.Macam dapat gule-gule.Tapi Budak,awak tu dah nak masuk U.Buku rujukan sekadar cuci mata jer.Belek2 sudahla.

Sambil tunggu kakak,mata Ema melekat tengok buku hijau nie.Korang tahu buku apa?Of course la tak tahu..
Buku tajuknya..

"Koleksi SPM 2006-2011.."

2011!TU SOALAN EMA JAWAB LAST YEAR.Fizik ada,bio ada..fUH.Memang terpegun sebentar.Tangan nie pun menggatal nak tengok skema bio.Sempat tengok soalan.Sekali tengok soalan mirip..

"Ema jawab soalan tu tahun lepas...",Emo lalu ema.Kah2

Nak belek jawapan tak jumpa cari.Kakak dah siap bayar..
Tak apalah.Ku Redha sahaja.Sambil tu terjumpa jiran depan rumah.Mak  borak  dengannya.Anak dia sama dengan Ema.Pernah sekolah rendah sama.Orang panggil dia Hakim.Dia dapat tawaran Mara pergi Switzerland atau Australia hanya berdasarkan Result TRIAL !! TRIAL dia 5A.wow.Tak perlu tunggu SPM sebenar..


Tapi MAIN Focus kita pergi pesta buku nie..Mestilah Pergi BOOTH

PTS!!!!!!!!!!!!!!!

Sahabat sejati Ema.Tapi Cik PTS,nampak jer cover mantop ,tapi isi di dalam tidak sama sekali boleh menipu mata empat ema nie.Dulu rambang mata sebab tengok cover comel lote,tapi sekarang dah matang *HUK3*,tengokla isi  dan ....fikir. 
"berbaloi ke beli buku nie.."
30 minit hanya main pusing kat tiang booth PTS..
Sampai masa nak beli - Ema takder duit -

Mak suruh kakak belanja pakai baucer PTS.Valid yer.Tapi no discount la.HIK3.RM50 Terus melayang masuk ke tangan Ema~



Hi2.Tapi buku Ema tak sampai RM50.Jadik tambah lagi buku mak cik tu..semuanya RM49.60.
RM0.40 TU!tak boleh bazir..
Jadi kaut jerla buku mini yang ada biar lebih RM50..

Keseluruhannya,tak sepuas last year - dapat buku sherlock holmes Eng yang murah,pilihan bebas,tak ada yang kongkong(hik2) - tapi nafsu membuak-buak nak beli semuanya.Kali nie,ema beli buku apa eh?
Inilah pilihan Ema kali ini ;

Adakah gelaran-gelran itu berkaitan dengan orang yang sama?
Mungkinkah semua itu sebenarnya Nabi Muhammad?
Buku ini ditulis untuk umat Islam bagi menjawab segala persoalan dah tohmahan yang dilontarkan kepada nabi.
Jawapan-jawapannya diambil daripada kitab-kitab suci pelbagai agama serta pandangan tokoh-tokoh intelek bukan Islam kepada nabi.

Buku Bukti-bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad pasti memantapkan pemahaman kita perihal Islam di samping menjelaskan maklumat sebenar kepada bukan Islam.

Lisa adalah gadis biasa. Tiada istimewa pada dirinya. Dia hanya punya angan-angan dan doa. Dia mahu jadi cinderella yang sentiasa punya pari-pari membantunya tatkala dia berada dalam kesusahan. Namun, Lisa tahu itu mustahil. Kuasa tuhan mengatasi segala keajaiban di muka bumi.
Tuhan mendengar doa Lisa. Berkat kejujurannya tatkala bekerja sambilan, dia diberi ganjaran menyambung pengajian di Kolej Universiti Malaysia. Di sana sgala-galanya bermula. Hidup Lisa diduga.
Dia dihambat dan dibuli seorang jejaka yang dipanggil 'anak raksasa'! Mengapa Farid dipanggil anak raksasa? Mengapa pula Farid menggelar Lisa sebagai 'nenek kebayan'?
Itulah terjadi apabila gadis yang biasa-biasa sahaja bertemu dengan jejaka luar biasa!

Ikutilah cerita menarik ini!


ISI KANDUNGAN ;
Biografi Ringkas Imam Nawawi iii
Amalan Kesukaan Nabi Muhammad 1
Kelebihan Berdoa 18
Doa-Doa Kesukaan Nabi Muhammad 20
Kelebihan Berdoa untuk Orang Lain Tanpa Pengetahuannya 3
Doa bagi Keadaan Tertentu 40
Yakin dan Tawakal  43

No comments:

Saya komen

Powered by Blogger.