Hari-hari berlalu



Assalamualaikum

Sebelum itu,ema nak ucapkan takziah dan ingin sedekahkan Al-Fatihah buat allahyarhamah Cg Rohaya - bekas guru kaunseling SMKA Tok Jiring yang telah kembali ke rahmatullah pagi selasa lepas.Moga-moga arwah tergolong dalam kalangan orang beriman.Kehilangan arwah sangat terasa kepada warga SMKA Tok Jiring kerana arwah memilik sifat-sifat keibuan dalam memberi bimbingan dan kaunseling membuatkan pelajar tak kekok untuk berjumpa dengan arwah..Sememangnya jasa arwah akan Ema kenang selalu.


***

WIII!!Alhamdulillah.Dah lepas 3 Quiz serentak minggu nie.Boleh jugak jawab dengan tenang,tak macam Quiz 1 yang blur sekali.Tapi quiz akan datang menyusul dua minggu lagi,lepas tu.MID SEM1.lepas tu,BALIK RAYA!HOHO!ni syok  nak balik raya nie.Al-maklum,duduk jauh2 nie jadi semakin syok nak BALIK KAMPUNG nya~lagu raya pun dah download banyak(hak3,padahal puasa belum stat lagi).Cakap pasal puasa,esok stat puasa.Tak percaya pulak,sibuk dengan hal duniawi sampai tak terasa keseronokan menyambut bulan Ramadhan.Subhanallah.

Cakap pasal sambut Ramadhan.Dekat Al-Malik Faisal Hall ada jualan MEGA dengan jualan  jubahnya,baju muslimah + t-shirt,tudung lawa-lawa,gadget murah-murah,perhiasan wanita ..dan asam.Tapi lambat la elaun masuk T.T.Orang yang bermula huruf "A" dah masuk pun elaun diorang.Nama Ema juga stat huruf "S".Tak apa,nanti bulan pose ni ada lagi Bazaar Ramadhan dekat padang CFS IIUM.Bukan jual makanan jer,adalah gadget,buku,pakaian etc..

HOHO!!Bestnya duduk sini^_^.Tapi rumah takkan ku lupa.Ema dah jadi perantau.Tak nak dengar lagu "Dendang Perantau",pasang lagu "Balik Kampung" dalam bilik - sing along la dengan roomates~


p/s:Semalam Mahallah Khadijah buat Mega Taaruf.Setiap level kena buat special event untuk sambut fellow and principal di setiap level~Level Ema buat Pyjama Night.Kerja ema n orang lain - Tidur di level's lobi





1 comment:

  1. selamat menghadapi ujian2,quiz2 san sebagainya and selamat berpuasa jugak :)

    ReplyDelete

Saya komen

Powered by Blogger.