19 January 2012

Coffee from Mr/Mrs.Barista


Assalamualaikum

♥ Coffee-kopi-Kōhī-keopi-قهوة-Kāfēi-Kape-le café-caife-capulus-кофе-Kāfæ 

Semuanya sama kan.K.O.P.I
Siapa tak suka kopi.Orang sini sana kat dalam rumah memang glamour nak minum kopi,terutama nak habiskan stok kopi kat umah dengan menghidangkannya kat tetamu.Kat pejabat pula ke hulu ke hilir pegang secawan kopi yang panas untuk diminum.Kedai kopi di dunia pun semakin famous dengan menghidangkan kopi sebagai menu utama kepada pelanggan seperti kedai kopi tok Aba ..atau Coffee prince*wink3*
Oleh sebab kopi pahit,maka Tok Aba menukarnya kepada koko 

Tapi hari nie ema nak menghidangkan fakta-fakta menarik mengenai KOPI




1. Kopi ditemui oleh kambing
Kira-kira seribu tahun dahulu di pergunungan afrika, sekawan kambing terjaga malam setelah memakan biji kopi merah. Pengembala kambing mendapati kambing ternakannya memakan biji dan daun kopi dengan kuantiti yang banyak. Mulai dari saat itu, manusia mula belajar meminum kopi.
2. Kopi yang baik bergantung pada kaedah memanggang dan penghancurannya
Jika ingin menikmati rasa kopi sebenar yang enak, ia bergantung pada kaedah penyediaanya iaitu memanggang dan mengisarnya. Semasa memanggang, minyak dari biji kopi akan keluar dan minyak ini akan menambah rasa kopi. Kandungan kafein di dalam kopi berasal dari minyak yang terbit dari hasil pemanggangan biji kopi ini dan jumlahnya bergantung berapa lama ia berada di bahagian paling dasar. Kopi biasa mempunyai kandungan kafein yang lebih tinggi berbanding espresso dan cappucino. Pemanggangan yang lama juga akan menghasilkan kafein yang berlebihan.
3. Kafein bukanlah penyebab rasa pahit kopi
Ramai orang yang beranggapan, semakin pahit rasa kopi, maka makin tinggilah kafeinnya. Hakikatnya tidak!
4. Pengurangan kafein menggunakan bahan kimia
Untuk mengurangi kandungan kafein dalam kopi, sejenis kimia iaitu methylene chloride digunakan.
5. Pengurangan kafein (nyahkafein / decaffein) di dalam kopi tidak menyebabkan kafein hilang 100%
Penyingkiran kafein atau decaffein atau bebas kafein bukanlah menghilangkan 100% kafein kopi. Ia masih kekal di dalam kopi dengan kuantiti yang lebih sedikit. Dengan bahasa mudah, meminum 10 cawan kopi yang dinyahkafein, sama seperti meminum 2 cawan kopi berkafein.
6. Kopi boleh menyegarkan dan berupaya mengurangi rasa mengantuk
Fakta ini mungkin telah diketahui ramai. Meminum kopi berupaya membuatkan kita menahan diri dari mengantuk dan tertidur terutamanya di waktu malam. Bagi penggemar kopi yang tidak bertujuan untuk berjaga malam, sebaiknya minumlah kopi 6 jam lebih awal untuk tidak mengganggu jadual tidur.
7. Kafein boleh mengurangi rasa sakit
Menurut satu kajian, meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana mampu mengurangi rasa sakit dan lenguh selepas bersukan. Ia lebih berkesan kepada mereka yang bukan peminum kopi tegar.
8. Kopi sebenarnya baik untuk kesihatan
Sebenarnya kopi memiliki agen antioksidan dan ia baik untuk kesihatan sekiranya tidak keterlaluan mengambilnya.
9. Kafein boleh membunuh
Benar sekiranya seseorang mengambil kopi dengan kadar yang tinggi melebihi sehingga 80-100 cawan sehari. Jangan mencubanya!

Sumber : Mohd Faizal Aziz Editor Majalahsains.com



Dan bagaimana pulak kopi yang mengandungi kafein ini boleh mengelakkan kita daripada mengantuk?
kopi akan meningkatkan denyutan jantung dan adrenalin dalam badan.
Tapi ada jugak contra bagi secawan kopi yang anda minum kopi..

aNda tahu pembuat kopi asli yang membuat kopi dari biji kopi dipanggil 
BARISTA
Barista menghasilkan air kopi dari biji kopi dan tak gunakan paket serbuk kopi yang dikenali sebagai instat coffee - tak asli -
Sebab tu air kopi yang terbaik adalah air kopi dari  barista terbaik
Tapi air yang paling terbaik mengikut Sunnah Nabi ialah Susu Kambing 
HI Goat tu.Tapi ema suka minum susu lembu.TERBAIK


2 comments:

o-r-b-s said...

eh, lawa kotak komen ni :P

Ema said...

Terima kasih ler Encik O.R.B?.S..

Ohhhh..Bin:p *tweet tweet*

Lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...