Resepi Puding Tembikai

March 23, 2012

Assalamualaikum


Apa khabar semua?Lapar tak.Harap tidak lapar sebab nanti kalau lapar nampak puding pula,meleleh air liur jatuh atas keyboard.siapa yang susah..
Kelmarin ema masak-masak sedikit .Asalnya nak tunaikan "janji" dengan Cg.Raina atas sebab-sebab tertentu.Tapi ada lebih,jadi ema masakkan lebih sedikit untuk dijamu bersama anak-anak mama.

Atas permintaan Cik Fakhy yang suka puding itu,terima kasih banyak.Mintak resepi dah dengan maknya..Nak buat macam mana,mak nak ajar masak dia lari menghilangkan diri.Okk.straight to the point.Resepi ini terhasil disebabkan ketiadaan bahan.Jadi,mak ema ajar.
"Lari resepi tak apa,kita tukar jer mana yang boleh.replacekan sahaja"





Nie gambar hak google image.hik2.tak sempat ambik gambar,dah habis kena makan






BAHAN-BAHAN

  1. 15gm agar-agar
  2. 3 keping puding roti (Ema pakai roti burger.HA3.roti dah habis)
  3. 6 cawan air
  4. 6 1/2 cawan gula
  5. 1/2 cawan susu pekat
  6. 1 cawan susu cair (ema guna susu soya..susu segar,full cream juga boleh)
  7. 2 sb butter (butter tak ada ,ema guna marjerin)
  8. 1 sk esen vanilla
  9. Perwarna merah/kuning dan hijau.
*cincau boleh digunakan untuk dijadikan biji tembikai


CARA MEMBUAT

  1. Masak agar-agar + gula + air sehingga agar-agar dan gula larut.
  2. Rendam roti dalam susu cair.Masukkan roti + susu cair + susu pekat ke dalam blender.Blend sehingga hancur dan berbuih-buih.
  3. Setelah agar-agar dan gula larut.Masukkan hasil blended tadi .Masukkan juga esen vanilla dan butter.
  4. Kacau sehingga mendidih dan tutup api.
  5. Selepas itu agar-agar diasingkan mengikut warna berbeza untuk dijadikan puding
  6.  warna hijau dahulu,sedikit warna asal,dan akhirnya warna isi tembikai.Ikut suka untuk meletak sukatan agar-agar.Pastikan agar-agar betul-betul keras sebelum menuang lapisan agar-agar seterusnya.
  7. Akhir sekali,letak cincau di dalam lapisan terakhir.Biarkan sejuk dan akhirnya siap untuk dimakan.





p/s:Ini punya resepi tembikai gunakan roti sebagai adunannya.ada satu lagi resepi puding tembikai yang gunakan putih telur untuk masak.Rasanya sangat Enak!!Macam korang beli kat pasar malam  bulan ramdhan.rasanya mushy2 sekali.tapi nak masak susah sikit sebab ema selalu buat sampai pegang sedikit,asyik2 hancur berkecai.=__= (resepi terburuk pernah ema buat)


5 comments:

  1. wahhh, mcm2 ade kat blog ni..tutorials, resipi2, motivasi2..mcm2 adeee..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAK3.1000 dalam 1.Takkan nak tulis setiap hari dalam blog .."aku down sebab putus cinta..","hari ni aku sakit pala,kerja koloh banyok..",bla2..bosan eh main blog kalu macam tu.

      MOTIVASI!!??Sejak bila ema main motivasi2 nie..sepatah-sepatah adalah.tak perasan pulak tulis post2 motivasi.>..<

      Delete
  2. ummm~ napok cedap la puding tu ema...~ yummy2!! eny suke wat and makan puding !! pahni bleh ar wat puding tembikai :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. BEREH!buat sementara ada masa!nanti sibuk2 nak p temuduga susah pulak.tak apa,buat puding pastu pikat En/Cik Interviewer dgn puding tu

      Delete

Saya komen

Powered by Blogger.