Raya oh Raya
Assalamualaikum
Selamat Hari Raya Aidil Fitri~
wAaaah. Dah lama betul Ema tak buat post Raya. Tahun ni nak tulis sebab terlajak special kenangannya..
So. Tahun ni giliran Terengganu untuk jadi tempat tuan rumah famili Ema untuk beraya. But somehow, something happen that cannot be undone. Sepupu Ema sebelah Emak yang paling tua nak bertunang raya ni dekat Perlis, sepupu Ema satu lagi sebelah Emak jugak nak buat kenduri Kahwin raya ni jugak. Pun kat Perlis. Akhirnya, berayala jugak kat Perlis..
Usually kitorang akan balik Kampung Perlis sekurang-kurangnya 3-4 hari before Raya. But, Raya jatuh hari Jumaat, jadi balik hari Khamis.
Lagi, tahun nie first time dalam sejarah famili pagi raya di sambut bukan di rumah sendiri atau rumah Tok. Kitorang menginap di Homestay sebab masalah sikit kat rumah Tok Ayah..... Jadi, No Ketupat mak buat di pagi Raya, No Rendang mak yang Super Duper Lazat di pagi Raya, no Tapai mak and no no no.. Kitorang makan lemang kurang santan yang dibeli kelmarin and sedikit kuih raya. Quiet morning. Tak ada riuh suara budak-budak beratur nak mintak duit raya, atau gurau senda waktu sesi fotografi dan bersalam-salaman. Petang tu pergi masuk Kampung melawat saudara mara terdekat..Begitulah cerita Hari Raya Pertama
Hari Raya Kedua
Majlis Pertunangan. Tak jauh pun tempatnya, dekat depan Homestay Ema duduk. Diorang sewa Homestay untuk Majlis Pertunangan. Pagi memang riuh dengan persiapan makanan and tempat. Yang nak bertunang pun sibuk bermake-up..
Bak kata sepupu nak bertunang tu "Bertunang lagi nervous daripada present for international conference"..
She's currently a lecturer at UMT for botany. Jodoh sesama lecturer kat UMT. yang lawaknya semuanya berlalu terlalu laju. Ada yang mengusik sana sini untuk terus akad tapi apakan daya, yang lakinya tak ada and tak pergi kursus kahwin lagi...
Itulah kerjanya. Tak pergi mana-mana dah petang tu.
Oh! Malam tu kitorang pindah masuk homestay diorang sebab homestay yang kitorang menginap kena "Bom" sebab fasiliti yang kurang memuaskan dan kurang selesa.
Oh! Malam tu kitorang pindah masuk homestay diorang sebab homestay yang kitorang menginap kena "Bom" sebab fasiliti yang kurang memuaskan dan kurang selesa.
Hari Raya Ketiga
I learnt two things from my mother about Perlisian's Wedding ...
1. Kenduri biasanya buat dekat dewan. Dewan Hotel atau Dewan Sekolah.
2. Pengantin Perempuan kena ambil "angka giliran" aka kena pergi rumah mak andam untuk berhias.
Dari pukul 11.00 sampai pukul 5.00 petang kerja Ema dan sepupu yang lain kena bersihkan pinggan mangkuk atas meja.. Tapi, bila kitorang nak angkat pinggan ada pelayan kata tak payah, diorang nak buat. Bila dibiarkan atas meja, tak ada orang pun nak angkut ....bila tetamu datang, meja diorang serabut dengan pinggan kotor.
Ada satu time yang buat kitorang tergelak bila nak angkut pinggan kotor atas meja yang tak ada orang. Tapi Ema perasan ada 2 pinggan nasi lauknya tak disentuh langsung, So Ema assume tuannya pergi jalan dulu. Tapi, Ema terlambat nak inform sepupu Ema supaya jangan buang lagi, tapi dia dah letak tisu kotor dalam pinggan tu..TOO LATE. Sambung kerja, dan dia angkut je pinggan tu untuk dibuang...Tiba-tiba, kitorang dengar..
"OOIIII!!!!OIIIIII!! OIIIIIIIIII!!!!!!!!"
Mana tak terkejutnya, menjerit dalam satu dewan. Nasib baik tak kuat. Malunyaaaaa..Haha. Ada pak cik tu menjerit supaya jangan buang pinggan dia.Bila tengok tisu dalam pinggan dia..
"Tak apalah..pergi buang. tak nak dah.."
Kih3. Sorry Pak Cik..
RUMAH TERBUKA
Nak cakap apa eh? Dah terbuka Hari Raya ke-7.. Sekarang dah tertutup..
No comments:
Saya komen